Bab 24

Romance Completed 1263976

Bab 24
Syed Arman memanaskan sup ayam dan menyediakan meja untuk makan malam mereka. Setelah sejam meneroka dapur Nurlisa, Syed Arman sudah tahu semua kedudukan cookware and tableware jugak. Semuanya lah…
Syed Arman merasakan mereka sangat bahagia. Suami yang baik menjaga isterinya yang sakit. Tiba tiba dia seperti ingin berkahwin, ada isteri dan anak anak yang mengisi kekosongan seluruh hidupnya. Tapi dari sudut yang lain, dia merasakan bukan senang untuk bahagia. Tidak mudah untuk melepasi uminya. Dia mengeluh sendiri sambil mengharap Allah menyediakan yang terbaik untuk dirinya.
Selepas kesemuanya terhidang, dia memanggil Nurlisa dari luar pintu bilik utama itu. Syed Arman tidak berani masuk kerana dia sudah berjanji untuk menunggu sehingga Nurlisa keluar.
“Lily, I dah siap sediakan meja, you ok tak tu?,” suara Syed Arman dapat di dengar jelas dari dalam bilik. Nurlisa tersenyum bahagia. Untuk seketika, Nurlisa ingin mengecap nikmat bersama sama dengan Syed Arman di meja makan seperti 5 tahun dulu.
Dengan wajah paling manis, Nurlisa membuka pintu dan menyapa Syed Arman dengan mesra. Nurlisa siap bertudung dan mengenakan baju tidur kain cutton yang berwarna pink putih. Dia juga memakai sweater nipis bagi melindung bentuk badannya.
Kelihatan Nurlisa sangat manis di mata Syed Arman. Manis bak gula..
“Sorry Tuan Syed, lama tunggu I bersiap ek. Tadi solat dulu,” suaranya dimaniskan tanda ucapan terima kasih kerana Syed Arman menjaganya.
Syed Arman memandang Nurlisa tidak berkelip, bahagia apabila dia melihat Nurlisa boleh bangun dan berjalan. Walaupun tempoh pengenalan tidak lama, dia merasakan seperti sudah biasa, dia juga merasakan sangat bertanggungjawab terhadap gadis cantik berkulit putih ini.
“Jomlah…. Tak sabar I nak rasa you masak,” tutur Nurlisa mematikan lamunan Syed Arman. Mereka berjalan beriringan ke dapur seperti pasangan bahagia. Nurlisa perlu melupakan seketika 5 tahun yang penuh duka apabila melihat meja yang di sediakan dengan sempurna. Siap dengan bunga Lily.
Kreativiti Syed Arman terserlah disitu. Pasu bersama bunga lily di ambil di ruang tamu dan di letak di meja makan. Airmata seperti ingin tumpah, tapi dia menahan sebak. Seperti Syed Arman ingin mengimpau kembali kenangan di Arau. Di saat Akhir mereka bersama, Syed Arman menyediakan makan malam mereka dan memberi suasana romantik kepada Nurlisa.
Mereka bersama sama di meja makan dan Syed Arman memulakan doa makan dengan suasana penuh tanggungjawab. Kelihatan jelas Syed Arman mempamerkan aura kasih sayang untuk Nurlisa. Demi Allah, dia mula sayangkan gadis itu.
“Jemput makan Cik Nurlisa. Makan sampai kenyang ya..tak sedap buat tak tahu jer, kunyah dan telan terus ya..,” ujar Syed Arman sambil menyeduk nasi ke pinggan Nurlisa. Syed Arman juga menyeduk sup ayam ke mangkuk kecil dan meletakkan di sebelah pinggan Nurlisa. Syed Arman tersenyum lagi
“Nak sayur tak? Nak sihat kena makan sayur banyak banyak, I letakkan sayur ya, jangan protes dengan sayur,” kata Syed Arman sambil memasukkan sayur ke pinggan Nurlisa.
Nurlisa tersenyum bahagia.
“Jangan la senyum, I nak dengar suara you. Cakap banyak banyak, kot boleh buat teman I tidur malam karang,” ujar Syed Arman sambil memandang Nurlisa sambil mengenyit mata.
Nurlisa tergaman dengan kenyitan itu. Seperti Syed Arman tidak mengenalinya langsung kerana dia seperti tidak tahu Nurlisa sangat suka sayur bersama sambal belacan. Di meja ini tiada sambal belacan atau sesuatu yang pedas.
“Tuan Syed, boleh susahkan you tak?,” suara manja terserlah sambil memandang Syed Arman sambil tersenyum. Dia bangun dari kerusinya dan menuju ke peti aisnya. Nurlisa mengeluarkan cili padi dan menghulurkan kepada Syed Arman.
Walaupun tidak tahu kenapa Nurlisa menghulurkan cili padanya, dia tetap menyambut cili daripada Nurlisa. Melihat wajah blur Syed Arman, Nurlisa tersenyum nakal.
Berlainan dengan Syed Arman yang dulu, Syed Arman kini lebih santai dan rilex. Kalau dulu, setiap perkara harus di explain dengan details, kalau tidak bahasa kesatnya akan kedengaran.
“I nak sambal belacan, boleh buatkan tak?,” kata Nurlisa menjawab persoalan di dalam hati Syed Arman. Syed Arman mengangkat keningnya dan tersenyum.
“Sayang, manalah I tahu nak buat sambal belacan. Sat gi ntah apa apa rasa,” protes Syed Arman lembut dan suara mengada kedengaran jelas. Perkataan “sayang” itu sengaja di panjangkan supaya Nurlisa boleh menelan rasa sayang yang baru berputik itu.
Nurlisa tergaman dengan perkataan sayang dari bibir Syed Arman. Tangan Nurlisa mula berpeluh. Dia kembali mengambil tempat duduknya sambil dan rasa lemah itu datang lagi. Dia cuba mengawal emosi nya, dia bersungguh sungguh mengawal agar Syed Arman tidak perasan dengan gelodak jiwanya.
“Ya Allah, tolong aku Ya Allah, berilah aku bahagia. Buangkan rasa lemah aku Ya Allah” Nurlisa berdoa di dalam hatinya. Dia meminta bersungguh sungguh agar dia boleh makan dengan aman untuk hari ini.
Syed Arman perasan dengan jelas riak muka dan pergerakan tubuh Nurlisa. Dia dapat menangkap Nurlisa sedang berperang dengan sakitnya. Tanpa menghiraukan batasnya, Syed Arman memegang tangan Nurlisa dan mengosok perlahan. Melihat Nurlisa yang sudah berpeluh, dia memeluk Nurlisa kemas. Syed Arman merangkul Nurlisa kemas di meja makan itu. Perasan kasihan bertandang lagi
“Cakap dengan I you sakit kat mane? Kita pergi hospital nak? Jangan buat I risau,” gesa Syed Arman sambil mengemaskan pelukannya.
Syed Arman dapat merasakan Nurlisa membalas pelukan sambil menangis teresak esak. Suara tangisan Nurlisa sangat hiba di telinganya. Tangan Syed Arman mengosok kepala Nurlisa sambil membacakan surah Al-Fatihah. Itu yang Mak Zah ajar kepadanya. Semasa Syed Arman di dalam kegelapan, Mak Zah membuka jalannya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Mak Zah mengajarnya agar membaca Alfatihah sekiranya berada di dalam kesulitan, apa juga kesulitan..
“I tak tahu apa sakit you, tapi I nak you tahu, I ada kat sini, I akan tunggu you sampai you ok, I takkan tinggalkan you,” Syed Arman dapat merasakan Nurlisa mengemaskan pelukan dan mengangukkan kepalanya.
Syed Arman lega apabila secara tidak langsung Nurlisa membenarkan dirinya berada di situ. Kasih sayang untuk Nurlisa sudah bertambah selepas Nurlisa membalaskan pelukannya tadi.
Syed Arman tersenyum bangga kepada dirinya sendiri.
“Nurlisa, please rilex, jangan fikir sangat sakit you sekarang. Tarik nafas, hembus balik. You boleh buat. Buang semua kesakitan you, semuanya. I ambik semua sakit you. Tinggal yang happy jer,” tanpa tahu apa sebenarnya yang bersarang dalam hidup Nurlisa, Syed Arman cuba untuk memberi ketenangan. Syed Arman sekali lagi membaca Al_fatihah sebelum melepaskan Nurlisa di kerusi di meja makan itu.
Syed Arman dapat merasakan Nurlisa sedikit rilex, kemasan pelukannya sudah sedikit longgar. Getaran Nurlisa juga sudah berkurangan. Syed Arman cuba melepaskan pelukan untuk melihat wajah Nurlisa.
Pelukan hampir 15 minit itu sebenarnya mengkhayalkan Nurlisa. Tanpa dia sedar, dia seperti melihat dirinya bersama Syed Arman di rumah agam itu. Syed Arman memelukkan kemas daripada belakang semasa dia menyiapkan makan malam mereka. Syed Arman tidak suka dengan bau belacan, dan Nurlisa meletakkan sambal belacan di dalam pinggan Syed Arman.
Tanpa Nurlisa sedar, dia memberi ruanag kepada Syed Arman untuk dekat dengan dirinya. Apabila alfatihah di baca Syed Arman, Nurlisa sedar mereka berada di kondo Nurlisa.
Entah kenapa, pelukan Syed Arman tadi memberi kelegaan pada Nurlisa. Dia seperti melepaskan penderitaan itu kepada Syed Arman. Dia dapat merasakan Syed Arman melepaskan dan memandang tepat di wajahnya.
Nurlisa terkesima apabila wajah Syed Arman begitu dekat dengannya. Sangat dekat. Nurlisa menahan nafas apabila Syed Arman membetulkan kerusinya.
“ok, dah selesa. You duduk diam diam sini. Teach me how to make sambal belacan. I buatkan sampai jadi, I cuma nak tengok you senyum kat I jer, boleh kan?” kata Syed Arman tersenyum manis.
Tanpa perlu di ulang, Nurlisa tersenyum memandang Syed Arman. Lelaki yang ada di dalam hatinya, dia tidak pernah dia berniat untuk menyingkirkan dari hatinya. Walau apa pun takdir Allah untuk dirinya, Syed Arman sudah punya tempat khas di dalam hatinya.
“Cili tu you kena buang tangkai dia dulu. Pas tu ikan bilis sikit, bawang merah dan bawang putih, then belacan, kena goreng dengan minyak yang sedikit. Masukkan semua dalam blender, letak garam dengan gula, masukkan cuka. Pas tu blendar, Insyallah jadi,” terang Nurlisa satu persatu.
Nurlisa bangun dari kerusinya. Dia membuka cabinet dapur dan mengambil blendarnya. Syed Arman menoleh apabila Nurlisa bangun dan menunjukkan wajah tidak puas hatinya.
“I ok dah Tuan Syed, don’t worries,” Nurlisa membuka mulut sebelum Syed Arman memarahinya.
Syed Arman menarik tangan Nurlisa untuk datang dekat dengan dirinya. Dia lantas mengangkat Nurlisa dan di letakkan dia atas table top itu. Perbuatan spontan Syed Arman itu membuatkan Nurlisa tidak keruan.
‘Sorry, I tahu kita bukan mahram, tapi I tak dapat tahan diri I dari buat semua ni. I tak boleh tengok you sakit, susah, or something like that. I rasa tak boleh fikir dengan tenang,” Syed Arman membuka bicara untuk Nurlisa faham apa di dalam hatinya.
Tangan Syed Arman ligat membuang tangkai cili itu seperti di dalam arahan Nurlisa sebentar tadi. Dia akan menjadikan sambal belacan resepi Nurlisa yang terbaik untuk gadis manis itu.
Nurlisa memandang wajah Syed Arman dan menikmati wajah itu dengan jiwa yang penuh cinta. Wajah itu masih handsome, kulitnya masih bersih dan warna matanya masih coklat. Bibirnya juga masih memberahikan, masih molek terletak di situ. Tangannya masih tegap, masih segak, masih sasa dan pastinya membuat ramai gadis tergila gilakan Syed Arman.
“Lily, jangan pandang I macam nak telan. I ni handsome sangat ya...,” usik Syed Arman, untuk memberhentikan perbuatan Nurlisa itu. Selepas menyedari Syed Arman tahu perbuatannya, dia malu sendiri. Rasa cinta tidak dapat di tahan membuatkan dia tidak perasan perbuatannya sendiri.
“Sorry….,” kata Nurlisa perlahan.
Selepas menyelesaikan tugasan membuat sambal belacan itu, Syed Arman meletakkan di sudu kecil dan menghulurkan kepada Nurlisa untuk di rasa. Dia berharap Nurlisa akan menyukainya.
“Sedap, kena dengan rasa yang arwah mama I buat. Thanks Tuan Syed,” terasa sebak di dadanya apabila Syed Arman dapat memberi rasa yang sama dengan arwah mamanya.
“ Yeke? Alhamdulilah. Banyak yang I nak tahu pasal hidup you. Nanti cerita semua kat I ya, kenapa you sakit, kenapa ada parut kat dahi you, kenapa masa you tidur tadi, you sebut nama abang, you mentioned jangan tinggalkan you. Ada banyak I nak tanya, tapi kita makan dulu. Dah pukul 2 pagi dah ni…,” kata Syed Arman sehabis lembut, agar Nurlisa tidak terluka.
Nurlisa tersentak apabila Syed Arman meminta Nurlisa menceritakan kesemuanya, kerana semua itu sepatutnya dia sudah tahu, sudah faham. Jalan cerita itu sudah ada di dalam hati Syed Arman 5 tahun dulu.
Syed Arman hilang ingatan? Sebab sejak pertama kali mereka berjumpa, kelihatan Syed Arman tidak mengingati dirinya. Tapi kenapa? Bagaimana boleh tidak ingat? Dengan siapa dia harus bertanya? Nurlisa mulai faham tindak tanduk Syed Arman.
“Jom kita makan, sudahlah termenung tu, i dah lapar ni….,” Syed Arman mengangkat Nurlisa dari table top dan menurunkan kebawah. Ikutkan Nurlis boleh turun sendiri, tapi sebab dia yang mengangkat tadi, dia juga harus menurunkan.
“terimakasih buatkan I sambal belacan,” Nurlisa berjalan ke kerusi meja makan itu.
“Anything for you sayang,” ujar Syed Arman sambil mengenyitkan mata. Nurlisa tersenyum manis memandang Syed Arman.
Mereka kembali di meja makan dan menyambung makan malam mereka pada pukul 2pagi. Syed Arman melayan Nurlisa seperti Puteri. Memastikan Nurlisa dengan sempurna.
“Mak Zah kata dulu I tak suka sambal belacan, tapi sekarang I suka pulak. Tapi resepi sambal belacan you ni lain pulak daripada mak zah, tapi sedap sangat. Nanti I boleh share dengan Mak Zah, minta dia buatkan untuk famiy I pulak,” Syed Arman cuba sekali lagi untuk memberi mood bercakap kepada Nurlisa, supaya Nurlisa boleh melupakan kesakitan yang masih di dalam dirinya.
Nurlisa masih ingat tentang Mak Zah yang diceritakan Syed Arman. Mak Zah adalah orang gaji di rumahnya. Suaminya adalah pemandu kepada Syed Alawaudin, ayah kepada Syed Arman.
Mengikut cerita Syed Arman, Mak Zah banyak menyabarkan Syed Arman, banyak memberi aura positive kepada kehidupan Syed Arman. Semasa Syed Arman berada 2 bulan di rumah agam itu, beberapa kali Mak Zah call untuk bertanya khabar. Walaupun Syed Arman menjawab dengan kasar, Mak Zah tidak putus asa. Nurlisa mengandaikannya kerana Mak Zah tidak pernah serik untuk menelepon Syed Arman untuk bertanya khabar.

“Lisa, sorry kalau I panggil you lily sebelum ni, sebab 1st day kenal you, bunga lily yang muncul. And I rasa nama lily suitable dangan dengan you, boleh kan?,” Syed Arman sambil menambahkan sayur ke pinggan Nurlisa.
Tanpa mendengar jawapan daripada Nurlisa, Syed Arman menambah lagi
“lepas makan ni, you makan ubat ya….esok I datang bawakan breakfast. Nanti I minta Mak Zah bungkuskan. Mak Zah masak nasi lemak sedap,” suara macho itu masuk ke telinga Nurlisa dan kedengaran sangat tenang. Nurlisa tersenyum sambil mengangguk mesra.
“ I tak nak makan ubat tu, ubat tu buat I tidur,” suara Nurlisa seakan merengek, tonasi suara sudah bertukar. Syed Arman merasa lega apabila Nurlisa mempamerkan emosi yang sebenar. Sedikit sebnayak dia dapat merasakan Nurlisa selesa dengan dirinya.
“ok ok, tak payah makan ubat, tapi I tak nak you sakit lagi, macam tadi. Lepas event ni, kita gi jumpa doctor ya. Promise me you akan jaga diri,” ujar Syed Arman sambil mencapai tangan Nurlisa dan mengosok perlahan. Selagi lagi dia rasa bersalah kerana memegang gadis yang tidak halal baginya, tapi dia tidak menahan jiwanya.
Nurlisa juga tidak menarik tanganya, dia membiarkan Syed Arman memberi ketenangan pada dirinya. Dia seperti di awangan dengan sentuhan Syed Arman, sudah lama dia sangat meninginkan sentuhan itu.
Telepon Syed Arman berbunyi nyaring tepat pukul 2.30 pagi. Syed Arman lantas menjawab panggilan itu. Kedengaran suara Syed Arman sangat lembut, menjadikan Nurlisa kehairanan kepada versi Syed Arman yang dia kenal dulu tidak sama dengan Syed Arman yang di depan matanya.
“Waalaikummusalam Babah, maaf Arman tak balik lagi. Arman ada kat rumah kawan Arman, dia tak sihat”
“Arman akan balik sekejap lagi. Ni Arman tengah teman dia makan”
“Arman minta maaf sebab risaukan Babah”
“Ok Babah, esok Arman masuk meeting tu dengan abang, Arman janji”
“Thanks Babah, Arman pun sayang Babah jugak, Assalamualaikum”
Syed Arman menamatkan panggilan teleponnya. Sekali lagi Syed Arman tersenyum. Senyuman machonya itu yang pernah membuatkan Nurlisa gila bayang.
“I dah kena gerak ni, Babah I risau pulak, dah besar pun Babah masih call tanya I kat mana. Comel jer Babah I kan?,” Syed Arman mengambil pinggan Nurlisa dan pingganya dan dibawa ke sinki. Selepas membersihkan semua, dia menutup makanan dengan tutup saji dan memimpin tangan Nurlisa ke ruang tamu kondo itu.
“You ok tak ni?,” Nurlisa menganguk mesra.
“ I balik dulu tauuu, lepas rehat jap, you masuk tidur ya, esok pagi I datang,” Syed Arman mengambil teleponnya di meja makan dan menuju ke pintu. Nurlisa lantas bangun untuk menghantar Syed Arman ke pintu.
Syed Arman memegang kepala Nurlisa, memberi syarat agar Nurlisa akan bertenang dan mereka berpisah di situ. Nurlisa masih tenang, banyak perkara yang perlu di fikirkan tentang Syed Arman, tapi dia ingin menikmati saat bahagianya terlebih dahulu.
Syed Arman yang sangat di cintainya datang kembali
Syed Arman yang pernah membuatkan gila sudah ada di depan matanya
Syed Arman adalah lelaki pertama yang menyentuhkan sudah memberi nafas kepadanya.
Nurlisa berfikir untuk mencari bahagia buat kali ke dua.
Bersambung.......
Lelaki yang datang ke rumah agam pada petang itu memberikan sekeping surat, dan kandungan surat untuk membuatkan Nurlisa pengsan..
“Aku Syed Arman Ziyad Bin Syed Awaludin menceraikan isteri yang aku nikahi di Thailand dengan talak 3. Sila tinggalkan rumah agam ini dengan kadar segera, dan sekiranya ada benih aku di dalam rahimnya, sila gugurkan. Aku tidak mengaku itu anak aku”

Share this novel

Anis Insyirah
2021-06-22 20:03:43 

huhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience