CINTA DALAM DIAM

Other Series 799

Aku mencintainya, sangat mencintainya. Tapi aku tak dapat meluahkan cintaku padanya. Dia yang memilih sahabat ku sendiri sebagai kekasihnya. Aku? Aku kecewa. Apa kurangnya aku dengan sahabatku. Hati berbisik, dia mencintai sahabatmu sendiri, lupakan dia. Aku menangis bukan kerana harus melupakan. Tapi aku lelah bila sahabatku sendiri terus bercerita mengenai kekasihnya. Aku ingin dia berhenti bercerita tapi apa alasan aku. Tega kah aku berkata aku mencintai kekasihmu? Bersediakah aku dituduh perampas. Aku tidak sanggup. Biarlah aku mencintainya dalam dia. Melihatnya bahagia juga membuatku merasa bahagia. Aku akan berusaha perlahan-lahan melangkah dari hidup kalian berdua. Biarlah aku pergi mencari ketenangan hati dari Allah Yang Maha Mengetahui. Aku tidak ingin terus di sini. Bisikan syaitan untuk menggugat kebahagian kalian sering saja mengacaukan fikiranku. Dari hati yang terdalam, sahabatku aku selalu mendoakanmu agar bahagia dengannya. Hanya denganmu dia akan bahagia. Buat dia yang sudah bertaktha dalam hatiku sekian lama, aku mencintaimu tapi demi kebahagian mu bersama sahabatku, aku pendamkan perasaan ku. Aku akan berusaha melenyapkan perasaan ini walau sesulit mana pun. Aku tidak ingin perasaan ini terus mengikat hatiku untukmu.

Bagi pandangan ya reader semua.....kongsi pengalaman dalam mencari cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience