Bab 69

Romance Completed 1281374

Nurlisa menatap teleponnya lama, tiada satu pun message atau whattapp daripada Syed Arman, hanya missed call semasa teleponnya tidak aktif. Dia menjadi hairan dengan tingkah laku Syed Arman, apa yang dia mahu sebenarnya.

Nurlisa berkira kira di dalam hatinya.

Hari ini adalah hari Rabu, meeting adalah hari Jumaat, bermakna esok dia harus ke banglo besar yang bertaraf rumah agam itu.

Terlalu banyak kenangan di rumah itu, sesungguhnya melihat rumah itu pasti membuatkan dia tidak keruan, dia bimbang jiwanya akan bermaharajalela. Keseluruhan di dalam rumah itu adalah kenangan manis kepadanya, walaupun pernah Syed Arman berlaku kasar kepadanya.

Di rumah itulah dia bahagia, walaupun tarafnya hanya gundik halal. Cinta pertamanya berputik di rumah itu, dia jatuh cinta kepada kesombongan Syed Arman, kepada sifat kasar Syed Arman, kepada cara Syed Arman mendatanginya, semua itu membuatkan cintanya masih tenggelam sehingga hari ini.

Walaupun hanya 2 bulan, terlalu banyak memori mereka cipta bersama, dirumah itulah, di dapur, di perpustakaan kecil di rumah itu, di bilik pekerja di tingkat bawah, dia ruang tamu juga di belakang dapur itu.

Di situlah dia menangis apabila dimarahi Syed Arman, di situlah dia menyembunyikan diri daripada Syed Arman, di situlah Syed Arman hampir sasau mencarinya.

Sesungguhnya di tiada orang lain yang pernah bertahta di hatinya seteguh suaminya.

Di hari pertama dia berkerja daripada Arau, dia menyiapkan kertas kerja untuk lawatannya ke Mesir, dia juga sempat mempersiapkan interview kertas kerja untuk pergurusan di Sekolah Tahfiz di Arau itu.

Dia menyenaraikan semua perkara yang harus di siapkan sebelum sekolah di buka secara official. Semua itu perlu kerana sekiranya dia pergi, Danish masih ada untuk meneruskan semua action items yang akan menjadikan Sekolah Tahfiz yang berprestij tinggi.


********************************



Hari Khamis yang Indah

Jam menunjukan pukul 10 pagi.

Kereta Honda CRV milik ibu mertuanya berjalan perlahan menyusuri jalan ke rumah Agam itu.

Kawasan rumah agam itu luas, daripada jalan utama ke pagar rumah itu lebih kurang dua kilometer. Daripada jalan utama ke rumah itu adalah tanah yang dimiliki oleh Endah Holdings.

Seluas luas kawasan itu dipenuhi oleh pokok buah buahan dan juga taman yang Indah yang dijaga oleh agensi yang di lantik. Nurlisa pernah memakan buah buahan itu apabila dibawa balik oleh Pak Leman semasa arwah ayahnya masih hidup.

Nurlisa memberhentikan keretanya di luar pagar itu. Dia tidak merasa untuk keluar daripada kereta itu dengan segera, kerana perlu mempersiapkan diri untuk menghadap semua memori di rumah itu.

Semalam Ameena sudah mengemasini semua perjalanan mereka yang datang dari Endah Holdings. Ameena telah mendaftar di hotel di Kangar dan perjalanan daripada Kangar ke rumah Agam itu cuma mengambil masa 15 mins.

Meeting mereka akan bermula pada jam 10am dan lawatan di site adalah pada pukul 3 pm.
Makan tengahari juga disediakan oleh agency dan dia perlu memastikan keadaan rumah teratur.

Mereka akan mengadakan meeting di ruang tamu, di meja makan yang boleh memuatkan 12 orang itu. Tanpa Ameena tahu, Nurlisa sudah biasa dengan rumah itu dan apabila Ameena memberi peta lantai, Nurlisa cuma mengiakan.

Tanpa Ameena tahu tentang tahap pengetahuan Nurlisa dengan rumah agam itu, Ameena memberikan location rumah itu dan menyediakan semua perkara untuk Nurlisa lakukan.

Kerana permintaan Syed Adam untuk menggunakan pinggan dan mangkuk di rumah itu, beria ria Ameena meminta maaf kepada Nurlisa kerana terpaksa melakukan kerja yang tiada di dalam pengetahuannya. Nurlisa perlu memastikan pinggan mangkuk masih baik untuk digunakan.

Malah Ameena mahu menolong Nurlisa untuk memeriksa rumah bersama Nurlisa apabila dia tiba pada petang nanti. Nurlisa cuma respon kepada Ameena yang dia boleh membuat seperti apa yang di minta oleh Syed Adam kerana semua itu satu perkara yang sangat ringan.

Nurlisa cuma tersenyum apabila teringat permintaan maaf Ameena, beria ria dia meminta maaf kerana Nurlisa perlu membaca peta rumah dan memastikan semua permintaan Syed Arman tertunai.

~Cik Lisa, agensi akan datang ke rumah agam dalam pukul 11am. Saya baru call them and Cik Lisa cuma jadi mandur jer~

Itu text Ameena padanya sebentar tadi.

Jiwanya berdetup detap, dia seperti berada di kendang pesalah, kerana dia perlu melintasi semua kenangannya untuk masuk ke rumah besar ini.

Dengan langkah yang sedikit gemuruh, Nurlisa keluar daripada keretanya dan melangkah perlahan ke rumah guard di tepi sebelah kiri pagar yang tinggi itu.

“Assalamualaikum,” Nurlisa memberi salam dan menjenguk ke dalam pondok jaga itu, dia berharap Pak Leman masih berada di situ.

“Waalaikummusalam,” terlihat seorang jaga baru yang tidak pernah di lihat sebelum ini.

Di manakah Pak Leman? Nurlisa bertanya di dalam hatinya.

“Maaf Encik, nama saya Nurlisa, saya ada sedikit urusan di sini, boleh saya masuk?,” Nurlisa perlu berkata begitu kerana 6 tahun dulu, Pak Leman tidak akan membenarkan sesiapa yang tiada berkenaan dengan Endah Holdings untuk masuk ke Kawasan rumah agam itu.

“Ouh..Cik Nurlisa ya, silalah..sebab tadi ada agency dah call saya untuk beritahu kedatangan Cik kesini,” Lelaki yang masih muda itu memberi kebenaran masuk.

“Encik, dulu Pak Lema yang menjaga rumah ni..boleh saya tahu kenapaPak Leman dah tak kerja kat sini ya?,” Nurlisa masih ingat dengan semua budi baik sahabat ayahnya dan juga orang yang menjaganya selepas pemergian ayah dan ibunya.

“Ouh Pak Leman ya, dia kena strok 2 bulan lepas sebab jatuh dari pokok rambutan kat belakang rumah dia. Saya mengantikan dia. Saya anak saudara Pak leman yang tinggal kat Langkawi,” Anak muda itu ramah bercerita.

“Cik kenal Pak Leman?,” Pemuda itu bertanya apabila melihat Nurlisa tenggelam di dalam dunianya.

“Ouh.. saya kenal, teruk ke keadaan Pak Leman?,” Nurlisa kembali ke dunianya apabila jiwanya merintih laju apabila melihat pokok pokok yang dijaga rapi oleh agensi. Di bawah pokok pokok itulah, pertama kali dia melihat Syed Arman, di dalam kereta mewah yang menyuntik cinta pertamanya.

“Pak Cik dah ok sikit, dah boleh bercakap dan boleh berjalan guna tongkat. Masa mula mula kena dulu, teruk juga, kami ingatkan pakcik lumpuh, tapi alhamdulilah semua dah ok, sekarang pak cik ada kat rumah,” kata pemuda itu lagi.

Dia memandang Nurlisa begitu lama, dia merasa pernah melihat gadis manis ini, tetapi lupa di mana.

“Cik tak bawa masuk kereta ke dalam ke?,” Pemuda itu sekali mematikan khayalan Nurlisa.

“Tak perlu lah Encik, saya parking kat luar lah, saya gerak dulu ya, saya perlu siapkan beberapa perkara kat rumah ni, Assalamualaikum,” Nurlisa bergerak perlahan, dadanya berdebar kencang, beberapa kali dia menarik nafas untuk menstabilkan oksigen di dalam dirinya.

Dia melihat tiada kereta di dalam halaman rumah ini, bermakna agensi yang dinyatakan oleh Ameena belum sampai, mungkin beberapa minit lagi.

Nurlisa melangkah perlahan ke belakang rumah, dia ingin menikmati persekitaran rumah itu, yang memberi bau pokok yang sangat kuat.

Dia pernah bahagia dan semua pokok ini menjadi saksi.

Dengan penuh debaran, Nurlisa membuka pintu dapur itu, dia tiada kekuatan untuk masuk melalui pintu hadapan, kerana aura Syed Arman begitu kuat di situ. Dia tidak sanggup memegang tombol pintu yang mewah itu.

Kenangan di luar dapur ini juga mendebarkan, tetapi bahagian belakang adalah Kawasan yang sedikit tenang.

Nurlisa pasti pintu dapur tidak berkunci.

Dia tahu apabila ada tetamu yang akan datang, penjaga rumah akan membuka semua pintu dan memasang aircond rumah ini. Itulah tugas Pak Leman suatu ketika dahulu. Dia sudah biasa, kerana sewaktu dia pertama kali menjejak kaki ke rumah itu, itulah yang diberitahu oleh Pak Leman kepadanya.

Apabila dia masuk ke ruang dapur itu, kedengaran suara perempuan yang merengek manja, mereka seperti berada di dalam keadaan yang sangat romantic.

“Sayang, janganlah, gelilah… ,”

“I bukakan seluar you ya, tak acilah macam ni, you dah buka dress I, please la sayang,”

“I love you, thank sebab buang dia, kita akan hidup bahagia, I promised you,”

Nurlisa terpacak tanpa bergerak, keras kaku apabila melihat Syed Arman tidak berbaju dengan Sharifah Sakinah yang sudah separuh bogel, cuma tinggal seluar dan baju dalam sahaja.

Kelihatan Syed Arman begitu asyik mengomoli Sharifah Sakinah yang di dalam separuh khayal itu. Terlihat jiwa kejantanan Syed Arman menyerlah, tangannya meramas asset yang paling penting di tubuh Sharifah Sakinah itu.

Suara desahan Sharifah Sakinah bergema di dapur itu, dan desahan itu membuatkan tangan Syed Arman semakin liar, menerokai kawasan terlarang Sharifah Sakinah.

Lutut Nurlisa lembik, dia tidak boleh bergerak kemana mana, uratnya semua kekejangan. Dia mahu beredar dari situ, tetapi kakinya melekat, dia seperti ingin pitam, peluhnya merecik dahi dan bajunya.

Syed Adam dan Sharifah Sakinah hampir bersatu di atas meja makan di dapur itu, sewaktu Syed Arman melepaskan ciuman di leher Nurlisa, matanya tertacap kepada Nurlisa yang berdiri di pintu dapur.

Mata Syed Arman membulat melihat Nurlisa.

Wajah Nurlisa sudah pucat lesi, kalau ditoreh pun tidak mungkin ada darah yang keluar.

Syed Arman lantas menolak Sharifah Sakinah ketepi, dia mencapai bajunya dan menyarung laju.

Sharifah terdorong ke tepi apabila di tolak oleh Syed Arman. Tetapi dia masih mamai, nafsunya masih mengila.

“Kenapa sayang, jom la habiskan, I dah tak tahan ni,” suara rengekan itu habis disitu apabila wajahnya berpaling dan dia melihat figure manusia lain ada disitu dan ianya adalah Nurlisa yang sedang memandang mereka dengan pucat lesi.

Dadanya Nurlisa berombak laju, Syed Arman dan Sharifah Sakinah dapat melihat ketidakupayaan Nurlisa.

“Wait wait wait… macam mana you boleh ada kat sini, siapa izinkan you masuk ke sini?,” suara Syed Arman itu adalah tengkingan, dah suaranya bergema di rumah agam itu.

Kelihatan Sharifah Sakinah mencapai dress panjangnya dan menyarung dengan laju.

“I tanya you, kenapa you boleh ada kat sini?,” tengkingan kali kedua itu lebih kuat, membuatkan Nurlisa mengigil ketakutan.

Tangan Nurlisa lantas memegang tombol pintu yang masih terbuka, dia cuba bangun di dalam kepayahan, dia paksa diri untuk bangun.

“I’m sorry,” suara itu keluar, dengan Nurlisa mengheret kakinya melangkah keluar dari pintu itu. Dia berjaya keluar dan dengan perlahan dia menolak dedaun pintu itu.

Apabila dedaun pintu itu tertutup, airmata merembas keluar, dadanya sudah hampir kesejukan.

Dia mendengar suara yang menyentuh dedaun pintu itu , pasti Syed Arman membaling sesuatu kea rah pintu itu.

Nurlisa terkejut dan ketakutan dirinya sudah tidak dapat dikawal. Dia cuba sedaya upaya untuk bergerak.

“Please Sofea, help me, we need to out from here, please Sofea,” mulutnya berkata di dalam tangisan. Dia merayu di dalam desakan yang sangat sarat.

“Sofea, please sabar, please, help me, you need to help me, you must help me,” semasa Nurlisa bersuara, kakinya sedikit ringan, dia menarik kakinya perlahan, dah Nurlisa berjaya berjalan dengan perlahan.

Airmatanya laju keluar, sederas air terjun, membasahi wajahnya.

Dia masih berjalan, dengan tangannya masih didada, mengurut dadanya perlahan, menolong dadanya untuk bernafas.

Dia tidak mendengar lagi tengkingan dan balingan daripada Syed Arman, begitu juga suara Sharifah Sakinah, kerana dia sudah berada dekat dengan pondok pengawal.

Pemuda yang berada di pondok pengawal itu kehairanan apabila melihat Nurlisa yang tidak berdaya, terlihat jelas dia mengheret kaki semasa berjalan.

“Kenapa cik? Saya dengar suara orang menjerit tadi. Saya lupa nak beritahu Cik tadi, ada tetamu yang datang awal pagi tadi,” Pemuda itu berkata apabila melihat muka pucat Nurlisa.

Nurlisa cuma tersenyum, dia terus menekan remote keretanya.

Dalam satu minit, kereta Honda CRV itu sudah bergerak perlahan ke jalan utama.

Tangan Nurlisa mengigil semasa memegang stereng kereta, dia gagahkan dengan gagahan yang sarat.

“ Ya Allah, aku menyembah Mu dengan seluruh jiwaku, dengan seluruh rohku, Kau lindungi aku semasa memandu Ya Allah, aku perlu bergerak balik, aku tidak berdaya Ya Allah, aku lemah kerana manusia lain Ya Allah, aku gagal dalam hidup aku Ya Allah,”

Nurlisa berdoa, mulutnya tidak berhenti membaca AlFatihah, matanya tidak lepas memandang ke belakang, melihat sekiranya Syed Arman mengejarnya.

Bodohnya dia kerana masih berharap begitu.

Bebalnya dia kerana masih berfikir begitu.

Perjalanan daripada rumahnya ke rumah agam itu mengambil masa 5 minit, tetapi kali ini mengambil masa 30 minit untuk sampai.

Sudah banyak kereta yang membunyikan hon kerana pergerakan keretanya terlalu perlahan, tetapi Nurlisa tidak peduli, dia harus sampai kerumah dengan selamat.

Dia menutup gatenya rumahnya, memastikan tiada sesiapa yang mengekorinya.

Dia membuka pintu dan terjelepuk di sebalik pintu itu, dia menangis semahunya.

Dia melepaskan kesemua kesakitannya, kepedihannya dan semua perlakuan mereka tadi seperti movie yang masih bersiaran di matanya.

Nurlisa mencapai handbagnya, mengambil sebiji pil dan menelannya, tanpa air.

Di dalam jiwanya yang lembik itu, dia memaksa dirinya untuk tidur, pada masa itu jam menunjukkan pukul 11.15 pagi


*******************************

Nurlisa mengosok matanya perlahan, dia melihat jam di tangannya, jam menunjukkan pukul 2 petang.

Lamanya aku tertidur, Nurlisa bingkas bangun dan terus memeriksa teleponnya.

Dia melihat missed call daripada Syed Arman sebanyak 138 kali,

Dan…..

Terdapat missed daripada semua orang.

Danish – 12 call

Ameena – 53 call

Syed Arman – 5 call

Syed Awaludin – 1 call

Sharifah Teha – 31 call

Nurlisa terus off mobilenya dan mengeluarkan sim card daripada teleponnya.

Dia membuka data di telepon yang kedua.

Dia harus access emailnya, dia harus sign on kepada VPNnya untuk dia mengaccess Endah Holding HR portal.

Untuk kali ini dia nekad.

Nekad, dah dia tidak pernah senekad ini.

BERSAMBUNG

Share this novel

awer
2022-12-25 21:55:53 

hhaha..babi btul kan jntan ni..x nak2 kinah..tp try nk romen plak..ape gile...

cikpuanelena
2021-07-10 17:04:29 

Syed Adam - 5 calls

Hamidah Abdullah
2021-03-02 19:22:22 

lisa.....stay strong.... eeeeeeiiiii geram aku dgn 2 ketul tu. lisa u deserve a better man


NovelPlus Premium

The best ads free experience