BAB 14

Romance Completed 1616

"Tolong apa ma?" terus saja Alisya menarik senyum.

"Mama Mira suruh bagi pada aunty...," wajah Asyikin terus bersinar gembira. Kata-kata dari bibir comel Amira bersama huluran sampul petang tadi benar-benar membuai hatinya. Sekeping foto zaman kanak-kanak dia dan Alisya diletakkan dalam itu. Turut terselit sekeping kad.

Sahabat yang paling aku sayangi... sahabat dunia akhirat, maafkan aku. Maafkan semua yang aku pernah ungkapkan pada kau. Percayalah, aku tidak benar-benar maksudkan begitu. Amarah yang menguasai hati mengaburi otak untuk berfikir dengan logik. Sudikah Syikin maafkan Isya? Kita kawan baik kan?

Sentiasa merinduimu... -Alisya-

Tanpa disedari, menitis terus air mata Asyikin. Mestilah! Kita kan kawan baik. Best Friend Forever. Bibirnya mengungkap perlahan.

Yang lalu biarkan ia berlalu. Itulah ayat yang diucapkan oleh Asyikin tanda tidak mahu mengungkit apa yang pernah terjadi antara mereka. Baginya cukuplah dia berpeluang untuk bertemu semula dengan kawan baiknya. Ia sudah memadai buat dirinya. Lagipun apa yang terjadi antara mereka hanyalah kisah zaman remaja yang belum matang pemikirannya.

"Kau kahwin pun tak jemput aku ya...," rungutan Alisya hanya mengundang tawa di bibir Asyikin. Wajah Ariff yang sudah tersenyum dipandangnya.

"Kau pun sama jugak!" balas Syikin. Suami Alisya juga ikut tersenyum. Tetapi telahan Asyikin ternyata tidak tepat. Disangkanya Alisya berkahwin dengan Danial dan nyata dia tersilap. Alisya bertemu jodoh dengan sepupu belah emaknya. Sama juga seperti Alisya yang menyangka dirinya berkahwin dengan Danial.

"Habis... Danial kahwin dengan siapa?" soal Asyikin dan Alisya secara serentak.

"Nak tahu juga pasal ex-boyfriend depa!" sindir Ariff sambil memandang wajah suami Alisya yang sudah menggelengkan kepala.

Mereka yang sedang bersantai di salah satu taman mini sekolah, terus saja melepaskan tawa. Hari ini sekolah anak-anak mereka mengadakan hari terbuka. Dari pagi hingga petang ada pengisian dengan pelbagai aktiviti. Jadi bertapaklah mereka di sekolah sambil berbual lama. Melepaskan rindu yang tidak sudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience