SELESAI pengebumian Harith, semua.sudah beredar dari situ kecuali kayla dan ahmad yang masih disitu, sedangkan arfaaz hanya memandang dari jauh akan gadis itu sebelum menaiki kereta tanpa mempedulikan nya.
"Cik kayla...jom balik"
Kata ahmad dan menghulurkan tangan nya pada gadis itu, Kayla hanya menggeleng perlahan dan menepis tangan lelaki itu dari membawanya
"Cik kayla jangan macam ni..papa dengan mama cik kayla pasti sedih tengok cik kayla macam ni"
Pujuknya lagi sedari melihat kayla dari tadi tidak berhenti menangis teresak-esak dihadapan kubur kedua orang tuanya.
"Pak mad minta maaf..ini semua salah pak mad."
Ucapnya sayu sambil menundukkan wajahnya pada gadis itu dengan air matanya sudah jatuh perlahan lahan membasahi pipinya.
"Pak mad boleh balik dulu, kayla masih mahu disini teman mama dengan papa"
Arahnya menyuruh lelaki itu untuk pergi dari situ meninggalkan nya sendirian.
"Ta..tapi cik"
Belum sempat ahmad mahu meneruskan katanya kayla terlebih dahulu memotong ucapannya.
"Tolong pakmad...kayla nak sendirian disini"
Rayu kayla lagi tidak putus asa pada lelaki itu..sejujurnya dia memang perlukan masa untuk bersendirian sekarang.
"Baiklah..pakmad minta diri dulu
Sedangkan ahmad dengan berat hati menyetujui keinginan gadis itu sebelum dia meminta diri untuk pergi dari situ membiarkan gadis itu sendiri di perkuburan kedua orang tuan
Hilang saja kelibat lelaki itu..kayla mula memegang tanah yang masih merah itu dengan air matanya yang sudah jatuh berguguran membasahi keseluruhan wajahnya dengan tubuhnya yang sudah mengeletar
"Pa..papa..hiks..hiks..ke..kenapa papa dengan mama tinggalkan kayla!"
"Kayla dah tak ada sesiapa..hiks..kenapa tinggalkan kayla sendiri disini..hiks.."
Jeritnya disitu dengan air matanya yang sudah turun deras membasahi pipinya.
Habis saja kayla menangis teresak-esak disitu...kayla mula berbaring ditanah bersebelahan kubur kedua orang tuanya sebelum matanya ditutup rapat dan tidur disitu.
* * *
Sedangkan Darwish mula pergi ke tempat bawah tanah ingin mendatangi arfaaz yang sibuk menguruskan Marvel bersamaan yang lainnya.
"Bos!...maaf ganggu, saya ada benda nak bagitau"
Ucapnya dan mula berdiri menghampiri lelaki itu, bersamaan yang lainnya.
"Hurm?"
"Budak tu tak balik lagi"
Arfaaz yang mendengar hanya mengerutkan dahi nya pelik, siapa pulak budak yang Darwish maksudkan?
"Budak yang mana?"
"Kayla..anak tuan harith, ahmad ada call yang kayla berkeras taknak pergi dari situ..dan sampai sekarang budak tu tak balik lagi"
Beritahu Darwish bila dimana dia baru sahaja mendapat panggilan dari ahmad, bekas pengawal peribadi harith.
"Macam mana budak tu boleh ditinggalkan disitu sendirian? kenapa ahmad tak bawa dia balik? Sekarang hari dah gelap dan cuaca tak baik mana budak tu sekarang?!"
Tanyanya dengan suara yang agak tinggi nadanya, terkejut bila dimana gadis itu dibiarkan sendiri ditanah perkuburan itu.
Sedangkan Darwish hanya menggeleng kepala tidak tahu sambil menundukkan pandangan nya.
"Sediakan kereta sekarang!"
Arahnya dan terus bergegas keluar dari situ, ingin menjemput gadis itu.
"Tapi tuan, dekat luar cuaca tak baik! "
Beritahu nya sedari diluar hujan deras, takut akan menyukarkan perjalanan.
" I said prepare the car now!"
Sedangkan Darwish hanya akur sahaja arahan dari lelaki itu sebelum dia memanjang kan langkah nya untuk pergi menyiapkan kereta untuk lelaki itu bertolak kejap lagi.
Jeda-
Elbiena yang baru sahaja keluar dari lif mula mengejar langkah lelaki itu sedari melihat nya seperti ingin pergi, sebelum elbiena cepat cepat menahannya.
"You nak pergi mana? malam malam macam ni?"
Tanyanya pelik sedari melihat lelaki itu seperti ingin keluar lagi, dahlah keadaan diluar hujan deras..takkan lah lelaki itu mahu keluar dalam keadaan cuaca macam itu.
Arfaaz tidak menjawab dia terus melangkah keluar tanpa mengendahkan pertanyaan wanita itu.
"Takkan you nak keluar lagi?..cuaca dekat luar tu tak baik, tak sesuai untuk keluar sekarang"
Katanya lagi cuba menghalang lelaki itu dari pergi mana mana.
" None of your business!"
Ucapnya mendatar sebelum memasuki kereta yang sudah disediakan Darwish dan darel, sebelum kereta yang dipandu darel bergerak laju meninggalkan perkarangan tempat itu.
didalam perjalanan yang agak sedikit jauh arfaaz terus menerus menyuruh darel untuk mempercepatkan lagi pemanduan nya, risau akan keadaan gadis itu, dahlah keadaan diluar tidak begitu baik dengan hujan yang sangat lebat..lagilah membuat kan nya risau.
* * *
Sedangkan kayla sudah mengigil kesejukkan disitu dengan seluruh tubuhnya habis mengeletar, kerna dibasahi hujan deras..membuatkan tubuh gadis itu sudah tidak berdaya lagi untuk pergi dari tempat itu.
Beberapa minit kereta yang dipandu darel sudah pun tiba di tempat itu, dan dari jauh mereka sudah melihat sosok tubuh gadis itu yang duduk tidak jauh di tengah hujan.
"Bos tu kayla!"
Ucap Darwish sedari melihat gadis itu masih berada disitu dengan keseluruhan tubuhnya sudah dibasahi hujan deras.
Tanpa menunggu lama arfaaz terus membuka pintu kereta dan keluar dari situ, dan berlari di tengah hujan yang lebat itu untuk mendekati kayla yang duduk tidak jauh dari situ.
Darel dan Darwish mula terkejut dan memandang sesama sendiri sedari arfaaz sudah pun berlari keluar dari situ tanpa menunggu mereka.
"Kayla cepat balik!"
Jerit arfaaz ditengah hujan itu sedari suara hujan lagi kuat dibanding suaranya.
Sedangkan kayla hanya menggeleng kan kepalanya tidak mahu pergi dari situ sambil memeluk kakinya dengan tubuhnya yang sudah mengigil kesejukkan.
Arfaaz hanya berdengus perlahan sebelum menarik paksa lengan gadis itu untuk berdiri dari situ
"Kau tak nampak ke tengah hujan ni!?"
Katanya menaikan sedikit suaranya, geram akan kedegilan gadis itu.
Sedangkan kayla hanya diamkan diri sambil menundukkan wajahnya, dengan air matanya yang sudah mengalir laju
arfaaz mula menarik nafas dalam sebelum tubuh gadis itu ditarik paksa kedakapanya dan mula memeluk erat tubuh gadis itu yang menangis teresak-esak disitu
"ke..kenapa uncle..datang sini?"
Tuturnya perlahan dengan bibirnya sudah mengeletar kesejukkan sambil tangannya masih memeluk tubuh lelaki itu.
Arfaaz tidak menjawab pertanyaan gadis itu, sebaliknya arfaaz terus mengeratkan lagi pelukkan sedari merasakan tubuh gadis itu sudah kedinginan.
"Uncle ba..balik lah.."
Ucapnya sebelum melepaskan pelukkan tu menyuruh lelaki itu untuk pergi dari situ, dan tiba tiba sahaja pandangan nya mula gelap dah jatuh pengsan dihadapan lelaki itu.
Sedangkan arfaaz terus menyambut tubuh gadis itu dari terjatuh sebelum mengangkat nya dan dibawa tubuh tidak berdaya itu menuju ke arah kereta.
Darwish yang memerhati dari jauh terus membukakan pintu untuk arfaaz yang mengangkat gadis itu sebelum menyambut tubuh kayla di letakkan didalam kereta.
"Tuan! Kenapa dengan kayla?"
Tanya Darwish sedari melihat tubuh gadis itu sudah tidak sedar kan disitu sebelum dengan pantas arfaaz memasuki kereta dan membawa gadis itu kedalam dakapannya.
"Darel cepat bawa kayla pergi hospital!"
Arahnya pada darel tanpa mempedulikan pertanyaan Darwish, sebelum dengan pantas darel menghidupkan kereta dan memecut laju meninggalkan tempat itu.
Dalam perjalanan arfaaz tidak berhenti menggosok telapak tangan kayla bagi memberi kehangatan pada tubuh gadis itu yang sudah mendingin kerna kesejukkan, entah kenapa dia begitu risau terjadi apa apa pada gadis itu.
Jeda-
Sampai saja di hospital kayla terus dimasukkan ke unit rawatan pemeriksaan pesakit oleh beberapa pihak hospital disitu.
* * *
Sedangkan elbiena sudah jalan kehulur ke hilir menunggu akan kedatangan suaminya yang dari tadi belum balik, membuat kan wanita itu sudah mula risau.
"Mana dia ni! Kenapa tak angkat call"
Risau nya dan cuba menghubungi berulang kali akan suaminya itu, tapi tiada jawapan dari talian.
Arxie yang kebetulan melewati perjalanan itu tetiba saja terserempak dengan elbiena sebelum dia dipanggil untuk datang mendekat,
"Arfaaz pergi mana ha?"
Tanyanya tiba tiba membuatkan arxie hanya mengerutkan dahi nya tidak faham akan wanita itu.
Sedangkan hailex yang baru datang menghampiri mereka mula memandang kearah arxie menanyakan apa yang terjadi.
"Tuan az tak ada dekat sini ke?"
Tanya hailex semula pelik, mereka sendiri pun baru saja tiba disitu, dan tidak mengetahui dimana keberadaan lelaki itu
"Tuan pergi mana?"
Tanya arxie pulak pada wanita itu hingga buatkan wajah wanita itu mula kelihatan berang.
"Kalau aku tahu dia pergi mana, tak adalah aku tanya kau bodoh!"
Amarahnya tidak puas hati, orang tengah tak puas hati boleh puan buatkan nya hilang sabar bertanyakan soalan macam tu.
"Dah cuba hubungi dia? "
Tanya hailex pulak sambil mengangkat sebelah keningnya menunggu jawapannya.
"Dah, banyak kali tapi dia tak angkat..cuba you call dia mana tahu dia angkat call you"
Ujarnya mengarahkan hailex untuk menghubungi arfaaz..mana lah tahu kalau hailex yang call diangkat.
Sedangkan arxie bagaikan tunggul disitu hanya diamkan diri , kalau bercakap dengan nya kemain lagi kasar, bila giliran hailex elok je dijawabnya.
Dia sedarlah tahap status nya dengan hailex jauh berbeza, sedangkan hailex merupakan team az, sedangkan dirinya hanyalah seorang bodyguard dari arfaaz. Dibanding dengan penampilan hailex yang bukan biasa biasa, lain lah dirinya yang hanya memakai pakaian short hitam
"Okey takpe..saya call dulu"
Hailex terus pergi dari situ untuk menghubungi arfaaz yang entah kemana pergi nya malam begini, sedangkan arxie terus ikut pergi dari situ..tak selesa dia lama lama dengan perempuan itu.
* * *
Baru sahaja seorang doktor yang memeriksa kayla keluar, arfaaz berserta Darwish terus berdiri menghampiri doktor lelaki itu.
"Macam mana dengan budak tu?"
Tanya nya sambil berdiri menghampiri nya diikuti Darwish menunggu jawapan dari doktor itu
"Tunku jangan risau..pesakit dalam keadaan baik..cuma tekanan darah rendah dan demam yang begitu tinggi membuat kan kami terpaksa menahan pesakit untuk pemantaun selanjutnya."
"Tukarkan dia pada bilik rawatan dia yang lebih selesa"
Arahnya..sedangkan doktor lelaki itu hanya mengangguk perlahan sebelum meminta diri untuk pergi dari situ.
Hilang saja kelibat doktor itu arfaaz dan Darwish terus memasuki bilik rawatan kayla..dan datang menghampiri gadis itu yang masih tidur tidak sedar kan diri disitu.
Lama arfaaz menatap wajah gadis itu sebelum tiba tiba saja telefon nya berdering menandakan panggilan masuk.
"Darwish jaga dia"
Arahnya sebelum berlalu keluar dari situ ingin menjawab panggilan dari hailex, sedangkan Darwish hanya mengangguk sebelum memandang kepergian lelaki itu.
"Ye? Ada apa? "
Tanya arfaaz sebaik menjawab panggilan dari lelaki itu diluar bilik hospital, kerna takut akan mengganggu kayla yang tidur.
"Tuan dekat mana sekarang?"
Tanya hailex dalam talian, pelik akan lelaki itu pergi mana
"Hospital" jawabannya ringkas pada lelaki itu.
"Semua baik baik tuan? Macam mana tuan boleh ada dekat sana? What happened?"
Tanya nya pelik akan lelaki itu..takkan ada terjadi apa apa pada mereka.
"Nanti kau akan tahu, aku off dulu..satu lagi cover tempat aku untuk uruskan Marvel"
Arahnya sebelum mematikan panggilan, sedangkan hailex yang belum sempat memberitahu perihal isteri lelaki itu, terus berdengus perlahan sedari panggilan sudah pun dimatikan.
Sedangkan arfaaz terus meletakkan telefon ke dalam kocek nya dan berjalan menghampiri kayla yang masih tertidur di situ, sebelum tiba tiba datang nya beberapa staf membawa katil pesakit itu keluar dari situ.
"Kami bawa pesakit ke bilik yang sudah disediakan"
Ujar seorang jururawat itu sebelum meminta izin memindahkan bilik Kayla ke bilik yang lebih selesa sesuai permintaan lelaki itu.
Sedangkan arfaaz hanya mengangguk sebelum membiarkan mereka membawa kayla ke tempat lain diikuti Darwish yang ikut mengiringi gadis itu.
jeda-
Keesokan paginya kayla mula perlahan lahan membuka matanya melilau melihat sekeliling dan mula terpandang satu sosok tubuh yang meletakkan kepalanya disamping nya sambil mengenggam tangan nya dibawa tidur oleh lelaki itu.
Baru sahaja kayla mahu mengejutkan lelaki itu tetiba saja arfaaz tersedar dari tidur nya dan mengangkat kepala nya sedari merasakan sedikit sentuhan ditubuhnya, sebelum bangun sambil memisat misat matanya, dan menatap wajah gadis itu.
"Uncle kenapa ada disini? Semalam uncle tidur sini ke?
Tanya nya sedikit perlahan takut akan tatapan lelaki itu membuat kan nya hanya menundukkan kepalanya tidak berani memandang.
"kau kenapa tak balik malam tadi?"
Tegasnya tidak menghiraukan pertanyaan gadis itu sebaliknya dia malah menyoalnya semula.
Sedangkan kayla hanya diamkan diri sambil menundukkan kepalanya, mengingatkan kembali kepergian ayahnya membuatkan dirinya sudah tiada arah tuju..dia tidak mahu balik kerna sudah tiada apa disana untuk nya kembali, rumah itu terlalu banyak kenangan nya bersama ayahnya.
Sedangkan arfaaz mula menarik nafas dalam bagi menenangkan hati nya yang panas sedari gadis itu hanya diamkan diri tidak menjawab pertanyaan nya.
"Kau tak bisu kan?"
Sergahnya lagi bagi mengejutkan gadis itu yang tidak berkutik sama sekali apatah lagi memandang ke arah nya.
"Kayla nak balik..kayla taknak duduk sini, kayla nak teman papa dengan mama"
Katanya sebelum melepaskan jarum ditangannya dan ingin menuruni katil itu, tetiba saja bahunya ditahan untuk tidak turun. Membuat kan kayla menoleh ke arah lelaki itu yang sudah menatap tajam ke arahnya.
"Stay here! Jangan pergi mana mana!"
Bentaknya matanya sudah mencerlung tajam ke arah anak mata gadis itu dan menariknya semula untuk duduk diatas katil itu.
Sedangkan kayla hanya terdiam dengan amarah lelaki itu membuat kan air matanya sudah berkaca takut akan padanya..ayahnya saja belum pernah membentaknya seperti itu.
Sedangkan pandangan mata arfaaz seakan menikam susuk tubuh gadis itu, dengan wajahnya yang cuba dikawal, hampir saja dia hilang sabar akan kedegilan budak itu.
baru sahaja arfaaz ingin bersuara Darwish dan Darell terus menerjah masuk kedalam tanpa mengetuk pintu membuat kan lelaki itu menatap dingin ke arah mereka.
"Ma..maaf ganggu tuan, biar saya saja yang menjaga gadis ini..tuan boleh balik dulu..tukar baju semalam"
Ujarnya pada lelaki itu sedari melihat arfaaz masih memakai pakaian semalam yang dibasahi hujan
Sedangkan arfaaz hanya mengangguk sebelum berdiri dari duduk nya dan melangkah keluar dari situ diikuti darel, sempat arfaaz menoleh ke arah gadis itu yang dari tadi tidak memandang ke arah nya sebelum arfaaz terus berjalan keluar dari situ.
Hilang saja kelibat arfaaz dari situ, Darwish terus melabuhkan punggung nya diatas kerusi bersebelahan dengan gadis itu
"Hai..awak kayla kan?..macam mana dah rasa okey sekarang?"
Tanya pada gadis itu seraya tersenyum lebar padanya, tapi malah tiada sebarang respon pada gadis itu membuat kan senyuman Darwish tadi mula menghilang, argh malunya!
"Kayla jangan ambik hati sangat tau dengan tuan az..dia memang macam tu, tapi dia risau kan kayla tau"
Ucapnya lagi tanpa putus asa cuba sedaya upaya untuk memujuk gadis itu
"Semalam masa kayla pengsan pun dia risau dan terus bawa kayla kesini"
Terangnya lagi pada gadis itu, sedangkan kayla yang tadinya menundukkan pandangan nya mula mendongak memandang ke arah lelaki itu
"Lepastu kami pun.."
Belum sempat Darwish meneruskan ucapannya kayla terlebih dahulu bersuara membuat kan lelaki itu terhenti dan menoleh ke arah gadis itu.
"Abang siapa?"
Tanya kayla tiba tiba sedari tidak mengenali siapa lelaki itu..
"Oh tak bisu..hahaha..ingatkan tadi tak boleh nak bercakap, by the way..nama abang Darwish..kayla boleh panggil abang wish"
Ujarnya cuba untuk memperkenalkan diri nya pada gadis itu sambil menghulurkan tangan nya tapi gadis itu malah membiarkan saja.
Sedangkan kayla hanya mengangguk tanda faham dan hanya memandang kosong ke arah tangan lelaki itu tanpa ingin diraihnya.
"Nama uncle tadi siapa?"
Tanyanya ingin tahu siapa lelaki tadi, dan kenapa lelaki itu mahu membantunya?
"Oh maksud kayla tuan az?, oh dia tunku arfaaz Raditya, tapi dia tak suka orang panggil dia tunku..jadi kayla boleh panggil dia tuan az"
Sedangkan kayla hanya mengangguk faham sambil berpikir siapakah lelaki itu.
"Kayla nak makan?..abang boleh ambikkan kayla makan dulu"
Kayla hanya menggelengkan kepalanya tidak mahu, sekarang ni dia tidak ada selera untuk makan.
"Abang wish boleh keluar dulu?kayla nak rehat"
Arahnya menyuruh lelaki itu untuk keluar dari situ sebelum kayla merebahkan diri nya ingin tidur semula sedari merasa pening kepala.
Sedangkan Darwish hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk keluar dari situ dan menunggu diluar bilik membiarkan gadis itu rehat secukupnya.
* * *
Sedangkan elbiena yang menunggu di ruang tamu, mula berdiri dari duduk nya sedari melihat suaminya sudah datang diikuti darel pemandunya.
"You! Kejap..you pergi mana malam tadi? Kenapa baru balik pagi ni? "
Tanya nya bertalu talu pada lelaki itu, entah kenapa dia tidak tenang bila lelaki itu tidak balik malam tadi.
Sedangkan arfaaz tidak menjawab pertanyaan perempuan itu, malah dia menyuruh darel untuk pergi dari situ sebelum arfaaz meneruskan langkah nya pergi dari situ.
"You! , you pergi mana ha? You tau tak i risaukan you malam tadi"
Ucapnya lagi masih tidak putus asa dan cuba memeluk lengan lelaki itu, sebelum arfaaz menepis tangan nya.
"Sejak bila aku kena bagitau kau kalau aku nak pergi mana? "
"I just risau kan you..semalam you tak balik"
Ucapnya lagi cuba untuk memujuk lelaki, sebelum arfaaz terus beredar dari situ tanpa mengendahkan nya. dahlah semalaman dia tidak boleh tidur memikirkan lelaki itu.
Share this novel