Rate

1

Romance Series 2956

"Hai.."
"Hai.."

Tania dan Fahreen berjumpa untuk pertama kali setelah perkahwinan mereka bakal di atur keluarga minggu depan.

Dah dua bulan bertunang, masing-masing tak ingin jumpa. Tapi kali ni dipaksa.

"You tau kan, minggu depan kifa nak kahwin?"  Tania tanya.

"Ya." Fahreen angkat bahu. Muka masing-masing, tak ada langsung teruja nak kenal pasangan.

"So?"

"So what? I ingatkan You tak jadi, sebab You langsung tak contact I. Padahal You nak kahwin dengan I kan?"

Tania melopong sekejap. Poyonya.

"Hello, You ingat You siapa. I ni tak ada hati nak contact, I fikir You faham lah yang I  pun tak nak kahwin dengan You..." Tania membalas.

"Ini salah kita. Senyap. Patutnya kalau tak mau kahwin, kita bagitau family kita. Alih-alih, kita senyap diorang buat kerja. Semua persiapan dah siap sedia. Apa cerita sekarang ni?"

"Mana I tahu?"

"Okey, so kerana kecuaian kita. Kita kena kahwin lah."

"Rasanyalah..."

"Mana boleh main-main rasa-rasa. Hal kahwin ni..."

"So You nak I buat apa? Lari masa hari kita nikah? Atau kita sama-sama lari."

"Kalau boleh..."

"Okey kita cuba lari."

"Okey?" Tania senyum sinis.

Wajah depan mata dipandang endah tak endah. Tang mana kacak, tang mana cantik pun tak tahulah. Meluat tanpa dosa.

"Kalau kita kena kahwin sebab family jugak macam mana? Persiapan dah buat. I anak soleh."

"I pun anak solehah."

"So kahwin jugak lah..."

"Kalau You nak..."

Geram betul Fahreen dengan perempuan ni.

"Kenapa You tak minat nak kahwin? Kita bincang." Fahreen tanya lagi. Dia berpeluk tubuh pandang gadis itu.

"I lesbian." Fahreen terkejut namun dia sembunyikan terkejutnya. Gelak.

"Oh patutlah. I pulak gay..." Fahreen balas balik. Apa kau ingat kau je boleh?

Giliran Tania pula terkejut. Dia punya nak bagi lelaki tu terkejut dan batal kahwin, dia pun dapat kejutan.

Masing-masing menilik. Tania cantik. Rambut paras bahu. Penampilan feminin. Mana datang lesbiannya.

Fahreen tubuhnya tak berapa sasa. Sedang-sedang. Boleh jadi gay kot.

"Oh, so You masih boleh undur diri."

"You pun sama." Fahreen membalas.

Masing-masing poyo.

"I tak ada nafsu dengan perempuan. I suka lawan pedang."

"Ish, I pun tak minat lelaki. Sebab perempuan je yang faham perasaan perempuan dan apa perempuan tu nak. Lelaki tau apa? Tahu menyakiti..."

"Eh perempuan pun sama lah. Complicated. Nak makeup pun berjam-jam tapi muka buruk jugak..."

Grrr...grrr....grrrrr...  Masing-masing tahan geram.

Thanks semua.. kalau suka drop Your komen okey..

selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience