Rate

3

Romance Series 2956

Tania dan Fahreen selamat diijabqabulkan dengan sekali lafaz. Disambut dalam majlis perkahwinan gilang gemilang. Keluarga mereka sangat bahagia kerana anak bertuah yang liat nak kahwin, akhirnya kahwin juga. Selamat dunia akhirat.

Tania dan Fahreen jadi pelakon hari ini. Pura-pura bahagia dan menerima satu sama lain. Tapi dalam hati menyumpah seranah berjuta kali. Masakan tidak, masing-masing geram. Dalam banyak manusia kenapa dipilih Fasha dan Ameer jadi pengapit. Tahulah kekasih gelap pun, tapi agak-agaklah. Cemburu pula Tania melihat Ameer yang tersengih di tepi suaminya yang kacak bergaya itu.

Fahreen pun sama, cemburu juga dengan si Fasha yang dah pesongkan kaum sendiri. Dahlah, si Tania tu cantik namatey hari kahwin ni. Sebelum ni, tak lah pula cantik macam ni.

Majlis berjalan meriah dengan kehadiran tetamu hinggalah masa berganjak dan selesai.

"Okey Fahreen. Aku cow dulu. Dah kahwin jangan lupa aku.." Ameer berseloroh buat Tania menjeling.

Eleh, nak berskandal gelap belakang binilah tu.

Fahreen senyum lebar.

"Mestilah tak lupa. Kau take care, thanks jadi pengapit." Fahreen membalas pula.

"Selamat pengantin baru, Tania dan Fahreen. Moga bahagia hingga akhir hayat." Ucap Ameer buat Tania senyum pura.

Fasha pula beri ucapan. Dia dah janji nak balik dengan Ameer.

"Okeylah, Tania. Selamat menempuh alam perkahwinan. Aku harap suami kau yang charming dapat lembutkan hati kau yang keras ni." Fasha pegang tangan Tania dan Fahreen mula menjeling tajam.

Apa yang dibisik tu? Ni mesti ada janji apa-apa kan? Nak berskandal lagi dengan bini aku la tuh. Najis. 

Setelah dua makluk Tuhan itu pergi, Tania dan Fahreen bertentang mata. Tak puas hati.

"Awak tak ada orang lain ke, nak pilih jadi pengapit?" Fahreen mula dulu.

"Awak pun sama kan?"

Eloklah tu, Fasha dan Ameer sama-sama kurus kering macam papan playwood. Grrrr...

"Kekasih awak tak sedih ke awak bersanding?" Soal Fahreen sinis.

"Nak sedih buat apa. Kami tetap on. Awak pun tak payah cakap. Awak pun tetap on kan sebab nafsu manusia sentiasa on..." Perli Tania.

"Apa lebihnya Fasha tu, selain kurus kering macam papan."

"Habis tu, si Ameer tu tak kurus kering ke? Oh lupa cinta itu buta..."

Bengang Fahreen. Dia pergi tinggalkan isteri. Tania menjeling. Baik masuk bilik mandi lagi bagus. Melekit badan.

****

Malam pertama. Huh, apalah sangat nak diharapkan malam pertama kalau dah tahu pasangan kita, bernafsu songsang.

Masuk bilik pengantin, Fahreen tak ada. Tentu lelaki tu, tak teruja langsung dapat bini. Tak tahu mana pergi, entah-entah pergi cari Si Ameer kekasihnya kurus kering tu.

Dah salin pakaian pengantin, Tania mandi. Bersihkan diri. Dia berkemban tuala keluar terkejut melihat lelaki itu ada dalam bilik.

"Oh mak kau!" Terlatah sambil memegang tuala yang hampir terburai. Nasib baik sempat.

Fahreen ternganga. Masakan tidak, hampir separuh dada isterinya itu tertayang. Montoknya.

Fahreen cuba telan air liur.  Dia juga dah salin pakaian pengantin, tak berbaju cuma pakai tuala paras pinggang ke lutut.

Bila masa dia masuk. Alamak, dah tayang free kat lelaki ni. Tapi kejap, dia gay kan. Buat apa nak risau. Buat bodoh sudahlah.

Tania menebak rambutnya yang basah dan melewati lelaki itu. Wangian dari mandian dan syampoo menyapa naluri Fahreen.

Lekuk tubuh isterinya yang menonjol dipandang penuh minat. Fuh, shape dia...

Tania berpaling pada Fahreen yang perhatinya lain macam. Macam tembus tuala yang dipakai ini.

"Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok perempuan ke? Baru tahu rupa perempuan macam ni. Itulah, sibuk menyendeng jantan je kan. Sampai lupa kewujudan dan fungsi perempuan..." Bebel Tania mengirai rambutnya yang basah.

"Yang sibuk nak tayang kat saya ni buat apa? Nak goda saya?" Fahreen sedikit marah.

"Orang baru lepas mandilah. Takkan nak pakai telekung. Awak pun sama, apasal bertuala depan saya ni? Nak goda saya?"

Tania sedikit tergugat bila matanya menatap dada berotot lelaki itu. Lengan yang sasa. Ni kalau kena peluk, uiii sedap.

Aduh, apa aku berangan ni.

"Nak mandilah, takkan nak menari. Tak ada masa nak goda aih. Kalau saya nak, dapat je."

"Apa awak cakap?"

"Awak tu isteri saya, bukan ada larangan pun nak dapat satu badan awak tu."

"Eleh, sembang babi pun boleh terbang. Pergilah pada kekasih awak yang kurus kering tu. Kalau songsang tu songsang jugak. Buang masa aku je."

Tania ke wardrobe. Mencari baju tidur. Si Fahreen pun sama. Tengah cari baju tidur di wardrobe. Sedang sekejap menunduk, sekejap bangun tiba-tiba tuala yang Fahreen pakai terburai dan jatuh ke lantai mozek.

Tania ternganga melihat. Sudahlah tak pakai apa. Senjata lelaki itu pulak sedang...

"Arghhhh!" Tania menjerit takut.

Fahreen yang melihat reaksi segera melihat bawahnya.  Alamak!

Tuala diangkat semula menutupi. Diikat kemas dipinggang.

Tania yang cemas berundur ke belakang hingga melanggar katil. Terjatuh. Tuala dia pun hampir-hampir terlerai cepat-cepat dia pegang.

Fahreen terlopong lagi. Hotnya isteri. Dua-dua sudah belanja aurat masing-masing malam ini.

Tania mula rasa seram.

"Ap...app...apasal so big big sangat?" Terketar-ketar Tania hingga parkinson rasa kaki. Dia pegang bawah arinya. Ni kalau kena mati ooo.. Nasib baik, lelaki ni gay.

Fahreen dah merah muka malu. Tak pasal-pasal tertunjuk belum apa-apa lagi. Tapi dia buat biasa-biasa.

"Awak jangan nak body shaming saya yea. Saya saman awak nanti. Takkanlah nak kecik macam pensel pulak. Itulah, dok sibuk menyendeng betina, sampai tak tahu yang lelaki macam mana..."

Sebenarnya ini kali pertama Tania tengok. Mahunya tak terkejut beruk.

"Buat apa. Lagi suka guna jalan belakang. Patutlah si kurus kering tu suka sangatkan. Sanggup tahan kecewa jadi pengapit..."

"Oh itulah. Jalan depan saya tak try lagi. Jadi tak tahu rasanya macam mana. Awak pun, tak nak cuba yg real? Perempuan sama perempuan apa class. Palsu."

"Goyah lah tu tengok aku kan..." Tania bicara pada diri sendiri.

"Awak pun sama.."

"Tolong sikit, saya suka perempuan. Forever." Janji selamat, menipu jelah.

Fahreen mencapai baju tidur dan masuk ke bilik mandi bengang.

Terima kasih sudi baca.. boleh tegur2 kat komen ya. nak kenal jugak korang yg follow cerita ni. Barulah semangat skit teruskan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience