DUA || MISI

Action Series 10203

Penghuni bilik itu segera memalingkan wajah saat pintu bilik itu dirempuh kasar dari luar. Mahu sahaja dimaki siapa yang tidak mempunyai abad itu.

"Wahai kawan-kawan yang aku sayangi, sesungguhnya kita ada misi sekarang. Jom cepat ikut aku!" ujar Leen pantas sambil kaki melangkah masuk ke dalam bilik Riana.

Payah juga nak percaya budak ni...

Nasi goreng Meera dimakan olehnya sesuka hati. Meera hanya menjeling.

"Ikut kau. Tapi kau melantak nasi aku!" suara dingin milik Meera membingitkan suasana sepi di dalam bilik itu. Wajahnya yang putih melepak itu kelihatan merah akibat menahan amarah. Leen yang sudah memasukkan beberapa sudu nasi goreng ke dalam mulutnya hanya tersenyum sumbing.

Dasar beruk!

"Mana kau tahu?" Aurora yang mengenakan busana kasual itu melontarkan soalan. Keningnya diangkat tinggi, curious.

"Madam James bagitahu aku tadi."

"Asal aku tak dapat apa-apa." suara lunak Riana pula kedengaran . Pantas handphone miliknya segera dikeluarkan.

Buka sahaja handphone itu, matanya dihidangkan dengan 20 missed call and 120 chat dari nombor yang sama.

"Oh my kambing! Eh, cepat la kita dah lambat." gesa Riana. Kaki melangkah kearah meja kerjanya. Segala dokumen disusun kemas.

Begnya disangkut ke bahu dan langkah dilajukan keluar dari kawasan tersebut. Ke semua rakannya turut bergegas keluar.

Masuk sahaja didalam lif. Satu butang yang menunjukkan anak panah ke bawah ditekan. Kotak lif itu bergerak apabila menerima arahan itu.

Itu bukan bermakna lif itu akan turun ke bawah seperti biasa. Tetapi butang itu akan membawa mereka terus ke bawah tanah. Dimana kawasan rahsia di dalam syarikat mereka.

Satu lagi butang berbentuk segi tiga berwarna hijau ditekan.

Dan muncullah, dua hoverboards, dua roller blade dan satu skateboard di dinding lif tersebut. Boleh bayangkan, besar mana lif mereka? Sebesar bilik tidur di rumah banglo besarnya.

Riana dan Aurora mengambil hoverboards, manakala skateboard diambil Leen. Meera dan Amy pula mengambil yang lebihnya.

Itu adalah kenderaan ringkas mereka yang diberikan khas oleh agensi. Memudahkan mereka bergerak dan menjimatkan masa.

Meera dan Amy mengetuk tapak kasut mereka dua kali ke lantai. Dan keluar cahaya biru disetiap roda kasut tersebut.

Masing-masing sudah bersiap sedia. Buka sahaja pintu lif. Mereka berlumba-lumba keluar.

Dan terjadilah perlumbaan tanpa rasmi menuju ke agensi.

----------

"Apa kamu fikir saya bagi kamu semua benda tu untuk berlumba ke? Saya bagi ni untuk kemudahan kamu datang ke sini. Bukan berlumba macam tadi. Dah la saya call takde siapa yang jawab." walaupun intonasinya agak lembut tapi ada ketegasan dalam ayatnya yang mampu membuatkan 5 gadis itu tertunduk.

"Kamu semua ni dah 21 tahun.. bukan 12 tahun lagi. Kalau dulu, yelah saya terima. Ni? Haishhh susah cakap dengan kamu ni lagi. Masing-masing dah besar panjang. Fikir-fikirkan apa yang saya cakap." sambung wanita itu lagi.

Mereka hanya tertunduk senyum. Malu pula kena marah.

"Kamu ada misi yang perlu kamu selesaikan."

5 gadis itu mengangkat kepala.

"Cari maklumat mereka dan hapuskan mereka."

Riana tergamam. Fail yang diberikan itu benar-benar mengejutkan dirinya bahkan rakannya juga.

Nama diatas helaian pertama itu dibaca.

"Tak payah terkejut sangat macam nampak harimau berenang. Sebelum ni pun kamu semua dah pernah buat." kata Madam James sinis.

"Takdalah. Ni kan kumpulan mafia yang kuat tu kan?" kata Amy jujur.

Madam James mengangguk.

"Then, you freaking want us to vanish them from this choatic world? Oh my, I'm fucking not ready for my next funeral, madam."

"Nah, five of you need to do this mission surreptitiously. All of you will be prepare by a lot of secret weapons.." 

"Tapi ni mafia Malaysia. Susah sikit nak detect. Sebelum ni luar negara punya." Ujar Aurora.

Madam James mengangguk.

"Kamu je yang boleh buat ni. Yang lain semua dah ada misi. So buat jelah. Saya ada untuk bantu."

Mereka hanya mengangguk.

"Nak tengok anak buah kitaorang berlatih boleh?" Soal Meera teruja. Madam James hanya mengangguk.

Mereka semua terus bangun, kenderaan ringkas yang ada ditepi pintu tadi diambil dan berlumba-lumba pergi.

Madam James menggeleng. Susah nak kawal mereka sebenarnya ni.

"Bersabarlah Puan. Mereka masih belum matang sepenuhnya. Yang penting misi kalini, mereka akan berjaya." kata seorang wanita disebelah Madam James. Dia dikenali sebagai pembantu setia Madam James.

"Itu yang saya risaukan tapi saya anggap diorang macam anak saya. Takkan saya tak percayakan mereka pula."

----------

Pintu kaca itu ditolak perlahan. Kepala dijengukkan.

"Hi Miss. Wanna join?" Soal seorang jejaka.

Mereka berpaling. Tersenyum mereka apabila melihat jejaka itu.

"No, thanks. Saja nak datang melawat. Macam mana korang?" Soal Riana prihatin.

"Macam biasalah. Ada peningkatan Ejen Airis kata. Tak macam dulu." jawab Danish. Lehernya yang berpeluh dilap menggunakan tuala putih yang dibawa.

5 gadis itu hanya mengangguk.

Kawasan latihan itu penuh dengan anak buah mereka. Kesemua nampak sangat bertenaga.

Ada yang melompat dari tembok ke tembok. Ada yang melakukan backflip. Dan ada juga yang melakukan latihan bersama senjata.

Ramai diantara mereka tahu kewujudan mereka disitu. Tapi mereka hanya menghiraukan. Belum masa rehat untuk berbual. Mereka terlalu fokus dengan latihan.

Selepas beberapa minit melihat anak buah mereka sedang berlatih, Riana mengarahkan mereka untuk berhenti seketika.

Kesemua diantara mereka terus berhenti dari lakukan sebarang aktiviti. Mereka berkumpul di bahagian kerusi panjang dan kawasan yang mempunyai meja berbentuk segi empat.

Masing-masing melepaskan lelah.

"How practise? It's fine?" Soal Amy.

Mereka mengangguk dalam keletihan.

"Miss, miss takda misi ke akhir-akhir ni?" Soal salah seorang dari mereka.

"Ada." jawab Leen sepatah.

"Nak join boleh? Saya tak pernah lagi ikut misi. " tangannya diangkat tinggi.

"Tak boleh Syura. Misi ni bahaya. Madam tak bagi libatkan kamu yang masih dalam latihan. Kamu kena usaha lagi, okey?" kata Riana lembut.

Syura mencebik lalu mengangguk perlahan.

"Acah, macam korang tu hebat sangat." suara sinikal itu menarik perhatian ke semua yang berada di dalam bilik itu. Wajahnya hanya selamba dan senyuman sinis terlakar di bibir munggilnya.

"Pardon us, Mia. What the hell you're talking about?" Soal Meera berang. Rambutnya paras bahu itu beralun cantik. Tetapi wajahnya seakan memberi arahan. Suaranya turut bergetar.

"Tak payah perasan sangatlah yang korang tu hebat. Budak lemah." tanpa rasa gentar, pemilik tubuh tinggi lampai itu melontarkan ejekan kepada mereka.

Atmosfera di dalam bilik kedap suara itu kini terasa tegang. Mereka yang tidak terlibat hanya diam tidak berkutik. Mampu untuk melihat dan tidak berani untuk masuk campur.

Pakkk!!

Bilik itu dipenuhi dengan bunyu hentakan yang kuat. Mereka yang menghuni bilik yang mempunyai kelengkapan yang lengkap itu mengalihkan pandangan kearah punca bunyi tersebut.

Riana bangun dari duduknya. Langkah dicorak mendekati Mia yang sedang membelek kuku gelas manicurenya.

Tanpa teragak-agak, kerusi yang diduduki Mia ditendang kasar menyebabkan gadis tinggi lampai itu sedikit tersentak.

"Where's your manner, little girl! Watch every single words that fucking come out from your dirty tongue. I'm so unpleasant to hear you, bitch!"

Bergemar.

Suara lunak yang berintonasi tegas itu melantun keluar menggemakan bilik separa besar itu.

Wajah yang manis pada mulanya berubah bengis. Dadanya berombak kencang akibat amarah yang semakin menjadi-jadi. Dia mencerlung memandang wajah Mia dengan tajam.

Jika diikutkan hati, sudah lama gadis dihadapannha kini ditampar bertubi-tubi.

Amy yang melihat keadaan Riana itu terus menarik kawan baiknya jauh dari Mia. Dia tidak mahu kawan baiknya itu melakukan apa-apa tindakan agresif kepada gadis itu.

Mia juga turut terpana kerana sebelum ini, tidak pernah dia melihat Riana mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

"Good job Mia Adriana. Kau dah buat Riana marah untuk hari ni. Tahniah sesangat!" sinis Leen.

Tanpa sebarang arahan atau kata-kata, Mia terus bangun dari duduk. Mereka hanya memandang dengan riak tidak puas hati.

"Sambung latihan. Kitaorang nak balik." arah Riana tegas dan dingin.

Mereka hanya mengangguk dan kembali melakukan aktiviti mereka.

5 gadis tadi terus menaiki kenderaan ringkas mereka dan kembali ke tempat kerja.

Sesungguhnya banyak benda yang perlu diselesaikan dalam satu masa.

Sampai ke lif, kenderaan mereka disimpan kembali ke tempat asal dan mengemaskan pakaian.

Tanpa apa-apa tindakan, sebuah bebola terapung muncul dari lantai lif.

Tidak sampai dua saat, lif itu wangi bila bebola itu menyemburi tubuh mereka dengan perfume.

Itu sudah biasa. Lepas mereka balik dari agensi, mereka perlu menutup segalanya. Jadi dengan alatan itu, mereka dapat menutup identiti mereka dengan cara begini.

Bukan sahaja wangi, tapi tiada siapa akan mengesan keberadaan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience