SATU || PERKENALAN

Action Series 10203

Lima orang gadis yang kelihatan elegan berpakaian kemeja itu melangkah masuk ke dalam bangunan yang megah itu. Seorang lelaki berpakaian kemeja putih yang menjaga pintu utama menunduk hormat kepada mereka.

"Selamat pagi boss."

Mereka hanya mengangguk. Kesemua pekerja di lobi itu menunduk hormat saat bersemuka dengan mereka.

Siapa yang tidak mengenali mereka di bangunan itu. Boss atasan Five-A Company.

Lif yang tertulis 'CEO AND FRIENDS' adalah lif khas mereka. Kaki melangkah masuk saat pintu lif terbuka.

Butang 20 ditekan. Kotak lif itu mula bergerak naik.

"Kita takde misi ke akhir-akhir ni?" Soal seorang gadis tinggi lampai.

Aurora Eldrina Lester. Gadis kacukan Turkey. Gadis yang mempunyai sifat rendah diri dan tidak peduli keadaan sekeliling. Baginya, cukup dia dan sahabatnya terbaik dalam dunia.

"Tak kot. Diorang tak inform apa-apa pun" balas seorang gadis berwajah tidak berperasaan pula.

Quin Ariana Qaisara. Anak jutawan Amerika tetapi lahir di Malaysia. Bapanya yang berasal dari sana berkahwin dengan ibunya warga Malaysia. Dan terhasil dirinya yang bersikap dingin, sedingin suhu di Amerika. Dan sikap normal seiring dengan suhu di Malaysia.

"Dah tu, kita akan tumpukan kepada syarikat jelahkan. Aku dengar masa tu akan ada projek berjuta. Betul ke?"

Ini pula, Engku Ameera Hana. Gadis melayu asli. Ibubapa berasal dari Malaysia. Anak jutawan kepada pasangan yang terkenal dengan penjualan produk terlaris mereka. Sikapnya yang periang dan kadang kala menakutkan itu, menarik minat semua orang mahu berkawan dengannya.

"Yang itu masih dalam perbincangan. Kalau syarikat kita terpilih. Adalah rezeki nanti." ujar Riana.

Handphone disimpan kembali ke dalam beg yang kemas tersangkut dibahu saat nombor yang tertera menunjukkan nombor tingkat mereka.

"Jumpa lunch," kata Leen selepas masing-masing keluar dari lif itu. Masing-masing ada bilik dan bahagian masing-masing. Dan merekalah ketua-ketua dibahagian tersebut.

Tengku Azleena Nelydia. Gadis berdarah raja berkacukan Korea. Gadis yang sentiasa dengan wajah ketatnya. Tapi jikalau gadis ini senyum, semua akan cair melihatnya. Seorang yang panas baran dan agak agresif antara mereka.

Seorang lagi ahli mereka, Tengku Amylina Nadia. Sepupu rapat kepada Leen. Dia pula bertentangan dengan Leen. Sikapnya yang peramah dan periang. Senyuman sentiasa melekat dibibirnya. Lembut dan penyabar.

Walaupun dengan sikap mereka yang ini. Mereka juga seperti gadis lain diluar. Yang sentiasa berhibur dan enjoy the life.

----------

Riana menolak daun pintu bilik pejabatnya perlahan, seorang gadis berbaju kurung mengikutinya masuk bersama sebuah fail kerja milik Riana.

"Apa jadual saya harini?" Soalnya tanpa memandang wajah setiausahanya.

Melissa membuka tab yang ada ditangannya, jadual tugas boss mudanya itu dicari. Semuanya diteliti satu persatu.

"Boss perlu attend meeting dengan Dato' Hisyam pukul 10 pagi untuk pengesahan projek baru. Itu sahaja." jawabnya lancar tanpa rasa gentar pada nadanya.

Riana mengeluh perlahan. Kepala hanya dianggukkan perlahan.

"Jangan panggil saya dengan nama tu. Call me Cik or Riana. Awak lagi tua dari saya. Saya yang seharusnya hormat awak."

"Tapi bos errr cik boss sa.."

"No excuse Mel. Saya anggap awak as kakak saya. Saya tak suka panggilan boss tu. Daddy saya patutnya awak panggil macam tu. Dia pemilik syarikat ni." bantah Riana keras.

Sesungguhnya dia tidak suka melibatkan kedudukan darjat yang didudukinya sekarang.

Mel hanya mengangguk akur. Faham dengan perangai boss mudanya itu.

"Saya keluar dulu, Riana." pamit Mel.

Riana hanya mengangguk bersama senyuman tipis. Fail-fail yang berkulit tebal diatas meja diambil dan dibuka.

Time to workholic guyss..

----------

"Mama ni, tak habis-habis nak Leen keluar date waktu lunch. Dah sah semuanya Leen akan tolak. Leen tak sukalah mama tentukan siapa yang layak Leen kahwin. You know me as well. Kenapa nak kena jumpa mereka yang tak tahu latar belakang?" ujar Leen tegas. Telefon yang ditekap di telinga kiri dialih ke telinga kanan.

"Mama nak yang terbaik untuk anak mama. Itu saja. Kenapa? Kamu nak mama diamkan diri. Mama tak nak kejadian kakak kamu akan ikut kamu sekali. Mama tak nak hilang anak mama lagi."

"Yes ma. I know you're freaking worry about me but I have my taste, ma. Orang bukan jenis macam kakak yang suka foya-foya. Keluar sana sini, lelaki keliling pinggang. Waste my time lah!"

"Watch your word. Whatever she is, she still my daughter. "

"Sorry ma. But Leen tak janji akan keluar date lunch hari ni. Leen dah janji dengan kawan nak lunch sama."

"Leen please... last one. Lepas ni dah takde. Janji!"

"Mama dah ulang ayat yang sama minggu lepas." ternyata mukanya sekarang sedang menahan amarah. Wajahnnya merah.

"Ok fine mama. This is the last time. " putus Leen. Bukan dia mahu biadap tapi dia tidak mahu melempiaskan kemarahannya kepada wanita itu.

Talian segera dimatikan.

"Urghhh stress!"

Terngingang-ngingang wajah kelu personal assistantnya saat dijerkah tadi.

[ flashback ]

"Cik Leen. Hari ini cik ada date lunch dengan Tengku Harris di Bear Coffee pukul 12."

Leen menjeling wanita itu tajam. Leeya menunduk. Dia tahu apa yang akan berlaku kemudian.

"Siapa aturkan?" Soal Leen dingin dan tegas.

"Tengku Mazriah, cik." jawabnya gugup. Perlahan dan berhati-hati.

"Kenapa awak terima! Awak tahukan saya tak suka. Ishhh awak ni. Awak ke yang akan hadap semua perangai malaun-malaun tu!" Jerkah Leen tetiba.

Terhinjut bahu Leeya saat dijerkah sebegitu.

"Tapi ni arahan puan besar." lambat-lambat Leeya menjawab.

"Siapa boss awak sekarang?! Saya ke dia?"

"Ci... Cik Leen"

"Out!" tanpa menunggu lama lagi. Leeya segera bangun dari duduk dan terus keluar dari bilik tersebut.

[ end flashback ]

Butang interkom ditekan.

"Ye Cik Leen?"

Terdengar suara lunak Leeya. Leen menarik nafas dalam. Gugup pula rasanya.

"Maafkan saya sebab marah awak tadi."

"Takpe cik. Saya faham."

Mendengar jawapan itu, talian terus dimatikan. Segala fail yang perlu disemak dicapai dan mula melakukan kerja.

Tiada guna mahu melambung meja, pecahkan kaca, terbalikkan atau apa-apa sahaja la. Keadaan masih sama. Dan tak akan berubah.

Keluhan dilepaskan. Sabar itu indah.

Tepat jam 12

Leen melangkah masuk kedalam Bear Coffee itu dengan hati yang bergelora.

Marah, benci, menyampah semua jadi satu. Namun wajahnya dikekalkan tenang.

Dekorasi bertemakan hutan kecil di dalam cafe itu sedikit sebanyak mengurangkan rasa amarahnya. Lawa! Elegan! Sama dengan tastenya! Mungkin kerana itu amarahnya kurang? Tenang?

Figura seorang lelaki yang sedang duduk di meja paling hadapan sambil menundukkan pandangan menatap telefon dituju. Kaki dibuka luas mendekati lelaki itu tanpa ragu-ragu.

"Tengku Harris?" Soal Leen. Jejaka itu mengangkat wajah. Tersentak seketika apabila disergah begitu tiba-tiba.

Anggukan sahaja sebagai jawapan dari jejaka itu. Kerusi dihadapan jejaka itu ditarik.

"So, awaklah yang mama saya suggest tu?"

"You rasa. Ni semua plan mummy I tahu. Kalau tak, takdenya I kat sini." kata jejaka itu. Telefon yang dipegangnya diletakkan diatas meja.

Air oren didalam gelas panjang dihadapannya digaul menggunakan straw.

"Awak pun mangsa keadaan?" Soal Leen. Hampir tergelak dia saat mendengar cerita ringkas dari Harris.

"Awak tak bantah pulak?" sambung Leen lagi.

"You cakap senang la! I dah bagi semua alasan siap pakej rasuah lagi, takdenya mummy I akan dengar cakap I. Mummy I tu dah la garang. Siapa je tak ikut cara dia, mulalah dia ungkit satu-satu cerita. Annoying tahu tak?" cerita Harris.

"Ala mummy awak jugakan? Biasalah tu, mak mana tak nak yang terbaik untuk anak dia."

"Habis you, asal tak bantah?" Soalan Leen tadi diajukan semula kepada gdis itu.

"Well, as I say. Mak mana tak nak yang terbaikkan. So saya ikut je. Malaslah nak gaduh."

"Such a good daughter," puji Harris ikhlas.

"Awak jangan cakap macam tu. Awak tak tahu behind the scene perjumpaan kita hari ni."

Tidak lama tawa mereka terlepas jua. Seronok berborak sampai tidak kisah siapa lagi antara mereka.

Mereka mula berborak sehingga waktu lunch tamat. Seronok juga berkawan dengan lelaki ini, banyak cerita yang dikongsi.

Kata ganti nama 'awak saya' juga dikekalkan. Kalau tidak selama ini, dipertengahan perbualan Leen antara jejaka pilihan mamanya yang lain, kata ganti nama akan berubah kepada 'kau aku'.

Tapi kali ini tidak. Terasa kosong juga hatinya saat memboloskan diri masuk kedalam kereta. Jika tidak, rasa marah dan geram yang akan menjadi pengakhiran harinya.

Dalam pemanduan, handphonenya bergetar menandakan mesej masuk.

'Misi untuk kamu sudah tiba. Bersiap sedia, girls!'

Mesej itu dibaca sekilas. Leen tersenyum suka. Akhirnya setelah sebulan mendiamkan diri tanpa misi. Kini misi kembali kepadanya. Eceh!

Kereta terus dipecut laju.

Yeah, time to action guys..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience