Rate

? 2 ?

Romance Series 8982

"Huh" keluh Sam setelah sahaja melabuhkan punggungnya ke atas sebuah sofa hitam yang berada di lobby pejabatnya. Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Dia membuka kunci telefonnya itu sebelum mentelaahnya dengan kusyuk, mencari kalau-kalau ada mesej daripada Dhaniyah yang masuk.

"Ugh tak de" keluh Sam sebelum menutup telefonnya dan menekup mukanya dengan kedua belah tangannya. "Kenapalah kau buat aku macam ni... Kenapa Dhaniyah?.." Kata Sam ,tertanya-tanya apakah salahnya. "Mak Su" secara spontan , nama Mak Su keluar daripada mulutnya.

Suriani atau Mak Su merupakan IBU Dhaniyah. Sejak mereka belajar bersama di universiti , hubungan Sam Dan Mak Su bertambah erat. Tambahan pula suami Mak Su ni pula, rakan seperjuangan papa.

"APA kata kalau aku cuba Tanya mak su. Lagipun dah lama sangat aku tak melawat dia". Sam segera ke kereta Dan beredar selepas beliau menanamkan niat untuk ke rumah Mak Su.

************************************

"Mak Su!!" Jerit Sam apabila melihat Mak Su tiba di rumahnya pada hari jadinya. Mak Su tersenyum. Sam berlari mendapatkan Mak Su. Memang terkejut pabila dia melihat Mak Su tiba. Sebab setahunya Makcik yang memang tak asing baginya ITU ke Jepun selama beberapa minggu. Yelahkan orang yang bekerjaya memang begitu. Sekejap ke hulu sekejap ke hilir.

Mak Su melutut sebelum membalas pelukan Sam. "Sam ingat Mak Su tak datang?" Kata Sam yang masih terkejut. "Takkanlah Mak Su tak datang . Mesti datang punya." Balasnya.

"Sapa tu baby" kata Sofia (IBU Sam). "Mak Su datang lah mommy" balas Sam. Segera Sofia menuruni tangga ke tinggat bawah.

"Suriani!" Ujar Sofia sambil mendepakan kedua belah tangannya. "Omg Sofia" balasnya sebelum menyahut pelukan Sofia.

"Bila sampai?" soal Sofia. "Baru jer" balasnya.

Kring!!!!!

Sekelip mata Sam terjaga dari khayalannya. Bunyi telefon tulah puncanya. "Alhamdullilah" spontan keluar dari mulutnya setelah dia sedar yang dia sedang memandu. Nasib baik tak de apa-apa yang berlaku.

Segera dia mencapai telefon bimbit yang diletak di tempat letak cawan bersebelahan dengan kerusinya. "Sham? Malas aku" dengan pantas ia meletakkan balik telefon itu di tempat asalnya.

************************************

"Assalammualaikum" salam diberi sesudah tiba dihadapan pintu pagar rumah Mak Su. "Assalammualikum" tambahnya lagi. "Pelik" bisik Sam.

Salamnya tidak disahut oleh sesiapa. Segera dia melihat sekeliling kawasan rumah. "Berkunci?" ujar Sam. Dahinya mula mengerut.

"Haizz" keluh Sam. "Mana lagi tempat aku nak cari dia ni?" soal sam kepada dirinya. Sam terduduk .

"Sam?" sapa seorang wanita berumur dalam lingkungan 40 tahun. Segera Sam mengangkat muka. "Mak su? Mak Su!!" jerit Sam, bingkas bangun.

Mak Su tersenyum lebar. "Jemputlah masuk" pelawa Mak Su. Sam mengangguk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience