Rate

? 1 ?

Romance Series 8982

Sam memandang ke kanan dan ke kiri. Perbuatannya itu cukup membuatkan orang yang berada di tempat itu tidak senang dengannya. Dia seakan-akan gelabah mencari sesuatu.

"Bro, pahal ni? Gelabah semacam je ni" soal Hisyam . Hisyam merupakan antara kawan baik Sam sejak di bangku sekolah lagi.

"Nampak Dhaniya tak?" soalan Hisyam dibalas dengan soalan. Dari riak reaksinya sudah cukup untuk menunjukkan yang dia tidak sabar untuk mengatahui jawapannya.

"Oh dia cuti arini... Kalau tak silap dia cuti for a week" jelas Hisyam.

"What?!!" ujar Sam. Dahinya mula mengerut. "Cuti seminggu? Dia sakit ke? Or ada kerja ke? Or ada hal ke?" tambahnya, mencungkil segala pengetahuan tentang Dhaniya daripada Hisyam.

"Tu aku tak pasti. Tapi rasanya dia amik cuti bukan sebab kerja" kata Hisyam.

"Alahai biarlah. Maybe dia nak pergi bercuti" tambahnya lagi

"No no no. Kalau dia pergi bercuti pun mesti dia bagitau aku. Tapi sekarang ni kenapa dia menghilang secara tiba-tiba? Dia ingat aku ni sapa" kata Sam

"Kawan" sakat Hisyam. Sam secara spontannya menepuk meja dia hadapannya dan menuding jari ke arah Hisyam. "Kau jangan nak mengada eh" ujarnya. Kawannya itu amat terkejut kerana jarang sekali beliau melihat rakannya itu sungguh serious dalam sesuatu perhubungan.

Hisyam hanya mampu untuk menjeling bagi tidak mengerohkan keadaan. Dia terus membuka file yang berada di meja dan menyelak. Dia malas untuk melayan Sam yang tengah dilamun cinta itu.

Hisyam juga pelik melihat Sam. Dia telah mengenali Sam untuk tempoh masa yang sekian lama. Hampir semua maklumat pasal diri Sam , dia tahu. Dia juga rapat dengan kedua ibu-bapa Sam serta saudara- maranya. Namun setahu dia, Dhaniyah dengan Sam hanyalah kawan biasa. Hal ini kerana dia selalu mengikuti Sam dan Dhaniyah keluar.

Tak pernah sekali pun Dhaniyah menyatakan bahawa dia sukakan Sam. Sam memang taklah dia nak luahkan perasaan. Selagi dia tak tahu perempuan tu sukakan dia ke tak. Selagi tulah dia akan berdiam diri.

"Lantak kau lah nak" ujar Hisyam dengan nada yang rendah sambil menarik nafas lega selepas melihat Sam beredar.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Tombol pintu bilik pejabat Cik Ali ditolak. Cik Ali merupakan senior masa zaman Sam di universiti dulu dan merupakan orang yang menyusun dan mengawalatur urusan pekerja di pejabat itu.

Kelihatan Cik Ali duduk di kerusinya sambil fokus meneliti komputernya. Kehadiran Sam disitu tidak diendahkan olehnya. Biasalah tu. Sam memang selalu lepak di biliknya. Kadang-kadang tu sampai tertidur. Dah tak pasal-pasal dia yang kena kejut.

Sam berjalan menuju ke Cik Ali sebelum menerpanya.

"Bang ada nampak Dhaniyah tak? I mean saya tahu yang dia cuti seminggu but kenapa eh?" soal Sam dengan penuh harapan agar Cik Ali tahu jawapannya.

Namun, soalan Sam tadi dibiarkan tergantung. Cik Ali langsung tidak mengalihkan pandangannya daripada komputer.

"Abang!" sergah Sam diikuti dengan hentakan tangannya ke meja Cik Ali. Cik Ali terganjak ke belakang, terbelakang.

"Apa dia?!" soalnya. Wajahnya berubah bengis. "Dah lah tak bagi salam ke apa ke . Tetiba je menerjah" tambahnya.

"Abang tahu tak kenapa Dhaniyah cuti seminggu?" soal yang dibiarkan tergantung tadi, ditanya semula. "Eh biarlah dia nak cuti bapa lama pun. Yang kau nak sibuk pahal?" soal Cik Ali.

"Alaa... Adalah" balas Sam, mahu mengekalkan jawapannya rahsia. Cik Ali hanya menjeling.

"Suka la ni? Dia pergi bercuti" ujar Cik Ali. "Oh nanti tolong bagitau Amirah, yang Osman pun cuti seminggu jugak. So.. Dia kena cover kerja Osman tu sikit." pinta Cik Ali.

"Osman pun cuti? Seminggu?" Soal Sam. "Yer seminggu. Dia pun pergi bercuti" balas Cik Ali.

"Pergi bercuti jugak?...wow.. Takkanlah..." Kenyataan tentang kedua-duanya mengambil cuti untuk bercuti susah untuk diterima Sam. "Tapi takkanlah.... Tak tak tak. Dhaniyah Takkan buat camtu" kata Sam dalam hatinya, menafikan perkara- perkara yang dibayangkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience