BAB DUA- DOKTOR ITU SUAMI AKU

Romance Series 10868

Aku menarik kerusi segi empat dan mula mencalit lipstik berwarna merah darah ke bibir. Sebelum itu, aku sudah mencalit lipstik berwarna merah jambu. Aku melihat trend ini trending di tiktok iaitu trend ombre lips, ala-ala korea. Dress separas lutut, headband kotak-kotak dan solekan tipis di wajah cukup menyerlahkan kecantikan aku. Aku membelek-belek wajah sendiri di hadapan cermin separuh bulat dan lampu neon yang mengelilingi sekeliling cermin tersebut. Setelah puas hati, aku melangkah keluar dari kamar tidurku.

Ting! ting!

Cepat siap! Kalau you lewat, I tinggalkan you!

Aku mencebik tatkala membaca pesanan ringkas di Whatsapp oleh Zayn Hilman. Aku menyarung kasut tumit tinggi lima inci dari Christy Ng yang baru aku beli enam minggu lepas bersama Raina.

“Hari ini, kita nak pergi mana pula?,” soal aku sewaktu menghempas punggung di dalam kereta BMW metallic milik Zayn.
Zayn menoleh sekilas. Terbit haruman dari tubuhnya. Perfume pilihannya sudah tentu Bvlgari Aqva Pour Homme EDT. Dia mengerling jam tangannya berjenama Cartier.

“Awal lagi. Baru pukul sepuluh pagi. Inaya nak minum Ice Americano dan makan kek tak?”

Aku menggosok telinga sendiri. Rasa geli pula bila Zayn membahasakan nama depan aku dengan gaya manja.

“You mimpi apa bermanja-manja dengan I ini? dah break up dengan Zalia ke?”

Aku membetulkan kedudukan aku. Meletakkan handbag brand Chanel di atas riba dan aku memeluk tubuh. Wajahnya aku kerling sekilas.

“I dengan Zalia itu kawan baik je. Dia tak pandang pun lelaki sengkek macam I ini. I tahu dia high taste!”

Zayn Hilman menguak rambutnya. Cermin mata gelap brand Balenciaga dibetul-betulkan. Wajahnya putih kemerah-merahan, iras Robert Pattinson, bibir nipisnya kemerah-merahan. Tinggi lampai dan menjadi kegilaan ramai wanita termasuklah pramugari.

“Merepek je you ini, Zayn. I tahu you ramai peminat. Kalau Zalia reject you pun, beratur wanita cantik lain nakkan you!” Kata aku sambil memetik jari.

Dia tergelak kuat kemudian enjin kereta mula mengaum dan meninggalkan kediaman milik papa dan mama aku.

Aku memeluk lengan Zayn selamba sewaktu memasuki Setia City Mall. Zayn usap ubun-ubun aku seperti selalu. Hubungan kami memang seperti isi dengan kuku. Puan Sri Elizabeth, ibu kandungnya juga aku panggil Mommy.

“Zayn, hari ini kita tengok wayang nak tak?” Pujuk aku sambil kerdipkan mata berkali-kali sewaktu menikmati Ice Americano di Starbuck.

Suasana di Starbuck hari ini cukup lenggang. Seperti biasa, Zayn akan pilih meja bulat yang sama dan mesti terletak di hujung dunia.
“You asyik minum Ice Americano. Tak jemu ke?” Soal Zayn sambil kerutkan dahi.

“Tak. I kan jaga pemakanan I. I takut nak minum minuman lain. Plus, plain coffee without sugar always my first choice!”

Zayn mencebik. Pantas tangannya naik mencubit pipi tembam aku.

“Sakitlah, Zayn. Pergilah cubit pipi Zalia. Buat apa buli-buli I pula!” Aku pura-pura marah sebelum menampar lengannya.

“Konon jaga diet. You telan juga kek blueberi itu tanpa rasa bersalah!”

Zayn mencebir. Kemudian, mulai ketawa.

“Cheat day sekali seminggu. Tak salah pun kan?”

Aku menjelir lidah kemudian laju menyuap kek tanpa sedar cuma berbaki separuh sahaja.

Tiba-tiba, seorang wanita bertudung labuh, tinggi lampai dan kulit melepak mula menghampiri meja kami.

Zayn angkat wajah dan dia tampak gugup tatkala berhadapan dengan wanita tersebut.

“Hai, Zayn. Jarang-jarang you lepak Starbuck. Cantik betul your girlfriend!”

Wanita tersebut tercegat berdiri di hadapan kami berdua. Nadanya sinis menampar cuping telinga Zayn. Berdesing telinga aku mendengar nada wanita tersebut.

“Terima kasih kerana memuji I cantik. Zayn memang suka perempuan free hair dan gebu gebas macam i!”

Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk membahasakan wanita ini. Harap muka sahaja lawa, tapi, budi bahasa langsung tiada!
Zayn tersedak-sedak ketika menghabiskan muffin coklatnya.

“Okay. Tahniah Zayn. I tak sabar nak makan nasi minyak korang berdua nanti!”

Wanita kurang adab tadi berlalu pergi. Bunyi telapak kasut tingginya masih kedengaran biarpun dia sudah meninggalkan kami. Aku sempat mengerling wajahnya yang berubah mendung. Seolah-olah ada hal yang disembunyikkan dari pengetahuan Zayn.

“Let me guess. She is Zalia, right?”

Aku cuba meneka. Zayn melarikan anak matanya bila bertembung dengan anak mataku.

“Dia cemburu bila I saja usik dia tadi. I saja cakap yang I ini girlfriend you. I nak intai reaksi dia!”

Zayn tersembur air Green Tea Latte hingga terpercik di wajah aku.

Mulutnya ternganga bila mendengar kenyataan daripada aku.

“Inayah, you sengaja je kan nak kenakan I? Mustahil lah dia nakkan I. Dia tergilakan Raimi, pilot di Air Asia itu!” Keluh Zayn kecewa.

“Tak ada maknanya. Percayalah, I perempuan. I tahu dia tak suka pun Raimi itu, dia sukakan you. Mungkin dia gunakan Raimi untuk buat you cemburu!” Komen aku berasas.

Zayn tercenggang. Dia menggoncang tangan aku seperti tidak percaya dengan kenyataan aku.

“I perempuan. I lebih memahami wanita. Kalau I pun, I akan buat benda yang sama. You pun kenalah berubah. Jangan lah asyik-asyik dating dengan ramai wanita. Sedikit sebanyak kepercayaan dia kepada you mulai hilang. Mungkin sebab itu, dia buat endah tak
endah tentang you! Jadi, you kena berubah. Okay?” persis professor pula aku beri hujah.

Zayn kembali ceria. Wajah muramnya hilang serta merta.

“Kalau macam itu, jom. Hari ini, I belanja apa sahaja yang you nak!”

Aku ketawa tatkala mendengar umpannya.

“Thank you, Abang Zayn Hilman yang kacak!”

Aku membaringkan wajah di lengannya. Dia kembali menggosok-gosok ubun-ubun aku.

Zayn memeluk lengan aku biarpun aku mulai rimas. Sesekali dia membetulkan cermin mata hitamnya. Senyumannya tidak lekang buat mata-mata yang memandang ke arah kami sepanjang kami berjalan. Pusat membeli belah ini terang benderang biarpun masih siang hari.

Aku terpaksa ukirkan senyuman palsu demi menjaga imej Zayn. Maklumlah, Zayn terkenal sebagai juara Hero Remaja biarpun usianya tidak lagi remaja. Wajahnya yang kemerahan dan bibirnya merah bak delima menandakan dia tidak merokok. Zayn memang kacak sejak dulu-dulu lagi.

“Inayah, you nak masuk kedai mana lagi?”

Zayn mula naik angin di hadapan kedai H&M. Dia bercekak pinggang sambil merenung aku tajam atas dan bawah. Berpuluh kedai aku singgah, namun, masih juga aku tidak berkenan biarpun hampir setengah hari.

“I taknak masuk kedai ini. Nak masuk kedai lain. Please!

Aku mula merayu-rayu sambil kenyit mata.

Zayn terus rentap tangan aku dan mengheret aku masuk ke dalam kedai ini. Masam muka aku bila dia berhenti di bahagian skirt pendek.

“Pilih mana you berkenan. Kena dua sekurang-kurangnya!”

“Seksi sangat ini, Zayn. Are you out of your mind?” Terjegil biji mata aku bila melihat dia memasukkan dua helai skirt pendek berwarna merah hati dan kuning.

“I pay. I suruh you pakai bila you dah kahwin nanti. I lelaki, I tahu lelaki suka isteri dress up macam mana dekat rumah. Understand?”

“Tapi, bila I kata, I nak kahwin ini?” Biji mata aku kembali buntang mendengar kata-kata yang terlahir dari bibirnya. Segera aku meletakkan semula dua skirt pendek tersebut.

“I tahu you dah ada calon. Maybe in couple months, your status will change from single to married.”

Aku tumbuk dada Zayn bila dia tidak habis-habis mengusik aku tentang hal kahwin. Calon pun tiada!

“I tak ada calon lah!”

Zayn tergelak menghilai-hilai.

Aku tarik mulut muncung sebelum pipi aku ditepuk oleh Zayn Hilman.

Aku memadankan beberapa helai baju kemeja warna hitam dan merah di tubuhku. Pantulan cahaya dari lampu kecil kalimantang menambahkan keseriaan aku.

Tampak aku susut sedikit. Seluar jeans berwarna hitam yang aku pakai hari ini longgar dari kebiasaannya. Hasil berendam air mata gara-gara kecewa crush aku sudah dimiliki oleh wanita lain. Malang bukan nasib aku? Aku seka air mata yang mula mengalir. Tolak rambut ke belakang sambil berbisik.
“Kau akan kahwin dengan lelaki yang dua ratus kali ganda lebih hebat daripada Hariz!”

Aku menarik nafas dan membelek wajah sendiri di cermin. Bibir mungil aku mengukir senyuman paling manis.

Saat aku melangkah penuh yakin bersama kasut tumit tinggi, menuju ke arah Zayn yang leka membelek sweatshirts dan tangan aku menjinjing beg kelabu yang jarang berisi baju-baju tadi.

“Tolong, tolong. Suami saya pengsan. Ada doktor perubatan di sini?”

Jeritan dari seorang wanita berambut perang dan perutnya membuncit seperti sedang hamil beberapa bulan, memangku kepala suaminya. Air matanya deras mengalir bak air sungai sambil menepuk kedua belah pipi suaminya.

Beberapa orang pelanggan mula berkerumun termasuk aku dan Zayn.

Salah seorang pekerja H&M berseluar jeans koyak dan t-shirt hitam mula menghubungi seseorang.

Muncul seorang lelaki berkemeja biru gelap, bertopi hitam, memakai pelitup muka K9, dan bertubuh tinggi lampai berlari ke arah pemuda yang pengsan tadi.

“Excuse me, miss. Boleh tolong ke tepi? Saya nak buat bantuan CPR.”

Suaranya garau namun nadanya masih lembut menikam cuping telinga aku.

Aku tersenyum manis dan menarik lengan Zayn Hilman hingga lelaki itu terpinga-pinga. Huh! Dasar blur!

Lelaki misteri itu meminta ruang dari mereka yang berkerumun. Tangannya menekan dada pemuda yang dibaringkan ke atas lantai sambil diperhatikan sang isteri yang tak berhenti mengalirkan air mata.

Aku pernah melihat situasi cemas ini dalam drama perubatan bersiri bertajuk Grey’s Anatomy. Proses ini dinamakan CPR.
Pemuda itu tersedar namun wajahnya pucat lesi. Dia meraih lemah tangan isterinya agar berhenti menangis.

Aku berdiri sejauh sepuluh meter. Namun, mataku terpaku sekejap. Bagai sengaja diketuk hammer sampaikan tak berkerlip melihat tindakan cemasnya.

“Hello. I Doktor Fasahat. Minta tolong hantarkan ambulans di Setia City Mall, ada patient collapse. I dah buat CPR. Patient dah sedar. Minta tolong hubungi Doktor Ariff, Pakar Jantung yang on call hari ini. I suspek patient ada heart attack. “

Suaranya kekal garau dan nadanya tegas. Dari cara penyampaiannya, aku agak dia merupakan ahli perubatan. Tiba-tiba, hatiku berdegup kencang. Aku mengurut dada yang seperti mahu meloncat.

Jauh di sudut hatiku paling mendalam, aku yakin sebenarnya aku sudah berjumpa dengan jodoh aku. Imam yang mampu membimbing aku menjadi muslimah yang lebih baik.

“I tak sabar nak makan nasi minyak you, Inayah..”

Perlahan sahaja kata Zayn, namun mendesir di cuping telinga aku. Dia fokus kepada pemanduan, aku fokus ke luar tingkap sambil bibirku tersenyum-senyum.

Alhamdulillah. Semoga terhibur❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience