Bab 74

Romance Completed 1281374

Jam menujukkan pukul 7 pagi.
Pak Leman menjemput Syed Arman masuk ke rumahnya, keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dia bergerak laju.
Dia diberitahu tentang kedatangan cucu kepada bekas majikannya sekaligus teman sekampungnya, yang dia tidak sangka merantau jauh ke kota London mengikut suaminya.
Menurut anaknya, Syed Arman seperti sangat terdeak ingin berjumpa dengan ayahnya.
Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Syed Arman, kali terakhir adalah 6 tahun dulu, apabila Syed Arman datang mencari Nurlisa. Dia melihat Syed Arman menangis di koridor rumah agam itu, dan dia tahu tangisan itu kerana kehilangan Nurlisa.
“Masuk Tuan, Pak Leman tak sihat sangat, apa yang boleh Pak Leman bantu Tuan? Apabila Tuan datang mencari Pak Leman, pasti ada sesuatu yang penting,” Pak Leman berkata lembut, kerana dia melihat kekusutan di wajah Syed Arman, kekusutan yang sama seperti 6 tahun lepas.
Syed Arman menghulurkan tangan kepada susuk lelaki yang terlihat masih kuat, walaupun pergerakannya sangat perlahan.
“Panggil saya Arman, saya minta maaf sebab susahkan Pak Leman. Ada sesuatu yang saya nak tanya Pak Leman. Saya berharap sangat Pak Leman boleh bantu saya”, Syed Arman membuka bicara, dia membuang semua sifat malunya, kerana untuk kali ini dia perlu meredah semua duri demi Nurlisa.
“Saya minta maaf Pak Leman sebab saya tak ingat Pak Leman, sebab selepas saya kemalangan 6 tahun dulu, ingatan saya terbatas. Dalam ingatan saya takde Pak Leman dan semua kisah kat rumah agam tu, saya nak minta Pak Leman ceritakan apa yang berlaku antara saya dan Nurlisa. Saya pasti Pak Leman kenal dengan Nurlisa, kan?,” suaranya terketar, ini kali pertama dia bercakap sangat merendah diri, semua taraf kehidupan duawinya dia tolak ke tepi.
“Nurlisa? Arman tak ingat Nurlisa?,” Pak Leman bertanya polos, dia merasa sesuatu apabila sekali lagi Syed Arman mencari Nurlisa.
“Nurlisa tidak ada langsung di dalam ingatan saya, harap Pak Leman ceritakan kesemuanya apa yang Pak Leman tahu, saya perlu tahu dari sudut cerita Pak Leman. Saya kehilangan jejak Nurlisa, saya perlu mencarinya,” Syed Arman menarik nafas dengan perlahan, dia sangat terdesak.
“Pak Leman perlu perlahankan suara Pak Leman, kerana Pak Leman tak nak apa yang Pak Leman ceritakan akan didengar oleh orang lain selain kamu. Pak Leman simpan cerita ini sudah lama. Pak Leman tidak tahu apa benar atau tidak. Pak Leman cuma mengandaikan, dan andaian Pak Leman ini seperti tidak salah,” Pak Leman berkata seperti berbisik, dia menghulurkan tangannya supaya Syed Arman dekat dengannya.
“Nurlisa adalah isteri kamu, kamu bernikah di seberang. Pak Leman tidak pasti bagaimana kamu berdua membuat keputusan untuk berkahwin, apa yang Pak Leman lihat Nurlisa banyak memulihkan kamu. Semasa kamu datang ke Arau selepas kamu dewasa, kamu hilang arah, kamu seperti mempunyai masalah yang sangat serius, kerana setiap hari kamu menangis, jadi Nurlisa yang merawat kami, menjadikan jiwa kamu pulih. Pak Leman tidak pernah bertanya pada Nurlisa tentang perkahwinan kamu, tetapi Pak Leman pernah mendengar kamu berdoa semasa kamu solat bersama, kamu berdoa agar rumahtangga kamu kekal dalam rahmat Allah,”
“Pak Leman bersyukur tentang perkahwinan kamu kerana Nurlisa adalah anak yatim piatu, dia anak kepada sahabat Pak Leman. Pak Leman yang minta dia kerja di rumah agam sebab di rumah agam itu banyak buku, dia pula hantu buku. Pak Leman sayangkan Lisa, kerana dia anak yang sangat baik,”
“Cerita kamu berdua tiada seorang pun yang tahu, Pak Leman simpan kemas. Walapun satu kampung bertanya kenapa Nurlisa pergi dari kampung ini, Pak Leman tiada pernah bercerita kepada sesiapa,”
“Apa yang Pak Leman masih ingat, suatu pagi tu, kamu tergesa gesa pulang ke KL, kamu beritahu Pak Leman yang Nenda kamu sakit, jadi kamu kena pulang ke London. Kamu minta Pak Leman tengokkan Nurlisa,”
Pak Leman berhenti sejenak, dia memandang Syed Arman yang menahan tangisnya. Dia melihat Syed Arman meramas tangannya perlahan. Dia tahu anak muda itu di dalam kesakitan jiwa yang teramat.
“Selepas sebulan kamu pergi, tiada khabar berita. Nurlisa pula hanya tunggu kamu di rumah agam itu. Suatu malam, ada seorang lelaki datang nak jumpa Nurlisa, katanya membawa pesan dari kamu. Selepas menulis nama di buku pelawat, Pak Leman izinkan dia masuk. Lama juga dia berjumpa Nurlisa, tapi Pak Leman tak tanya apa pesanan yang dia bawa,”
“Lelaki membawa pesan dari saya, Pak Leman ingat nama lelaki tu, atau tarikh bila dia datang?,” Syed Arman mengangkat wajahnya yang sebelum ini tertunduk dalam menahan airmata dari mengalir.
“Pak Leman lupa, tapi wajah lelaki tu Pak Leman ingat. Buku pelawat itu agency yang simpan. Arman boleh minta dengan Agency kalau mereka masih simpan,” ujar Pak Leman perlahan, tangannya menepuk bahu Syed Arman dengan penuh kasih sayang
Syed Arman mengangguk lemah, dan Pak Leman menyambung ceritanya.
“Selang sehari, dia datang lagi. Masa tu dia jumpa dengan Nurlisa sekejap sahaja, tapi selepas dia balik, esoknya Nurlisa minta izin dari Pak Leman untuk pulang ke rumahnya. Selepas seminggu Pak Leman pergi cari dia dirumahnya, tetapi dia tiada. Puas kami cari disemua rumah kawannya, tetapi tak berjumpa. Pak Leman agak dia pergi berjumpa kamu atau abangnya, tetapi Pak leman tak tahu tempat nak tuju. Dia juga tutup facnya, Pak Leman dah minta anak carikan, tak jumpa,”
“Selepas 2 bulan Lisa pergi, kamu datang cari Lisa. Pak Leman beritahu kamu cerita yang sebenar. Masa tu kat tangan kamu ada gelang yang kamu beli nak kasi kat Lisa. Kamu menangis kat koridor, tangisan kamu tu Pak Leman ingat sangat sekarang. Kamu tak tidur pun kat rumah agam tu, sebab kamu kata ada orang call cakap dia tahu kat mana Lisa berada. Jadi kamu pergi, dan Pak Leman tak tahu apa cerita apa yang berlaku,”
Dia mula percaya tentang kemalangan yang berlaku pada dirinya adalah bersebab, pasti ada yang merancang, kerana gelang itu memberi hint yang jelas.
Syed Arman memandang Pak Leman dengan seribu kedutan, dia teringat tentang gelang itu dan kini dia pasti gelang itu memang dia belikan untuk Nurlisa dan dia perlu mencari tahu tentang kisah gelang itu.
Di bawah sedar, dia menahan tangis kerana begitu banyak kisah rahsia semasa dia tidak dapat mengapai ingatannya yang hilang.
Dia mengesat air matanya yang mengalir tidak di undang. Dia sendiri tidak lagi dapat menahan sendunya, dia sendiri sudah tidak malu dengan sesiapa pun.
Yang dia tahu, dia perlu berbuat sehabis mungkin untuk menarik Nurlisa kembali ke dalam pelukannya.
“Hujung tahun lepas, Lisa pulang ke Arau, datang ke rumah agam, selepas 5 tahun. Pak Leman terkejut melihat dia, semasa datang ke rumah agam ini, dia minta izin untuk masuk ke dalam rumah, tapi dia duduk tidak lama. Pak Leman nampak air mata dia mengalir semasa melihat gambar kamu di dinding utama itu,”
“Pak Leman pun tidak dapat bercakap banyak, kerana Pak Leman tidak mahu dia tahu Pak Leman tahu dia telah menjadi isteri kamu, kerana Pak Leman hormat privasi dia. Kerana Pak Leman tahu dia juga tidak mahu sesiapa tahu tentang statusnya,” Pak Leman memegang lengan sasa Syed Arman, memberi sedikit kekuatan kepada anak muda itu.
“Terimakasih Pak Leman, saya tidak punya cukup masa nak cerita semua kepada Pak Leman. Kalau Pak Leman sudi, boleh bawak saya ke rumahnya, saya nak jumpa dia. Saya pasti dia masih berada di Arau,” Syed Arman tidak segan lagi untuk meminta pertolongan, dia tahu dia perlu berbuat begitu.
“Boleh nak, Pak Leman perlu menolong kamu, kita pergi sekaranglah, Pak Leman ambil tongkat sekejap ya, kamu tunggu di kereta. Pak Leman nak tukar baju juga,” Syed Arman menolong Pak Leman untuk bangun dan menapak perlahan ke biliknya.

************************************************
Selepas 5 minit memandu, mereka sampai di Kawasan tanah lot yang terdiri rumah yang mewah, yang dibina di atas tanah yang tersusun rapi.
Syed Arman memberhentikan kereta di depan rumah 2 tingkat itu, rumah yang paling mewah di kawasan kampung itu. Dia melihat kereta CRV masih di situ, jadi dia pasti Nurlisa masih di dalam rumahnya.
Syed Arman tersenyum lega, dia mengurut dadanya perlahan, dia bersyukur kerana Allah memberi rahmat kepadanya.
“Biar Pak Leman yang panggil, kamu tunggu,” Pak Leman menapak perlahan ke pintu pagar rumah itu.
Pak Leman menekan loceng dan memanggil Nurlisa berulang kali, tetapi rumah itu sunyi, tiada suara yang menyahut.
Dalam masa itu, jiran di sebelah rumah itu menjengul keluar.
“Pak Leman cari Lisa ke? Saya rasa Lisa takde kat rumah, sebab saya dengar dia kunci pintu dapur sejam yang lepas. Masa itu saya kat belakang sebab tengah jemur kain. Saya tak nampak dia pulak, tapi saya dengar pintu dapur tu di kunci. Masa arwah ibu dan bapa dia ada dulu, dia memang suka keluar dari pintu dapur, sebab dekat dengan jalan besar. Kot dia pergi pasar, tak tahu lah pulak saya,”
Wanita yang berjubah labuh itu menyapa Pak Leman dan terus memberitahu Pak Leman apa yang perlu Pak Leman tahu.
“Lama saya tak nampak Pak Leman, dah sihat ke?,” Wanita itu menegur apabila melihat Pak Leman seperti terkedu memandangnya.
“Aishah tahu Lisa balik? Berapa lama dia ada kat rumah ni?,” tanpa menjawab pertanyaan wanita yang bernama Aishah itu, Pak Leman pula menanyakan soalan.
“Saya rasa beberapa hari lepas, rasanya selasa kot, tapi dia tak keluar rumah pulak, saya pulak tak pergi ke rumahnya. Sejak tua ni, saya asyik dalam rumah jer Pak Leman,”
“Saya rasa dia tak pergi jauh tu, sebab keretanya masih ada. Lagipun esok agency datang untuk bersihkan rumah dia. Kalau dia balik nanti, saya call Pak Leman lah, nanti saya minta anak saya call,” Wanita itu meminta diri untuk masuk apabila mendengar suara budak kecil menangis memangilnya.
“Terimakasih Aishah, saya balik dulu, apa apa call lah Pak Leman,” dia berlalu ke kereta.
“Lisa takde kat rumah Arman, kata jirannya, dia keluar dari pintu dapur sejam yang lepas, Arman sabar ya, kereta masih ada tu, maknanya dia masih kat Arau,”
Pak Leman melihat wajah suram Syed Arman, dia tidak tahu cerita mereka, tapi dia tahu anak muda ini sedang dalam krisis bersama Nurlisa.
“Arman, kita ke kuburanlah, Pak Leman rasa dia ada kat sana,” tanpa banyak soal, Syed Arman mengerakkan kereta seperti arahan Pak Leman.
Dadanya berdebar kencang, minta minta lah Nurlisa ada di sana, dia tidak sabar untuk bertemu isterinya. Dia akan peluk dan melutut untuk meminta maaf, yang penting dia akan mengembalikan isterinya ke dalam kehidupannya.
**************************************
“Pak Leman lambat 5 minit, Lisa dah pergi. Tadi dia memang datang sini, dengan seorang lelaki. Dia mungkin tak kenal saya, tapi masih ingat anak arwah Cikgu Azman. Nampak dia tergesa gesa, tak sempat pun tak tegur dia,” itu adalah balasan kepada pertanyaan Pak Leman daripada penjaga kubur itu.
“Maaf bang, saya nak bertanya, dia naik kereta apa ya?,” Syed Arman mengampiri dan terus bertanya untuk dia tahu dengan siapa Nurlisa pergi.
“Abang rasa Range Rover warna putih. Segak lelaki yang bersama dia tadi. Suami dia ke?,” tanpa tahu apa apa, penjaga kubur itu bertanya polos.
“Terimakasih bang, itu bukan suami dia,” pantas Syed Arman menjawab dan dia berkata di dalam hatinya, “aku adalah suaminya”.
Itu pasti Eusoff kerana Eusoff memang memandu Range Rover berwarna putih. Dia perlu menyelesaikan dengan Eusoff selepas menghantar Pak Leman pulang ke rumahnya.
“Naiklah Pak Leman, saya hantar Pak Leman balik, saya perlu ke rumah agam sebab ada mesyuarat kat sana," Walaupun jiwanya tiada untuk berjumpa sesiapa, dia perlu teruskan mesyuarat itu. Dia tidak mahu terlihat tidak profesiaonal di hadapan Syed Awaludin, Syed Arman dan pekerjanya.
Dia harus bertenang dulu, dia perlu bercakap baik baik dengan Eusoff, dia perlu beritahu Eusoff tentang hubungan dia dengan Nurlisa. Dia pasti Eusoff akan faham, kalau Eusoff tidak faham, dia akan paksa Eusoff untuk faham.
“Pak Leman, hidup saya huru hara semenjak ingatan saya terbatas, dugaan Allah kasi besar, sampai saya tak kenal isteri saya sendiri. Entahlah apa lah dosa yang saya buat,” kedengaran suara Syed Arman merintih.
Dia telah menghabiskan bacaan diari itu, dan dia perlu bermula daripada rumah agam itu, dia perlu paksa ingatan itu kembali.
“Arman sabar ya, sepanjang pengalaman Pak Leman, untuk memudahkan urusan dunia, jangan lupa taat kepada Allah, bersedekah dan yang paling penting, berbuat baik kepada ibu kita. Arman kena check balik dengan ibu Arman tentang ni, selalu meminta maaf kepadanya, meminta dia berdoa kepada Allah, seorang ibu yang melahirkan, apabila dia mengangkat tangan memohon doa kepada Allah, doa itu tiada hijab, Allah membuka semua pintu untuk mendengar doa ibu. Jadi Arman balik nanti, minta bantuan dari ibu untuk berdoa, semoga Allah mempermudahkan semua urusan. Jadi sebagai anak, jangan pernah kita bersangka tidak baik kepada ibu dan sebagai hamba Allah, jangan pernah kita bersangka tidak baik kepada takdir kita, Insyallah,”
Tanpa tahu apa yang berlaku, Pak Leman memberi takzirah dengan suara yang perlahan. Lontaran suara persis seorang ayah menasihati anaknya itu meruntum jiwa Syed Arman, bibirnya bergerak menahan tangis.
Syed Arman teringat bagaimana jiwanya membenci ibunya, bagaimana dia menyumpah ibunya hanya kerana ibu tidak datang mengambilnya, dan membiarkan dia seorang mengharungi hidup kelam bersama keluarga Babahnya.
Semasa berpisah dengan Pak Leman, dia memeluk lelaki yang berusia itu dan berkali kali meminta maaf sekiranya selama Pak Leman mengenalinya, dia mempamerkan diri sebagai orang yang sangat ego, bangga dengan harta dunia dan bangga dengan taraf dunia.
Kerete Syed Arman perlahan ke rumah agam itu, dia perlu bertenang, dia perlu mencari ingatannya di rumah agam itu. Dia perlu bersabar, sedangkan isterinya boleh bersabar selama 6 tahun, dia perlu bersabar sedikit sahaja lagi.
Dia tidak mahu bergaduh dengan Eusoff, dia perlu berbaik baik kerana buat seketika, dia perlu mengharapkan Eusoff untuk menjaga isterinya.
“Aku beri kau 2 hari sahaja, selepas itu jangan mimpi kau nak pandang isteri aku” bisiknya dengan linangan air mata yang tidak mahu untuk mengalir di pipinya.
*****************************************
Puan Embun berteleku di sejadahnya, selepas dia selesai menunaikan solat asar. Sudah beberapa hari dia mimpikan Syed Awaludin. Syed Awaludin memangilnya pulang, memintanya memasak lempeng kegemarannya.
“Ibu, ada yang tak kena ke? Am nampak ibu tak sihat, lately ni Am nampak ibu lemah jer, ada apa yang ibu nak Am tolong?,” Ammar Ziyad meletakkan kepalanya di atas peha Puan Embun, dia mahu ibunya tahu kewujudannya.
“Tak ada apa Am, ibu sihat jer, cuma ibu teringat Babah kamu, ibu harap ibu dapat jumpa dia sebelum ibu menutup mata. Ibu nak minta ampun, nak minta maaf, ibu nak dia tahu Ibu tak pernah marah kat dia, ibu nak dendam ni semua hapus sebelum ibu mati. Ibu tak nak mati dalam keadaan yang sarat dengan dosa,” Ammar Ziyad mendengar tangisan halus ibunya.
Ammar Ziyad bingkas bangun, dia terkedu apabila mendengar tangisan ibunya.
“Am minta maaf kalau buat ibu tersinggung. Am akan pergi jumpa Babah, bawah Babah ke sini, tetapi sebelum itu Am nak minta izin ibu untuk pergi Perlis. Am nak bawak balik Kak Lisa ke sini. Kak Lisa tak sihat, dia tak boleh drive, jadi dia minta Am ambik dia. Kereta ibu tu tinggal kat sana dulu, insyallah nanti Am usahakan untuk bawak pulang,” Ammar Ziyad menghabiskan ayatkan di dalam beberapa nafas supaya ibunya tidak menyampuk.
“Kejap….. apa Am cakap tadi, Kak Lisa tak sihat? Tak sihat kenapa?,” Puan Embun tidak berpuas hati dengan berita yang di bawa anaknya berkenaan menantunya.
“Kerja Kak Lisa dah habis kat sana, dia nak balik tapi migrain dia datang pulak. Tu yang dia minta Am ambik. Kalau ibu nak ikut jomlah, lama dah tak jalan jalan,” Ammar Ziyad sebenarnya tidak tahu apa sebab sebenar Nurlisa memintanya menjemputnya, dia cuma memberi alasan agar ibunya tidak bertanya lanjut.
“Am lah pergi, ibu nak berehat kat rumah. Nanti belikan ibu ikan pekasam ya, bawak kereta baik baik, jangan lupa solat, bawak kereta baik baik,” Puan Embun memeluk anaknya dan mencium kejap.
Anak yang satu ini sangat bertanggungjawab dan dia berharap dia dapat melihat Arman bersama Ammar bersama, dan keluarga mereka dapat berkumpul.
“Selepas solat asare, Am gerak ya Ibu, Kak Lisa nak Am ada kat sana sebelum Subuh, jadi Am tak nak dia tunggu nanti. Kalau Am penat nanti, Am berhenti tidur, cuma Am nak minta tolong ibu bekalkan lauk tadi, Am nak makan dengan Kak Lisa nanti. Kalau ibu nak panaskan pun, ok jugak. Kak Lisa rindu dengan masakan ibu,”
Ammar Ziyad bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menyelesaikan urusan dengan Yang Maha Esa dan seterusnya berbakti dengan isteri abangnya.
“Haaaa…ibu bekalkan nanti, bawakkan Kak Lisa towel kecik nanti, takut dia takde towel nanti masa solat kat RnR. Kemaskan kereta tu, semalam ibu bawak durian guna kereta Am, kena letak perfume dulu tu,” bebel ibunya, tetapi kakinya sudah perlahan menapak ke dapur.
“Ibu, Am guna kereta Uncle Lee sebab Uncle nak pinjam kereta Am esok pergi tahfiz. Am dah cakap dengan Uncle tadi,” dan dia mengangkat takbir memulakan solat.
BERSAMBUNG
Thanks korang, saya appreciate sangat for each komen and coins. Maaf kalau ada kekurangan. Jangan lupa komen ya, you guys can say anything. I abca each komen yaaaa…. Love u guys

Share this novel

Sha : )
2021-03-30 12:39:21 

CikSyid tak update kee?

Hawani Hashim66
2021-03-28 22:38:44 

ramai peminat novel ni....moga CikSyid cpt update next episod n CikSyid berjaya dlm ape jua bidang terutama penulisan...

anace
2021-03-28 20:01:06 

thanks for updates.. semoga d satukan kembali Arman & Lisa.. Sakit yg dia orang dua rasa akibat ulah bunda Arman yg tak punya belas kasihan tu.


NovelPlus Premium

The best ads free experience