Di dalam bilik Puteri Aria, kelihatan Puteri Aria sedang membuat aksi Taekwondo. Pintu biliknya diketuk dan dibuka. Puteri Aria berhenti membuat aksi Taekwondo apabila bondanya memasuki biliknya.
"Aria, kamu sepatutnya sudah bersiap untuk majlis pertabalan yang akan diadakan malam ini. Ayahanda kamu akan marah bonda apabila dia tahu kamu tidak bersiap lagi." Ratu Rihanna membuka pintu bilik almari untuk melihat gaun yang sesuai dipakai untuk Puteri Aria.
"Tetapi bonda, Aria tidak mahu pergi ke majlis pertabalan. Ia sangat memalukan," jawab Puteri Aria kepada bondanya.
Ratu Rihanna berpusing kepada anak perempuan bongsunya sambil menyebut nama penuh Puteri Aria. "Puteri Nur Aria Athirah Adriana binti Raja Mohd Syahmi Syamsudin Syah." Puteri Aria terus terdiam apabila bondanya menyebut nama penuhnya.
"Kamu mesti ingat Aria. Seorang puteri raja mesti sopan santun, berbudi bahasa, baik hati, setia, bertanggungjawab dan penyabar untuk menjadi seorang ratu dan seorang isteri kepada raja," terang Ratu Rihanna panjang lebar. Walaupun Ratu Rihanna menerangkan peranan seorang puteri raja dengan panjang lebar, Puteri Aria seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Aria, Aria. Kamu dengar apa yang bonda cakap sebentar tadi?" tanya Ratu Rihanna. Puteri Aria hanya mengangguk. "Bagus. Kamu patut bersiap sekarang. Majlis pertabalan akan bermula dalam masa satu jam lagi." Ratu Rihanna menyerahkan gaun, tudung, sarung tangan dan barang kemas termasuk mahkota kepada Puteri Aria sebelum melangkah meninggalkan bilik Puteri Aria.
Selepas bondanya menutup pintu biliknya, Puteri Aria meletakkan pakaian dan barang kemasnya di atas sofa. Puteri Aria merebahkan dirinya di atas katil. Puteri Aria menutup matanya. Apa yang Puteri Aria impikan ialah menjadi perisik yang hebat. Mengalahkan orang jahat, menyelamatkan rakyat dan menegakkan keadilan. Tetapi, Puteri Aria tahu semua itu cuma impian yang tidak akan menjadi benar buat selamanya.
Nama saya Sofia Amani. Saya berumur 13 tahun. Saya menulis cerita dalam novel plus ini atas nama akaun mak saya. Saya mula menulis cerita sejak saya berumur 10 tahun tetapi saya tidak dapat menerbitkan cerita saya dalam sebuah buku kerana saya masih belajar menulis novel. Dengan adanya novel plus ini, saya dapat menulis dan menerbitkan cerita saya yang bertajuk Royal Spy. Saya nak ucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana menyokong saya dan kawan-kawan saya kerana memberi idea untuk menulis novel ini. Saya akan terbitkan bab 2 nanti. Tolong doakan saya untuk siapkan bab 2 dan bab-bab yang lain.
Share this novel