Bab 2: Serangan Mengejut

Action Series 526

Puteri Aria menarik nafas sebelum membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam dewan majlis tari menari. Disebabkan gaun merah jambu yang dihiasi dengan batu permata dan bunga sulam, tudung shawl merah jambu yang menutup dadanya, kasut tumit tinggi berwarna silver berkilauan, barang kemas yang dipakai (termasuk mahkota di kulit buku) dan solekannya membuatkan semua orang terpegun melihat kejelitaan Puteri Aria.

Puteri Aria melemparkan senyuman dan menunduk hormat kepada ayahanda dan bondanya sebelum duduk di takhta sebelah kakaknya, Puteri Melina. Sebaik sahaja Puteri Aria duduk di takhtanya, pembesar diraja memulakan ucapannya. "Kalau macam ini kejelitaan kamu, sudah pasti ramai yang akan kahwin dengan kamu." bisik Puteri Melina kepada Puteri Aria dengan nada gurauan. Puteri Aria mahu mencubit lengan kakaknya tetapi hasratnya terhenti apabila bondanya memberi jelingan tajam padanya.

Sebaik sahaja ucapan pembesar diraja tamat, keluarga diraja bangun dari takhta mereka dan berjumpa dengan keluarga dan kawan-kawan mereka. Puteri Aria terus berjalan ke arah kawan-kawannya, Puteri Maira, Puteri Rissa, Puteri Nisa, Puteri Aina, Puteri Zatul dan Puteri Tieha. Walaupun mereka dari kerajaan yang berbeza, tetapi mereka tetap sahabat selamanya.

Puteri Aria berkata pada kawan-kawannya. "Jom kita lari dari sini." ajak Puteri Aria. Puteri-puteri yang lain memandang satu sama lain sebelum Puteri Nisa berkata kepada Puteri Aria. "Aria, awak pasti ke? Lagipun kali terakhir kita lari dari majlis awak yang dapat masalah."

Puteri-puteri yang lain mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Puteri Nisa. Belum sempat Puteri Aria menjawab, tiba-tiba lampu dewan terpadam. Semua orang termasuk raja dan permaisuri terkejut. Raja Syahmi memanggil pengawal istana dan polis diraja. Kedengaran tingkap dewan pecah dan Puteri Aria ternampak bayang-bayang misteri masuk dari tingkap yang pecah.

Sebaik sahaja pengawal istana dan polis diraja sampai, Puteri Aria ternampak bayang-bayang misteri mengalahkan satu persatu pengawal istana dan polis diraja. Puteri Aria dapat merasakan ada orang sentuh perutnya dan menyiku bayang-bayang misteri sehingga bayang-bayang itu jatuh. Puteri Aria ternampak tiga bayang-bayang misteri membawa ayahanda, bonda dan kakaknya pergi. Puteri Aria cuba mengejar bayang-bayang misteri itu tetapi sudah terlambat.

Sebaik sahaja lampu dibuka semula, semua tetamu yang lain mula panik mencari Raja Syahmi, Ratu Rihanna dan Puteri Melina. Puteri-puteri yang lain terkejut dan terjerit apabila melihat orang jahat terbaring di lantai. Tetamu yang lain terpandang-pandang dan berasa terkejut juga.

Sebagai seorang puteri, Puteri Aria memberikan arahan kepada pengawal istana. "Pengawal, bawa penjenayah ini ke penjara bawah tanah." Dua orang pengawal istana mengangkat dan membawa keluar penjenayah itu.

Puteri Aria berpusing ke arah tetamunya. Puteri Aria memberi arahan kepada ketua polis diraja. "Ketua, beta sangat berharap agar kamu dapat mengendalikan tetamu-tetamu ini." Ketua Polis Diraja menunduk dan mulakan kerjanya. Puteri Aria berjalan keluar dari dewan itu dan kawan-kawannya mengikuti langkahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience