“Aku rasa ni mungkin masa yang terbaik untuk kau hapuskan fobia kau tu.” Awan memandang Pelangi. Anak mata Pelangi jatuh ke arah baju yang dipakai oleh Awan.
“Weh kau pun masuk hospital jugak ke?” soal Pelangi. Kata-kata Awan sebentar tadi dibiarkan sekarang dia lebih tertarik dengan baju yang dipakai Awan.
Awan memandang ke arah badannya. Kepala digaru. Cuba mengawal riak muka.
“Mama Ida suruh aku teman kan kau. Aku pun tak tahu la apa malang nya nasib aku ni” rungutnya. Pelangi mendekatkan mukanya kearah Awan. Terkejut Awan dengan tindakan Pelangi.
“Kau tipu erk? Ish kau ni manja betul la demam sikit dah masuk hospital” Pelangi ketawa. Suka dapat mengenakan Awan tika itu. Bila lagi nak cari pasal kalau bukan hari ni.
“Mana ada. Betul la mama Ida suruh teman kan kau. Aku sebagai anak yang baik terpaksa menurut kata.” Belannya lagi. Makin kuat ketawa Pelangi mendengar kata-kata Awan. Dah jelas lagi nya dia masuk hospital kerana deman ni nak dalih lagi. Oit Pelangi kau tak sedar ke kau pun sama jugak macam si Awan ni. Deman sikit masuk hospital.
“A’ah malas la aku nak layan kau baik aku tidur lagi bagus.” Awan bangun sebelum sebelum dia berlalu dari katil Pelangi. Dahi Pelangi ditolak kuat sehingga Pelangi jatuh kebelakang. Tawa Pelangi semakin menjadi-jadi melihat Awan.
Anak matanya mengekori langkah Awan. Melihat Awan menarik langsir disebelah katilnya membuatkan tawa nya sedikit leda. La sebelah aku rupanya patut la. Dia sendiri pun tak sempat meneliti wad yang didudukinya lagi. Satu bilik yang agak luas ada sofa dan television dan ada dua katil yang menempatkan dia dan Awan. Langsir ditengah-tengah menjadi penghalang antara mereka. Matanya jatuh kearah Awan yang sudah berselubung membelakanginya.
Dia membetulkan kedudukan diatas katil. Matanya jatuh ke arah Syafiq. Tak boleh pakai punya abang. Aku yang tengah fobia ni boleh dia pentingkan tidurnya itu. Pelangi menyelongkar kearah laci ditepi katilnya mencari sesuatu yang boleh melegakan sakit hatinya. Dai tersenyum ala-ala devil apabila menjumpa benda yang dicari. Dia berpaling ke arah Awan yang berada dikatil sebelah.
“Thanks Awan” Pelangi tersenyum. Dia menarik selimut. Cukup la untuk malam ini. Awan yang masih berselubung tersenyum mendengar kata-kata Pelangi.
@@@@@@@
“Aku tak kira” marah Pelangi
“Weh mana boleh macam tu. Ini dah kira penindasan” bangkang Awan
“Kau kena la gentle sikit.”
“Ini bukan pasal tu la”
“Apa pulak? Aku tak kira. Aku nak jugak”
“Mana boleh. Kau fikir kau je. Tak boleh. Tak boleh”
Syafiq yang sedang nyenyak tidur tergangu apabila mendengar bunyi bising. Mata dibuka. Perlahan-lahan dia mengeliat. Matanya jatuh ke arah katil Pelangi. Kosong??? Melilau dia mencari Pelangi. Risau kalau Pelangi lari dari hospital. Pelangi ni alah sikit pada hospital. Matanya seperti digam apabila melihat sesuatu dan diikuti dengan bunyi bising.
La dekat situ rupanya. Aduh bergaduh dengan Awan lagi la tu. Patut la bising semacam. Selamat bilik VVIP kalau tak pasti dah kena warning dengan pihak hospital sebab buat bising. Kaki diatur mendekati Awan dan Pelangi. Dia perlu leraikan pergaduhan tersebut sebelum menjadi semakin teruk. Dia orang ni kalau dah bergaduh bukan senang nak hentikan.
“Aku tak kira!!!” jerit Pelangi
Share this novel