Pelangi menyumbatkan tisu didalam hidungnya. A’ah makin teruk la pulak selesema ni. Kotak tisu di tepi kerusi dicapai. Habis tisu di kerjakan oleh Pelangi.
“Adik ni kalau tengok cerita nistan atas bawah meleleh habis tisu bersepah dekat raung tamu ni” Syafiq sudah pun berdiri tegak dihadapan Pelangi.
“Abang tepi la Pelangi nak tengok tv la. Part sedih ni.” marah Pelangi. Heroin dah nak pergi tu.
“Ini siapa nak kemas semua ni?” bebel Syafiq.
“Abang kan ada abang tolong la. Bila lagi abang nak berkhidmat untuk Pelangi” Pelangi mengenyit mata kearah Syafiq.
“Malas abang. Sudah-sudah la, dik oit. Beriya kau menangis ni. Abang tengok tak ada pulak yang sedihnya”
“Abang apa taw. Lagi pun dengan nangis kita boleh mengeluarkan tenaga negative dalam tubuh” tisu ditangan dibaling kearah Syafiq.
“Eeee pengotor la Pelangi ni” marah Syafiq sebelum berlalu. Meletus ketawa Pelangi. Tawanya mati bila melihat mamanya tergesa-gesa melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan sedang mencari sesuatu.
“Ma, kenapa ni?” soal Pelangi hairan tak pernah melihat wajah mamanya yang gelabah semacam.
“Mama nak hantar Awan ke hospital sat. Dia pengsan dekat rumah. Demam katanya si mama Mas kamu tu” terang Puan Elida sebelum keluar dari rumah sebaik sahaja menjumpai kunci kereta. Oh demam ke? Padan muka.
Pelangi berlalu. Tak ada mood nak menonton filem lagi. Langkah nya lemah tak bermaya. Demamnya masih tak kebah lagi. Kalau tak kerana cerita hindusatan tak ada makna nya dia nak turun bawa. Rehat dalam bilik lagi seronok. Langkah yang lancar semakin perlahan. Seperti terdapat beban dikakinya. Mata yang besar tadi perlahan-lahan menjadi kecil.
“Pelangi!!!” jerit satu suara sebelum dia tidur.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Terkebil-kebil mata Pelangi bila terjaga dari tidur. Aku dekat mana ni. Asal bau semacam je ni.
Terkejut dia apabila melihat abangnya sedang enak tidur dikerusi yang terdapat ditepi katilnya.
“Abang” bahu Syafiq digoncang.
“Abang bangun la” Pelangi menguatkan suaranya apabila tiada pergerakan dari abangnya.
Melihat tiada pergerakan dari Syafiq membuatkan Pelangi bangkit dari tidur nya. Langkahnya terhenti apabila terasa sakit di tangannya. Apa ini? Jangan-jangan ni hospital? Pelangi gelabah.
“Abang bangun la Pelangi takut” badan Syafiq digoncang kuat. Tubir matanya dah mula bertakung. Dia takut. Dia lupa tika itu bahawa abang nya kalau tidur susah nak bangun. Dia tak suka hospital kerana disini tersimpan kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan.Tangisannya sudah pun pecah.
“Abang kenapa tak nak bangun? Abang dah mati ke?” dia masih cuba untuk kejutkan Syafiq.
“Syhhh..dah dah jangan nangis aku ada ni” kepala Pelangi diusap seseorang. Dia berpaling. Lidahnya kelu. Apa yang lelaki ni buat dekat sini? Dia binggung.
“Macam la kau tak kenal abang kau ni. Kalau dah tidur susah nak bangun kau kejut la macam mana pun” Awan bersuara. Dia mengambil tempat disebelah Pelangi. Tangis Pelangi sedikit reda.
“Apa yang kau buat dekat sini?” soal Pelangi. Air mata yang jatuh dipipi disapu.
“Suka hati aku la. Bukan hospital ni kau punya pun” selamba Awan.
“Cari gaduh ke?” Pelangi bengang.
“Kau ni masih mamai lagi ni. Kau sedar tak yang kau sekarang ni penghuni hospital” terang Awan. Dia ketawa kecil apabila melihat wajah Pelangi yang masih blur.
“Hospital? Kalau macam tu aku nak keluar dari sini hari ni jugak” Pelangi sudah pun bangkit dari katil. Namun sempat ditahan oleh Awan.
“Chill la. Bila lagi nak merasa duduk hospital ni kalau bukan hari ni” Awan bersuara.
“Kalau kau suka , duduk la sini sorang-sorang” marah Pelangi. Bukan dia tak tahu, Awan mengetahui fobianya itu. Fobia terhadap hospital.
Share this novel