Malam ini aku tak dapat nak melelapkan mataku walau pun berada di dalam pelukkan suamiku. Aku pandang wajah suamku Haziq yang sudah terlena di ulit mimpi. Aku tersenyum sendirian kerana tidak sangka Pak Cik pujaan hatiku ini akhirnya bergelar suamiku.
Entah kenapa gelodak hati ku ingin sangat mengetahui ada apa yang terjadi antara suamiku dan sepupunya Ikwan.Benarkah hanya kerana kes rompakan yang terjadi semasa 13 tahun yang lalu. Kenapa Ikwan terlalu marah pada Haziq sampai tidak boleh terima bila suamiku mempunyai pasangan.
Ikwan juga sampai sekarang masih belum berkahwin. Adakah kemungkinan apa yang di katakan oleh Ardiana adalah betul. Ya lah mana la tahu Ikwan tu gay dan ada hati dekat suami aku. Aku harap tak la,tak dapat aku bayang kalau benda tu betul.
Ni yang buat aku semakin ingin tahu ada apa sebenarnya antara suamiku dan sepupunya itu. Atau memang hanya di sebabkan kes rompakan tu saja yang menyebabkan Ikwan marah kerana suamiku tak menolong adiknya.
Dulu sebelum jadi isteri mungkin aku tak kisah.Tapi bila dah jadi isteri ni entah kenapa,aku rasa curiga alasannya yang di berikan suamiku itu. Tak kan hanya kerana Haziq tidak dapat menolong adik Ikwan dari di rogol. Sampai Ikwan berdendam dengan Haziq sehingga sanggup mengugut Haziq sampai Haziq putus tunang dahulu.Rasa macam tak masuk akal je alasan tu. Dan kenapa pula Ikwan tak boleh terima bila Haziq sudah boleh move on?
Entah pukul berapa baru aku tertidur malam tadi pun tak tahu. Paginya Haziq suamiku yang telah mengejutkan ku dari tidur. Seperti biasa aku dan suamiku menunaikan sembahyang subuh bersama. Selepas sarapan pagi suamiku pun berangkat ke tempat kerja seperti biasa.
Selepas itu aku pergi ke bilik mentuaku untuk menolong apa yang patut. Pagi ini mak mentua ku hanya membersihkan badan suaminya itu dengan mengelap badannya dengan tuala basah. Dan kemudian di lap pula dengan tuala kering. Kemudian barulah mak mentua ku memakaikan baju pada badan suaminya itu. Selepas itu aku pun keluar dari dalam bilik mentua ku itu.
Pagi ini kepala ku agak pening dan rasa mengatuk,mungkin kerana aku tidur agak lewat malam tadi. Atau boleh jadi juga kerana kepalaku yang terlalu banyak fikir.
Aku ingin masuk ke dalam bilik untuk tidur kembali,biarlah bibik je masak seorang diri dekat dapur tu. Tapi baru saja kakiku ingin melangkah ke arah bilik aku dan Haziq. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di depan pagar rumah.
Tin,tin,tin...Bunyi hon kereta tersebut. Aku melihat bibik berjalan ke arah pintu utama untuk melihat siapa yang datang.Dan aku pun mengikuti bibik kerana teringin juga melihat siapa yang pagi-pagi ni dah datang ke rumah mentuaku.
Kedengaran ada suara memberi salam bila melihat kami membuka pintu.
"Assalamualaikum" kata suara itu yang tak lain adalah mak aku dan sebelahnya ada Nadirah yang mendukung seorang bayi dalam umur 2 tahun aku agak la.
"Waalaikumusalam, oh Puan Farah dan Nadirah masuklah," kata bibik pada mak dan kakak tiriku.Sambil tangannya mula membuka pintu pagar.
"Mak datang ni ada apa?" tanyaku agak hairan melihat mak dan kakak tiriku berada di depan rumah mentuaku.
"Mak datang ni nak melawat tuan rumah ni la.Lepas tu nak tengok keadaan Zara sama", kata mak sambil memadang padaku yang berada di depan pintu.
" Budak lelaki ni anak kakak Nadirah ya,"kataku sambil memadang pada budak lelaki yang di dukung oleh Nadirah kakak tiriku.
"Haah,ni anak akak. Boleh tolong jagakan tak sekejap,kakak dengan mak nak pergi tengok Pak Cik Rahim dan Mak Cik Samsiah. Rasanya budak kecil tak berapa elok berada dekat orang yang sakit ni" kata Nadirah meminta aku menjagakan anak lelakinya itu.
"Boleh je Zara tolong jaga sekejap, apa nama dia?" kataku setuju untuk menjaga anak kakak tiriku itu.
"Nama dia Fakrul" kata kakak tiriku sambil tanganya memberi Fakrul padaku.
Aku pun menyua tanganku untuk mengambil Fakrul dari kendongan kakak tiriku. Nasib baiklah Fakrul mahu dan tidak menangis bila ia melihat wajahku. Melihat Fakrul mahu bersamaku,bibik pun menunjukkan pada mak dan kakak tiriku bilik mentuaku.
Nasib baiklah Haziq suamiku telah memberitahu pada ke dua orang tuanya tentang hubungan aku dengan Nadirah bekas tunangnya. Walau pun pada mula mentua aku pun agak terkejut bila mendapat tahu mak kandung aku tu adalah mak tiri Nadirah.
Lebih kurang dekat setengah jam juga la mak dan kakak tiri aku berada di dalam bilik mentuaku. Selepas itu barulah mereka berdua keluar.
Aku menghantar mak dan kakak tiriku sampai di depan pagar. Kerana Nadirah memarkir keretanya di depan pagar.
"Kak Nadirah, Zara nak tanya sikit boleh tak?" tanyaku sambil memadang pada kakak tiriku.
"Zara nak tanya apa ni?" tanya mak padaku.
"Zara nak tanya, kenapa kak Nadirah putus tunang dengan Pak Cik Haziq dulu?" soalku ingin tahu. Aku sengaja memanggil suamiku Pak Cik supaya mak dan Nadirah tidak syak apa-apa.
"Oo, tentang tu Zara kena tanya pada Haziq sendiri. Sebab Haziq yang putuskan pertunangan tu. Kakak sendiri tak tahu sebab apa dia putuskan pertunangan kami," kata Nadirah padaku.
"Yang Zara tanya tentang tu dah kenapa? Zara ada hati dekat Haziq ke?...Lebih baik Zara fikirkan tempat nak sambung berlajar nanti,dari fikir tentang lelaki",kata mak padaku.
" Saja je nak tahu, tak kan tak boleh",kataku sambil menyua tanganku untuk bersalam dengan mak dan Nadirah.
Selepas bersalaman dengan mak,Nadirah dan Fakrul mereka pun masuk ke dalam kereta. Lalu Nadirah memandu keretanya pergi dari kawasan rumah mentuaku. Aku pun menutup pintu pagar tersebut dan melangkah kaki ku masuk kembali ke dalam rumah.
Masuk ke dalam rumah aku lihat mak mentua ku keluar dari bilik berjalan menuju ke arah dapur. Pada mulanya aku ingin masuk ke dalam bilik untuk sambung tidur kerana rasa mengatuk sangat mataku ini. Tapi bila melihat mak mentuaku berada di dapur rasa segan la pula. Jadi aku batalkan je la niat nak tidur tu. Aku pun melangkah kakiku ke arah dapur.
Di dapur aku lihat mak mentuaku sedang memasak bubur nasi untuk bapa mentuaku.
"Mak masak bubur nasi untuk abah ya" kataku pada mak mentuaku.
"Haah,ni je la yang abah kamu boleh makan. Tu pun dua tiga suap je,lepas tu dah tak mahu," kata mak mentuaku.
"Dua tiga suap pun tak pa la. Yang penting mahu juga abah makan," kataku sambil mula melabuhkan pungungku di bangku meja makan yang tidak berapa jauh dari dapur.
"Zara,mak nak minta maaf sebab atas kehendak Haziq perkahwinan Zara dengan Haziq terpaksa di rahsia dari keluarga sebelah mak. Haziq buat semua ni kerana dia sayangkan Zara. Dia tak mahu Zara terjadi apa-apa. Walau pun mak rasa Ikwan tu bukan la jahat sangat yang sampai Haziq takut sangat tu," kata mak mentuaku. Sambil tangannya mula menyedok bubur nasi yang ia masak ke dalam bekas.
"Tak pa,Zara faham" kataku sambil tanganku menutup mulut kerana menguap.
Mak mentuaku melihat ke arah aku yang menguap kerana mengantuk.
"Zara kalau mengatuk dan rasa tak sihat pergi la tidur. Biar je bibik buat semua ni. Mak faham pengatin baru memang kurang tidur bila malam" kata mak mentuaku sambil tersenyum padaku.
"Adui,mak mentua aku dah salah faham pula dah. Sedangkan malam tadi aku lambat tidur sebab terlalu banyak fikir," bisik hatiku.
"Zara masuk bilik dulu la", kataku dengan perasaan malu pada mak mentuaku.
Tanpa membuang masa aku masuk ke dalam bilik dan membaringkan badanku di atas katil.
Bersambung...
Share this novel
morning dear. awal update hari ni. tqvm. miss u dear....