LUM 08 | WHY ARE YOU SO CUTE?

Romance Series 652398

Arfaaz mula membawa kayla memasuki ruang makan, sebelum keduanya menghampiri meja dan melabuhkan punggung dikerusi. Kayla hanya diamkan diri saja dari tadi, tidak berani mahu melihat wajah ketat lelaki itu.

   "Uncle serigala ni memang tak suka senyum ke apa"

Gumamnya sambil mengerling sekilas ke arah lelaki itu, sebelum bibik menghampiri mereka dan melayani lelaki itu.

Sedangkan kayla hanya mengangguk seraya tersenyum nipis menyapa bibik halwa yang meletakkan sandwich ke atas pinggan nya.

   "Kayla nak minum susu atau hot chocolate?"

Tanya bibik halwa sebelum menuangkan hot chocolate kedalam cawan seperti yang dipilih gadis itu. Sebelum bibik meminta diri beredar dari situ.

Kayla hanya memakan sandwich tanpa memandang ke arah lelaki itu, yang seperti nya dari tadi memerhatikan nya, sebelum tiba-tiba saja hailex tiba di situ dan datang menghampiri Kayla dan arfaaz yang bersarapan bersama.

   "Eh! Selamat pagi tuan, kayla pun ada..boleh abang lex duduk?"

Ujar hailex menyapa arfaaz dan kayla yang bersarapan bersama, sebelum hailex duduk di kerusi bersebelahan dengan kayla.

   "Kayla okey? Macam mana duduk dekat sini, Selesa?"

Soalnya pada gadis itu, sebelum hailex mengambil cawan dan menuangkan coffee. Sambil menoleh ke arah gadis itu.

Sedangkan Kayla hanya tersenyum nipis seraya mengangguk dengan pertanyaan lelaki itu.

  "Kayla jangan takut, abang hailex tak makan orang, so Kayla boleh berkenalan dengan abang hailex okey.."

Arfaaz yang dari tadi memerhatikan mereka berdua, mula berdehem sebelum bangun dari duduknya.

   "Dah cepat! kita kena gerak sekarang.."

Arahnya sebelum mengajak lelaki itu pergi dari situ, sedangkan hailex yang belum sempat bersarapan mula memandang pelik ke arah arfaaz yang tiba-tiba saja mahu beredar cepat dari situ.

   "Kejap lah tuan..saya belum sarapan lagi ni..lagipun masih awal duduk lah dulu"

Ujarnya sambil mengerling ke arah jam tangan nya memberitahu pada lelaki itu, masih terlalu awal untuk bergerak ke office.

Sedangkan Kayla dari tadi hanya diamkan diri saja menjadi pendengar disitu, walaupun sebenarnya dia sedikit takut dengan tatapan dingin lelaki itu.

  " I have a meeting this morning, so I don't want to be late.. Dah cepat! Jangan buang masa"

Arahnya sebelum terus berlalu keluar dari situ, disebabkan dia tidak berapa suka melihat lelaki itu cuba untuk berkenalan lebih rapat dengan kayla.

sedangkan hailex terus meneguk secawan coffee nya sebelum meminta diri pada kayla, dan mula mengejar langkah arfaaz yang sudah pergi itu.

Sedangkan kayla hanya mengekori mata saja kepergian kedua lelaki itu, sebelum kayla kembali menyuapkan roti ke mulut nya.

Belum sempat kayla menelan rotinya, tetiba saja Darwish datang dan mengejutkan nya dari belakang. Buatkan kayla yang tersentak mula tersedak akan roti yang dimakannya.

Sedangkan Darwish yang panik melihat gadis itu tercungap-cungap dengan nafasnya yang mahu tersekat, mula menuangkan air kosong dan diberikan kepada nya.

   "So..sorry, abang wish tak sengaja"

Paniknya dan menepuk-nepuk belakang badan gadis itu, bagi menenangkan nya, dengan wajahnya yang sudah memerah menahan sakit di dada.

  "Kayla okey?..sorry sangat abang wish tak tahu Kayla tengah makan, Kayla jangan marah abang wish tau"

Ujarnya sedikit risau, sambil tangan nya yang masih tidak berhenti mengusap lembut belakang tubuh kayla, sedangkan kayla hanya mengangguk menandakan dia baik baik saja.

  "Abang wish buat apa dekat sini? tak ikut uncle ke?"

Soal kayla pada lelaki itu sebaik merasa lega, sebelum kayla menyambung mengunyah makanan nya.

Darwish hanya menggeleng seraya tersengih melihat kayla kembali menyambung makannya, memang suka makan ke apa? tak kena dengan badan je kecik.

  "Abang wish tengah kerja lah ni...abang wish ditugaskan untuk perhatikan kayla sepanjang masa"

Balasnya sebelum menuangkan hot chocolate kedalam cawannya dan mula melabuhkan punggung bersebelahan dengan gadis itu, sebelum potongan sandwich kayla dimasukkan kedalam dalam mulut nya.

Sedangkan kayla hanya mengangguk perlahan sebelum menyambung bersarapan berdua dengan lelaki itu, lagipun kayla lebih akrab bersama dengan Darwish dibanding yang lainnya, nasib baiklah uncle serigala itu menyuruh Darwish menemaninya. Kalau tak memang dah bosan seharian kayla di villa itu.

* * *

[AZ COMPANY HOLDINGS]

hailex yang baru tiba di ruang pejabat lelaki itu, mula mengetuk perlahan sebelum memasuki ruang arfaaz dan datang mendekati nya bersamaan dokumen penting yang dimahukan lelaki itu.

   "Dah dapat apa yang aku suruh?"

Tanya arfaaz pada hailex yang baru menghampiri nya itu, sebelum arfaaz mengambil alih fail yang berada di tangannya.

   "Semua yang tuan mahukan dah ada disitu"

Balas hailex, sebelum menunjuk satu persatu muka surat pada lelaki itu, sedangkan arfaaz hanya mengangguk suka membuatkan hailex sedikit merasa lega. nasib baiklah dia mendapatkan tepat apa yang dimahukan lelaki itu.

Baru sahaja hailex mahu beredar dari situ, arfaaz memanggil nya semula buatkan hailex kembali berpatah balik dan mendekati lelaki itu.

   "Ye tuan ada apa?"

   "Aku nak tahu pasal Marvel, macam mana? Kau dah uruskan dia?"

Soalnya pada lelaki itu, sebabkan arfaaz memberikan tugas itu pada hailex, disebabkan hailex merupakan orang yang boleh dipercayai.

   "Tuan jangan risau, pasal dia saya boleh handle. Cuma, sekarang ni kenapa kita tak bunuh je dia? Kan senang..tak perlu kita susah sudah untuk jaga dia"

Soal hailex semula, pelik juga dia bila arfaaz menyuruh mereka membiarkan lelaki itu hidup tersiksa diruang bawa tanah itu, dimana tempat penyiksaan musuh-musuh mereka.

  "Mati untuk dia terlalu mudah, aku taknak dia mati dalam keadaan tenang macam tu..biarkan dia tersiksa dengan perbuatan dia sendiri"

Balasnya sinis pada hailex, bukan senang untuk nya membiarkan lelaki itu mati begitu saja, ingat nyawa dibayar nyawa..dan penyiksaan harus dibayar dengan penyiksaan.

  "Jadi apa rancangan tuan?"

Tanya nya lagi sedikit tidak faham dengan apa yang dikatakan lelaki itu.

   "Aku nak kau cari tahu siapa orang disebalik Marvel, sebelum kita hapuskan dia"

Balasnya mendatar sambil tersenyum sinis, sedangkan hailex hanya mengangguk faham dengan apa yang dikatakan lelaki itu, dia tahu arfaaz bukan lah calang-calang orang, pasti lelaki itu mempunyai perancangan yang lebih besar lagi.

  "Jadi macam mana dengan kayla? Tuan nak jaga dia ke?"

Soalnya lagi selang beberapa minit mereka berdua diamkan diri.

  "Sekarang dia tanggungjawab aku"

Balasnya mendatar, sedangkan hailex yang mendengar hanya mengangguk perlahan, nampaknya arfaaz yang akan menjaga kayla lepas ini.

   "Puan elbiena tahu pasal ni? dia setuju ke? Ada perempuan lain sebumbung dengan dia?"

   " aku tak perlukan persetujuan sesiapa "

Ujarnya selamba dengan riak wajah yang dingin dipamerkan, sebelum menyuruh lelaki itu untuk keluar dari ruangannya, sedangkan hailex hanya mengangguk sebelum meminta diri beredar dari situ.

******
Sedangkan elbiena yang baru keluar dari lif, mula melilau mencari kelibat suaminya, sebelum elbiena terpandang gadis pagi tadi, yang duduk disofa sambil melayan movie.

   "kau masih ada dekat sini? Kau memang tak nak balik rumah kau ke apa? or kau memang tak berumah?"

Sergahnya pada gadis itu, sedari kayla hanya duduk menonton televisyen tanpa perasan kedatangan nya.

Sedangkan kayla mula tersentak dan mendongak ke arah wanita itu. Apalagi yang tidak di puas hatinya? Padahal dia tak buat apa apa pun.

   "Woi! kau bisu ke? pagi tadi kemain aku dengar kau boleh cakap, sekarang ni dah bisu dah?"

Ujarnya lagi sedikit geram, sedari gadis itu dari hanya diamkan diri memandang ke arah nya.

   "uncle yang suruh kayla duduk sini, dan tak boleh pergi mana mana"

Balasnya terhadap wanita itu, dengan seluruh tubuhnya sudah kedinginan takut akan pertanyaannya. Salah jawab, tak pasal-pasal kena tengking.

   "Sekarang ni apa hubungan kau dengan suami aku ha?!..kau tahu tak yang arfaaz tu suami aku! Yang kau gatal sangat ikut dia balik sini kenapa ha?"

Soalnya lagi sedikit tinggi nadanya, geram akan gadis itu sedari melihat nya hanya diamkan diri tidak menjawab pertanyaannya.

  "Tak kisah lah dia isteri uncle serigala tu ke, isteri jutawan ke. Yang masalah sekarang ni asal dia marahkan saya?"
     
Gumamnya dalam hati,sambil memandang riak wajah tidak puas hati wanita itu padanya, entah apalah yang dia buat sampai wanita itu tidak suka padanya.

   "eh budak! Kau dengar sini eh...kau jangan nak berangan untuk duduk lama dekat sini, lagi satu tak payah nak gatal sangat dengan suami aku! Kau tu budak lagi tak sesuai dengan dia...faham?!"

Ujarnya memberikan amaran pada gadis itu sebelum berlalu dari situ meninggalkan nya, sedangkan kayla hanya mengangguk perlahan dan memandang kepergian wanita itu.

Sedangkan Darwish yang kebetulan baru tiba disitu sambil membawa beberapa makanan ringan, mula memandang pelik akan riak wajah kayla yang dari tadi hanya muram.

   "eh kayla? Kau okey ke? Asal kau berdiri dekat sini? Kau tunggu aku lama eh?"

Tegur Darwish sebelum meletakkan beberapa snek dan minuman di atas meja, dan mula memegang bahu gadis itu bagi menyedarkan nya yang termenung jauh dari tadi, sampai kan kedatangannya saja tidak dihiraukan.

Kayla yang tadinya mengelamun, mula tersentak sedari Darwish menepuk bahu nya, buatkan Kayla tersedar dari lamunan nya.

Jeda-

  "Kayla kenapa ni? Okey tak? tadi kemain lagi Kayla nampak okey je, sekarang ni abang wish datang balik, Kayla dah diamkan diri pulak"

Soal Darwish setelah beberapa minit mereka berdua melayan movie, dan keduanya hanya diamkan diri tidak seperti biasanya.

  "Kayla marah abang wish sebab lambat ke tadi?"

Tanyanya lagi sedari tidak puas hati melihat riak wajah gadis itu tidak seperti biasanya.

Sedangkan kayla hanya menggeleng kepala, menidakkan tekaan lelaki itu, sebelum Kayla memandang ke arah lelaki itu semula.

   "Abang wish! Kayla nak tanya sikit boleh?"

Darwish hanya mengangguk perlahan mengiyakan apa yang dikatakan gadis itu.

   "Uncle tu dah kahwin ke?"

Tanya Kayla bersahaja, buatkan Darwish yang mendengar hanya memandang pelik ke arah nya

   "Jadi Kayla dah jumpa dengan wife dia ke? dia ada buat apa apa tak kat Kayla?"

Tanyanya bertalu-talu pada gadis itu, patutlah tadi Kayla okey je, sekarang jadi muram. Mungkin saja elbiena ada mengatakan yang tidak baik pada gadis itu.

siapa saja tidak mengenali elbiena, ada saja perempuan yang cuba untuk mendekati suaminya pasti akan diberikan amaran olehnya.

* * *

Sedangkan elbiena yang duduk di ruang balkoni biliknya, mula mendail number ibunya sebelum menghubungi nya.

   "ye el? ada apa call mama?"

Tanya Elina didalam talian pelik mendengar suara serak anak perempuan nya yang seperti baru lepas menangis.

   "Okey tak ni?..arfaaz buat apa kat el? jangan lah diam, bagitau mama apa dah jadi?"

Tanyanya lagi mula risau sedari mendengar bunyi esakan didalam talian, dan terdengar anaknya itu seperti ingin menangis.

  "Mama...arfaaz bawa perempuan lain duduk sekali dekat sini, dan budak tu pun cantik ma..mesti arfaaz akan suka kan dia dan abaikan el"

Ujarnya tidak puas hati, dia tidak mahu kalau sampai rancangan nya mahu mendekati arfaaz, akan terhalang dengan kehadiran gadis itu.

   "Ha?..perempuan mana pulak ni? setahu mama arfaaz bukan ada saudara perempuan, dia anak tunggal kan?"

Soal Datin Elina pelik, sebab dia tahu semua biodata keluarga menantu nya itu, dan hanya arfaaz saja anak tunggal pada keluarga nya.

  "Dia tak ada kena mengena pun dengan arfaaz,dia hanya anak kepada sahabat kecil arfaaz, budak tu dah tak ada mak ayah, and now arfaaz yang kena jaga budak tu! el tak suka tau tak mama!"

Balasnya sedikit geram, tidak bersetuju kalau sampai budak itu akan menetap di villa bersama nya.

   "Budak tu umur berapa?"

Soal datin Elina didalam talian, sedangkan elbiena cuba berpikir berapa kah umur gadis itu.

  "Tak tahu, tapi el sure dia masih budak sekolah"

Balasnya sekadar meneka umur gadis itu, sebab dari wajahnya saja sudah kelihatan yang gadis itu terlalu muda.

   "so? Buat apa el nak takut lagi..dia kan budak lagi, and tak mungkin lah suami kamu tu taste dia budak budak"

Ujar datin Elina cuba untuk menenangkan hati anaknya itu, sedangkan elbiena yang mendengar hanya melepaskan keluhan, sebab dia tahu tak mustahil untuk suaminya jatuh cinta pada budak itu, dan tak mungkin budak tu akan diamkan diri, sebab budak sekarang ini sanggup buat apa saja demi hidup senang.

   "Dah el jaga diri okey, jaga suami kamu tu. Mama kena matikan call dulu, papa kamu dah panggil mama"

Ujar datin Elina sebelum panggilan dimatikan, sedangkan elbiena hanya merengus perlahan sebelum merebahkan tubuhnya yang terasa letih.

   "Aku akan pastikan kau tak selesa ada disini, wait and see"

Katanya sendiri seraya tersenyum sinis memandang ke atas siling, kalau dia tidak dapat buat gadis itu pergi. Dia akan buat sampai budak tu sendiri yang akan pergi dengan sendirinya.

* * *

(6:32pm)

Darel mula membukakan pintu kereta untuk arfaaz sedari kedatangan lelaki itu bersamaan dengan arxie yang mengikuti nya.

Sebelum arfaaz memasuki kereta diikuti arxie, dengan tergesa-gesa darel memasuki kereta dan meluncur laju meninggalkan tempat itu.

   "Tuan ada nak pergi mana lepasni?"

Tanya darel sambil matanya memandang ke hadapan untuk lebih fokus memandu.

Sedangkan arfaaz hanya menggeleng kepala sambil matanya memandang ke layar iPad miliknya, sebelum darel mengangguk dan meneruskan perjalanan nya tanpa singgah pergi mana mana,

Jeda-

Tiba saja mereka di perkarangan villa lelaki itu, dengan pantas darel turun dari kereta, dan membukakan pintu untuk lelaki itu, sedangkan pengawal disana yang menunggu kedatangan lelaki itu, hanya menyambut kesemua barang kerja milik lelaki itu, sebelum mereka semua beredar.

Sebaik saja arfaaz mengeluari kereta, arfaaz terpandang pada kayla dan Darwish yang duduk berdua ditaman bersamaan dengan Darwish, sambil bergelak tawa.
    
   "Kayla dengan Darwish dah rapat ke tuan? Sampai boleh gelak macam tu sekali."

Tanya arxie yang baru berdiri mendekati lelaki itu, dan kedua nya memandang ke arah Darwish dan kayla, sedangkan arfaaz hanya menghiraukan saja sebelum arfaaz mengorak langkah mendekati mereka diikuti arxie.

Jeda-

Sedangkan kayla yang dari tadi menertawakan Darwish sampai tidak menyedari kedatangan kedua lelaki itu, mula kembali mendongak ke arah Darwish, dan sedikit berasa pelik sedari riak wajah lelaki itu berubah. Dan memberikan nya isyarat untuk menoleh ke belakang
    
Kayla yang masih tidak faham apa maksud lelaki itu, mula menoleh ke belakang melihat apa yang dimaksudkan nya, sebelum Kayla membolak mata terkejut dan terkedu seketika melihat lelaki itu sudah berada di belakang nya sambil memerhatikan mereka.

Buatkan riak wajah Kayla yang tadinya tersengih kembali pudar, dan menundukkan pandangan nya risau akan tatapan tajam.

   "Awal tuan balik malam ni?"

Tanya Darwish sedikit terkejut sedari melihat kedatangan arfaaz dan Darwish disitu, sebab apa yang dia tahu biasanya arfaaz akan balik lewat malam.

   "Yang kau ni ada dekat luar dengan Kayla buat apa?"

Balas arxie, sedari arfaaz hanya diamkan diri tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Sebelum arfaaz mengisyaratkan kepada mereka berdua untuk pergi dari situ.

Darwish dan arxie yang sudah faham dengan isyarat lelaki itu, terus meminta diri beredar dari situ, sedangkan Kayla yang melihat kepergian Darwish meninggalkan nya berdua dengan lelaki itu, mula sedikit risau dan menelan air liurnya kesat berulang kali. Dengan seluruh badannya sudah mengigil ketakutan.

Baru sahaja Kayla mahu melangkah pergi dari situ, satu suara menegur nya, buatkan niat Kayla terhenti dan kembali berdiri disitu.

   " nak pergi mana?"

Soalnya sedikit mendatar buatkan jantung Kayla mula berdegup kencang dan mendongak perlahan memandang nya.

  "Ka..kayla nak masuk da..dalam du..dulu"

Balasnya sedikit tergagap-gagap dengan wajah nya yang sudah bertukar pucat, seluruh tubuhnya mengigil ketakutan. tidak berani dia mahu berdua-duaan dengan lelaki itu.

  "Kenapa kau takut? aku ni menakutkan ke?"

Soalnya lagi sedari melihat riak wajah gadis itu jelas terlihat takut padanya. sedangkan kayla terus menggeleng kepala menidakkan apa yang dikatakan lelaki itu.

   "Ma..mana ada..ka..kayla naik atas sebab kayla sakit perut..kayla nak membuang kejap"

Alasannya pada lelaki itu, sedangkan arfaaz hanya mengangkat sebelah kening nya, tidak berapa percaya dengan kata-kata nya.

Sedangkan kayla sudah mula risau sedari lelaki itu seperti tidak percaya dengan alasannya, dan lelaki itu masih cuba menahan pergerakan nya untuk tidak pergi dari situ.

   "Uncle lepaskan baju kayla..kayla dah tak tahan ni"

Rayu nya lagi cuba untuk melepaskan tangan lelaki itu dari memegang bajunya. Sebelum arfaaz melepaskan nya dan gadis itu terus berlari tergesa-gesa meninggalkan nya disitu.

Sedangkan arfaaz hanya tersengih kecil cuba menahan tawanya, melihat tingkah laku gadis itu yang sudah berlari masuk kedalam.     

Jeda-

Sedangkan kayla yang sudah selamat memasuki villa itu dan meninggalkan lelaki itu, mula menarik nafas lega, dan hampir saja nafasnya tersekat dari berlari masuk ke dalam. Sebelum kayla menarik nafas panjang cuba untuk mengatur nafasnya.

   "Nasib baik uncle serigala itu tidak mengejar nya"

Gumamnya dengan nafas nya yang masih tercungap-cungap dari berlari. Sebelum kayla memasuki lif dan menuju ke bilik nya untuk membersihkan diri nya yang terasa melekit dalam masa yang sama boleh lah dia membuang sikit macam yang dia bagi alasan pada lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience