Bab 1

Romance Series 4741

" Ishhhh stres lah macam ni! Itulah kau Aisyah, dah tau kau ni kalau study lambat masuk yang kau buang - buang masa kau layan kdrama 24 jam tu dah kenapa?! Apa? Kau ingat Lee Minho ha? Song Jong Ki yang bagi kau duit ? Bagi kau hidup mewah? Huh ! Memang tak lah! Diorang kenal kau pun tak! Aduhhh Nur Aisyahhhhhh! Boleh tak kau ingat sikit yang kau tu budak sains, bukan biasa - biasa tau ! Kau kena banyak menghafal, tu subjek Kimia dengan Addmath dah pandai sangat ke?! Dah sedia nak hadap SPM ?! Arghhhhhh serabutlah macam ni! "

Rambut ikalnya dia kusutkan sambil melihat cermin yang berada di meja belajarnya. Setelah puas , dia berhenti lalu menatap pantulan dirinya .

" Habis sekarang ni yang kau membebal tu tak buang masa ? Aihhhh , dah Syah fokus dekat impian kau ok. Dah dah fokussssssssss"

Rambut yang kusut dia sikat lalu mengikatnya membentuk sanggul . Buku teks biologi tingkatan 5 ditutup . Tangannya diangkat untuk memanjatkan doa kepada sang pencipta.

" Bismillahiramanirahim , ya allah engkau berikan lah aku minda yang sihat untuk menimba ilmu ya allah , kau permudahkanlah urusan ku baik di dunia dan akhirat . SesungguhNya engkau maha berkuasa . Aamiin."

Kedua tapak tangannya disapukan ke wajah. Sebelum membuka buku, tangan kanan Aisyah bergerak untuk membuka laci yang berada di tepi meja belajarnya lalu mengeluarkan plastik kecil bermotifkan bunga daisy . Dia mengeluarkan sekeping kertas kecil berukuran passport yang terdapat gambar seseorang yang dia minat sejak 6 tahun lalu .

Dia menatap dengan pandangan yang amat mendalam seperti perasaannya yang tak pernah berubah .

" Why ? Why always you? Huhhhh .... " Keluhannya membuatkan dia meletakkan semula kepingan gambar tersebut ke dalam plastik dan memasukkannya kembali ke dalam laci.

Buku yang ditutup dibuka kembali . Muka surat 105 menjadi tatapan.

" Aisyah you can do it! Cayokkkk!"

Malam sepi hanya ditemani bunyi - bunyi unggas yang bernyanyi antara satu sama lain.

5.00 a.m

Kring...kring...kring...

Bukk! Jam loceng yang memekikan telinga dimatikan dengan hanya sekali tekanan. Tanpa melihat jam yang tertera Aisyah terus melanjutkan tidurnya.

" Eeerrrrmmmm hhmm . " Tubuh yang dihuni secara semula jadi menggeliat menjadi tanda untuk kembali aktif .

Dalam keadaan yang masih belum sedar sepenuhnya tangan kiri Aisyah meraba-raba mecapai telefon pintar yang terletak di meja sebelah katil . Dia membukanya dengan cap ibu jari lalu terpampang girl group K-pop yang diminatinya iaitu Blackpink namun bukan itu yang menjadi destinasi matanya melainkan jam yang terletak di garis simetri telefon pintar .

" Eerrrmm baru pukul 5.50 lama lag.... Sekejap , WAITTT WHATTT! Aishhhh! ya allah !" Dengan laju dia mula bangkit dari tempat tidurnya menuju bilik mandi namun nasib malang menimpa apabila kaki kanannya teperangkap di dalam selimut yang membuatkan badannya menghadap lantai dengan keadaan yang terpaksa .

Bukkk! Bunyi keras terhasil .

"Aduhhh... Sakitnya . " hidung yang mancung dia raba - raba dan bawanya ke hadapan cermin .

" Nasib tak patah " setelah puas dengan keadaan hidungnya dia melangkah laju memasuki bilik mandi dan mula untuk membersihkan diri.

Setelah menunaikan solat subuh dan bersiap, Aisyah menuruni tangga sambil aktif membetulkan tudungnya.

" Syah, dah nak ke sekolah ke? Sarapan lah dulu mama dah buat nasi goreng kampung kegemaran Syah ni."

" Tak pa lah ma, Syah dah lambat sangat ni . " Kasut sekolah berwarna hitam pekat disarungkan ke kakinya .

" Erhmm nak mama hantarkan tak ? "

"Tak pe tak pe, Syah nak pak Mat tak nak lah susahkan mama . Syah nak gerak dah takut tambah lambat pula ."

" Ouhhh okay . Syah hati - hati tau ."

" Ye Syah gerak dulu assalamualaikum "

"Waalaikumsalam"

Perbualan yang kekok terhenti di situ , bukan dia tak nak hargai tapi dia betul - betul dah lewat sangat , ini pun tak pasti sampai on time ke tak. Lagipun dia belum terbiasa ada orang asing yang belum setahun gantikan tempat ibunya tapi dia akan cuba menerima walau tak sepenuhnya.

Ibu Aisyah meninggal dunia tiga tahun lalu akibat langgar lari. Sampai sekarang siasatan berkaitan kemalangan ibunya masih di teruskan . Walaupun ayahnya telah berkahwin dengan wanita lain namun, Aisyah merasakan ayahnya masih menjadikan ibunya sebagai cinta pertamanya.

7.20 a.m.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum cikgu maaf lambat boleh saya masuk ."

"Waalaikumsalam, ha masuklah . Letak kerja rumah kamu di meja cikgu , cikgu nak periksa ."

" Baik cikgu ." Aisyah bejalan menuju tempat duduknya yang berada di baris kedua.

" Weiii pahal kau lambat hari ni ? " Mira sepupu dan mengkap bff  Aisyah menyoal .

" Aku terover dose "  Padat dan ringkas.

" Erhmmm patutlah , ouhh by the way , I have a new story about your crush ."

" Weii seriuslah nanti rehat aku tagih "

" Nur Aisyah Fatimah Az-zahrah dan Nur Amira Qistina , kalau nak sembang boleh tapi tunggu lepas habis kelas saya . Aisyah kerja awak mana ? Kamu dua ni kan bersembang je memanjang nasib baik lah kamu dua ni antara pelajar cemerlang kalau tak , tak tahulah."

" Hehehe maaf cikgu " Kata kami serentak sambil tersenyum - senyum kambing.

Cikgu Maimun atau lebih dikenali sebagai cikgu Mun mengajar subjek Sejarah. Cikgu Mun juga memegang jawatan sebagai guru displin sekolah. Kalau nak berhadapan dengan budak yang bermasalah memang akan nampaklah taring yang dah lama cikgu Mun sembunyikan. Dengar je cikgu Mun menjerit perhhh jantung nak tercabut pun ada .

9.30 a.m.

" Weii Mira !" terjah Aisyah dengan perasaan yang sangat ingin tahu ditambah teruja setelah membeli makanan ketika waktu rehat.

" Oh mak kau hijau " Latah Mira terkeluar. Nasib baik dia belum makan mee goreng di hadapannya kalau tak perhhh malu mat.

" Hahahahaha sorry sorry . Cepatlah cerita aku dah tak sabar dah ni ."

" Astagafirullah al azim , kus semangat aku ." Dadanya diurut naik dan bawah.

" Kau ni bab crush cepat je kan mengalahkan cahaya . Sabar boleh tak sabar. Ceritanya bermula ketika pukul 6.45..."

" Miraaaa "

"Sabarrrrr, ok masa aku turun dari bas adalah aku nampak crush kau si 'A' tu sedanggggg"

" Erhmmm Mira kau jangan main - main boleh tak ? Sup ayam ni masih panas lagi tau . Cepatlah aku dah exited ni ".

" Hahaha . Dia main kucing dah tu je "

" Seriouslah . Orang kata kalau suka kucing ni penyayang orangnya . Dahlah elok , suka kucing pulak tu. Ni kalau betul - betul jodoh aku ni perhhh aku lah orang yang paling bahagia tau "

" Lahh setakat usap kucing je pun itu aku pun boleh . Ish ish ish kau ni bukan tahap crush dah aku tengok , ini dah angau ni , kau tahu tak ? "

" Hehehe biarlah "

" Hellooooo "

" Ehhh hello " aku dan Mira serentak menjawab.

" Korang kat sini rupanya . Patut cari kat tempat biasa takde "

" Kami lambat tu yang dah kena ambil tu " Mira menjawab.

" Erhmm ni dah kenapa ni senyum-senyum . Hahhhhh ni aku tau mesti dan pasti tentang crush yang dia selalu banggakan tu kan ."

" Tak ya nak dilayan Rul kalau orang bertepuk sebelah tangan memang macam nilah "

" Kau ni Mira , dah nama crush mestilah bertepuk sebelah tangan kalau bertepuk kedua belah tangan bukan nama crush suda , faham cik Mira "

" Yelah cik Aisyah "

" Syah " Zarrul memanggil sambil tatapannya ke arah sup ayam di hadapannya.

" Ermm "

" Boleh tak aku nak tanya satu benda ni aku dah lama nak tanya tapi asyik lupa ke "

" Tanya apa? "

" Macam mana kau boleh terjebak dengan si Amirul Firdaus tu . Sebab setahu aku lah kan , dia tu terkenal dengan playboy . Perempuan , memang tak payah cakap lah keliling pinggang . Kemungkinan besar setiap tingkatan dia ada. "

" Zarrul, Zarrul,  Zarrul, kalau orang dah crush baik buruk semua dia telan kau tau tak " Mira membalas dengan melakukan tanda piss di kedua tangannya dan mengerakkannya turun dan naik apabila berkata crush.

" Sebenarnya kan aku pun tak tahu lah macam mana boleh terjebak walhal aku tau yang dia tu lebih banyak hitam daripada putih. "

" See "

" Mira... Kau bukan tak tahu dah macam - macam cara aku guna satu pun tak jalan "

" Boleh tak kau cerita kat kitaorang ni , first kau rasa yang kau tu ada crush dengan dia dan sebab serta punca "

" Ok benda ni berlaku waktu aku darjah 6 ..." Aisyah meletakkan sudunya lalu mula bercerita.

* Flashback *

2016

" Assalamualaikum murid - murid "

" Waalaikumsalam ustazah !
Bismillahiramanirahim allahummafta alaina hikmahta qawansyur alaina min hozo iniroh matikaya arrahaman rohimin.. "

" Aamiin... Baik semua boleh duduk "

"Terima kasih ustazah ! "

" Baik memandangkan hari ni merupakan hari pertama kamu semua sekolah dan setahu ustazah kebanyakkan dari kamu ni daripada kelas lain kan jadi , ustazah nak kamu semua perkenalkan diri boleh?"

" Boleh " semua yang disoal ustazah dijawab serentak oleh murid kelas 6 Taufiq .

" Okay , kita mula daripada.... hahh boy yang duduk paling depan dekat pintu tu . Berdiri dan beritahu nama , tempat tinggal , cita-cita dan hobi . Suara kena kuat ya . Okay boleh mula "

Kerusi ditolak ke belakang menggunakan kekuatan badan .

" Nama saya Muhammad Amirul Firdaus bin Dato' Faris. Saya tinggal di Lorong Damai . Cita - cita saya ialah ingin melanjutkan bidang perusahaan ayah saya sebagai CEO . Hobi saya pula membaca buku.

" Wow anak Dato' . Bagus - bagus ok boleh duduk . Silakan orang yang seterusnya... Haah kamu girl . "

" Nama saya Nur Aisyah Fatimah Az-zahrah binti Tan Sri Mokhtar . Saya tinggal di Lorong Melati . Cita - cita saya ingin menjadi pensyarah . Hobi saya menangkap gambar .

" Ok boleh duduk . Ustazah baru ingat yang sekolah ustazah ajar sekolah ternama patutlah ada Dato' ada Tan Sri ni mesti ada mak atau ayah Professor Dr. ni kan "

Seisi kelas yang tertawa kecil. Sesi perkenalan diri tetap dilanjutkan sehingga habis.

" Okay baik lah memandang semua suda perkenalan diri , kini giliran ustazah pula .
Nama ustazah Sarah . Ustazah akan menjadi guru kelas kamu pada tahun ini . Erhmm kita lantik jawatan dalam kelas nak tak ?"

"Nakkkk"

" Baik , siapa yang sukarela nak jadi ketua kelas angkat tangan . " Kata ustazah Sarah sambil menulis di papan putih

" Saya! "

" Wow lajunya . Baik memandangkan Amirul yang pertama maka Amirul lah sebagai ketua kelas . Seterusnya penolong ketua kelas . "

" Saya "
" Saya "
" Saya "
" Saya "

" Wahh kali ni banyak calon ye . Ermm tapi ustazah akan pilih Aisyah sebab dia yang paling dekat dengan Amirul sebab penolong dan ketua ni kena selalu berkomunikasi . Okay boleh ye. "

" Yes ! " Kata Aisyah kegirangan .

" Hai, aku Amirul harap dapat jalankan tugas dengan baik. " Amirul bersuara sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

" Err hai okay " Kata Aisyah tanpa menyambut huluran tersebut.

Tangan Amirul digenggam dan kembali ke tempat asal.

" Errr awak, bukan saya nak sombong tau , tapi ibu saya pesan perempuan islam tak boleh pegang tangan dengan lelaki yang bukan mahram "

" Ye tau "

" Ouh okay "

Perbualan Aisyah dan Amirul terhenti dengan kekoknya. Sesi kelas ustazah Sarah tetap terjalan sehingga waktu rehat.

Sepanjang 2016 Aisyah dan Amirul menjalankan tugas dengan baik sehingga mendapat gelaran KETUA DAN PENOLONG TERBAIK . Pada suatu hari, Aisyah bertugas untuk membersihkan stor sukan sekolah dan tiba - tiba muncul seorang perempuan yang mendatangi Aisyah.

" Oii perempuan !" Kata seorang perempuan sambil menolak belakang Aisyah yang tatkala itu Aisyah sedang meletakkan badminton di almari.

" Auchhh , aduhhh " Aisyah berpaling dan berkata .

" Awak dah kenapa ni ? Sakit tau tak . "

" Aku? Ehh perempuan kau tu yang kenapa . Yang kau rapat sangat dengan Amirul dah kenapa . Aku tau lah yang korang tu KETUA DAN PENOLONG TERBAIK tapi yang kau sampai menggatal tu dah kenapa! "

" Menggatal? saya? Astagafirullah al azim . Mana ada saya menggatal lah kitorang rapat sebab tugas je mana ada apa - apa "

" Eh kau tak payahlah nak tipu aku . Ni aku nak beritahu kau satu benda . Aku nak kau ingat sampai bila - bila . Kau tu tak layak dengan dia kau tau tak! " Katanya sambil menolak bahu Aisyah dengan jari telunjuknya.

" Aikkk ni dah lebih ni " Kata Aisyah sambil menepis tangan yang menucuk - nucuk bahunya.

" Untuk pengetahuan awak.. " Aisyah melihat tag nama perempuan tersebut.

" Nur Ziana bukan saya yang tak layak untuk dia tu tau , dia tu yang tak layak untuk saya . Dan saya ada nama , nama saya Nur Aisyah Fatimah Az-zahrah faham. Ouhhh one more thing, yang menggatal tu saya ke awak? Tapi saya rasa awak bukan menggatal tapi overrr menggatal . "

" Apa kau cakap "

" Lah dah gatal pekak pulak . Ish ish ish "

" Eeee kau ni kan! " Kata Ziana sambil melihat sekeliling dan mencapai satu kayu yang terdapat di dalam stor. Ketika Ziana nak hayunkan kayu tersebut, Aisyah hanya berpeluk tubuh dan tersenyum .

Dalam tiga saat sebelum sampai ke muka Aisyah, tiba - tiba kayu itu berhenti yang hanya berjarak empat cm daripada wajah Aisyah.

" Kau ni dah kenapa hah ! " Suara Amirul lantang dan membuang kayu dengan kuat sekali.

" Kau dah hilang akal ke Zi ! Kalau aku tak tahan tadi macam mana ! Kalau Aisyah cedera tadi macam mana kau nak tanggung hah! Tu baru cedera kalau mati ? Kau sanggup ke kena penjara !"

Aisyah yang pertama kali melihat Amirul meninggikan suara terkejut tak terkutik.

" Tak de lah sampai ke situ . Saya saya saya just nak bagitau Aisyah jangan rebut hak saya . Takkan itu pun salah."

" Dah , aku tak nak dengar . Kau balik ke kelas kau sekarang. "

"Tapi Am.. "

" Balik! "

" Iihhh iyalah iyalah " Kata Ziana sambil menghentakkan kedua kakinya dengan kuat.

Amirul menghembus nafas dengan berat sebelum berpaling ke arah Aisyah. Seperti biasa kedua tangannya di masukkan ke dalam poket.

" Kau okay tak "

" Ermm okay "

" Kau ni kalau kau perlukan bantuan panggil je aku "

" Okay "

" Ihh kau ni okay okay faham ke tak ni "

" Faham ,faham "

" Aihhh dahlah malas aku nak layan kau . Dah selesaikan cepat aku bantu " Kata Amirul dan mula menyusun apa yang patut.

" Wow " Aisyah berkata dalam hati. Dia merasakan satu perasaan yang begitu asing rasa teruja dan kagum bergabung .
Hari tu adalah hari yang takkan dia lupakan .

* End flashback *

" Begitulah al kisahnya "

" Weii kau tak bagitahu pun aku . Kalau aku kat tempat kau , aku pun crush kat dia "

" Kan "

" Wow kenapa bukan aku yang kat situ " Zarrul menyampuk.

" Weiii! hahahahah " Respon Aisyah dan Mira serentak.

" Hebat gila story kau . Aku yang lelaki ni pun terkagum kau tau tak "

" Tau tak pe. Tapi tulah sejak masuk tingkatan ni aku nampak dia dah banyak berubah. Perempuan sini sana . Tu bilik displin tu dah macam hotel untuk dia keluar masuk . Dan yang peliknya aku, aku still crush kat dia. "

" Kalau aku kat tempat kau , aku pun akan selalu crush dia . Dah dia yang selamatkan aku "

" Kan "

" Ermm oiii . Cikgu Huda nak jumpa selepas rehat. " Dalam mereka berbual mereka terdengar satu suara .

Mereka semua memandang dan terlihat Amirul berada di hadapan Aisyah dengan gayanya yang selalu tangan di poket.

Mira dah menutup mulut . Zarrul dah ternganga dengan mee yang masih terjuntai. Aisyah apa lagi terdiam .

Bersambung ~~~

Maaf jika ada typo
Sebarang tiru meniru amat dilarang
Ingat dosaaaa

Like ❤️
Share ❤️
Komen ❤️

singgah baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience