"Kalau aku kat tempat kau , aku pun akan selalu crush dia . Dah dia yang selamatkan aku "
" Kan "
" Ermm oiii . Cikgu Huda nak jumpa selepas rehat. " Dalam mereka berbual mereka terdengar satu suara .
Mereka semua memandang dan terlihat Amirul berada di hadapan Aisyah dengan gayanya yang selalu tangan berada di dalam poket.
Mira dah menutup mulut . Zarrul dah ternganga dengan mee yang masih terjuntai. Aisyah apa lagi terdiam tanpa terkutik .
" Yang korang pandang aku semacam ni dah kenapa ? Hah kau, dengar ke tak? Kau , kalau kau tak jumpa cikgu and then cikgu salahkan aku siap kau . Faham tak! " Amirul menundingkan jari kepada Aisyah yang hanya disambut dengan tiga kali anggukan kepala dari Aisyah.
" Ermm baguslah kau faham. Tu kawan kau tu dah kenapa kaku macam batu . Lain kali kalau nak pilih kawan tolong pilih yang sihat sikit boleh tak." Amirul menunjukkan kepalanya dengan jari telunjuk sambil tersegih sebelum beredar dari situ dengan diakhiri gelengan kepala.
3
2
1
" Fuhhhhh " Pantas Mira mengambil oksigen selepas menutup mulut dan hidung selama beberapa minit.
Mee yang berada di dalam mulut Zarrul terjatuh akibat daya tarikan graviti yang semakin kuat.
" Weiii korang rasa dia dengar ke tak ye tadi . Cuak gila aku sampai aku jadi kaku . Heh " Mira tersenyum sinis dengan kelakuannya sendiri.
" Mana lah aku tau . Dah lah dia tadi bercakap pandang mata aku. Ni jantung dalam tulang rusuk ni kalau boleh tercabut dah lari kau tau tak." Aisyah membalas sambil merasakan degupan jantung di dadanya .
" Memang sah "
" Sah ? Sah apa? Sah jodoh aku ? Alhamdulillah " ucap Aisyah sambil melekatkan kedua tangan kecilnya di muka.
" Ihhh budak ni! Boleh tak Syah , kau jangan sampai tahap tu . Tu dah angau kau tau tak . Jangan sampai satu hari nanti kau akan sakit tanpa terlihat , terluka tanpa berdarah. "
" Perhhh power beb " Balas Aisyah disambut dengan tepukan tangan yang diikuti oleh Zarrul.
" Dah tak yah nak melebih sangat. Aku nasihat sebab aku tak nak nampak kau , datang kat aku, nangis - nangis sebab lelaki . Aku tak nak tau layan perangai kau masa tu. Aku dah nasihat jangan nak over sangat. Sekarang terpulang kat kau nak ikut ke tak nak." Panjang lebar Mira berkata sambil jari telunjuknya tak henti mengetuk meja.
" Ehmmm . Aku tau lah Mira macam mana nak kawal perasaan aku ni. Kau jangan risau, kalau aku sakit, aku takkan mengaduh kat kau , sebab aku akan mengaduh dekat allah." Sindiran halus diberi kepada Mira .
" Aihhh budak niii kang aku cucuk mata hang dengan camca aku ni baru hang tau. Aihhh " Kesal Mira sambil mengaju - ngajukan sudunya ke arah Aisyah.
" Hahaha . Korang ni , kalau sehari tak gaduh memang tak sah kan. Ada je yang tak kena . Tak faham aku. Baik korang habiskan makanan tu sebelum loceng berbunyi. Nanti tak pasal - pasal disebabkan si Mirul tu korang jadi kawan syaitan sebab tak habiskan rezeki Allah bagi." Zarrul yang sedari tadi hanya memerhati gelagat mereka bersuara .
" Baik lah tuan , kami menurut perintah " Kata Mira disusuli dengan gelak ketawa kecil oleh Aisyah.
" Ouhh aku hampir lupa nak beritahu yang , korang boleh tak tunggu aku kat tempat biasa masa habis sekolah nanti sebab aku lambat sikit lah, ada hal ". Iman berkata dengan mee yang penuh di mulut.
" Okay " Mira berkata sambil Aisyah yang hanya membuat tanda di tangannya tanda ' okay ' (????)
1.45 p.m
Matahari yang berada sejalar dengan tubuh terus sahaja memancarkan bahangnya tanpa segan silu . Membuatkan dua sosok yang duduk di perhentian bas berdekatan dengan sekolah membuat keputusan untuk menjadikan buku latihan mereka sebagai kipas manual. Nasib baik mereka di negara yang berada di garisan khatilistiwa yang beriklim panas dan lembap. Walaupun panas terik mereka rasakan namun, apabila terdapat kehadiran angin mampu membuat mereka berdua sangat lega.
" Mana Zarrul ni . Kata lewat sikit ni dah lewat sangat dah ni. " Mira memulakan perbualan.
" Ni balik sekejap lagi, aku nampak garisan belang kat muka aku memang siap lah dia, aku kerjakan. Dah lah aku lupa bawa mini fan aku." Tambah Mira dengan tangan yang hampir lenguh menggerakkan buku latihan Bahasa Melayunya atas dan bawah mengikut rintak laju. Buku tu remuk pun dia dah tak kisah.
" Tak pa Mira, kalau dia lambat lima minit lagi, kita cauuu. Lantak dia lah nak merajuk ke nak apa. " Aisyah pula menggunakan tudung sekolahnya untuk menurunkan suhu tubuh badan yang semakin tinggi.
" Okay , aku setuju. "
Tiga minit berlalu umpama penantian tiga tahun yang terpaksa dilakukan oleh dua kaum hawa untuk seorang kaum adam.
" Arghhh , dua minit lagi... Lama betul masa nak berjalan... Haih. " Keluh Mira lalu melihat Aisyah di tepinya.
" Syah , kau balik nanti naik apa ? Siapa yang ambil ?"
" Ermm aku naik teksi kut tak pun grab ." Kata Aisyah yang hanya melihat kakinya terhayun ke depan dan kebelakang dek ketinggian tubuh badannya yang sedikit rendah.
" Pak Mat tak ambil kau ke? Ataupun kau call mama kau je ke jemput kau . Aku sure mama kau boleh punya." Mira berkata demikian kerana dia ingin hubungan Aisyah dengan mama tirinya berjalan seperti hubungannya dengan ibu kandungnya. Dia tak nak hubungan yang terjalin hampir setahun masih dalam permulaan. Dia nak juga Aisyah dapat merasakan semula adanya seorang sosok ibu walaupun tidak akan sama dengan figura ibu yang melahirkannya.
" Ehmmm... Pak Mat tak boleh . Dia kena dengan ayah aku, sebab kebelakangan ni ayah aku banyak job, yang memerlukan untuk dia ke satu tempat ke satu tempat yang lain. mama aku pula , tak nak lah menyusahkan dia ."
" Syah , aku tau kau still tak boleh anggap aunty Sara tu sebagai mama kau . But , you have to try girl. Sebelum aunty Sara tu jadi mama kau , aku tengok elok je hubungan korang tapi , lepas je aunty masuk keluarga kau terus awkward. Kau kena ingat kandung ke tiri ke ,dia tetap seorang ibu."
" Huh... ye Mira I know what do you mean but, please give me time untuk sesuaikan keadaan. Aku... aku bukan tak cuba , aku cuba kau tau tak ? Tapi tulah still tak jalan. "
Mira menghampiri Aisyah dan mula menganggam tangan Aisyah yang lebih kecil darinya.
" Aku bukan apa , aku just tak nak aunty Sara rasa dia tu hanya menumpang . Walhal dia tu ada hak 100 % untuk tinggal kat situ .Dan aku faham sangat rasa kehilangan orang yang kita sayang. Sakit , memang sakit . Tapi kita ni yang hidup kena sedar yang akan banyak lagi orang yang akan hadir memberikan sejuta kasih sayang , cinta dan perhatian kepada kita. " Mira berkata dengan sangat lembut kali ni. Walaupun Mira terkadang terlihat ganas dan berhati batu, tapi apabila dah muncul Mira yang lembut pasti akan merubah keadaan.
Mira juga pernah kehilangan orang yang dia sayang ketika dia berumur 13 tahun . Dia kehilangan satu-satunya abang yang dia ada. Abang Farhan , 10 tahun lebih tua daripada Mira. Dia meninggal dunia ketika berada di luar negara ketika dia menyambung pelajaran di sebuah Universiti. Mengikut laporan siasatan abang Farhan bunuh diri dengan memakan ubat tidur yang berskala banyak. Namun semua keluarga Mira tidak percaya kerana abang Farhan amat mendalami ilmu agama dan tahu sangat akan kesan bunuh diri dalam Islam.
Aisyah hanya membalas ucapan Mira dengan segaris senyuman yang hambar.
" Wei , korang ! Sorry sangat - sangat buat korang tertunggu lama ! . Dah jom ! "
Teriakan Zarrul memecahkan suasana yang diselebungi kesedihan sebentar tadi . Zarrul tak pernah tahu akan situasi yang menimpa keluarga Mira kerana dia baru rapat dengan mereka berdua dua tahun yang lepas.
" Weiiii ! Kau pahal lama sangat! Kitorang tunggu kau dah hampir sejam kau tau tak! Apa yang kau buat kat sekolah lama sangat ! Dating ?!" Mira yang ganas mula tunjukkan diri.
" Hahah . Garangnya... Aku betul - betul ada hal lah tadi . Tapi...bukan dating ye . "
" Whatever! "
" Dah - dah , kita ni sehari tak beradu mulut memang takkan hidup kan . Hahaha. " Celah Aisyah .
" Dah jom . Nanti lambat pula kita nak sampai . Tak pasal - pasal disebabkan satu ekor beruk ni kita lambat. " Mira masih lagi ingin bergaduh mulut.
" Hello! Me? Beruk? Dah sah tahap kebodohan kau ni dah tinggi sangat ngisau lah . Ehh lupa tambah dengan tahap kebutaan . Dah sah - sah aku berjalan dengan dua kaki bukan empat kaki. " Zarrul tak nak kalah.
Mereka memulakan perjalanan dengan mulut yang masih saling berperang dengan tusukan demi tusukan kata - kata yang saling berganti . Walaupun mereka sehari - hari berkata tanpa berlapis , mereka bertiga tetap bersahabat kerana bagi mereka dengan berkomunikasi dengan cara ini dapat menguatkan lagi hubungan persahabatan mereka bertiga.
*********
" Ermm Amirul ada nak singgah mana - mana ke lepas ni ?" Soal driver Amirul yang sedari tadi hanya memandu tanpa arah atas kehebdak Amirul.
" Kenapa ? Kau dah penat ? Kalau kerja macam ni pun kau tak larat apa lagi yang boleh kau buat hah? " Sindir Amirul kepada pemandu keretanya yang dikenali sebagai pak cik Ali . Namun , Amirul tak pernah nak panggil pak cik malah ,memanggil dengan gelaran yang tidak sopan.
" Tak bukan itu maksud pak cik."
" Habis tu ? "
" Kalau Amirul tak keberatan boleh tak kita singgah mana - mana masjid untuk solat zuhur? Pak cik belum solat lagi ni "
" Ni yang aku malas kalau ambil pekerja Islam yang taat ni . Dah aku tak nak singgah kita balik . Nanti sampai rumah aku baru kau boleh solat faham! "
" Baik. " Kata Pak cik Ali dan mula membuat pusingan U .
Setelah 20 minit perjalanan ,Mirul sampai di hadapan rumahnya yang bertingkat tiga . Satu keluhan yang dihasilkan oleh Mirul setiap kali berada di kawasan rumahnya. Langkah dalam menuju rumahnya teramat berat dia rasakan.
" Oii ! Kau jangan lupa angkat beg sekolah aku tu dalam masa 15 minit selepas aku masuk faham ! " Mirul mengarahkan Pak cik Ali sebelum melangkah masuk.
Pak cik Ali hanya menundukkan separuh badannya tanda mengikut arahan Mirul.
Dalam perjalanan ingin ke bilik tidurnya . Terdapat satu benda melayang yang menghampiri Mirul dan terkena sisi kanan kepala Mirul.
" Buk! " Bunyi keras terhasil akibat pertemuan antara dua permukaan yang keras .
" Arghh !" Mirul menjerit seketika akibat benda yang terkena kepalanya. Dia melihat cawan kaca yang telah pecah di kakinya dengan darah yang menitik setitis - demi setitis. Mukanya berkerut akibat luka yang dia dapati sebentar tadi.
Dia mengangkat kepalanya untuk melihat ke arah lemparan itu bermula . Satu sosok berdiri dengan tangan yang berpeluk tubuh dilihat dari kejauhan.
" Apa lagi yang kau buat kat sekolah tu huh! Kau ni kalau tak buat hal tak boleh ke! Susah sangat ke huh nak jadi budak yang normal ! Ikut peraturan jadi baik ! Susah?! "
Mirul yang mendengar kata- kata itu tidak menghiraukan dan mula bangun untuk berjalan menuju bilik tidurnya, satu-satunya tempat yang aman bagi dia di rumah sebesar alam ni.
" Huh! Bagus lah tu baru nasihat sikit dah kurang ajar! Tak nak dengar teguran ! Eh kau kena ingat kau tu hanya menumpang kau tau tak! "
" Huh, menumpang ? Aku ? Kau dah nyanyok ke perempuan huh? Umur baru 30 dah nyanyok . Kesihannya hidup kau ni ? Hidup kat rumah yang ayah aku bayar! Eh kau tu yang kena sedar , ayah aku yang kutip kau tau tak! Ayah aku tak kutip aku , dia 'buat' aku faham! Dasar perempuan lorong! " Kata Mirul sambil tangannya setia memegang kepalanya lalu berlalu pergi . Dia tak kisah puntianak yang melolong tak tentu pasal.
Sampai sahaja dibiliknya dia terus menghempas kuat daun pintu yang bercat coklat kayu. Lalu berjalan menuju ke meja belajar untuk mengubati kepalanya yang berdarah.
" Auch !" Baru sekejap sahaja lukanya tersentuh dengan tisu suda terasa akan sakit yang amat. Dia melihat pantulan dirinya di hadapan cermin. Dia merindukan dirinya yang dahulu , kemas , bersih dan teratur .
" Arghhh !! " Habis semua benda yang terletak di atas mejanya jatuh dengan sekali tolakan oleh kedua tangannya.
Dia nak sangat merasakan kehidupannya yang dilalu , tapi dia tak boleh. Disebabkan perbuatan ayahnya, dia terpaksa merubah personaliti dirinya, walaupun dia tak ingin.
Mukanya diletakkan di meja serta bahunya mula terhenjut - henjut menahan sakit yang dia rasanya. Kepala yang masih terdedah dengan luka dan sakit tidak lagi dihiraukan .
" Hikss , hikss . " Petang yang hening itu diisi dengan tangisan yang telah lama terpendam jauh di sudut hati.
Bersambung ~~~
Maaf jika ada typo
Sebarang tiru meniru amat dilarang
Ingat dosaaaa
Like
Share
Komen
kisah lampau yang menyakitkan
Share this novel