Bab 21

Romance Completed 1445138

Di ruang rehat di bilik CEO itu
Syed Arman melawat office abangnya secara santai sambil berdiskusi tentang makan malam yang akan di adakan sabtu malam ini. Perkembangan yang terkini telah dikongsi oleh Danish sebentar tadi. Danish juga telah memberitahu secara details setiap task pada makan malam tersebut. Danish juga telah kongsikan perancangan Nurlisa untuk setahun aktiviti dan project dibawah Yayasan. Dia melihat kertas kerja Nurlisa sangat kemas, butiran sangat lengkap, berserta dengan timeline project.
“Gadis itu sangat misteri”, ujar Syed Arman di dalam hatinya
Syed Arman merasakan sesuatu yang boleh mendekatkan dirinya dengan Nurlisa. Seingatnya, dia tidak pernah jatuh cinta dalam erti kata yang sebenar. Tetapi kalau ini yang dikatakan cinta pandang pertama, dia sekerasnya menolak. Mana mungkin dia boleh sesuka jatuh cinta dengan orang yang asing, tambahan pula pertemuan yang pertama mereka sangat pelik.
Tetapi sesuatu pada gadis itu yang menarik perhatiannya. Sungguh sungguh menarik perhatiannya.
Ketakutan gadis itu apabila memandangnya.
Sinar mata gadis itu sangat sayu, dalam dan kesedihan yang tiada kesudahan
Pandangan gadis itu seperti mengandungi rindu yang sangat dalam. Rindu yang sudah lama disimpan.
Bunga lily
Buku motivasi
Quote gadis itu..
Syed Arman tersenyum sendiri. Dia berfikir bagaimana jalan mudah yang akan di ambil untuk mengumpan Nurlisa bercerita tentang semua tingkah lakunya.
“Datang bilik abang, pas tu duduk sofa, lepas tu termenung, then sengih. Ingat abang bayar gaji kamu untuk termenung pas tu sengih,” tegur Syed Adam selepas memerhati semua tingah laku Syed Arman. Dia tersenyum sendiri sedari tadi.
Syed Arman memandang abangnya tersenyum. Dia malu apabila perbuatannya berkhayal di tangkap bulat bulat oleh abangnya.
“Abang, aku tanya jangan salah faham ya, apa pendapat abang tentang Nurlisa tu? Bukan pasal kerja, tapi peribadi dia?,” tanya Syed Arman perlahan, bimbang perkataannya membuatkan abangnya salah faham.
Syed Adam tersenyum mendengar pertanyaan adiknya. Dia tahu adiknya jatuh cinta kepada gadis cantik itu.
“Peribadi dia?,” Syed Adam mengulangi perkataan adiknya. Tangannya mengetuk meja kerjanya perlahan.
“Hurmmmm……………… sopan, lemah lembut, teliti, berakhlak, menjaga adab, menjaga aurat, banyak lagi lah kalau nak senaraikan. Abang cuma kenal sekejap jer, Alhamdulilah, sesuai dia kat Yayasan Endah tu,” tutur kat Syed Adam dapat di dengar satu persatu.
Dalam diam, Syed Arman dapat meneka abangnya mengagumi Nurlisa. Siapa saja yang tidak terpesona dengan peribadi Nurlisa itu. Pada pandangan pertama pun semua orang akan terpesona.
“Abang, aku rasa budak Nurlisa itu macam misteri. That day jumpa dia, boleh pulak dia pengsan lepas tengok aku, pas tu nampak dia macam ketakutan. Takut sangat tengok aku. Macam aku nak makan dia pulak,” Syed Arman imbas kembali kejadian hari itu, yang masih menjadi tanda tanya.
“Suara kamu tu macho sangat, tu yang dia terkejut kot sebab kamu handsome sangat. Sampai pengsan lah Nurlisa tu,” kata Syed Adam sambil tergelak. Dia tahu cerita itu daripada Danish. Berkali kali Danish bercerita sampaikan dia boleh hafal.
“Abang, kalau aku nak kenal rapat dengan Nurlisa, rasanya umi boleh terima tak? Apa aku nak cakap dengan Kinah nanti. Hurmmmm, kadang kadang aku lupa jodoh aku umi dah sediakan,” suara sayu Syed Arman meruntun jiwa. Perlahan tapi sebak
Syed Adam mengerti apa yang disampaikan oleh Syed Arman. Dia faham apa yang ada di dalam hati Syed Arman. Dia tahu kesedihan adiknya itu, kesedihan adiknya di dalam kegelapan, hampir 5 tahun adiknya mencari cari jati dirinya.
“Allah beri aku ujian paling banyak kan? Sebab Baba kata aku yang paling istimewa. Allah sayang, sebab itu Allah beri aku dugaan ni, tapi kadang kadang aku tewas bang, aku tanya diri aku banyak kali, kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Kalau boleh pilih, aku nak hidup biasa biasa jer bang, macam budak kampung, tak perlu usaha keras nak buat orang sayang aku,” suaranya perlahan, tapi terang dan jelas.
“Aku nak cuba cakap dengan Kinah la bang, aku nak buat Kinah faham aku dulu. Aku kesian kat Kinah, dia dah berharap, aku abaikan perasaan dia lama sangat. Patutnya aku terus matikan perasaan dia. Cuma aku takut umi bang, takut umi buang aku macam dulu,” kali ini suaranya sebak, dia memandang kebawah, memandang karpet Itali itu dengan penuh minat.
Syed Adam bangun dari kerusinya dan menghampiri adiknya. Adiknya yang mempunyai cerita sedih sedari kecil. Dia masih ingat ayahnya membawa balik adiknya semasa adiknya berumur 5 tahun. Wajah adiknya pernah membuatkan dia mencemburuinya, tetapi dia tidak pernah lokek kasih sayang kepada adiknya.
“Sabarlah Arman, abang sokong kamu kenal dengan Nurlisa dengan rapat. Kali ini abang akan berbuat apa saja untuk kebahagian kamu. Abang takkan kahwin selagi kamu tidak bahagia. Abang janji itu. Abang janji,” Syed Arman menepuk bahu adiknya. Tegas tapi penuh dengan kasih sayang. Syed Arman bangun dan memeluk abangnya.
Syed Arman bertuah kerana abang dan adiknya sangat sayangkannya. Begitu juga babahnya dan kesemua orang gaji dirumahnya. Dia bersyukur, sangat bersyukur.
**********************************************
Di Kondo milik Nurlisa
Nurlisa terpisat pisat bangun dari tidurnya. Ubat pening yang dimakan itu membuatkan dia mengantuk. Melihat jam didinding biliknya, dia bingkas bangun dan terus ke bilik air. Dia harus menyelesaikan urusan dia dengan Allah terlebih dahulu.
Selesai dengan urusan Allah, Nurlisa terus kedapur, memanaskan bubur mcd yang Syed Arman beli pagi tadi. Walaupun tinggal separuh, dia mahu menghabiskan, mungkin bubur itu daripada Syed Arman.
Sambil menyediakan makan malamnya, bubur bersama milo panas, Nurlisa membuka aplikasi whatappnya. Dia harus memeriksa text yang belum dibaca. Kelihatan banyak chat yang masuk, daripada kaklong, abang Edrus, Syed Arman, Danish, Mr CEO dan Abang Haiqal.
“Wah, meriah whatapp aku hari ni, “ Nurlisa berkara sendiri
Hatinya gelisah untuk membuka chat dari Syed Arman, tetapi Nurlisa perlu membaca chat daripada keluarganya terlebih dahulu.
“Adik, Eiman nak ikut Grandpa dan GrandMa esok, pergi Singapore and terus ke Jakarta. Bibik Liah akan ikut jagakan Eiman. Adik izinkan ya, sebab Eiman ni beria ria nak ikut. Kaklong takleh tahan dah,” text itu datang daripada kaklongnya.
“Adik, abang izinkan Eiman ikut Grandpa and Grandma ke Jakarta ya, Eiman ni boring sebab adik dah takde sini. Dia ajak jumpa adik, tapi abang busy sangat. Ada masa nanti adik balik ya. For time being, lets Aiman with them ya…..” text itu daripada abangnya, Edrus.
Nurlisa tersenyum bahagia Walaupun apa pun nikmat derita yang dia rasa, Allah memberi keluarga yang sangat sayangnya. Sangat sangat sayangkannya.
Jari mulus Nurlisa laju menaip, sambil senyum membayangkan Eiman akan merengek manja pada dirinya.
“Abang & Kaklong, adik tak kisah pun Eiman gi dengan grandpa & grandma. Adik busy sangat sampai tak cukup masa nak balik jumpa Eiman. Sampaikan salam kat mummy dan daddy ya, katakana adik sayang mereka. Sampaikan peluk cium untuk Eiman juga. Nanti adik call Eiman. Adik pun sayang abang & kaklong sampai akhirat,” Nurlisa akhiri dengan emoji love.
Nurlisa tahu mummy dan daddy Melissa sangat sayangkan dia. Buktinya mereka ada bersama sama Melissa untuk memulihkan Nurlisa 5 tahun dulu. Mereka sanggup membayar orang masjid untuk membersihkan rumahnya dan membuang semua botol arak. Mereka juga membeli semua peralatan memasak baru dan pinggan mangkuk baru. Walaupun mereka berlainan agama, tapi demi Nurlisa, mereka sanggup berbuat apa sahaja.
Dalam Nurlisa membaca text daripada Danish, call masuk menandakan call daripada Syed Arman. Nurlisa terlepas telepon ke meja makan. Deringan masuk lagi, Nurlisa memandang phone itu dengan penuh debar. Selepas deringan tamat untuk kali kedua, chat daripada Syed Arman masuk.
“Lily, siap cepat, dalam masa ½ jam I sampai, bawa you pergi makan,” Nurlisa membaca text tu berkali kali. Airmatanya gugur dengan laju, sebak bertandang lagi.

Nurlisa membaca text daripada atas, text daripada Syed Arman ada 6 chat. Nurlisa membaca satu persatu.
5.20pm - “It’s ok kalau you nak pakai baju kurung, we decide nak pakai batik lah,”
5.30pm – “You dah makan ke? Jangan lupa makan ubat”
5.31pm – “Terimakasih belikan bunga lily for me, and also buku jugak. Mana you tahu I suka semua buku ni?,”
5.33pm – “Lily, kenapa tak baca text, you ok tak? Nak I gi kondo u ke?”
5.35pm – “Danish ada share semua project paper you, with CEO approval. Nanti you balik, kita discuss timeline ya,”
6.02pm – “kalau you tak reply all my text, lepas maghrib, I pergi kondo you. Better reply my text. I’m serious ni..”
8.20pm – “Lily, siap cepat, dalam masa ½ jam I sampai, bawa you pergi makan,”
Airmata Nurlisa laju mengalir. Walaupun panik sudah berjaya dikawal, tapi sebak tidak dapat di tahan. Dia mengagak Syed Arman sedang mengujinya.
‘Bagaimana harus aku masuk dalam permainannya sedangkan aku tak kuat. Tolong aku Ya Allah’, Nurlisa berdoa di dalam hatinya.

“Lily, i dah keluar rumah ni, I tunggu bawah nanti. I text you after I sampai ya, see u Lily,” text masuk lagi. Kali ini Nurlisa tiada pilihan. Dia harus call Syed Arman. Nurlisa tidak punya mood untuk bergerak pun. Dia tidak punya kekuatan untuk berjumpa, apatah lagi untuk makan dengan Syed Arman.
Selepas sekali deringan, Syed Arman terus menjawab call tesebut. Sebelum sempat mendengar suara Syed Arman, Nurlisa cepat cepat memulakan bicara.
“Assalamualaikum Tuan Syed, I penat sangat. Macam tak larat nak keluar. I dah makan tadi bubur you beli tu. Dah kenyang. Thanks for your concern,” Nurlisa melembutkan suaranya. Dia menanti suara garau Syed Arman.
“Lily, no way, kalau bubur tadi you makan, memang tak kenyang la jawabnya dia. Siap jer, kalau you tak turun, I naik nanti. You pilih mana satu?,” suara tegas itu memang milik si jejaka seksi itu. Entah kenapa, Nurlisa dapat merasa kasih sayang daripada suara tegasnya.
Seperti biasa, Nurlisa akan kalah dengan Syed Arman. Jejaka sempurna ciptaan Allah itu. Sempurna daripada segala segi. Kenangan terakhir dengan Syed Arman 5 tahun dulu adalah yang termanis. Malam terakhir itu adalah malam yang paling romantic, malam yang tidak mungkin Nurlisa lupakan sampai bila bila.
“ok, I turun, kalau lambat you tunggu ya, I nak mandi dulu,” Nurlisa mendengar suara Syed Arman sangat gembira.
“ok, good girl, gitulah lily I,” kata kata terakhir itu Nurlisa mendengar dengan jelas.
Lily i?

Itulah perkataan yang selalu di ulang 5 tahun dulu, bermakna Syed Arman memang kenal dirinya. Malam nanti kita akan cuba untuk faham permainan Syed Arman.
Sambil mengesat airmatanya, Nurlisa mencapai tuala dan terus ke bilik air kondonya.
Bersambung
“Sayang, abang nak you janji akan tunggu abang sampai abang balik. Abang akan selesaikan urusan dengan umi, lepas minta izin dengan nenda, abang akan balik sini. Ajar abang bagaimana untuk jadi suami yang hebat. Thanks to Lily abang yang paling baik. Abang dapat rasa cinta sangat banyak di sini. Abang janji takkan tinggalkan Lily,” tangan kasar itu memeluk badan isternya kuat, kemas dan utuh. Dia mula sayangkan isterinya yang di panggil Lily itu.

Share this novel

Zaidi Zack
2021-10-14 01:28:17 

21-.... Syed arman menepuk bahu adiknya. Syed arman bangun memeluk abgnya. Sapa yg adik sapa yg abg nii. Klu skali silap x pa lg. Bnyk kali dah. Harap lebih berhati2 dan baca balik sblum pos. Good luck


NovelPlus Premium

The best ads free experience