BAB 15

Romance Series 8794

ERYNA merapikan rambutnya yang basah dek terkena air hujan. Pagi-pagi begini, hujan pula. Mungkin sudah tiba musim tengkujuh. Dia menolak pintu pejabat. Hud dan Dina yang sedang berbual di tepi pintu disapa Eryna seketika. Dia yang baru tiba, sudah kelihatan Wafiq yang dari tadi melambai-lambai ke arahnya. Segera Eryna mengatur langkah mendekati rakan semejanya itu. Ada yang kena lempang nanti hari ini.

"Okey tak kak?" soal Wafiq seraya menayangkan hasil kulit buku dari dalam komputer ribanya. Tiada riak bersalah langsung!

"Cantik, cantik," balas Eryna tak ikhlas.

"Okeylah, satu dah siap..."

Sedang Wafiq ingin mencapai pendrive miliknya yang berada di hujung meja, Eryna menghentak meja memandang jejaka muda di sebelahnya itu. Wafiq menelan liur.

"Ada sesuatu yang awak nak bagi tahu saya tak?" soal Eryna. Sinis.

"T-tak.. tak ada,"

"It's after 2 months ago i said, stop contact my mother,"

Wafiq mengalihkan pandangan. Pendrive yang masih tak kesampaian terus tidak jadi diambil. Dia kembali meneliti komputer ribanya. Wajah wanita bersolekan bedak itu langsung tak dipandangnya.

"Dont you think, how bad i got scolded by her?" soal Eryna lagi. Peristiwa pagi tadi diimbas kembali.

"Dont worry lah ibu, hari ni orang overtime. Ery tak kan merayau punya," ucap wanita berbaju blaus kuning dengan reben hitam panjang yang terikat pada lehernya.

"Senanglah Ery cakap, ibu tinggalkan kerja ibu tu sebab nak tunggu Ery balik tahu semalam? Last-last dua jam ibu tunggu baru balik. Nasib ada Wafiq, kalau tak ibu tak tahulah Ery off office pukul berapa,"

"Alah ibu ni, kerja ibu bukannya kat mana-mana basement rumah ni jugak," balas Eryna acuh tak acuh. Cukuplah semalaman dia dibebel oleh Datin Fira semalam gara-gara pulang lambat. Hari ni diulang lagi pesanan yang dihujatkan semalam.

"Ha dialah. On time hari ni, Eryna. Pukul 10 habis kerja. Pukul 10.15 dah ada dekat rumah,"

Bernanah telinga Eryna menerima setiap bait kata dari wanita tua itu. Kalau boleh tak mahu dilepasnya Eryna pergi ke kerja hari ini, mahunya menceramahi Eryna sahaja sepanjang hari.

"Okey, ibu. Ye, ye. Salah Eryna balik lewat semalam. Hari ni no matter what, Eryna akan pecut balik rumah. Kalau boleh Eryna minta cuti terus dari presiden," sindir Eryna. Dia lantas mencapai tangan wanita separuh abad itu lalu dikucupnya lembut. Kakinya diatur meninggalkan perkarangan rumah itu.

"Itu nasib ayah saya tak tahu, tahu?" Eryna kembali menyoal lelaki yang bergelar 'Cheng' itu.

"Alah, akak. Nak buat macam mana? Datin Fira yang call saya. Takkan la saya nak menipu pulak," akhirnya Wafiq membalas setelah lama membisu.

"Tipu jelah. Apa susah?" Eryna melabuhkan punggung ke kerusi rodanya.

"Dosalah kak!" balas Wafiq. Tak paham sungguh dia dengan wanita yang tua setahun darinya itu. Dia fikir Wafiq senangkah ditelefon mengejut begitu dari Datin Fira. Sedang dia elok meneguk air teh ketika di meja kerja, habis tersembur selepas melihat nama Datin Fira naik pada skrin telefonnya.

"Kalau awak tipu pun bukannya awak jadi anak derhaka pun," kata Eryna dengan wajah selambanya.

Wafiq memandang Eryna tak puas hati. Makin tak betul pemikiran rakannya itu.

"Cheng,"

"Apa lagi?" soal Wafiq. Dia pula yang terlebih marah. Yalah, sedap saja Eryna menyalahinya sedang wanita itu tak tahu bagaimana gelabahnya dia mengangkat panggilan dari bunda Eryna itu.

"Lepak jom malam ni?"

Wafiq berdiri lalu menghentak meja rakannya itu. Mata-mata yang memandang ke arahnya langsung dia tak peduli. Fikirlah apa yang orang lain mahu fikir, biar dia settelkan yang satu ini dulu.

"Akak jangan nak buat hal. Ni kalau akak balik lewat. Saya yang kena jawab tau,"

"Sebab tu lah saya ajak awak sekali. Masing-masing tak payah pick up phone,"

Wafiq mencekak pinggang.

"Amboii. Cakap memang tak fikir dulu eh?"

Eryna hanya diam malas bersuara.

"Tak nak!"

"Jomlah!"

"Tak nak!"

"Ikut jelah, apa susah?"

"TAK NAK!!"

Terkedu Eryna dibuatnya. Pandai pula jejaka muda itu melawan. Eryna memandang sekeliling. Banyak sungguh mata yang memandang. Kak Dina sedang menggeleng memandangnya. Kak Syafina pula tak hilang sinisnya melihat karenahnya dengan Wafiq.

"Kalau tak nak, tak payah lah jerit-jerit," marah Eryna separa berbisik.

"Saya dah cakap dah tak nak," kata Wafiq seraya melabuhkan punggungnya kembali ke kerusi kulit.

Wafiq dan Eryna sama-sama menunduk-nunduk meminta maaf kepada pekerja yang terganggu akibat celoteh mereka.

"Stop contact with my mom,"

"I will, if you dont do any trouble,"

"Amboi, you're not my little brother or even my older brother,"

"Still, your mom always ask to me about you,"

Eryna mengalah. Dia membuka komputer riba yang berlogokan Apple itu. Microsoft Word dibuka lantas menaip penulisannya.

JAM sudahpun menunjukkan jam 2.15 petang. Wafiq disebelahnya hanya diam seribu batu dari tadi. Selalunya pukul 1.30 petang Wafiq pasti sudah menempah Eryna untuk makan bersama. Ini tak pula jejaka muda itu membuka mulut. Komputer riba yang dari tadi menyala tak lepas memandang. Marahkah dia pada Eryna?

Sekali-sekala Eryna menjeling ke arah lelaki berambut Undercut itu. Senyap saja. Terasa janggal pula mahu ajak makan bersama. Tetapi sampai bila dia harus di sini membiarkan masa rehatnya terbuang?

"Eryna jom," seseorang bertudung bawal merah jambu menepuk bahu Eryna. Wanita itu tersenyum ke arahnya. Tahulah dia wanita bertag namakan 'Aqilah' itu mahu mengajaknya makan sekali. Eryna akur meninggalkan Wafiq yang tekun dengan kerjanya.

Eryna melabuhkan punggung di sebelah Hud yang sedang berbual dengan Farouk. Sudah penuh meja itu dengan lima kerusi yang tersedia, Eryna, Aqilah, Dina, Hud dan Farouk. Rancak sungguh dua orang jejaka itu berbual. Barulah tiba gadis berumur 40-an tahun untuk mengambil pesanan. Seperti biasa, milo ais menjadi kegemaran Eryna ketika di pejabat. Yang lain hanya memesan mengikut sedap mereka. Dunia Eryna melayang sebentar.

Wafiq masih leka memperbaharui reka bentuk dalaman buku tulisan seniornya. Kejap-kejap dicontengnya sedikit lakarannya pada kertas yang bersepah di atas meja.

Pen hitam yang menjadi kegemarannya tiba-tiba saja sudah berada dihujung tanduk dakwatnya. Segera dia bangun mahu mendapatkan pen baharu di kaunter.

"Nah,"

"Saya nak pen bukan nak nasi goreng,"

"Amboii,"
"Tak ada, duduk, duduk,"

Eryna memaksa Wafiq untuk berehat seketika. Sibuk saja dengan pennya. Wafiq akur namun memasang pandangan tajam pada gadis itu. Mahu ajak berbaiklah tu!

Dengan kasar Wafiq menyantap nasi goreng belanjaan Eryna itu.

"Heleh, makan juga,"

"Nak buat macam, orang dah nak belanja kan, tak kan nak buang pulak? Sedap ni free,"

Eryna memukul bahu Wafiq.

"Dahlah. Nak merajuk lah apalah! Makan tu," arah Eryna. Ada saja telatah lelaki itu.

"Hah sambung balik...," Wafiq berjeda.

"Akak jangan nak merayau eh malam ni,"

Eryna menjeling sekilas. Pandai pula dia mencari masa mahu mengingatkannya.

"Ye! Ye!"

Mereka tertawa mengenangkan sikap-sikap masing-masing yang bergaduh di awal pagi tadi. Terasa lembab pula bertengkar di pejabat tempat kerja. Eryna menyedut air milo yang dibungkusnya dari kafeteria tadi. Yalah, dia tak sempat nak makan apa-apa, hati ini terasa bersalah pula kepada Wafiq. Itu yang dia pergi membeli nasi goreng telur mata buat lelaki itu. Ini kalau tak beli, tak tahulah sampai bila si Wafiq ini mahu merajuk.

"Eryna,"

Eryna yang mendengar namanya dipanggil lantas memalingkan wajahnya ke arah empunya badan.

GIAT Eryna bekerja sepanjang hari ini. Namun, sepatutnya dia pulang ke rumah jam 10, jadi ditunda pula hingga pukul 11. Semuanya gara-gara dia lupa menyiapkan tugas dari Syafina. Membanting tulanglah dia menyiapkan sebelum dia pulang. Jam dinding sudah pun menunjukkan jam 11 malam. Hatinya terasa resah dengan ketiadaan sesiapa di dalam pejabat ini. Tambah pula dia masih belum memberitahu ibunya soal kepulangannya yang lewat ini. Mahu dia kena bebel sebulan kalau begini caranya. Terasa menyesal pula memarahi Wafiq untuk tidak terus berhubungan dengan ibunya. Kalau tidak, sekarang ini bolehlah Wafiq tolong sampaikan tentang keadaannya ini, tak adalah dia rasa tidak senang duduk begini.

'Satu paragraph,'

'Satu paragraph je lagi, Eryna. Strong! Strong!'

'dan.. RA.. SI..O..NAL..,'

"DONE!"

Eryna segera memindahkan maklumat itu ke dalam pendrivenya. Setelah itu dia mengemas untuk pulang. Pendrive yang digunakan tadi diletakkan di atas meja Syafina. Dengan wajah sungul kerana kepenatan, Eryna menggalas begnya lantas menyusun langkah untuk segera pulang.

Tangannya terasa pegal. Meskipun dia menaip, rasa lenguh pada lengannya tak kalah sakitnya. Dibukanya kereta Volkswagen Polonya. Dia melelapkan sebentar matanya. Tak sampai tiga minit matanya kembali dibuka. Dia harus buang sifat malasnya. Dia perlu pulang dan melelapkan mata di atas katil. Pendingin hawa dan katil empuk bersarungkan cadar sutera mewah terngiang-ngiang di fikiran. Dia harus segera pulang!

Malas berlengah lagi, gas ditekannya. Sunyi saja jalan raya pada waktu malam ini. Selalunya masih ada cahaya-cahaya lampu kereta walaupun jam sudah lewat malam, maklumlah, Kuala Lumpur. Namun, hari ini, lain daripada yang lain, jalan raya selebar 10 meter itu sunyi seperti tiada penghuninya.

Eryna menekan laju gasnya memandangkan tiada kereta yang lalu-lalang di sini. Lampu merah pun tidak dihiraukannya. Mahu bagaimana lagi? Kosong.

Sedang dia leka memandu, sebuah kereta Toyota datang dari arah berlawanan kelihatan. Legalah sedikit Eryna memandangkan masih ada orang yang turut sama menggunakan jalan ini. Kalau tidak, lemah saja lutut mahu memandu.

Namun, rasa resahnya kembali menyelubungi diri. Kereta Toyota itu kelihatan aneh. Bukan hantu. Bukan. Dia pasti bukan makhlus halus. Cumanya jantung Eryna berdebar kencang melihatkan kereta itu bergerak tak tentu hala. Sekejap-kejap ke kiri, sekejap-sekejap ke kanan. Namun kereta yang berlawanan arus itu bahkan sempat memasuki lorong Eryna. Tahulah tiada kereta yang melawati jalan ini, tetapi tak bolehkah dia berhati-hati?

Kereta itu semakin hampir, namun tak sedikitpun pemandunya masuk semula ke lorong sepatutnya. Eryna menekan hon keretanya berkali-kali. Lampu keretapun tak henti dia buka tutup untuk menyedarkan si pemandu. Apakan daya, pemandu itu seperti tidak perasan apa-apa. Pemanduannya benar-benar tidak betul. Lelong!

Keadaan menjadi tegang. Eryna cuba untuk memusingkan keretanya untuk tidak bertembung dengan kereta Toyota itu sambil kaki kirinya menekan brek kecemasan. Dengan perasaan yang takut dia memberanikan diri memandang ke hadapan melihat keadaan walaupun hakikatnya dia hanya mahu memejamkan mata seerat-eratnya.

Masih degil. Pemandu itu tidak sedar. Jelas sekali pemandu itu lelaki. Pemanduannya masih seperti tadi. Eryna cuba untuk mengelak lagi. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang boleh mengubah. Kun Fayakun.

Kereta Eryna bertembung penuh kencang dengan kereta Toyota itu. Kereta Toyota terlambung ke atas. Sementara Eryna sudah tercampak keluar dari keretanya. Kepalanya terhantuk pada penahan jalan raya. Matanya berkedip mengharapkan bantuan. Namun dia semakin lemah. Kepalanya terasa berdenyut. Dia tidak kuat, hanya membiarkan darah mengalir keluar. Eryna yang terbaring menguatkan diri memalingkan wajahnya ke arah kanannya. Pemandu lelaki itu pingsan di dalam kereta yang sudah terbalik itu.

Nada dering telefon iPhone 11 Pro Max nya yang sama-sama ikut tercampak keluar berdering.

"Hahh,"

"Hah,"

Nafas Eryna semakin lemah.

BOOM!

Kereta Toyota itu meletup. Terbakar. Dan masih tiada siapa yang melewati jalan ini. Dunianya bertukar gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience