BAB 9

Romance Series 8835

ERYNA menyisir rambutnya lalu diikat. Lagi-lagi hari ini aktiviti bersama air. Hari ini mereka akan snorkeling di Pelabuhan Batu Kijuk. Cindy yang sedang menyapu krim sunblock memandang Eryna yang tak bersuara itu. Eryna berbaju biru laut lengan panjang beserta legging berwarna kelabu.

"Eryna,"

"Hmm?" sahut Eryna sambil matanya tak lepas memandang cermin memastikan dia terlihat sempurna.

"Are you that close to the guys?"

"Siapa?"

"MBM,"

"Cindy, awak lupa siapa yang tinggalkan saya sepanjang hari semalam?" Eryna menoleh ke arah Cindy yang sedang duduk di atas katil.

"Yeah, I know. But you guys look so close together. Yelah, you know, the gossip, right? They say you are.... I am just curious," kata Cindy lalu berhenti menyapu krimnya. Mendengar pertanyaan Cindy, Eryna kembali menghadap cermin, dibetulkannya sedikit rambutnya yang menutupi dahi.

"Cakap je lah awak pun fikir benda yang sama,"

"I don't mean like that...,"

"Dah lah, jom jom. Saya tunggu dekat luar,"

Cindy menghembus nafasnya sebaik sahaja Eryna berlalu pergi keluar dari bilik mereka. Dia langsung tidak berniat untuk berfikir sebegitu. Cumanya dia hendak tahu. Tidak tahu pula dia Eryna akan terasa.

Eryna memasang kasutnya dan bingkas membuka pintu keluar.

"Oh my god!"

Jejaka itu tersenyum ke arah Eryna. Sukalah tu dapat mengkagetkannya. Baru Eryna ingat, bilik sewanya tak jauh dari bilik sewa MBM. Padanlah lelaki ini di sini.

"Awak nak apa?"

"Saje,"

Sejuk hati Eryna dengan kedatangan Haziq yang tiba-tiba terpacul di muka pintu. Entah apa niat dia kemari, Erina tidak pasti. Namun dia tidaklah berasa rungsing.

"Mana yang lain?" soal Eryna lantas mereka berdua berjalan mengelilingi resort itu.

Pertanyaan Eryna membuatkan Haziq tertawa seketika. Ada yang kelakar ke?

"Diorang tu susah sangat nak bangun!"

"Iye?"

"Haah, tengah kalut bersiap lah tu,"

Eryna tertawa kecil. Senang bersama lelaki itu. Dulunya dia tidak tahu menahu tentang mereka. Dan dia mula tertarik dengan jejaka di hadapannya itu pun ketika Dayana dan Keisha memaksanya ke konsert. Tidak sangka kini dia bebas bergaul bersama lelaki itu.

"Eryna, i'm done!" jerit Cindy sebaik saja keluar dari bilik sewa. Eryna dan Haziq menoleh ke arah empunya suara. Kaki Cindy berhenti melihatkan jejaka di sebelah Eryna. Sudahlah baru saja dia dan Eryna membahaskan tentang mereka. Entah apa pulalah yang dia fikirkan kali ini.

"Saya nak pergi naik kereta dulu dengan Cindy takut yang lain dah tunggu. See you there,"
Haziq mengangguk mengiakan. Nampaknya mereka lagilah yang paling lambat. Mahu bagaimana lagi, mereka menaiki kereta khas untuk MBM tentu mereka ambil mudah.

KEINDAHAN Pelabuhan Batu Kijuk itu berjaya menarik perhatian Eryna. Mereka akan menyeberang ke Gili Naggu untuk mula snorkelling. Eryna teringin sekali menerokai laut yang dalam itu. Pastinya banyak hal yang tak pernah dilihatnya, namun dia lebih pasti yang dia tak akan lama di sana nanti.

Mereka semua mula menaiki bot. Sekali lagi bot mereka berbeza. Sepanjang di dalam bot, dia hanya terdiam. Jika tidak, ada juga yang mahu dia bualkan dengan Cindy. Tetapi dia terasa janggal. Tidak seharusnya dia menuduh Cindy sebegitu tadi. Setelah sampai mereka turun dan mula untuk bersiap.

"Monyok je kenapa?" bahu Eryna terhenjut, kaget dengan sapaan itu. Dia menoleh ke arah tuan badan. Dia lagi.

"Nothing," jawabnya ringkas.

"Takutlah tu," tiba-tiba saja Azib datang. Eryna toleh ke belakang. Mereka semua mula menghampirinya. Sudah siap dengan perlengkapan snorkelling hanya dia yang masih belum mendapatkannya.

"Sorry, im not afraid. You know, saya mesti tak tahan lama-lama kat dalam air nanti. Pastu nanti awak semua happy happy lah dalam air, yang saya? dah naik dah," ucap Eryna.

"Saya nak pergi ambil equipments dulu," Eryna berjalan melintasi Rayyan dan Azzam.

Setelah itu, dia mula menyelam bersama pihak penganjur dan pelancong yang lain. Eryna mula tertarik dengan ikan memo, terumbu karang dan banyak lagi ikan yang sedang melapah rumpai lalu. Terlalu banyak ikan-ikan yang cantik warna yang Eryna sendiri tidak tahu namanya.

Tiba-tiba dadanya mula terasa sakit. Disebabkan dia tidak biasa dengan tekanan air, dia mudah berasa sakit kerana jantungnya yang juga tidak biasa dengan tekanan air laut. Dia mula berenang ke atas untuk keluar dari dalam laut. Dia terasa kehilangan nafas. Seorang lelaki yang merupakan salah satu dari pihak hiburan tersebut datang menghampirinya.

"Are you okay?"

Eryna mengukir senyum nipis.

"Saya okay. Saya just nak rehat sekejap . Terasa sakit,"

"Ya sudah, kalau begitu. Kalau mbak ada apa-apa tinggal panggil mana-mana pihak kami saja. Kami ada kok di sana," balas lelaki itu setelah menyedari Eryna seorang pelancong dari Malaysia. Tidaklah dia perlu berbahasa asing itu lagi. Eryna mengangguk faham. Dia kemudian melabuhkan punggungnya ke atas buaian buatan di antara sebuah pokok.

Dibetulkannya sedikit rambutnya yang menutupi dahi itu agar kemas. Dipandangnya kaki yang sedang menguis pasir pantai. Sudah dia duga, tak sampai 15 minit dia sudah harus kembali ke daratan tanpa dipaksa.

Sudah 30 minit, akhirnya barulah kelihatan mereka mula kembali ke daratan. Eryna hanya memandang tak berperasaan. Nadzmi yang melihat Eryna duduk sambil kedua-dua tangannya memegang tali buaian lantas berlari mendekati gadis itu.

"Kitorang nampak kau naik tadi? Kau okay?"

"Dont mind me. Saya okay. Seronok ke?" soal Eryna.

"Seronok lagi kalau kau ada,"

Eryna tersenyum tipis.

"Jimmiy, Eryna!" panggil Azzam yang sedari sedang duduk di meja makan. Nampaknya mereka akan menjamah makanan tengah hari sekarang. Eryna berjalan seiring dengan dengan Nadzmi menuju ke meja makan. Pelbagai makanan yang telah disediakan oleh pihak hiburan sehingga tiada ruang untuk meletakkan pinggan makan. Semuanya dipenuhi dengan makanan bakar.

Eryna hanya menjamah makanan tak bersuara. Dia harus ceria, masih ada aktiviti yang menanti.

"Okay, for our honored guys. Our next destination is Benang Stokel Waterfall. So we will through the jungle before we find the waterfall. Enjoy your meal and after that, change your clothes," kata Encik Andika.

SIAP berbaju blaus berwarna kuning pekat, berseluar denim hitam. Kasutnya diganti kepada kasut sneakers hitam putih. Rambutnya dibiar lepas.

Mereka sudah sampai di Geopark Renjani sebelum masuk. Ketujuh-tujuh ahli MBM itu mula menyapanya untuk berjalan bersama sepanjang ke dalam hutan itu nanti. Sebenarnya bukanlah hutan, cumanya ia sebuah tempat yang penuh dengan kehijauan. Jalan-jalannya juga tidaklah akan berbahaya dan menyesatkan kerana mereka sudah siap menghasilkan jalan seolah-olah hanya menerokai resort yang sangat besar.

Mereka terus berjalan masuk. Banyak pula binatang yang lekap di mata Eryna. Tak lepas juga monyet yang sedang rakus memakan pisang.

"Sejuk je dalam hutan ni," ucap Fayyadh.

"Kan dia kata waterfall. Memang lah sejuk," balas Rayyan. Kini mereka berlapan berada di paling belakang. Sengaja mereka hendak berjalan perlahan-lahan menikmati pemandangan.

Eryna, Haziq, Azib dan Nadzmi berjalan di hadapan mereka. Belakangnya pula ada Rayyan dan Fayyadh. Tak lupa juga yang lagi belakang, Daniel dan Azzam.

"Aduh," Eryna mengaduh kesakitan walaupun sebenarnya tidak begitu sakit. Dia memegang kepalanya. Terasa ada seseorang melepar batu ke arahnya.

Mereka yang turut perasan lekas mencari sumber datangnya biji-biji ini. Fayyadh tertawa setelah matanya menangkap dua ekor monyet yang sedang bergayut meludah biji kepada mereka.

"Dasar monyet," ucap Nadzmi.

Mereka hanya tertawa melihat gelagat Nadzmi yang memarahi monyet-monyet itu. Entah faham atau tidak monyet-monyet itu.

"Eryna,"

Azzam di barisan belakang tiba-tiba saja memanggil Eryna. Semuanya turut senyap tertunggu-tunggu ucapan yang bakal disebut Azzam.

"Ye?" sahut Eryna tanpa menoleh ke belakang.

"Betul ke luka dekat tangan kau tu. Sebab kerja dapur?" soal Azzam. Lekas Daniel menyiku kasar dan menggeleng ke arah Azzam supaya dia tidak terus menerus mengungkit perkara itu. Yang lain juga turut menjegil biji mata meminta Azzam tidak bertanya soalan itu lagi.

Eryna terdiam seketika. Dia tidak membalas. Kejadian malam itu kembali menyinggah ke fikirannya. Gambaran malam itu sangat jelas. Dia masih ingat bagaimana dia berlari mengejar orang itu, bagaimana dia dan lelaki itu berlawan menumpaskan si penjahat itu walaupun sebenarnya dia tidak banyak membantu. Dan dia masih ingat bagaimana tangannya terkena hirisan pisau itu. Pedih.

"Auch!" Eryna terjatuh akibat tersadung batu. Seluar denimnya terkoyak dan kelihatan lututnya yang berdarah akibat terkena batuan tajam. Dia leka memikirkan kejadian itu sehingga dia tidak memandang langsung jalan di mana kakinya memijak.

Mereka cepat-cepat mendapatkan Eryna yang terduduk, hampir sahaja kepalanya terhantuk pada sebatang pokok besar.

"Eryna kau okay tak?"

"Sakit?"

"Boleh berdiri?"

"Macam mana boleh jatuh ni?"

"Hati-hati Eryna,"

Satu persatu-satu kata prihatin Eryna peroleh daripada jejaka-jejaka itu. Namun tak satupun yang dia balas. Kakinya terasa sakit. Darah semakin mengalir. Mereka semua berhenti di situ risau dengan keadaan Eryna. Haziq duduk menghadap Eryna yang sudah berkerut dahinya menahan kesakitan.

"Haziq, nah," Rayyan menghulurkan sapu tangan dari dalam begnya lalu dihulurkan kepada Haziq yang cuba membantu. Mereka yang lain hanya memandang memastikan gadis itu baik-baik saja.

Sedang Haziq cuba mengikat sapu tangan itu pada lutut Eryna. Eryna lantas menolak tangan lelaki itu.

"No, no. Takkan saya nak guna sapu tangan awak?" soal Eryna. Rasa serba salah mula menggunung. Sudah cukup malu dia terjatuh di hadapan mereka tiba-tiba mereka juga yang menghulurkan bantuan.

"Pastu takkan lah nak koyak baju kau pulak?" soal Azib. Sebal pula dia dengan Eryna yang mudah merendah diri itu. Patutlah dia tidak peduli akan kecaman yang diterima.

Eryna mendecit dengan sikap Azib yang sinis itu. Tanpa mendengar apa-apa lagi dari mulut Eryna, Haziq lantas mengikat sapu tangan itu pada lututnya. Perlahan-lahan Haziq dan Nadzmi membantu Eryna berdiri.

"Everything's okay?" soal Encik Andika yang sedari tentang kecelakaan kecil itu. Itulah, orang suruh jalan di depan tidak mahu.

"Okay, okay!" jawab jejaka-jejaka itu serentak memandangkan tiada apa lagi yang perlu dirisaukan.

"Boleh jalan tak tu? Ke nak aku dukung?" soal Azib seraya sudah siap membongkok di hadapan Eryna. Sekali lagi Eryna mendecit lalu memukul bahu Azib.

Azib tertawa melihat gelagat Eryna. Sudah boleh pukul orang, maksudnya boleh jalanlah tu. Kini Azib, Rayyan dan Fayyadh pula yang mengetuai barisan. Eryna hanya berjalan sambil tangannya berpaut pada lengan Haziq. Sedari itu, Nadzmi menjatuhkan tangannya dari memegang Eryna. Memandangkan Eryna memilih untuk berpegang pada Haziq, apa guna dia terus memimpin gadis itu.

Mereka terus berjalan, sehingga mata mereka mula ternampakkan air terjun yang jernih. Aura kesejukannya mula terasa. Sungguh indah dan cantik. Airnya sangat jernih. Dihiasi dengan kehijauan bumi dan warna-warni bunga.

"Wahhh, cantiknyaa!!" Nazdmi dan Fayyadh mula teruja.

"Haziq, awak pergilah. Saya boleh sendiri," ucap Eryna.

"Betul boleh?"

Eryna mengangguk. Semuanya sudah pergi mendekati air terjun itu. Tak kira yang matang, yang dingin seperti Azzam juga turut menyertai mereka.

Eryna menoleh ke kiri. Fikirnya, dia hanya tinggal seorang diri. Rupanya masih ada seseorang di sebelahnya. Seiring berjalan disebelahnya. Daniel Fareed.

Rasa canggung mula menyelubungi diri. Baru kali ini dia berduaan dengan lelaki itu. Tidak pernah dia berbual dengannya. Apatah lagi memandang ke dalam matanya. Eryna hanya diam dan kaki perlahan-lahan berjalan. Daniel juga tidak bersuara. Hanya diam. Pandang Eryna pun tidak, lagilah janggal dibuatnya. Eryna menarik nafas, mengumpulkan kekuatan memecah kesunyian.

"Awak...,"

"Suka?"

Belum sempat Eryna menghabiskan kata-katanya lelaki itu terlebih dahulu mencuri peluangnya dengan satu perkataan yang dia tahu maksudnya tetapi bingung dengan niatnya.

Eryna memandang Daniel meminta penjelasan.

"Suka kan kau, kawan-kawan aku semua kisahkan kau,"

"Pardon?"

"Aku tahu apa yang kau nak dari kawan-kawan aku. Nak perhatian? Dah banyak fans sebelum ni perangai macam kau juga. Tapi tak dapat. Macam mana kau boleh lepas aku tak tahu," selamba saja Daniel berkata, dia langsung tidak memandang Eryna.

Langkah Eryna mati, begitu juga Daniel. Eryna ketawa sinis. Sakit. Hatinya tergores Maruahnya tercalar. Dipijak begitu saja. Bukankah sebelum ini dia sudah puas menolak? Tidak sangka di antara mereka ada juga yang satu kepala dengan fans mereka.

"So, awak nak kata saya la yang menggedik dengan kawan-kawan awak?"

"Kau nak kata kawan-kawan aku tu menggedik dengan kau?" soalan dibalas soalan.

"I dont say like that. The point is.. awak nak cakap yang semua gossip dekat media sosial tu betul?"

"Tak kesah lah apa pun semua orang gelar kan kau dalam media sosial tu. Yang aku nak tahu, kau nak apa dari kawan-kawan aku? Nak populariti?"

"Tolong lah! Awak ingat saya ni apa?" sudah tidak tahan Eryna dibuatnya dengan sikap dingin Daniel. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja ajak gaduh.

"Mestilah kau suka kan, Jimmiy love your handwriting. Bika defend kau tentang gossip gossip tu. Tadi bukan main risau kawan-kawan aku bila kau jatuh. 'Such a seducer'? Macam sesuai dengan kau. Atau kau...,"

"Wahh, i got caught!" Eryna memotong kata-kata Daniel yang sedap saja menghinanya.

"Sorry?"

"Macam mana eh sekarang? Saya dah kantoi. You're such a awesome guy. Sebab awak tak masuk dalam game saya," ucapnya penuh sindiran.

"Paendeulman bogsuleulhago issdago saeng-gaghajiman geujung hananeun," Eryna berkata perlahan sambil berlalu meninggalkan Daniel.

Daniel sedikit bingung dengan ucapan Eryna. Dia bahkan tidak tahu maksudnya. Bahasa apa pun tak dapat dia kenalpasti. Apa yang dia pasti, gadis itu sedang mengatanya.

Eryna menghampiri kawasan air terjun itu. Kelihatan mereka sungguh seronok bermain air yang jernih itu. Nadzmi yang dari tadi sibuk mengambil gambar berlari setelah melihat Eryna tiba.

"Eryna jom. Air sejuk!" lelaki itu menarik tangannya. Lantas Eryna melepaskan pegangan. Moodnya hilang akibat hinaan Daniel tadi.

"Awak pergilah, saya nak duduk je,"

"Kita dah sampai sini, takkan nak duduk je? Jom lah," ajak Nadzmi.

"Eryna jom!" panggil Azib. Fayyadh dah Haziq juga turut memanggil-memanggil namanya. Apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kata-kata Daniel benar-benar menusuk jiwanya. Seperti tiada maruahnya di depan lelaki itu.

"Tak pe, tak pe. Jimmiy awak pergilah. Saya nak duduk sini," puas Nadzmi memujuk akhirnya dia mengalah juga. Membiarkan Eryna melabuhkan punggung ke atas batu besar di tepi air terjun. Eryna meletakkan beg galasnya di tepinya.

Daniel yang baru tiba, mula mendekati rakan-rakannya. Dia memandang Eryna sekilas. Namun, gadis itu langsung tidak menyedari kehadirannya. Dia abaikan sahaja perasaanya lantas turut sama menyertai rakan-rakannya.

Sudah 30 minit Eryna menunggu, akhirnya Encik Andika mengarahkan bahawa sesi di sini sudah tamat. Mereka lantas mendekati Eryna yang duduk termenung jauh.

"Okay, thanks for today guys. Let's us go back. Dont forget, this tonight we will have a BBQ Night at our villa," semuanya menepuk tangan memandangkan ini aktiviti terakhir sebelum mereka pulang ke negara masing-masing esok.

"Jom,"

"Auu!" Eryna mengaduh seketika apabila lututnya yang luka berlaga dengan lutut Azib yang cuba menghampirinya.

"Sorry, sorry, Eryna," Azib meminta maaf. Dia resah jika gadis itu bertambah sakit.

"Tak pe, tak pe,"

Kedengaran Daniel mengeluh berat sebaik saja Azib cuba menyentuh lututnya. Tentu saja lelaki itu sedang mengutuknya di dalam hati. Mood Eryna semakin terganggu.

"Dah, dah jom," Haziq mengajak semuanya untuk segera beredar.

"I'll bring your bag," Azib ingin segera mencapai beg galas Eryna yang berada di hujung kakinya. Namun segera Eryna mengelak.

"No it's okay, saya boleh,"

"Lutut kau sakit tu. Biar lah aku bawak,"

"Tak pe, Bika,"

"Bagi aku bawak, Eryna,"

"Tak payah, saya okay,"

"Eryna, bagi je lah aku,"

"Saya cakap tak payah, tak payah lah!"

"Eryna!" Daniel memarahi Eryna yang tiba-tiba saja meninggikan suara pada rakannya itu. Azib tergamam. Haziq terdiam. Semuanya membeku. Baru kali ni gadis itu memberanikan diri bersikap sebegitu dengan mereka. Biasanya gadis itu sentiasa bersikap lembut kepada mereka. Eryna menoleh ke arah Daniel yang berdiri betul-betul di sebelahnya. Jelas sekali lelaki itu menayang riak amarahnya pada Eryna.

"Kenapa? Awak tak suka? Awak tak suka saya tengking kawan awak? Then, just cakap awak tak suka saya. Tak payah nak hina saya," Eryna merampas beg galasnya dari tangan Azib dia lantas meninggalkan mereka seperti mana dia meninggalkan Daniel tadi.

Mereka hanya melepaskan Eryna. Keenam-enam pasang mata itu kemudian beralih kepada Daniel.

"Kau cakap apa dekat dia?" soal Azib.

"Mana ada cakap apa,"

"Dah tu, kenapa tu?" soal Rayyan pula.

"Tak tahu,"

"Dengan perempuan pun nak gaduh ke Den?" giliran Haziq pula.

"Tak adalah teruk sangat aku cakap tadi,"

Semuanya mengeluh mendengar pengakuan Daniel. Mereka cukup kenal dengan Daniel. Ada saja yang dia tidak puas hati. Daniel memang sukar bermesra dengan orang lain semenjak dia mula bergabung dengan ahli MBM dua tahun lepas. Daniel merupakan ahli terbaru. Semuanya berkat Haziq. Mungkin disebabkan itu, kepercayaannya benar-benar ditaruh pada rakan-rakan sepasukannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience