Rate

Bab 3

Horror & Thriller Series 2805

"Assalammualaikum, perhatian kepada semua pelajar tingkatan 4, anda diminta berkumpul di dewan selepas waktu rehat."

"Ni mesti ade ceramah."

"Eh ye kot sebab tadi Anas cakap kita ada program dengan siapa ntah." kata Ziem

"Weh korang nak rehat tak nanti? Aku malas nak rehat sebab aku still kenyang dengan soto Mak Dee." ujar yusa sambil mengusap perut.

"Aku pun kenyang lagi."

"Aku p...."

"Senang cerita semua tak payah rehat." Qien memotong percakapan Fin sambil tersenyum kemenangan.

"Hish kau ni aku tak habis cakap lagi."

"Whateverlah Shafina Zaharah a.k.a fina" Qien menayang muka mengejek kepada Fin menyebabkan Fin menahan geram dan

"Nur Sakinah! Geramnya aku dengan budak senget ni." ujar Fin sambil menyising lengan baju. "Sini kau aku nak piat sikit." kejar Fin.

"Buuu!! Tak boleh nak piat. Wek wek."

"Once again." keluh Yusa,Ziem dan Masyi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Weh lama gila budak rehat. Ni dah habis waktu rehat ni. Kenapa diorang tak masuk-masuk lagi ,hah?" tanya Yusa.

"Entahlah. Tapi cuba korang senyap kejap. Asal bunyi riuh rendah je kat luar? Aku pergi jenguk jap."

Ziem membuka pintu dewan untuk melihat keadaan diluar yang terlalu riuh rendah seperti ada artis hollywood yang datang. Tapi ianya adalah satu anggapan sahaja kerana kenyataannya keadaan diluar seperti diserang pengganas. Kelihatan ramai orang berlari dan menjerit. Namun, dari kejauhan kelihatan beberapa orang pelajar dalam keadaan yang seperti...

"Zombie!!! Gais tutup pintu dan tingkap sekarang. Ada zombie dekat luar, aku tak tipu, sumpah!" arah Ziem dalam keadaan cemas.

"Oh gosh! This is such a movie! Argh!!"

Mereka berlima bergegas menutup tingkap dan pintu serta ruang yang membolehkan zombie untuk masuk. Penat berlari dan berkejar itu sudah biasa bagi mereka kerana selalu berlatih untuk menghadapi keadaan ini. Kerana mereka sudahpun menjangka perkara ini akan berlaku.

"Done! Semua tempat yang terbuka dah tutup. So, what next?" tanya Fin

"Hmm, nasib baik Prof. Azhar dah bagitahu kita supaya berjaga-jaga kalau tak naya kita. Haih harini jugalah zombie nak menyerang. Aku baru nak layan cerita kpop balik nanti." keluh Masyi.

"Banyaklah kau kpop. Dah dah sekarang ni macam mana kita nak keluar dari dewan ni."

"Beep beep" bunyi tersebut menandakan Prof.Azhar menghubungi mereka melalui jam yang direka oleh Prof.Azhar untuk mereka. Mereka menjawab panggilan tersebut dengan segera.

"Hello Prof keadaan yang Prof jangka dah pun berlaku. Kami semua selamat tapi macam mana kami nak keluar untuk balik ke markas?"

"Hahaha. Kamu duduklah situ Azimah." gelak Prof.Azhar.

"Prof!!" Marah mereka.

"Eh tak tak saya gurau je. Saya dah tahu pasal tu. Saya dah sediakan untuk korang dekat belakang asrama korang. Saya sengaja letak disitu sebagai langkah berjaga-jaga. Sekarang pandai pandailah kamu semua keluar dari dewan tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience