Rate

Bab 2

Horror & Thriller Series 2805

"Bangun! Assalamualaikum Cikgu Rozeta." laung afiq selaku ketua kelas diikuti pelajar kelas 4 Abdul Qayyum.

"Wa'alaikummussalam. Duduk. Afiq, ambil kertas ni, edarkan pada kawan-kawan awak. Okey, salin karangan tu. Cikgu kena tinggalkan awak kerana cikgu ada program bersama pelajar tingkatan 3. Jangan bising yer. Bye bye" ujar Cikgu Rozeta merangkap guru Bahasa Melayu mereka.

"Again karangan" ujar Yusa

"Tahulah favorite kau" jeling Ziem

"Hehehehe"

Fin,Yusa,Ziem dan Qien berpandangan antara satu sama lain apabila melihat Masyi termenung sejak balik dari tandas.

"Weh apehal masyi tu termenung aje" Qienn menyenggong Fin.

"Manalah aku tahu, Masyi.." panggil Fin sambil melayang tangan di hadapan muka Masyi tapi tiada respon.

"Aduhlah budak ni" Qienn mengaru keningnya. "Tak boleh jadi budak ni, Kena guna cara kasar nampaknya. Woii!!" sergah Qienn sambil menepuk kuat meja Masyi.

"Oh mak gempa bumi" terpelanting pen yang dipegang masyi akibat terkejut dengan sergahan Qienn.

"Oit, buat kerjalah" Anas melempar pen lalu terkena kepala Yusa.

"Sakitlah Anas. Bukan aku buat bising. Diorang ni yang bising." Yusa menggosok kepalanya yang sakit akibat terkena oen yang dilempar oleh Anas.

"Apa-apalah."

"Masyi, kau ni dah kenapa macam kena sampuk je termenung sorang sorang." Tanya Fin prihatin.

"Ish mulut kau, aku cili cilikan baru tau. Taklah tadi masa aku pergi toilet, aku nampak sorang budak. Pucat gila muka dia dengan badan mengigil pulak. Takut aku." cerita Masyi

"Dahtu kau tanya tak dia sihat ke tak?" soal
Yusa.

"Aku tak tanyalah sebab aku tak tahan sangat nak masuk tandas tapi aku ingat nak tanya dia selepas keluar dari tandas tapi dia dah hilang." Keluh Masyi

"Something smell fishy." ujar Fin.

"Hish abaikan jelah. Dah dah buat kerja tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience