Shira melajukan keretanya. Sepanjang perjalanan pulang dari tempat kerjanya, dia tidak berhenti mengeluarkan segala makian dan cacian terhadap bosnya yang telah membuat Shira terpaksa pulang lewat malam.
Jam di pergelangan tangannya telah menunjukkan angka 10, dan Shira masih belum tiba di rumah. Dan lebih malangnya, telefon bimbitnya sudah tidak menyala sejak jam 8 malam tadi. Shira tidak sempat untuk menelefon ayahnya dan memberitahu dirinya terpaksa pulang lewat kerana bosnya yang gila itu memaksanya menyiapkan kertas kerjanya yang perlu diperbaiki semula.
Harus siap pada malam itu juga dengan ancaman bahawa bosnya sendiri yang menemaninya menyiapkan kerjanya hingga selesai! Dasar bos gila!
Shila semakin gelisah apabila langit yang sudah gelap sedari tadi tiba-tiba menumpahkan hujannya. Hujan renyai-renyai itu membuat pandangan Shira menjadi agak terbatas. Dia tidak boleh mempercepatkan kelajuan keretanya kerana tidak mahu mengambil risiko dengan keadaan jalan yang semakin basah dan licin. Lengkap sudah penderitaan Shila!
Shira pasrah sekiranya setibanya dia di rumah nanti, kemarahan ayahnya yang akan menyambutnya. Ayahnya sangat pantang dan tidak mahu berkompromi sekiranya anak gadisnya pulang lewat malam tanpa sebab dan tidak memberitahunya terlebih dahulu.
Setelah 15 minit mengharungi jalanan yang basah disebabkan hujan renyai-renyai yang turun membasahi bumi-Nya, Shira akhirnya memasuki selekoh yang menuju ke taman perumahannya. Shira menoleh ke kiri, memandang masjid yang berada di kawasan perumahan tersebut.
Mengingat dirinya belum mengerjakan kewajibannya yang terakhir pada hari itu membuat Shira ingin segera sampai ke rumahnya yang berjarak tinggal lebih kurang 5 minit dari masjid itu.
Tetapi, bertentangan dengan hatinya yang ingin segera sampai ke rumah dan mengerjakan solat Isyak lalu merebahkan diri di katilnya yang empuk kerana badannya yang terlalu lelah digunakan seharian, kaki Shira melakukan hal yang sebaliknya dengan menginjak pedal brek secara mengejut.
Shira kembali menoleh ke kirinya, menyipitkan mata untuk melihat dengan lebih teliti kelibat yang samar-samar dilihat di kawasan masjid itu. Walaupun gerimis yang turun masih agak lebat, Shira memastikan dirinya memang tidak salah melihat kelibat seorang lelaki di perkarangan masjid itu. Lelaki yang berhoodie itu membawa sesuatu yang agak besar bersamanya. Shira menyimpulkan bahawa lelaki itu membawa sebuah bakul.
Gerak-gerinya yang mencurigakan menarik perhatian Shira untuk terus memperhatikannya. Untung saja tiada kenderaan lain yang lalu di jalan ini kerana mungkin semua penghuni di sini sudah tidur atau memang tidak dapat keluar disebabkan hujan yang turun pada malam itu. shira tidak perlu mengalihkan keretanya yang berhenti tepat di tengah-tengah jalan.
Tanggapan Shira bahawa lelaki itu ingin melakukan perkara terkutuk seperti mencuri wang di dalam tabung masjid lenyap seketika apabila melihat perbuatan lelaki itu. Shira mengerutkan dahinya seraya membesarkan bola matanya apabila mendapati lelaki yang Shira anggarkan berketinggian lebih kurang 5 kaki 8 inci itu meletakkan bakul yang dibawa bersamanya di hadapan pintu masuk masjid tersebut.
Gerak geri lelaki itu tidak lepas daripada penglihatan Shira. Lelaki tersebut seperti sedang menyapa dan memastikan sesuatu yang berada di dalam bakul itu terletak dengan baik.
Apa dalam bakul tu? Kenapa letak depan pintu masjid? Terlalu banyak persoalan yang muncul di benak Shira.
Shira yang terlalu lelah dan fikirannya yang bercelaru mengerdipkan mata. Memerhatikan sekali lagi segala pergerakan lelaki itu dan menggunakan sisa-sisa sel otaknya yang masih berhubung, Shira melebarkan bola matanya apabila suatu fikiran menerpa benaknya dan menyimpulkan sesuatu.
Tak kan lah…
Share this novel