Bab 2

Drama Series 4925

“Pukul 11 baru balik? Tak bagitahu, call tak angkat. Balik masuk macam pencuri”

Shira menelan ludahnya. Tak. Ayahnya bukan ayah yang kejam macam Firaun. Shira tahu tu. Tapi Shira juga tahu ayahnya tak akan berkompromi dengan anak gadisnya yang pulang lewat malam tanpa sebab jelas! Dan dialah satu-satunya anak gadis kepada lelaki berusia separuh abad itu.

“A-Ayah…” lirih Shira sambil melihat ayahnya yang berdiri di tangga menuju ke tingkat atas.

“Dari mana Fashira Hanani? Telefon beribu-ribu tu gunanya untuk apa? Sebarkan benda-benda tak berfaedah? Kongsi benda yang dirasa betul padahal hakikatnya lari dari fakta? Berlumba jadi yang paling tahu dan orang pertama post benda viral? Ke untuk komen hidup orang lain? Itu ke Fashira?” Zaidi berpeluk tubuh memandang tajam ke arah anaknya.

“Ayah, Shira bukan orang macam tu la. Telefon Shira mati, bateri habis” jawab Shira membela diri.

Zaidi mendengus. “Apa yang kamu bawa tu?” tanya Zaidi hairan dengan bungkusan yang berada dalam dekapan Shira.

Shira membeku. Tak dapat menjawab persoalan ayahnya.

“Fashira Hanani! Ayah tanya apa yang kamu bawa tu?” suara Zaidi meninggi.

“B-baby Ayah” bergetar Shira menjawab. Lemah lutut Shira. Tangannya sejuk. Tapi dia sudah menguatkan hatinya, ini adalah konsekuensi yang perlu dia hadapi apabila membawa mahkluk kecil itu bersamanya.

“BABY? ANAK SIAPA KAMU BAWA BALIK NI SHIRA?” suara Zaidi bergema dalam rumah dua tingkat itu. Hujan lebat yang turun di luar sedikit pun tidak menghalang suara ayah Shira yang kuat itu.

“Apa bising-bising ni? Kacau orang tidur la.” Suara perempuan di belakang Zaidi itu menarik perhatian Shira.

“Hai, dah balik dah Shira? Kenapa balik lewat sangat ni? Risau mama!” suara perempuan itu terdengar menegur Shira.

Panas telinga Shira mendengar suara itu. Dia benci suara itu. Mama? Meluat Shira dengar! Dan lagi satu? Risau? Kalau Shira tak balik terus pun, lagi bahagia agaknya perempuan tu.

Shira menjeling mama tirinya tajam.

“AKU TANYA TU ANAK SIAPA SHIRA?” Tersentak Shira mendengar bentakan ayahnya.

“Sh- Shira tak tahu. Shira jumpa dekat masjid”
“Shira? Shira tak buat benda bukan-bukan kan dekat luar sana? Sampai balik lewat malam?” suara lembut yang seakan memujuk itu justeru umpama lava panas yang dituang ke telinga Shira. Itu tuduhan!

“Apa maksud mak cik? Mak cik nak tuduh Shira buat benda tak senonoh sampai bawa balik anak?” mata Shira yang sudah berkaca menatap mama tirinya tajam.

“Mama tak cakap macam tu Shira. Tapi anak siapa Shira bawa balik ni? Takkan lah Shira tak tahu asal usul dia?”

“Betul apa yang mama cakap, Shira?” Zaidi kembali bersuara.

Shira diam tidak menjawab. Hatinya panas mendengar kata-kata yang lebih kepada tuduhan itu di telinganya. Dan yang lebih mengejutkan, ayahnya hampir percaya.

Keterdiaman Shira membuat amarah Zaidi semakin memuncak dan berfikiran bahawa itu merupakan sebuah pembenaran daripada kata-kata isterinya.

“AKU TAK AJAR KAU JADI MACAM NI SHIRA. SELAMA NI KAU BALIK LEWAT MALAM KAU CAKAP BOS KAU SURUH KAU KERJA. TAPI SEKARANG KAU BALIK BAWAK ANAK ENTAH SIAPA?” bentak Zaidi lagi.

“Abang.. sabar abang” terdengar suara ular itu cuba menenangkan.

“Ayah! Shira tahu selama ni Shira bukan anak yang baik. Selalu balik lambat, tak dengar cakap ayah. Tapi Shira berani sumpah Shira tak buat benda-benda tak senonoh kat luar sana! Shira kerja ayah!” balas Shira cuba mempertahankan diri. Air matanya sudah meluncur kerana dia merasa disudutkan. Ayahnya tidak mahu mendengarkannya. Mama tirinya? Mungkin sekarang dalam hatinya sedang bersorak kegembiraan melihat pergaduhan ni.

Bayi dalam dekapan Shira menggeliat. Terganggu dengan air mata Shira yang menitis di atas pipinya serta suara-suara manusia yang sedang bertegang urat di sekitarnya.

“Shira, Shira mengaku aje kalau Shira ada buat apa-apa belakang ayah dengan mama. Mama tak marah, nak” suara lembut itu kembali menyapa gegendang telinga Shira.

Drama! Siapa anak kau? Memang kau tak marah sebab kau tak peduli! Kau makin suka kalau betul benda tu jadi! Maki Shira dalam hati. Dia benci! Benci perempuan yang di depan ayahnya bagaikan malaikat penyelamat, tetapi kenyataannya iblis bermuka-muka!

“Mak cik diam! Mak cik tak ada hak nak cakap apa-apa!” bentak Shira. Dia tidak mahu munafik dengan memendam amarahnya.

“SHIRA! JANGAN KURANG AJAR!”
Bahu Shira terhenjut kerana terkejut. Dia memandang ayahnya.

“Ayah, dengar Shira dulu ayah! Shira betul-betul tak tahu ni anak siapa. Ada lelaki yang letak dia dekat masjid. Shira tak sanggup nak tinggal dia ayah” jelas Shira. Berharap ayahnya akan mendengarkannya kerana Shira tahu ayahnya tidak sekejam itu.

Zaidi memijit pangkal hidungnya. Belum sempat dia menjawab suara isterinya kembali bergema.

“Abang, mungkin Shira betul. Walaupun kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya. Tapi, apa pun kita tak boleh bagi anak tu tinggal dekat sini. Nanti apa pula orang cakap? Shira belum nikah dah ada anak?”

Shira mengerutkan dahinya. Cuba mencerna makna daripada kata-kata perempuan yang dinikahi ayahnya hampir setahun yang lalu. Shira tahu isteri ayahnya itu tak berniat langsung untuk membelanya. Meski kata-katanya terdengar seolah-olah membela Shira, tapi Shira tahu ada maksud di sebalik kata-katanya.

“Shira kena bawak baby tu pergi dari sini, kalau Shira nak bela budak tu”

“Apa mak cik cakap ni? Mak cik nak suruh Shira pergi? Mak cik halau Shira?”

Amarah Shira sudah sampai di kemuncak. Ingin rasanya dia mencakar-cakar wajah topeng manusia yang dipakai oleh iblis itu.

“Mama tak halau Shira. Tapi kalau Shira nak bela budak tu, Shira tak boleh duduk sini. Apa kata orang nanti, nak? Kesian dekat ayah.”

Sudah! Shira tak sanggup lagi mendengar suara lembut yang seakan malaikat yang cuba menyelematkan keadaan tetapi hakikatnya cuba menjebak Shira.

“KAU, YANG SEPATUTNYA KELUAR DARI SINI TU KAU! BUKAN AKU! DARI DULU LAGI KAU YANG SEPATUTNYA KELUAR DARI RUMAH NI!” pekik Shira murka. Jari telunjuknya dihalakan ke muka mama tirinya.

“SHIRA!” seketika Shira rasa pipinya panas. Entah sejak bila ayahnya melangkah ke hadapannya dan memberikan sebuah tamparan di pipinya. Shira tidak tahu. Shira tidak mahu tahu. Shira tidak mahu menerima kenyataan ayahnya baru sahaja menampar pipinya.

Ayah yang selama ni menyayanginya. Semarah apa pun ayahnya selama 24 tahun Shira hidup, ayahnya tidak pernah naik tangan dengan anak-anaknya. Abang Shira yang selalu nakal semasa zaman remajanya pun tidak pernah mendapat pukulan dari ayah mereka. Shira terkedu. Masih tidak dapat menerima hakikat bahawa tangan ayahnya telah hinggap di pipinya. Ayah jahat!

Mama tirinya nampak turut terkejut dengan tindakan suaminya. Mungkin dia tidak menyangka suaminya akan bertindak sejauh itu.

“Ayah…” Shira memandang ayahnya, air matanya sudah meluncur laju tidak dapat dihentikan.

Zaidi memalingkan muka. “Pergi Shira. Pergi. Bawa budak ni. Keluar dari rumah ni” ujar Zaidi lirih. Seolah tersedar telah melakukan kesalahan besar dalam hidupnya.

“Ayah... Ayah halau Shira?”

“Ayah tak halau Shira, tapi mama kamu betul. Pergilah, Shira. Jangan balik selagi kamu tak bawa ayah kepada budak ni. Pergi” Zaidi melangkahkan kakinya menaiki tangga setelah mengucapkan kata-kata yang menyakiti hatinya sendiri.

“Shira…” perempuan itu berjalan menghampiri Shira tapi dengan cepat Shira menepis tangan yang hendak menyentuh bahunya itu.

Shira boleh nampak senyuman sinis yang terbit di bibir perempuan yang menggelarkan dirinya sebagai mama kepada Shira.

“Jangan sentuh aku. Puas hati kau sekarang?” desis Shira tajam.

“Kau tunggu apa lagi, Shira? Dah dengar kan bapak kau cakap apa? Masih ada muka nak tinggal dekat sini?” ujar mama tiri Shira dengan seringaiannya.

“Baguslah, tak payah aku tengok muka munafik kau lagi lepas ni” ujar Shira sebelum beredar dari hadapan perempuan yang paling dibenci. Sekurang-kurangnya dia puas sebelum benar-benar pergi dari rumah itu.

*

Membawa kakinya melangkah keluar dari rumah yang telah menjadi tempat pulangnya selama 24 tahun hidup, Shira tidak dapat menahan air matanya. Hancur hatinya mengingat ayahnya sendiri yang telah menghalaunya di hadapan mama tirinya. Shira benci kenyataan ayahnya menghalaunya di depan perempuan itu! Shira benci!

Serentak dengan langkah kaki Shira keluar dari rumah itu, bayi di dalam dekapannya tiba-tiba menangis, lebih kepada merengek seolah-seolah turut bersedih dengan nasib yang menimpa Shira. Shira segera menenangkan bayi itu dan segera meletakkan semula bayi itu ke dalam keretanya.

Air mata yang meluncur laju segera Shira seka. Dia perlu memikirkan juga nasib bayi yang dibawanya. Nak menyesal pun tiada guna! Shira tidak boleh berpatah balik dari keputusan yang diambilnya dengan meletakkan semula bayi tersebut di masjid. Tak! Shira tak akan buat macam tu!

Enjin kereta dihidupkan dan kereta Shira meluncur laju di jalanan yang basah. Hujan masih lagi renyai-renyai dan jam di pergelangan tangannya menunjukkan angka 11.30 malam.

Tangisan bayi di sebelahnya sudah mereda. Entahlah, Shira dapat merasakan yang bayi ini sangat memahami situasinya sekarang. Menambah kelajuan keretnya, Shira ingin segera sampai ke destinasinya.

Saat ini, hanya satu tempat yang boleh Shira tuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience