Bab 31

Romance Completed 1281374

Mata mereka berpandangan, sangat dekat.
Jejaka itu mengalihkan badannya mengadap Nurlisa, dia seperti sangat terkejut. Suasana itu dapat di tangkap oleh gadis di sebelahnya.
“Kenapa Arman, you kenal ke?,” pertanyaan itu di jawab sepi oleh Syed Arman. Suasana di antara dua meja itu sangat tegang tapi tenang. Nurlisa menyambung makannya dengan mengaktifkan mood diam, dia tidak bercakap dan tidak juga memandang sesiapa, dia meneruskan menghabiskan makanan di pinggannya.
Hatinya gelisah, seperti ingin meletup. Dia tahu Syed Arman memandangnya tidak berkelip. Dia cuba untuk bertenang, kerana dia tidak pernah ada ikatan dengan Syed Arman di dunia kini, cuma di dunia dahulu Syed Arman adalah suami, itu pun perlu di periksa kesahihan hubungan mereka.
Nurlisa cuba mengerakkan kakinya, kerana Nurlisa berkira kira untuk bangun dan keluar daripada restautant itu. Dia memandang Haiqal meminta simpati, supaya Haiqal bercakap sesuatu dengannya, supaya suasana tidak setegang ini.
Dia masih tidak mendengar suara daripada Syed Arman membalas pertanyaan gadis itu.
Syed Arman masih diam, tidak bersuara.
Didalam suasana sepi itu, terdengar satu lagi suara yang membuatkan suasana sedikit longgar.
“Abang, sorry adik lambat, tadi adik gi office dulu ambil document, sebab lawyer adik ada hal pulak, eh…Kinah pun ada. Mana you jumpa abang?,” suara itu sedikit kesat tapi manja
“Abang, adik cakap ni,” suara itu seperti mendesak Syed Arman untuk menjawab.
Nurlisa masih menumpukan kepada makanan di hadapannya. Sekali sekala dia menghirup air di depannya.
“I sampai rumah tadi, nampak Arman nak keluar, and I ikut la, nanti boleh balik sama nak jumpa umi, nak discuss pasal pertunangan kami. Umi suruh datang,” perkataan pertunangan itu meresap terus ke jiwa Nurlisa.

Jiwa Nurlisa kembali berontakan, Nurlisa merasakan seperti ingin menjerit, peluhnya sudah meremas keluar. Dia seperti ingin pengsan.
‘Ya Allah, Kau Maha Merancang semua, tolong aku Ya Allah, aku cuma ingin hidup gembira, Kau ambik lah semua derita aku Ya Allah, Aku sangat sengsara Ya Allah, aku dalam kesakitan Ya Allah tolong aku Ya Allah Ya Rahman’
Doa Nurlisa itu hanya bergema di dalam fikirannya. Dia harus kuat, dia tidak akan menangis, dia tidak akan pengsan.
Dia teringat pesanan kaklong dan Dr. nya. Dia harus menarik nafas, tukar ingatan kepada Eiman, ingat bagaimana Eiman membesar, Eiman yang nakal, Eiman yang teruja dengan dunia, lepas tu hembus nafas perlahan lahan dan buka mata. Jangan pejam mata.
Nurlisa membuka matanya, dia melihat Haiqal memandangnya tepat dengan kening berkerut. Dia tahu muka Haiqal penuh dengan kerisauan.
“Lisa, kasi abang tangan, abang nak rasa nadi Lisa. Dahi Lisa dah berpeluh ni, Lisa ada sakit kat mana mana tak?,” sebelum sempat Nurlisa menghulurkan tangan, Haiqal mengambil tangan Nurlisa dan mula meletakkan jarinya dia nadi Nurlisa. Haiqal begitu concentrate dengan perkiraan nadi itu.
Wajah Haiqal tidak gembira dengan kiraan nadi dan mula bangun dari duduknya. Dia memanggil waitress untuk membayar makanan mereka dan dia berkira untuk membawa Nurlisa ke klinik.
Suara Syed Arman masih tidak kedengaran, cuma kedengaran waitress restaurant itu mengambil pesanan mereka. Kedengaran dengan jelas, gadis yang membahasakan dirinya adik itu membuat pesanan untuk abangnya.
Nurlisa sudah tidak kisah, apa lagi yang dia harapkan daripada orang kaya seperti Syed Arman.
Nothing
Dan akhirnya suara itu muncul.
“Adik, abang keluar kejap, dalam masa sejam abang balik sini,”
“Sofea, I bawakkan you balik, you nampak lemah sangat ni,” Nurlisa merasa tangan Syed Arman memegang tanganya, kemas dan sedikit kasar. Nurlisa tahu kemasan pegangan itu sebab dia sudah mulai cemburu dengan Haiqal.
Nurlisa masih mengeraskan badannya dan Haiqal seperti terkejut dengan tindakan Syed Arman.
Nurlisa tidak menjawab kata kata Syed Arman, malah cuba menarik lembut tangannya daripada pegangan Syed Arman. Tapi Syed Arman tidak melepaskan. Nurlisa pasti perlakuan mereka mendapat perhatian dua gadis yang bersama Syed Arman tadi.
“Abang, jom..Lisa pinjam lengan abang boleh?,” Nurlisa cuba bergerak dan menarik kembali tangannya, Syed Arman melepaskan dengan berat. Nurlisa bersyukur, kerana dia tidak mahu mencari pasal dengan tunangan orang.
Haiqal menghulurkan lengannya dan Lisa meletakkan tangannya di lengan itu. Kulit mereka tidak bersentuhan kerana Haiqal memakai kemeja berlengan panjang.
“Lisa ok tak? Abang dukung ke kereta, atau Lisa tunggu sini, abang pergi cari wheelchair. Mesti ada kat counter depan ni,” Suara Haiqal yang penuh tanggungajawab itu melegakan Nurlisa.
“It’s ok abang, Lisa boleh jalan. Lisa ok ni, kepala Lisa pening sikit jer,” Syed Arman mendengar suara itu sangat lemah. Jiwanya meronta untuk mendukung Nurlisa dan membawa pulang ke kondo, tapi dia harus menjaga hati Sakinah. Dia tidak mahu Sakinah memberitahu uminya sebelum dia menceritakan semua kepada uminya.
Kelibat mereka berdua hilang daripada pandangan Syed Arman. Syed Arman sangat gelisah, dia tidak tahu siapa jejaka yang keluar dengan Nurlisa. Kesakitan Nurlisa sudah jatuh no 2, yang dia risaukan lelaki itu akan mengambil kesempatan ke atas Nurlisa.
“Adik, kita sign kat rumah boleh? abang need to go somewhere. Sorry Kinah, I ada hal sikit, nanti I call you,” Tanpa mendengar jawapan mereka, Syed Arman terus berlalu.
Dia risaukan Nurlisa
Dia menyesal kerana membiarkan Sakinah memegang lengannya, melentok kepalanya. Dia tahu Nurlisa akan salah sangka dangan dirinya. Nurlisa jadi begitu kerana Nurlisa keliru dengannya, dia pasti Nurlisa sangat terluka.
Syed Arman meraup wajahnya kasar, dia sendiri terluka melihat lelaki lain yang membawa Nurlisa ketika Nurlisa sakit.
Dia sangat terluka.
Syed Arman berjalan pantas, dia harus menuju ke kondo Nurlisa, dia harus sampai dulu daripada mereka, supaya lelaki itu tidak mengambil kesempatan kepada Nurlisa.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nurlisa sampai ke kereta Haiqap setelah berjalan hampir 10 minit. Nurlisa berjalan sangat perlahan kerana dia bimbang tentang dirinya. Haiqal sangat prihatin dengan keadaan dirinya.
“Abang, Lisa nak buat panggilan kejap, abang tunggu ya,” Haiqal menganguk kepalanya sambil mendudukkan Nurlisa di kerusi depan di keretanya. Banyak persoalan di dalam benak Haiqal, tapi dia diamkan sahaja, dia perlu pastikan Nurlisa stabil jiwa dahulu.
“Assalamualaikum Uncle, Lisa ni, Uncle apa khabar?,”
“Uncle ada kat mane? JB atau KL?”
“Lisa nak jumpa Uncle boleh, Lisa sakit lagi, Lisa nak ubat, ubat Lisa dah habis,”
“Lisa ok ni, sampai nanti Lisa cerita kat Uncle. Kalau Lisa datang sekarang boleh”
“Tak kacau family Uncle ke?”
“Baiklah kalau gitu, I’m on my way, Uncle tunggu ya…”
Nurlisa menamatkan panggilannya bersama Dr yang di panggil Uncle itu. Kelihatan sinar di matanya.
“Abang, Lisa susahkan abang lagi, boleh?,” Haiqal mendengar suara itu masih seperti dulu, minta izin sebelum meminta berbuat sesuatu.
Haiqal mengangguk laju dengan senyuman yang sangat ikhlas
“Lisa share location thru whatapp ni, Abang teman kan Lisa ya, rumah Dr kat Templer Park Resort, dalam 30 mins kita boleh sampai, Lisa nak off phone Lisa,” Haiqal seperti fahami sesuatu, dia tidak mahu di ganggu oleh jejaka dari restaurant tadi.
“Abang, Lisa minta maaf sebab susahkan abang. Patutnya kita enjoy our meal tadi, but something happened pulak. Lisa tak sangka akan jadi gini. Abang jangan serik datang melawat Lisa, Lisa happy kalau ada abang. Lisa rasa macam kita ada kat kampung,” suara itu kedengaran apabila kereta Haiqal mula bergerak meninggal Damasara itu.
Haiqal tidak menyahut percakapan Nurlisa, dia cuma mendengar, kerana Nurlisa yang dia kenali, akan explain sesuatu kesalahannya sehingga orang lain faham.
“Lisa akan cerita semua kat abang apa yang terjadi sepanjang 5 tahun Lisa menghilang. Tapi bukan sekarang. Lisa harap abang faham. Semua yang terjadi tadi Lisa harap abang simpan sendiri, kalau boleh Lisa tak nak orang lain salah faham,” suara itu berat dan penuh sebak.
“Lisa nak tidur boleh tak abang? Lisa rasa penat sangat, dah sampai nanti abang kejutkan Lisa…,” suara itu sudah penuh dengan airmata. Haiqal terkesima, tidak tahu bagaimana dia harus meredakan kesedihan Nurlisa. Hujung pangkal cerita dia dia tidak tahu, bagaimana lagi untuk membuat Nurlisa sedikit lega
“Lisa tidurlah, sampai nanti abang kejutkan. Abang nak Lisa tahu Abang sanggup buat apa sahaja untuk buat Lisa happy, asalkan Lisa jangan pergi jauh lagi,” Itu sahaja perkataan yang terlintas di fikiran Haiqal dan dia maksudkan kata katanya.
Nurlisa tersenyum mendengar ayat pujukan daripada Haiqal, dia tahu Haiqal maksudkan kata katanya.
“Lisa pinjam jaket abang ya, Lisa tak tutup muka Lisa. Lisa malu abang tengok Lisa nangis,” kata kata manja itu seperti semasa mereka bermain bersama di kampung. Nurlisa akan menangis jauh dari orang lain kalaupun dia sedih atau dalam kesakitan
“ok Tuan Puteri, let’s go…..,” dan Haiqal menumpukan sepenuh perhatian dengan jalan raya, yang tidak akan pernah surut kereta.
Perjalanan mereka mengambil masa 45 minit daripada Damansara. Apabila sampai di guard house, Pak Guard berbangsa melayu itu bertanya adakah kereta ini milik Nurlisa Sofea.
“Saya menerima panggilan daripada rumah Dr, sekiranya ada kereta Cik Nurlisa Sofea, izinkan masuk dan saya sertakan address rumah,” katanya seraya menghulurkan kertas kepada Haiqal.
Haiqal masih tidak membangunkan Nurlisa yang masih sepi di bawah jaket Haiqal. Sesampai di rumah banglo ala resort tu, Haiqal memberhentikan kereta di laman yang tiada pagar itu.
“Assalamualaikum….saya Dr Malik,” muncul seseorag daripada pintu resort sambil menghulurkan tangan kepada Haiqal. Haiqal bingkas keluar daripada kereta dan menyambut salam lelaki separuh usia itu. Rambutnya sudah putih, tapi wajahnya tiada kedut, berkulit putih dan masih tegap orangnya.
“Saya Haiqal, kawan Lisa. Lisa tertidur Dr, sepanjang jalan tadi dia tidur, nanti saya kejutkan,” jawab Haiqal sambil menapak ke arah pintu penumpang.
“Tak per Haiqal, saya kejutkan Lisa,” Dr Malik membuka pintu kereta penumpang dan cuba membangunkan Nurlisa. Mengikut perkiraan Dr Malik, selama dia berada bersama Nurlisa, Nurlisa tidak mungkin tidur. Dia Cuma pisahkan dirinya daripada dunia luar. Dia cuba menenangkan dirinya.
Dengan sekali cuitan, Nurlisa bangun dan terus memeluk Dr Malik. Tangisan sangat kuat dan sedunya jelas kedengaran. Haiqal terkejut dengan tindakan spontan Nurlisa.
“Uncle, Lisa sakit sangat, Lisa rasa macam nak mati, dada Lisa sakit, kepala Lisa sakit, Lisa penat, Lisa tak nak dah makan ubat, Lisa tak nak jadi gini,” suara itu kedengaran sangat sayu. Haiqal juga hampir menitis air mata.
Dr Malik memeluk Lisa kemas, sambil membaca sesuatu dan meniup di ubun ubunnya. Mata Dr Malik juga berkaca, dia tahu derita Nurlisa bukan sedikit.
Nurlisa memberatkan badannya, hampir jatuh dari pelukan Dr Malik. Dr Malik mengemaskan pelukannya dan memandang Haiqal sambil memberi isyarat kepada Haiqal untuk menghulurkan bantuan.
“Haiqal, ketuk pintu dan call for help, or Haiqal boleh dukung Lisa ke dalam?,” suara Dr Malik kedengaran cemas. Nurlisa masih diam tidak bergerak.
“saya boleh Dr, let me help,” Haiqal mencapai badan Nurlisa dan terus meletakkan tangannya di bawah untuk mengambung badan Nurlisa. Dengan badan yang sedikit sasa, tidak ada masalah untuk Haiqal mendukung Nurlisa.
Dr Malik melepaskan Haiqal dan berlari membuka pintu. Dia sedikit cemas kerana mungkin sudah lama tidak melihat kesakitan Nurlisa.
“Haiqal bawak terus ke guest room, Uncle panggil Aunty and anak Uncle,” kaki Dr Malik laju melangkah ke bilik tamu di rumah besar itu.
Haiqal meletakkan Nurlisa di katil bilik itu. Nurlisa masih diam tidak berketip, dahinya sudah basah berpeluh. Dia kelihatan sangat lemah
“Kenapa dengan Lisa Uncle, something serius?,” Haiqal mulai bmbang. Allah sahaja yang ytahu gelodak hatinya.

“Haiqal jangan bimbang, Uncle dah biasa dgn sakit Lisa, insyallah,” Dr Malik menjawab pertanyaan Haiqal
“Mama…… Dee…Lisa is here, she not in good condition. Hurry up…” jeritan Dr Malik mengejut satu rumah.
“Dee, ambikkan papa towel dengan ais..now!!,” arahan itu juga kedengaran sangat kuat dia telinga Haiqal. Air mata Dr Malik berkaca. Naluri ayah kelihatan sangat ketara di wajahnya.
Haiqal hanya diam di sudut bilik, dia melihat Dr Malik memeriksa Nurlisa, Pantas dan tangkas. Dia kelihatan cuba bercakap dengan Nurlisa, lembut sekali Bahasa.
“Lisa, Uncle tahu Lisa dengar apa yang Uncle cakap, cuma Lisa tak nak berada di dalam dunia bersama Uncle. Lisa tak perlu pulang dunia ni, cuma Uncle nak beritahu yang Uncle happy Lisa ada sini bersama Uncle, di rumah Uncle dan Aunty. Kak Dee pun dah balik dari study abroad. Dulu Lisa kata nak jumpa Kak Dee, ingat tak kita buat video call dengan Kak Dee,” Suara Dr Malik penuh kasih sayang.
Nurlisa masih diam, tidak bergerak
“Lisa nak makan ikan jeruk tak? Uncle dah lama tak makan, Aunty kata dia beli ikan jeruk semalam kat pasar malam. Lisa nak rasa tak?” Dr Malik mengelus lembut pipi dan kepala Nurlisa
“Papa, sorry tadi Dee solat Asar. Ini tuala dan ais… Dee dah siap basahkan tuala ni, papa boleh guna sekarang,” kelihatan seorang gadis tercungap cungap menghulurkan tuala kepada Dr Malik.
Dr Malik menyambut dan menyapu ke seluruh wajah Nurlisa. Kelihatan tangan Nurllisa bergerak gerak, kaki Nurlisa juga turut bergerak.
“Alhamdulilah,.. Uncle rindu nak main pingpong dengan Lisa. Uncle dah berlatih dah. Kali ini Uncle akan make sure Uncle menang,” kata kata itu seperti seorang ayah memujuk anaknya. Riak wajah Dr Malik bertukar gembira, suaranya juga tidak garis kerisauan.
“Dee, ajak tetamu duduk, papa cemas tadi, lupa kita ada tetamu,” kata Dr Malik sambil memandang Haiqal yang berdiri di sudut bilik
Anak kepada Dr Malik yang di panggil Dee itu memalingkan muka ke arah Haiqal. Pandangan mereka bertemu, dan mereka memandang ke arah masing masing dengan penuh kehairanan.
“Haiqal”
“Diana”
Mereka berkata serentak
“Haiqal, what are you doing here, in my house, bukan esok ke appointment kita with Papa?,” suara Dee penuh kehairan.
Yeahh, Haiqal adalah kawan baiknya semsa belajar medic di Rusia. Hampir 5 tahun mereka belajar bersama, sehinggakan mereka di gelar belangkas.
“I with Nurlisa, remember my childhood friend yang I story kat you, kebetulan dia pesakit ayah you,” Haiqal menunjukkan ke arah Nurlisa yang terbaring.
“Papa, ini lah Haiqal yang akan kerja kat Farmasi ayah esok tu, Ya Allah, keciknya dunia…,” gadis yang di panggil Diana itu masih terkejut. Dalam masa yang sama dia sedikit gembira.
“Papa dah rasa macam familiar tadi, tak sempat papa nak fikir jumpa kat mane, alhamdulilah, tak payah jumpa la esok, kita sembang teruslah,” Dr Malik masih lagi memandang Nurlisa dengan penuh kerisauan.
“Duduk lah Haiqal, I panggil my mom kejap, dia pun solat jugak agaknya,” Diana melangkah ke pintu untuk memangil ibunya. Kelihatan ibunya juga tercungap cungap di tangga, cuba mencepatkan diri.
“Lisa is here mama, papa panggil tadi, kita pun ada tamu,” ujar Diana menarik tangan ibunya. Kelihatan seorang wanita pertengahan umur yang masih cantik dan bergaya. Dia tersenyum kepada Haiqal dan terus menuju ke katil yang menempatkan Nurlisa.
“Haiqal, ini mama I, Dr Mariam, Mama, ini Haiqal, kawan Dee masa study kat Rusia,” Diana memperkenalkan mereka. Dr Mariam tersenyum memandang Haiqal, begitu juga Haiqal.
“she ok abang?,” tangan wanita itu membelai Nurlisa sambil mencium dahinya. Dia juga memeluk Nurlilsa, matanya berkaca.
“Mama, semalam mama beli ikan jeruk kan? Papa nak makan ikan jeruk dengan nasi panas dengan Lisa. Mama tolong masakkan boleh? Mama buatkan kicap dengan cili sekali,” kata Dr Malik sambil mengenyitkan mata kepada Dr Mariam.
“Eh mestilah boleh, anak mama dr Johor datang rumah mama. Kita makan dengan Kak Dee and Haiqal sekali ya,” suara Dr Mariam juga sangat melegakan hati.
“Nurlisa sudah membuka mata dan memandang ke arah Dr Mariam. Nurlisa mencapai tangan Dr Mariam dan membawa ke mulut. Tangan Dr Mariam basah dek air mata Nurlisa.
“Aunty, Lisa minta maaf sebab susahkan Aunty dan Uncle. Lisa sakit sangat tadi, dada Lisa rasa nak pecah. Sebab itu Lisa call Uncle. Lisa nak tidur kejap boleh? Lisa penat sangat…” tangisan itu masih bersisa.
Suasana di dalam bilik itu suram, semuanya mata berkaca. Mereka dapat merasai kesakitan Nurlisa. Dr Mariam memegang tangan Nurlisa dan membepai perlahan.
“Tidurlah, nanti Aunty kejutkan. Aunty dengan Uncle ada sini for you, please ingat we always love you,” Dr Mariam mengucup dahi Nurlisa, memberi semangat agar gadis itu bertabah.
Bersambung………………..
Jejaka itu merentap tangan gadis itu kasar. Gadis itu merintih minta di lepaskan. Tangannya kemerahan apabila jejaka itu memegang tangannya terlalu kuat.
“kau ni dasar murahan kan? Budak hantar sayur pun kau nak menjual diri. Aku ni hidup lagi. Nak kena terajang dengan aku, try lah mengedik dengan budak tu” tangan jejaka itu menarik rambut gadis itu.
Gadis itu hanya membatu, tidak menjawab walau sepatah.
“Aku tak suka orang lain pandang kau, kau pandang orang lain jugak. Budak muka pecah tu pun kau suka,” suara itu sangat kasar, menghina itu bukan sesuatu yang baru.
Tangan jejaka itu sudah berada di dalam baju gadis itu dan meneroka keseluruhannya. Tiada istilah lemah lembut dan perlahan kepada setiap perbuatannya. Gadis itu membiarkan dan mereka menghabiskan adegan di situ, di library kecil itu.
Jejaka itu tertidur kepenatannya dan gadis itu mengucup bibir jejaka itu lembut.
“Sofea bersumpah akan sayang abang sampai akhirat,” itu ucapannya setiap kali selesai hubungan intim mereka.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-09-25 21:16:52 

hi


NovelPlus Premium

The best ads free experience