Chapter 01 : The iron wall

Action Series 894

KEHENINGAN menyapa pada waktu itu. "Left!" Tangan-tangan yang meminta dan bersedia untuk menyambut bola yang akan datang pada bila-bila masa dan mana-mana arah sahaja langsung jatuh tatkala seorang gadis asing berdiri di tepi gelanggang permainan. "Huh..," keluh salah seorang pemain yang berada di tepi gelanggang. Tubuh gadis itu sedikit bergigil daripada apa yang mereka lihat dari sudut kejauhan yang sederhana.

"Time!" kata seorang jurulatih sambil membuat isyarat tangan kepada para pemain yang sibuk berlatih untuk pertandingan yang akan datang dalam beberapa bulan sahaja lagi. Nada yang digunakan tidaklah tinggi, dan tidak juga rendah. Perlahan-lahan mereka menghampiri jurulatih mereka yang dikenali sebagai Coach Kenji. Pandangan mata pantas menikam dalam sepasang mata kristal tersebut sehinggakan gadis tersebut tersentak dalam diam. Segera dia menyembunyikan diri di belakang tubuh Coach Kenji.

"Pantang nampak perempuan!" marah Coach Kenji menyentakkan mereka semua. Perasaan takut dan terkejut bercampur menjadi satu. 'Eh.. Eh?! Ma.. Malay language..,' desis hati kecil gadis tersebut. Bebola mata pantas dilarikan tatkala Coach Kenji memandang mereka dengan pandangan menahan amarah. Wajah mereka langsung berubah menjengkelkan dan terkejut. Bahu juga terhinjut sedikit oleh kerana jerkahan yang dilemparkan sebentar tadi.

"Sorry, coach! And... little girl?" Kapten mereka memohon maaf kerana kesalahan mereka yang kecil. Walau sekecil-kecil mana sekalipun kesalahan mereka, mereka yang seharus-harusnya memohon maaf terlebih dahulu. Mereka membongkokkan badan sebanyak 90 darjah. Sekali lagi, gadis asing tersebut tersentak lalu menggigil gementar. Coach Kenji hanya tersenyum nipis.

"N-No.. No! It's.. okay!" balasnya sedikit panik tatkala para pemain masih tidak mengangkat badan dan wajah mereka lagi. Tawa kecil Coach Kenji terletus jua melihat ahli pasukannya masih menundukkan kepala tanda memohon ampun daripada gadis yang lebih muda daripada mereka. 'They.. are huge! Wh-What a bad day..,' desis gadis tersebut di dalam hati namun getarannya masih sama.

"Saya harap korang semua dapat ajar dia macam mana nak main-" Kata-kata Coach Kenji dicantas laju oleh dua orang remaja lelaki dengan nada yang tergesa-gesa. Coach Kenji memandang mereka berdua dengan pandangan hendak membunuh namun mereka tidak perasan akan pandangan tersebut. Kapten pasukan yang perasan akan pandangan tersebut sudah cuak dan panik.

"Zi.. Zion! Samuel! Shut up!" teriak kapten pasukan mereka, Atlas kepada dua pemain yang gemar menimbulkan masalah. Jari-jemari dikepal menjadi penumbuk selari dengan tindakan drastik Atlas terhadap dua orang remaja yang sedikit bermasalah untuk menutup mulut mereka. Tatkala pipi terasa kebas-kebas, tahulah mereka bahawa Atlas telah menglayang penumbuknya ke pipi mereka. "Humph!" Bibir mereka pantas menarik muncung seperti muncung itik, merajuk! Sementara itu, gadis yang baru menjejakkan kaki di sekolah mereka hanya mampu tercegat, tidak memahami apa-apa melalui tingkah laku mereka. Zion dan Samuel melipat tangan ke dada tanda rajuk masih berterusan.

"New member and first-year, huh?" Sementelah itu, nada yang digunakan oleh seseorang menarik perhatian mereka semua. Senyuman sinis ditampal pada wajah dengan bangganya membuatkan gadis tersebut sedikit menggigil ketakutan. Gigilan halus yang terhasil bertambah apabila kepala jejaka yang kedengaran seperti menyindirnya ditampar kuat sehingga senyuman sinis yang tertera hilang begitu sahaja.

"Don't use your nice smirk with her! Oh ya.., you're first-year too, Lysander!" ujar Zion, barangkali geram mendengar nada yang digunakan oleh Lysander sebentar tadi. Gadis tersebut hanya tersenyum kekok. Reaksi apa yang patut dia beri sekarang ini? Dia tidak tahu. Lysander menghela nafas berat dan menggosok belakang kepalanya yang ditampar dan diketuk beberapa kali oleh Zion. Jelingan tajam dilemparkan kepada Zion. Zion pantas berganjak beberapa belakang ke tapak tatkala jelingan maut itu dilemparkan kepada dirinya lalu menyambung drama rajuknya yang masih belum tamat.

"Ehem! Memandangkan dia satu-satunya perempuan dalam pasukan kita-"

"Perempuan dalam team kita?!" teriak Samuel, sudah tidak kisah air yang tersembur keluar daripada mulut oleh kerana kata-kata Coach Kenji yang amat mengejutkan dirinya tatkala. Atlas yang merangkap kapten pasukan mencerlung ke dalam sepasang anak matanya dengan begitu tajam. Pandangan mata mereka berlaga. Coach Kenji menghembus nafas ringan lalu memandang Atlas dan Samuel secara silir-semilir yang tidak akan pernah bersatu seperti minyak dan air.

"Sa.. Samuel..." Suara Atlas berada dicelah gigi sahaja. Bahu gadis asing yang bergelar pelajar baharu di sekolah itu sedikit terhinjut ke atas. Terketar-ketar tangannya naik selari dengan pergerakan kaki untuk menghalang pergaduhan yang bakal tercetus tidak lama lagi. Nafas dalam ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar perlahan-lahan. Imaginasi yang dibayangnya tentang pelajar-pelajar di sekolah baharunya jauh terseret sesudah sahaja dia menjejakkan kaki di hadapan mereka. Jauh lebih besar dan tinggi.

"Er.. Please stop both of you..," ujar gadis tersebut seraya menyelit di antara Atlas dan Samuel. Ketinggian mereka semua boleh dikatakan sekitar 180 sehingga 190 sentimeter jika hendak dibandingkan dengan dirinya yang jauh lebih rendah daripada mereka semua ini yang boleh digelar sebagai galah berjalan. Pandangan Atlas dan Samuel langsung jatuh ke bawah memandang faktor ketinggian gadis kecil tersebut mempengaruhi mereka. Seraut wajah lembut tersebut terkesima tatkala cerlungan anak mata mereka berdua menikam tepat wajahnya tanpa sebarang reaksi melainkan hanya api yang menjulang-julang naik dengan marak di dalam dua pasang anak mata tersebut.

Sebuah keluhan dilepaskan serentak lalu mereka memandang satu sama lain seraya mengambil beberapa tapak ke belakang, meninggalkan gadis yang cuba menghalang pergaduhan dan pertikaman lidah mereka daripada tercetus dan menjadi lebih keruh. Coach Kenji spontan menjongketkan keningnya sambil memandang gadis tersebut untuk memperkenalkan diri kepada para pemainnya. Remaja yang berada di hadapannya mengangguk lembut walau sedikit gigilan halus tetap terhasil.

"I.. I am Farren and nice to-"

"Far.. what, again?"

"I'm Farren, first-year student and nice to meet you guys!" ujar Farren jelas dan lancar namun laju pada satu masa oleh kerana terlalu gementar. Badan dibongkokkan selesai memperkenalkan diri. Dia menundukkan wajah, menekur lantai gimnasium yang berwarna kulit kayu. Setelah dia mengangkat perlahan-lahan badannya, dia terkelu tidak terkata. Melihat mereka menundukkan badan mereka, membuatkan dia berasa pelik.

"Welcome to Fenry Phoenix's Volleyball Club, Farren!" ujar mereka serentak bersama reaksi masing-masing yang agak menarik perhatian. Farren mengukir senyuman nipis. Dia tidak tahu mengapa dia diletakkan dalam kalangan pemain-pemain bola tampar lelaki daripada perempuan. Maklumat yang dia dapati hanya sedikit namun dia tahu setiap pasukan bola tampar pasti mempunyai pasukan perempuan dan lelaki berasingan. Keadaan menjadi kekok untuk seketika.

"I'm Atlas Aziel."

"I'm Zion Noah. Sorry."

"Me neither. I'm Samuel Hunter."

"I'm Cassian Martell. What a lovely girl."

"I'm Lysander Cathan."

Farren memandang tepat ke arah seorang jejaka selari dengan rakan sepemainan yang memandang Farren dalam seolah-olah mengakses maklumat gadis itu. Senyuman kecil di hujung bibir yang kelihatan sinis membuatkan anak mata Farren bergetar, gerun dengan seorang remaja itu yang kelihatan tidak peramah orangnya. Seketika dia tersedar suatu, segera dia memesan kepada dirinya untuk tidak menilai seseorang melalui luaran mereka sahaja.

"Have you played volleyball before, miss girl or little fox?" soalnya membuatkan ahli-ahli yang berada di gimnasium itu terlongo seketika. Mahu sahaja rahang mereka jatuh mendengar persoalan tersebut. Namun hendak berbuat bagaimana lagi, itu memang sifat pemuda tersebut. Tambahan pula panahan anak mata yang sangat tajam itu, tahulah mereka dia sudah menggerunkan Farren. Cassian merengus kasar lalu menampar kuat belakang badan jejaka tersebut seraya memberi isyarat mata untuk memberitahu namanya.

"N... No..."

"Urgh... Hernan." Dahi ditampar kuat. Mengapa jejaka itu terlalu lurus seperti pembaris? Hernan merengus perlahan oleh kerana bisa tamparan Cassian masih berbekas di belakang badannya. Tidak lama kemudian, dia memandang gadis yang diberi nama Farren tersebut. Nafas dalam ditarik oleh mereka yang lain lalu dilepaskan perlahan-lahan. 'How dümb..,' gerutu hati mereka kegeraman.

"Tell her your full name, jâçkäss! Don't be a ruler!" tempik mereka semua serentak kepada Hernan, langsung mendapat jelingan tajam daripada jejaka yang bernama Hernan tersebut. 'Entah budak mana datang, aku pula yang kena. What a great day, huh!' gerutu hati kecil milik Hernan kasar.

"I am Hernan Marcellus, little girl," ujar Hernan bernada tidak puas hati dengan sokongan yang berada di belakang gadis tersebut walau baharu sahaja mengenalinya beberapa minit yang lepas. Ahli-ahli yang lain mengangguk perlahan sebelum berlalu ke gelanggang latihan semula. Farren pula tercegat di situ, tidak tahu-menahu apa yang dia hendak buat. Bola tampar yang berada di tangan ditampar kuat dengan menukar arah tepat kepada Farren oleh Hernan.

"What a mess, huh..." Bunyi tamparan nyaring dan kuat yang terhasil oleh kerana Harren pantas meraih perhatian para pemain yang lain. Mata mereka membulat besar melihat bola laju meluncur ke arah Farren dengan kelajuan maksima. Jika hendak menghalang juga, sia-sia sahaja. Farren yang dalam keadaan tidak bersedia terkaku di situ, memerhati bola yang ringan dan keras tersebut menghentamnya.

"Farren!"

"Hernan!"

Sebahagian daripada mereka menjerit dan memanggil Farren, manakala lagi sebahagian menjerkah Hernan kerana tindakan jejaka tersebut. Farren mengukir senyuman kepada Cassian yang sibuk menyoal dirinya sama ada dia baik-baik sahaja ataupun tidak. Lantas itu, kepala digeleng lembut dan hembusan nafas ringan yang keluar daripada bibir Cassian menyapa halwa pendengarannya. Bola tampar yang berada di sebelahnya dicapai lalu dipegang erat. Mengapa dia lemah?

And I found hope in a heart attack.

Nafas dalam ditarik lalu dilepaskan. Dia lupa bahawa dia ialah gadis yang sangat lemah. Namun siapa lagi yang mahu membantunya memanjat semula gunung yang didaki untuk sekian lamanya jika bukan diri sendiri? Oh, kemana dirinya yang dahulu? Yang aktif bermain sukan kesana dan kemari tanpa penat dan lelah.

Let's play like the old days again.

Perlahan-lahan Farren membawa langkahnya ke tengah-tengah gelanggang namun menjadi pihak lawan kepada Hernan. Mereka yang lain seperti disambar petir melihat keberanian Farren bersemuka dengan Hernan Marcellus. Terpaku statik di situ, melihat Hernan menyungging senyuman nipis. Eh?! Hernan mencapai sebuah bola yang berteraburan di sekitar gimnasium tersebut. Servis hantaran langsung dilakukan tepat ke arah wajah gadis tersebut. Rahang mereka jatuh untuk seketika.

"Y'all want popcorn? We're about to watch a live show," soal Zion mendapat sokongan Samuel namun pandangan membunuh daripada ahli-ahli yang lain kerana soalannya yang terang lagikan bersuluh sememangnya tidak logik akal. Zion tersengih suka dan tidak bersalah pada satu masa lalu menjongketkan bahu. Pandangan terus terjatuh ke arah Farren yang gagal menyambut servis hantaran padu milik Hernan tersebut. Mereka sudah meramal apa yang bakal terjadi.

"Belum panaskan badan, dah hantar bola," rungut Farren perlahan, tidak berpuas hati apabila Hernan tetap melakukan servis hantaran secara biasa. Bibir dikemam, rahang diketap dan jari-jemari dikepal menjadi satu genggaman penumbuk. Apabila servis hantaran dilakukan oleh Hernan, anak matanya laju menangkap pergerakan bola yang melambung mengikut arah tamparan yang dilakukan. 'Right,' desis hatinya. Pantas dia berlari ke kanan dan sedikit ke belakang. Lengan tangan dirapatkan lalu posisi badan direndahkan sedikit sebelum dia menyambut servis hantaran tersebut lalu dihantar kepada kedudukan setter.

"What?!" Ahli-ahli Fenry membulatkan mata mereka luas tatkala Farren dapat menyelamatkan servis hantaran tersebut. Itu pasti hanya nasib dan tuah kerana servis hantaran yang dilakukan oleh Hernan mustahil untuk diselamatkan! Tanggapan dibenak fikiran semakin menghasut diri mereka. Hernan terkedu dalam diam. 'She saved it?' desis hatinya kuat. Api amarak yang mula menjulang-julang naik dapat dia lihat perlahan-lahan keluar daripada tubuh kecil Farren. Walau bagaimana pun, gadis itu tetap mengekalkan wajah yang sama. Tiada reaksi bangga mahupun terkejut dengan pergerakannya yang lincah sebentar tadi.

"Your turn to serve, now," ujar Hernan bernada biasa. Dada Farren sedikit berombak laju. Ada sebab mengapa dia tidak aktif seperti tahu. Jika dia boleh dia pecahkan 'tembok besi' tersebut, itulah apa yang dia nantikan sebagai atlet sukan. Bukankah itu harapan yang ditanam di dalam diri oleh setiap atlet-atlet sukan yang masih bergiat aktif? Memecahkan 'tembok besi' tersebut untuk selamanya. Farren mengambil bola yang berada di atas lantai gimnasium tersebut lalu perlahan-lahan berjalan ke luar gelanggang, sedikit berjauhan dengan garisan gelanggang. Bola tampar yang berada di genggaman tangan dilambung tinggi naik ke atas lalu dia berlari mengikut masa yang telah ditetapkan.

"Wait a minute..," ujar Cassian cuba memproses jenis servis hantaran apa yang dilakukan oleh gadis tahun pertama tersebut. Farren menghayun tangannya tinggi ke atas setelah badan melonjak naik ke atas lalu menampar kuat bola yang masih berada di udara. Jarum jam langsung berhenti bergerak melihat servis hantaran secara lompatan yang dilakukan olehnya.

"Jump floater serve?" ujar Hernan perlahan sambil mengakses kedudukan bola yang menyasar tempat mendaratnya. Hernan segera bergegas ke sisi kiri. Posisi tangan telah bersedia untuk menyambut bola tersebut namun semuanya hancur tatkala bola tersebut berubah arah seperti telah ditetapkan daripada permulaan. 'I can't save it?!' Hernan terkedu di saat bole tampar tersebut betul-betul jatuh bersebelahan dirinya. Matanya menikam tepat ke dalam anak mata Farren sambil mengenggam buku lima. Ah! Tidak pernah mana-mana servis hantaran yang dilakukan dia gagal untuk menghantarnya semula. Namun kali ini, sepertinya dia ditewaskan oleh seorang perempuan.

"Oh boy, come on!" ejek Samuel dan Zion serentak, sengaja membakar arang yang masih bersisa bara api di hujungnya. Hernan hanya mampu menahan kemarahannya yang kian mencanak naik seperti gunung berapi yang hendak meletus. Tambahan pula dengan wajah reaksi Samuel dan Zion seolah-olah merendahkan kedudukannya di hadapan seorang perempuan. Farren tersenyum kecil namun hanya untuk seketika.

Is it worth it?

Dada yang tertutup di sebalik jersey baju bola jaringnya di pegang. Ya, dia salah seorang daripada pemain bola jaring yang bergiat aktif sebelum semuanya gelap. Dalam setiap permainan sukan, pasti terselit dirinya walau hanya sebagai pemain simpanan namun lain pula dengan bola jaring. Dia membawa peranan penting kepada pasukannya. Ah, abaikan! Hernan memerhati seraut wajah dan seukir senyuman yang perlahan-lahan pudar. Mengimbaskan detik-detik dia tidak dapat menyambut bola yang datang sebentar tadi, semunya seolah-olah bergerak dalam masa yang perlahan. Pita yang dimainkan terus dimatikan lalu dia menepis semuanya daripada benak fikiran.

Farren mengenggam jersey yang menutupi dadanya. Apa yang dia fikirkan selama ini? Terang-terangan dia tidak mampu memecahkan 'tembok besi' tersebut. Cassian yang tersedar akan perubahan situasi di antara mereka berdua bingkas berdiri diikuti oleh mereka yang lain. Coach Kenji memerhati dari yang sudut jauh. Tipulah jika dia tidak kagum dengan servis hantaran yang dilakukan sebentar tadi oleh mereka berdua. Kedua-dua mereka sepertinya mempunyai bakat yang mendalam jika diasah sehingga tajam.

"Farren, kau okay?" soal Cassian dari jauh sambil berjalan ke arah Farren. Farren pantas menoleh lalu mengangguk lembut seraya memaksa diri untuk mengukir senyuman pada bibir. Tangannya masih melekap pada dada. Sejauh mana pun dia berlari, kesakitan ini tidak akan pernah berhenti untuk mengejarnya. Ada satu detik yang menamparnya untuk kembali ke alam realiti. Pada hari itu juga dia sedar bahawa sejauh mana dia lari, semua itu hanya sia-sia. Tanpa dia sedar, air mata yang ditahan akhirnya mengalir namun air mata tersebut hanya menambahkan rasa sakit yang kian mencengkam di dada.

"Why? This pain is.. haunting me. My bad.. nightmare... Why? It hurts.. so bad..," ujar Farren perlahan-lahan terduduk jatuh di tengah-tengah gelanggang tersebut bersama juraian air mata yang mengalir tanpa suara. Sedaya upaya dia cuba menghentikan tangisannya namun gagal kerana dadanya terlalu sakit dan sesak pada satu masa. Rasanya seperti ditikam berkali-kali dan dia hanya mampu membiarkan tikaman itu berlaku tepat pada dada. Salur pernafasannya mula sesak, menyukarkan diri untuk bernafas. Dada dicengkam kuat. Wajah ditundukkan dan lantai gimnasium ditekur suram.

"Why? Why... it hurts so bad? I didn't ask for this pain. Why I can't break this iron wall?" Farren menyoal dirinya sendiri. Keadaan seperti terasa kelam. Terasa seperti hanya dia yang berada pada ketika itu. Entah kemana semua orang pergi. Manakala pada posisi lain, mereka yang lain terkejut dan cemas pada satu masa melihat Farren tiba-tiba jatuh terduduk selepas melakukan servis hantaran yang mampu memukau. Hernan terkaku statik di situ. Apa yang telah dia lakukan?

"Farren... Farren? Do you hear me, Farren?" soal Atlas sambil memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu yang sudah kelam sepenuhnya seperti berada di dimensi lain. Bola yang berada di tangan jatuh perlahan-lahan dengan sendirinya. Dia berjalan ke arah rakan sepasukannya yang mengelilingi Farren. Dalam diam, dia menyumpah seranah mereka. Sekeliling Farren?!

"Get away from her, now." Tatkala mendengar satu suara serak basah menyapa halwa pendengaran masing-masing, pantas mereka berganjak ke belakang tanpa diarah untuk kali kedua. Kali kedua? Itu tanda kematian buat mereka semua! Hernan duduk mencangkung di hadapan Farren yang masih tidak sedar di alam realiti. Lysander mempamerkan riak terkejut. Bukan semudah petik jari wajahnya mahu memberi reaksi namun kali ini, hanya melihat wajah Hernan menyentakkan tangkal hatinya.

Wajah Hernan yang sebenarnya, yang lembut dan tanpa sebarang reaksi dingin dan beku. Dia terpempan seketika memerhati Hernan menggosok lembut lembut rambut ikal mayang milik Farren. Sebuah keluhan berat dilepaskan oleh Hernan. Mungkin dia berlebihan dengan gadis di hadapannya tatkala ini. Dia tahu rasa sakit itu. Oleh kerana itu, dia boleh berlembut dengan Farren walau kenyataannya jauh daripada dirinya yang beku dan dingin itu.

"Farren... Do you hear me?" Suara itu, mengapa samar-samar sahaja? Farren terpinga-pinga mencari sumber suara tersebut. Di manakah dirinya tatkala ini? Ke mana semua ahli-ahli pasukan Fenry Phoenix yang baru dikenali sebentar tadi pergi menghilang meninggalkannya keseorangan? Tidak lama kemudian, pemandangannya kelam, nafasnya terhenti sebelum dia kembali sedar ke alam realiti namun kesakitan yang mencengkam semakin kuat terasa pada bahagian dada. Ah, mereka yang lain tidak akan pernah rasakan sakit ini!

Hernan mengangkat tubuh kecil tersebut. Mereka yang lain tercengang seketika. Apa yang diharapkan ialah mereka sedang bermimpi sahaja kerana perbuatan seperti itu sangat seram bagi mereka. Tidak ingin dia mahu menunggu lama, segera dia mengatur langkah ke bilik rawatan yang berdekatan. Farren memerhati sahaja dengan pandangannya yang kian kabur. Rasa sakit ini menghantui hidupnya.

???????????

Volleyball:

Volleyball is a team sport in which two teams of six players are separated by a net. Each team tries to score points by grounding a ball on the other team's court under organized rules.

Position:

There are five positions filled on every volleyball team at the elite level. Setter, Outside Hitter/Left Side Hitter, Middle Hitter, Opposite Hitter/Right Side Hitter and Libero/Defensive Specialist. Each of these positions plays a specific, key role in winning a volleyball match.

Basic Volleyball Rules:

- 6 players on a team, 3 on the front row and 3 on the back row.
- Maximum of three hits per side.
- Player may not hit the ball twice in succession (A block is not considered a hit)
- Ball may be played off the net during a volley and on a serve.
- A ball hitting a boundary line is "in".
- A ball is "out" if it hits...
: An antennae.
: The floor completely outside the court.
: Any of the net or cables outside the antennae.
: The referee stand or pole.
: The ceiling above a non-playable area
- It is legal to contact the ball with any part of a players body.
- It is illegal to catch, hold, or throw the ball.
- If two or more players contact the ball at the same time, it is considered one play and either player involved may make the next contact (provided the next contact isn't the teams 4th.
- A player can not block or attack a serve from on or inside the 10 foot line.
- After the serve, front line players may switch positions at the net.
- At higher competition, the officiating crew may be made up of two refs, line judges, scorer, and an assistant scorer.

???????????

Sorry for any mistakes. I'm just a beginner.

Just sorry if I couldn't make any better.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience