EKOR mata pantas menangkap sesuatu yang tidak dikenali. Wajah tidak bereaksi namun otak pantas berfungsi, memikirkan situasi apa yang sedang terjadi sekarang ini. Di mana-mana sahaja, pasti mempunyai sesuatu yang membuatkan hatinya tidak tenang. Langkah yang diatur ke bilik rawatan pantas terhenti tatkala sebuah layar terlintas secara tak langsung di dalam benak fikiran. Lysander terkesima seketika. Langkah laju diatur dengan segera meninggalkan mereka yang lain di belakang tanpa memberitahu apa-apa.
"Kenapa sekarang?!" gerutu Lysander perlahan sambil mengenggam tangannya erat sehingga memperlihatkan urat-urat biru kehijauan di sekitar tangannya. Dedaun pintu bilik rawatan ditolak perlahan-lahan kerana tidak mahu menganggu Farren yang kelihatan terbaring di atas sebuah katil. Pandangan matanya pantas tertancap ke tubuh Hernan. Lysander menghembus nafasnya, menyampah juga jika begini jadinya.
Lantas itu, dia membiarkan sahaja dua orang yang sudah terbuai dalam alam mimpi lalu mencari sesuatu di dalam sebuah rak kecil yang menyimpan pelbagai ubat-ubatan. Sebuah picagari yang berisi cecair jernih diteliti sebaiknya terlebih dahulu lalu dia mengambil kapas dan jarum picagari tersebut yang berada dalam kotak peti kecemasan.
"Aku tak bermaksud. Sorry, Miss Farren," kata Lysander seolah-olah tidak rela melakukan perkara yang bakal dilakukan terhadap Farren. Bunyi pintu dibuka tidak menarik perhatiannya sama sekali. Matanya menikam seraut wajah asing yang baru dikenali beberapa jam yang lepas. Samuel spontan menjongketkan kening melihat Lysander berada di sebelah katil yang diduduki Farren. Hujung jarum picagari dimasukkan ke dalam kulit Farren melalui tusukan perlahan oleh Lysander.
"What did you do?" soal Samuel sedikit terpempan. Mahu sahaja badannya menyerang tindakan yang diambil oleh Lysander terhadap Farren namun sempat dihalang oleh Atlas. Kapten pasukannya menggeleng perlahan, memberi arahan untuk membiarkan sahaja apa yang dilakukan Lysander walau semuanya dalam keadaan tiba-tiba sahaha.
"Bawa balik Farren. Something wrong here." Lysander mengurut pelipis dahinya. Barangkali kepalanya sudah sakit memikirkan segala persoalan yang mengasak mindanya untuk memberi jawapan. Rahang mereka jatuh dan mata tidak berkedip. Jika mereka tidak salah dengar tentang apa yang diarahkan oleh Lysander, salah seorang daripada mereka perlu membawa Farren pulang ke rumah bukan? Lysander menyumpah di celah nafasnya tatkala bayangan seseorang melintas terlihat melalui tingkap bilik rawatan.
"Woi Hernan! Sedap betul kau tidur eh? Kitorang tengah serabut, kau tidur nyenyak je!" Suara Zion Noah tiba-tiba kedengaran seperti petir menyambar. Perhatian mereka teralih tatkala Zion mengambil jarak dan melompat di atas badan sasa Hernan. Hernan tersentak dalam tidur lalu segera mencelikkan mata. Cahaya matahari menerobos masuk ke dalam kornea matanya. Dada berombak laju kerana impak kejutan dalam tidur masih tidak surut. Rasanya seperti sedang bermimpi jatuh daripada bangunan yang tinggi. Dia menolak kasar tubuh Zion yang berat itu sehingga jatuh ke bawah lantai. Zion mengadu sakit.
"Engkau dengan keböd?háñ engkau tu, simpan bagi dekat anak, cucu, cicit engkau je." Hernan memulangkan semula paku buah keras namun dalam nada biasa, beku dan tidak pula menengking. Zion memutarkan bebola matanya lalu mengajuk semula percakapan Hernan seperti kata-kata itu tidak memberikan impak kepadanya. Reaksi wajah yang dipaparkan oleh Zion mendidihkan hati Hernan namun ditahan sebaiknya memandangkan dia baru tersedar bahawa Farren masih bersama mereka.
"La la la~ Engkau dengan keböd?háñ engkau tu, simpan bagi dekat anak, cucu, cicit engkau je~"
"Sudahlah. B not A. B or C. Apa-apa roger nanti. Aku dah suntik dia dengan ubat tidur yang kuat. Jangan tinggalkan luka kecil dekat badan dia. Korang semua jangan buat hal pula. Anak dara orang tu." Lysander sempat menitipkan pesanan sebelum berlalu pergi. Hernan menayangkan wajah mendatar. Satu-satunya masalah yang dia perlu selesaikan, bagaimana dia mahu menukar baju jika mereka yang lain memilih rancangan B atau C bukan rancangan A?! Ah, yang lain pula mudah sahaja memberitahunya. Sememangnya mudah jika mereka sudah menukar pakaian kepada pakaian biasa.
"Kalau dapat tahu ada kesan luka kecil, kau berhutang dengan aku satu set makanan yang paling mahal," ujar Atlas seraya menyimpul senyuman sinisnya. Jika hendak diikutkan secara betulnya, dia tidak bermaksud sekalipun menyuruh Hernan membelikannya makanan namun cara ini sahaja membuatkan Hernan lebih cekap melalukan kerja memandangkan Hernan tidak gemar mengeluarkan duitnya. Oh ya, tetapi jika Hernan benar-benar meninggalkan kesan luka, dia akan menuntut juga akhirnya. Bahu Hernan ditepuk beberapa kali sebelum berlalu pergi.
"Aku macam biasa, McDonald's special set," maklum Cassian selamba, seolah-olah tidak takut dengan apa yang bakal berlaku. Hernan mengerling tajam lalu menghembus nafas berat keluar meniti di bibir. Farren yang masih dalam fasa tidak sedarkan diri segera diangkat lalu meninggalkan yang lain. Telinga sengaja dipekakkan, tidak mahu mendengar menu yang mereka idamkan.
"I'm deaf," ujar Hernan bersengaja. Mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta lalu Hernan segera mengeluarkan telefon pintar, menyambungkan talian mereka semua dalam satu masa. Seketika Hernan tersedar sesuatu yang berada dalam keretanya. Bola tampar yang berada di tempat duduk belakang di capai terlebih dahulu lalu enjin kereta dipanaskan.
"What a nice game to deal with–"
"Dümb?ss!" Samuel pantas memotong kata-kata Zion yang berada di sebalik talian dengan penuh perasaan tidak puas hati. Walau dalam apa-apa situasi sekalipun, jejaka yang bernama Zion yang memusingkan semula keadaan malang ke arah mereka. Hendak dibilang bödòh kepada Zion, merajuk pula kelak. Hendak dibilang bijak, riak pula. Cassian dan Atlas hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka disebalik talian manakala Lysander sunyi tidak bersuara. Tiada apa yang hendak dipermainkan sekarang ini. Seketika, keadaan sunyi sepi sahaja.
Bang!
"Tunduk, Zion!" tempik Lysander kepada Zion. Enam buah kereta langsung berpecah mengikut haluan masing-masing tatkala bunyi yang tidak asing kedengaran nyaring di pendengaran. Pantas Zion merendahkan kepalanya. Sebutir peluru memasuki kulit pada bahagian bahu. Dia merengus kesakitan. Tingkap kereta pada bahagian belakang juga sudah pecah dan retak dek peluru yang datang dari arah belakangnya.
"Aku tak suruh kau tundukkan kepala je tadi," sinis Lysander bersama senyumannya yang elok tersungging di hujung bibir. Mata Zion mencerlung tajam namun lain pula dengan bibirnya yang sudah mencebik. Hernan memusingkan stereng kereta untuk memasuki haluan Cassian yang masih aman dan damai.
"Cassian ambil Farren dulu, Zion keluarkan dulu. Jalan dia dah tak selamat nak bawa Farren." Atlas mula bersuara. Zion memutarkan bebola matanya ke atas, menyampah pula rasanya. Senang-senang sahaja mereka berbicara sedangkan dia, perdarahan di bahu masih mengalir segar sehingga tempat duduk kereta bahagian pemandu sudah bertukar warna.
"Roger!" Keluhan terlepas jua daripada bibir Atlas. Bibirnya tidak habis-habis mengeluarkan perkataan-perkataan kesat. Namun semuanya terhenti tatkala sebuah kereta hitam bersaiz besar keluar dari tempat persenyembunyian yang terpencil. Ekor mata Atlas pantas menangkap tingkap yang perlahan-lahan terbuka bersama selaras senapang yang sudah tersedia. Dia menekan minyak sehabis kuat untuk mendahului pihak musuh.
"Bawa Farren ke tempat yang selamat sekarang! Berpecah semua. Aku dah tak sela–"
Bang!
DAUN-DAUN kering mulai jatuh menyembah bumi. Tempat yang sekarang dia singgah sungguh cantik nan indah. Embun menyapa kulitnya membuatkan dia menggigil halus kesejukan. Sementara di hadapannya pula, terdapat pemandangan yang sangat memukau. Matahari terbenam, itulah bahagian kesukaannya tentang alam. Di manakah dia? Walau di hari siang, dia seperti berada di musim sejuk. Suhu yang rendah.
Derapan tapak kaki yang semakin dekat meraih perhatiannya. Kepala pantas menoleh ke belakang, memandang gerangan yang berjalan ke arahnya. Kening Farren bercantum seketika tatkala wajah si gadis tersebut asing baginya.
"Hey," sapa gadis tersebut kepada Farren sambil melabuhkan punggung di bawah sebuah pohon yang lebat daunnya. Kedudukannya tidak jauh daripada Farren, gadis yang memiliki separuh daripada jiwanya. Farren tersentak dalam diam lalu mengambil beberapa langkah ke belakang. Sepasang matanya menikam wajah Farren. Gadis tersebut meneguk liur melihat seraut wajah beku di hadapannya.
"Y-Ya? Sa.. Saya Farren. Awak siapa?" soal Farren teragak-agak sahaja namun tubuhnya masih statik berdiri di situ. Jika hendak dibandingkan dengan dirinya, gadis di hadapannya sekarang ini jauh lebih matang daripada dirinya. Bersama wajahnya yang tidak memberi sebarang reaksi, bibir yang tidak menyungging senyuman dan sepasang mata yang sentiasa tajam menambahkan lagi aura dingin yang dibawa oleh gadis asing tersebut. Lain pula dengan dia tatkala ini.
"Hm? Imani," ujarnya mendatar. Farren mengangguk perlahan bersama senyuman nipis yang elok tersungging di hujung bibir. Rambut ikal mayang milik Imani beralun selari dengan embun yang bertiup. Farren hanya memerhati. Seketika, dia tersedar akan jersi yang tersarung pada tubuh Imani. Jersi pemain hoki tahun 2015. Dia memandang Imani dengan pandangan yang tidak percaya.
"Boleh saya tanya?"
"Nah." Farren terdiam sekali lagi. Imani langsung tidak memandangnya walau kerlingan sekalipun sewaktu dia sedang bertanya namun langsung ditolak secara mentah-mentah. Keluhan ringan dilepaskan. Gayanya seperti Imani gadis yang terlalu matang dan beku untuk dibuat kawan sekalipun.
"What happened? Why are you so cold?" Farren pantas menutup mulutnya apabila tersedar soalan yang tidak patut diajukan kepada Imani terlepas jua daripada bibirnya. Lancar sahaja dia menyoal Imani tanpa sengaja. Imani hanya mendengar pertanyaan Farren dan tidak membalas apa-apa walau menggambarkan reaksi pada wajah.
"I never had a chance to be soft. Forget about that. Who cares?" Imani melepaskan tawa sinisnya yang kecil, kedengaran seperti mempersendakan dirinya sendiri. Perlahan-lahan Imani berdiri sambil memasukkan tangan kiri ke dalam poket hoodie. Langkah dihayun mendekati Farren yang kelihatan gerun dengannya.
"Imani Hawks," kata Imani kepada Farren. Farren menyambut tangan Imani lalu dia tersenyum lembut. Namun wajah Imani kekal ketat tidak bereaksi. Bulu romanya mencanak naik. Mengapa dia begitu mudah mendekati Imani yang jelas misteri itu? Genggaman pada tangannya semakin erat sekaligus menimbulkan rasa sakit pada tangan oleh kerana Imani mengenggam tangan kanannya terlalu kuat. Gadis itu menyentak tangannya sehingga dia terganjak ke hadapan.
"Macam mana rasanya menguasai separuh daripada jiwa aku yang telah mati, Farren?" Gemersik suara Imani berbisik di tepi telinganya dingin. Bertambah seram apabila Imani menyebut namanya tanpa kekok. Farren meneguk liur perlahan. Apa yang gadis ini maksudkan? Separuh jiwa Imani yang telah mati ada padanya? Imani melepaskan tawa mendatar lalu menepuk beberapa kali bahu Farren. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket hoodie yang melindungi jersi hoki yang dipakai.
"Sakit yang kau rasa, aku rasa juga. Tangisan kau, aku dapat rasa. Kecewanya aku, tak seaktif dulu. Nevermind. Kau tidur sini untuk beberapa hari. Pergi je rumah depan tu," ujar Imani Hawks seraya menuding jari runcingnya ke arah sebuah rumah. Imani menghayun langkahnya perlahan-lahan meninggalkan Farren keseorangan.
Perlahan-lahan Farren melabuhkan punggung, memandang pemandangan indah di hadapannya. Dada langit bertukar warna kepada kuning dan jingga. "Apa maksud Imani?" soal Farren kepada dirinya. Ah! Pelbagai soalan di benak minda mula mengasak dirinya untuk melakukan perkara yang luar biasa. Pantas kepala digeleng perlahan.
"Dead soul? Logik juga kalau Imani sekeras dan sedingin tu," gumamnya sendirian tanpa jemu. Kepala digeleng perlahan lalu dia menoleh melihat sebuah rumah yang disebut oleh Imani sebentar tadi. Iya, besar. Gamaknya seperti orang berada sahaja. Hatinya pantas menebak. Masa diambil untuk membuat keputusan sama ada mahu pergi atau tidak ke rumah tersebut. Tidak gamak menunggu lama, langkah diatur ke arah rumah tersebut. Tidaklah jauh, malah dekat sahaja.
Sesampai sahaja di hadapan rumah tersebut, satu suara menyambar pendengarannya dalam nada yang tinggi. Bebola mata mula meliar-liar, mencari sumber suara. Perlahan-lahan dia membuka langkah ke belakang rumah tersebut setelah memastikan sumber suara nyaring seorang wanita sebentar tadi. Dia menjengulkan kepala sedikit, melihat isi rumah melalui tingkap kaca. Matanya membulat melihat Imani sedang dimarahi si ibu.
"A mama or a monster?" gumam Farren. Otaknya ligat memikirkan tentang nasib yang bakal menimpa Imani apabila matanya pantas menangkap pergerakan tangan ibu Imani yang sudah melayang ke udara. Wajahnya berubah riak saat si ibu menampar kuat wajah Imani. Walau bagaimanapun, Imani tidak mempamerkan sebarang riak. Sedih mahupun sakit, langsung tiada. Farren memerhati ibu Imani menengking gadis yang baru dikenali sebentar tadi sebelum wanita itu berlalu pergi. Pandangan matanya terus mendarat pada wajah Imani yang perlahan-lahan berubah tawar dan pudar.
Farren terkesima seketika apabila Nurin Imani menyelak lengan hoodienya. Kulit lengannya dipenuhi dengan kesan tór?hàñ yang masih mér?h dan sëgãr. Matanya membulat besar setelah dia tersedar kedua-dua lengan Imani dipenuhi kesan torehan tersebut. Keluhan berat dilepaskan. Hatinya lemah melihat Imani terus sebegini. Méñórëh kulit sendiri untuk melepaskan tekanan yang kuat mencengkam dada. Tiada siapa yang mengerti melainkan diri sendiri dan masyarakat sekeliling melemparkan kata-kata kesat jika mereka yang lain tersedar akan kesan tersebut. Itulah realiti pahit yang harus ditelan.
S?lf-härm.
Imani yang perasan akan pergerakan sesuatu benda asing pantas menurunkan semula lengan hoodienya. Riak wajah langsung berubah dingin semula. "It's always my fault, isn't it? Right, Farren?" soal Imani perlahan, menyentakkan Farren yang menyembunyikan diri disebalik sebuah dinding. Farren tersenyum kekok lalu menggeleng perlahan. Imani membuka pintu belakang lalu mengenggam pergelangan tangan Farren sambil menarik Farren ke sesuatu tempat. Kepala hoodie juga ditarik naik, menutupi separuh wajahnya. Farren hanya mengikuti dengan pasrah.
"You've done your best, right?" Langkah Imani Hawks langsung terhenti. Tawa Imani kedengaran sinis sahaja. Dia mencerlung dalam seraut wajah lembut milik Farren.
BANG! BANG!
Kereta yang dipandu oleh Atlas hilang kawalan tatkala dua buah tayar kereta ditembak. Hendal brek ditekan sehabis kuat sebelum keretanya terbabas masuk ke dalam bangunan-bangunan lama yang dipenuhi tumbuhan hijau menjalar. Dia mengenggam tangan pada stereng tatkala dia merasakan kepalanya terhantuk kuat pada stereng kereta. Rengusan kesakitan tidak habis-habis dikeluarkan. Atlas mengatur nafasnya semula. Telefon pintarnya juga telah pecah ditembak oleh pihak musuh. Tali pinggang yang masih melilit pinggang dibuka.
Perlahan-lahan dia merangkak keluar daripada keretanya. Bau minyak petrol menyengat pada hidung. Dapat dia rasakan cecair hangat mengalir keluar daripada celah rambut lebatnya. Nafasnya berterabur walau sudah cuba diatur sebaiknya. Suara asing mula menyapa pendengaran. Atlas bingkas bangun lalu berlari melalui semak-semak tumbuhan hijau tersebut tatkala suara asing tersebut semakin menghampirinya. Sebuah peluru melepasinya menandakan penembak tersasar targetnya.
"Bullshìt!" sumpah Atlas geram. Hampir-hampir sahaha dia jatuh ke dalam tangan pihak musuh jika dia tidak terus melarikan diri sebentar tadi. Sepucuk pistol yang diselit di sisi pinggang dikeluarkan lalu diacu ke pihak musuh yang mengacukan pistol mereka ke arahnya juga.
Bang!
"Newbies huh?" Picu ditarik lalu tembakan dilepaskan tepat pada dada salah seorang daripada pihak musuh. Lima orang kesemuanya. Nasib mereka berlima sungguh malang kerana bersemuka dengan Atlas, si penembak bermata helang, bermata tajam. Dadanya laju sekali turun dan naik. Nafasnya pula sesak. Sisanya tinggal tiga orang. Seorang yang telah tumbang di atas lantai bermandikan darah dipandang sekilas. Cecair pekat berwarna merah tidak henti-henti mengalir keluar daripada dada yang telah berlubang kerana kesan tembakan.
"Say goodbye–" sinis seorang jejaka yang berada tidak jauh dari kedudukan Atlas. Atlas mengoyak senyuman sinis lalu pantas mengambil beberapa langkah ke tepi seraya mengelak serangan yang datang.
Bang!
Dahi rakan sekerja jejaka tersebut berlubang dan dàrâh membuak-buak keluar. Jejaka yang menyindirnya tadi terkesima melihat rakan di sebelahnya tumbang tidak bernyawa, hanya jasad bersamanya. Mereka berdua terkedu dengan tembakan yang dilepaskan tepat mengenai dahi rakan sekerja mereka. Atlas menjongketkan keningnya sambil mengacukan pistol tepat pada salah seorang pihak musuh.
Bang! Bang!
Tidak disangka dek akal, tembakan yang dilepaskan oleh pihak sebelah mengenai bahu kiri dan peha kanan Atlas. Tangan si penembak bergetar hebat tatkala dia menangkap cerlungan tajam daripada Atlas Aziel. Pistol yang digenggam langsung jatuh dan dia hanya mampu berdiri statik di situ, menanti kematian mengambilnya. "You're son of a–" Suara Atlas berada di celah gigi sambil melepaskan tembakan.
Bang!
"–bïtçh," sindir Atlas tidak berperasaan. Jejaka yang menyindirnya tadi tinggal keseorangan bersama tiga tubuh kejung yang tidak mempunyai roh lagi. Atlas mengacukan pistol ke arah jejaka yang menyindirnya sebentar tadi. Hujung pistol menghasilkan api dan mengeluarkan sedikit asap tatkala Atlas menarik picu pistol tersebut.
Bang!
Perlahan-lahan Atlas menghayun langkah mendekati tubuh jejaka tersebut. Dadanya turun naik selari dengan pergerakan dada pihak musuh yang kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan. Sengaja dia melepaskan sebutir peluru berdekatan dada. Ya, Atlas sengaja berbuat demikian. Pisau rambo pantas dikeluarkan.
"You're the one who needs to say goodbye to world, Jeremy," ujar Atlas. Nadanya agak berterabur namun wajahnya kekal mendatar. Hujung mata pisau yang tajam dielus di sekitar leher jinjang milik Jeremy yang masih bersih tanpa sebarang cacat cela mahupun kesan percikan dàrãh.
Tsuk!
Lantas itu, Atlas segera membenamkan mata pisau ke dalam kulit leher Jeremy dengan menusuk pisau rambo tersebut. Air mata Jeremy yang mengalir perlahan-lahan dipandang dengan penuh simpati namun sifar sifat empatinya. Atlas tersenyum nipis lalu dia menyeka lembut cecair jernih yang kian mengalir laju menggunakan kekura tangannya yang keras.
"Dè?th is the only ending for villainess. I guess you know who you are right now, right here." Atlas Aziel menarik pisau yang menusuk dalam pada leher lalu dia menghentak mata pisau tersebut ke dalam anak mata Jeremy yang cantik seperti kristal. Ya sememangnya cantik, sayangnya jejaka ini jatuh ke dalam ñ?rákà buatan dunia.
Tsuk!
Kawasan kedua-dua bebola mata Jeremy ditikam laju lalu Atlas mêrôb?k keluar bebola mata Jeremy bersama isi daging yang masih s?gàr. Atlas memandang kosong bebola mata yang kini berada dalam genggamannya. Segera dia melemparkan kedua-dua biji mata yang telah dïróbêk itu ke sekelilingnya. Kemudian, pisau rambo tersebut ditusuk ke dalam isi dada Jeremy lalu dia merentap kasar pisau tersebut sehingga dada yang dilitupi dengan kulit menghasilkan belahan besar.
Isi perut Jeremy térbûrà? keluar bersama limpahan darah yang mengalir seperti tiada penghujungnya. Pandangan matanya tertancap pada tong-tong minyak yang masih kelihatan belum disentuh dalam tempoh yang lama kerana jelas dikelilingi habuk-habuk kotor.
"Nak mengadu, nanti tak nampak cool pula. Shame on myself," ujar Atlas sambil melepaskan keluhan berat. Sebagai kapten pasukan, bukanlah mudah untuk menyimpan segalanya di dalam minda dan hati sahaja. Resahnya, lelahnya, gembiranya dan segala perasaan harus dikawal dengan cermat sebelum keadaan menjadi lebih buruk. 'I got my mind full of unsaid things,' teriak suara hatinya. Langkah diatur menuju ke arah tong-tong minyak yang tidak jauh dari kedudukannya. Penutup salah sebuah tong tersebut dibuka. Bau minyak menusuk tajam ke dalam rongga hidung membuatkan Atlas terbatuk dan menggosok hidungnya kasar. Tong yang dibuka tersebut ditutup kembali lalu dia mengambil beberapa langkah ke belakang.
Bang! Bang! Bang! Bang!
Empat das tembakan dilepaskan tanpa henti tepat pada perut tong tersebut. Seketika, perasaan mahu rebah datang bertandang. Dia tidak boleh lari daripada kegelapan ini. Kegelapan yang sentiasa memburunya. Mungkin ini takdir hidupnya.
Boom!
Sebuah tong minyak menghasilkan letupan sederhana besar, diikuti pula dengan tong-tong lain yang menerima kesan letupan tersebut. Atlas menoleh ke belakang lalu perlahan-lahan meninggalkan empat mayat yang terbakar dalam api yang marak itu. Haba yang dihasilkan menyentuh kulitnya namun diabaikan sahaja kesannya.
"Perhaps, I don't deserve any nice things 'cause I'm paying for sins I don't remember."
Kedua-dua belah kaki Atlas Aziel terasa lemah sahaja dan tanah yang dia berpijak di atasnya terasa lembut, seolah-olah tidak dapat menampung dirinya lagi. Atlas jatuh melutut di atas tanah jua pada kala itu ditemani api yang menjulang-julang naik di belakangnya. "I'm still a.. human..." Atlas sempat mengujar beberapa patah perkataan walau kenyataannya bibirnya sudah berat untuk mengeluarkan sepatah perkataan. Tidak lama selepas itu, pemandangannya kabur dan kelam. Telinganya tidak lagi mendengari bunyi burung berkicauan mahupun bunyi letupan yang dihasilkan oleh tong-tong minyak tadi. Dia tersungkur di situ bersama kudrat yang lemah, tidak bertenaga.
???????????
Thank you for reading this chapter.
Share this novel