Bab 71

Romance Completed 1445138

Syed Arman menghubungi Nurlisa lagi, tetapi kali ini panggilan terus ke voice mail, bermakna Nurlisa mematikan taliannya.
Syed Arman mengeluh lemah, dia mengesat peluhnya di dahinya, matahari kelihatan sangat terik.
Bandar Arau tidaklah terlalu besar, tetapi Syed Arman tidak juga menemui Nurlisa, apatah kelibat Nurlisa, kereta CRV putih yang digunakan Nurlisa juga tidak nampak batang hidung.
Syed Arman tidak putus asa, dia akan mencari sampai berjumpa dengan Nurlisa, dia perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera.
Dalam pencarian itu, hatinya tidak putus putus berdoa, tidak putus putus berharap.
Sudah semua hotel Syed Arman masuki, walaupun mereka tidak mahu memberi kerjasama, Syed Arman tidak berputus asa.
Di dalam kepenatan yang singgah, dia meletakkan kereta di birai jalan, dia berniat untuk berjalan kaki, manalah tahu Allah memberi rezeki untuk dia berjumpa dengan Nurlisa.
Dia sudah menghubungi Ameena dan Danish, mereka akan sampai lewat petang kerana menaiki ERL, Syed Awaludin dan Syed Adam juga akan sampai keesokan harinya dengan flight pagi ke Alor Setar.
Dia tidak memberitahu sesiapa tentang Nurlisa, dia ingin menyelesaikan dahulu mengikut rasa bersalahnya.
Dengan jiwa yang tidak keruan, dia singgah di kedai yang pertama, kerana ingin membeli mineral water. Kelihatan kedai itu seperti studio photo, yang menyediakan khidmat photostat kepada pelanggan.
Syed Arman mencapai air mineral di peti sejuk itu dan melangkah ke kaunter untuk membayar. Walaupun kakinya melangkah, jiwanya tidak pernah sedikit pun lari dari mengingati Nurlisa.
Seorang lelaki yang separuh umur, mungkin sebaya ayahnya berada di kaunter dan memerhatinya dengan penuh minat.
“Saya seperti kenal encik, encik pernah tak datang ke kedai saya untuk mengambil gambar dulu,” Lelaki berbangsa cina itu menegurnya.
“Uncle kenal saya, rasanya tak pernah uncle, saya tidak pernah datang ke kedai ini,” Syed Arman berbasi basi, dia mahu cepat keluar dari kedai ini kerana mengejar masa untuk mencari Nurlisa.
“Encik, Uncle kenal Encik, boleh ikut uncle sekejap, ada sesuatu yang isteri encik tertinggal di kedai Uncle lama dulu, Uncle cam muka encik, Uncle menanti encik dan isteri encik sudah lama,” Lelaki cina itu sangat confident apabila bercakap dengan Syed Arman.
Syed Arman memandang lelaki cina yang begitu bersungguh sungguh itu. Dia tersenyum kerana terhibur dengan gaya lelaki itu bercakap, sangat yakin dengan percakapannya.
“Uncle salah orang ni, saya belum kahwin la Uncle,” Syed Arman menghulurkan duit RM5 untuk membayar air itu.
“Uncle tak salah orang, wajah encik bukan seperti orang melayu, jadi Uncle ingat. Beginilah encik, ikut uncle dulu, Uncle akan tunjukkan sesuatu, kalau Uncle salah, tak mengapa,” lelaki cina itu mula melangkah ke tingkat atas kedainya.
Dia memandang Syed Arman, untuk memastikan Syed Arman mengikutnya.
Dengan angkah yang lemah, apabila melihat lelaki cina itu begitu bersungguh sungguh, Syed Arman merasa tidak salah untuk melihat apa yang akan ditunjuknya.
Dia pun kasihan melihat lelaki cina itu beria ria dengan mata yang bersinar.
Semasa dia memanjat tangga itu, uncle itu tidak berhenti bercakap
“Uncle dah lama tunggu endik berdua datang ke sini. Uncle berharap Uncle tidak mati cepat, Uncle ada letak date di gambar yang Uncle simpan,”
Date?
Gambar?

Syed Arman mula berdebar apabila Uncle itu begitu bersungguh, mungkin dulu dia bergambar untuk potret di rumahnya, jadi dia terlupa untuk mengambilnya.
“Masuklah ke pejabat Uncle, kecil sahaja, tapi sini tempat Uncle suka duduk,” dia membuka pintu untuk Syed Arman dan menjemput Syed Arman duduk di sofa, dan bilik pejabat itu kelihatan seperti studio.
Semasa melabuhkan punggungnya, matanya tertacap kepada bingkai gambar yang sangat besar, tergantung kemas di bilik itu.
Syed Arman bingkas bangun dan mendekat dirinya dengan gambar itu, sekilas itu darahnya berderau.
“Encik, gambar inilah yang Uncle maksudkan. Lelaki dan perempuan di dalam gambar itu adalah suami isteri. Gambar ini di ambil sudah lama, masa itu lelaki itu baru balik sembahyang jumaat, isterinya mengajak ambil gambar bersama,”
Tanpa tahu apa apa, Uncle itu menerangkan satu persatu.
Syed Arman longlai di sofa itu. Wanita di sebelah lelaki itu adalah Nurlisa, dan dia tahu itu adalah Nurlisa walaupun tidak bertudung. Wajahnya kelihatan sangat polos.
“Ya Allah, apa yang aku nampak ni, apa semua ni, Ya Allah,” Syed Arman meraup wajahnya, dia sudah mula mengigil, dia meramas tangannya kasar.
Uncle itu mula bercerita apabila melihat Syed Arman mendiamkan diri.
“Uncle pasti ini encik, kerana encik tidak seperti orang melayu. Uncle tidak salah kan? Sesuatu yang terjadi pada ingatan encik ke? kerana encik seperti tidak kenal gambar encik sendiri,” Uncle itu masih bercakap dengan Bahasa melayu yang fasih.
“Maaf Uncle, saya tidak ingat, saya kemalangan, ada banyak perkara saya tak ingat,” airmata Syed Arman mula merembas keluar, dia celaru dan bermacam macam yang dia fikirkan serentak.
Nurlisa isterinya?
Selama ini Nurlisa adalah isterinya?
Lelaki yang Nurlisa dambakan itu adalah dirinya?
Ya Allah..Ya Allah..
“Jadi Encik tidak ingat isteri encik?,” Uncle itu bertanya polos
Syed Arman mengangguk, dia sudah menangis, dia memegang kepalanya, dia terkulai lemah di sofa itu.
Uncle cina itu terkejut melihat Syed Arman, dia datang dan memeluk Syed Arman kemas. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan, tetapi dia perlu menenangkan lelaki muda itu.
“Encik sabar ya, Uncle ada sesuatu yang nak beri kepada Encik, Uncle simpan di dalam peti besi sudah lama, sekejap ya Uncle ambil,” Uncle cina itu melepaskan pelukan dan melangkah ke peti besi di sudut office itu.
Syed Arman memandang gambar itu, kelihatan mereka sangat bahagia, mata Nurlisa yang cantik itu terlihat sangat bersinar, terpancar bahagia itu dengan jelas.
Tangannya masih mengigil, dia cuba meningati apa yang berlaku, tetapi tiada apa apa yang muncul di fikirannya.
“Uncle boleh panggil saya Arman,” Arman bersuara apabila Uncle itu datang dengan sesuatu di tangannya.
“Baik Arman, ini adalah kotak yang isteri Arman tertinggal semasa kali terakhir dia datang. Semasa dia datang pada pagi itu, wajahnya sangat pucat, mata dia sembab seperti lepas menangis. Dia bawak beg seperti ingin travel, tapi bila uncle tanya, dia hanya diam,”
Syed Arman menyambut kotak itu dan mula membukanya.
“Dia datang ke sini kerana ingin photostat sijil nikah. Sijil nikah ini tertinggal di mesin photostat. Uncle cuba kejar dia tapi dia sudah hilang. Jadi Uncle simpan bersama kotak ini. Ini sijil nikah Arman, maaf sebab Uncle tengok sebelum Uncle simpan,” Uncle Cina itu menghulurkan kepada Syed Arman.
Syed Arman meletak kotak itu kesisinya, dia mengambil sijil nikah itu dan melihatnya.
Tertera dengan jelas mereka dan ic mereka berdua di kertas yang masih elok itu. Tarikhnya juga tertera dengan jelas.
Bermakna sudah 6 tahun Nurlisa menjadi isterinya.
Dia mula mengingati reaksi pertama apabila Nurlisa bertemu dengannya, isterinya itu pengsan di depannya.
Ya Allah, kenapa KAU mengambil ingatanku Ya Allah..
Syed Arman menangis dan mencium sijil nikah itu. Dia tidak tahu apa yang harus di lakukan.
Sudah bermacam macam Nurlisa lalui deminya, tetapi dia tidak ingat isterinya.
Pasti sesuatu yang berlaku yang membuatkan Nurlisa takut untuk berterus terang.
Syed Arman meminum air mineral yang dibeli tadi, dia meneguk perlahan dan tekaknya terasa sakit, air matanya masih merembas keluar, dia sudah tidak malu dengan Uncle Cina itu.
“Uncle, terimakasih sebab masih simpan semua ni, masih ingat pada saya, terimakasih Uncle, saya bertuah kerana singgah di kedai uncle hari ni. Saya sangat bertuah,” Syed Arman bangun dan memeluk Uncle cina itu.
Walaupun badannya mengigil, dia perlu ucapkan terimakasih kerana kehilangan Nurlisa pada hari ini mengundang jawapan yang besar.
“Arman bersama isteri sangat cantik dan handsome, Uncle suka pada kamu berdua, sebab itu Uncle print gambar dan letak di dalam bilik Unlce. Ada banyak gambar yang uncle masih simpan, tapi ini yang paling uncle suka. Uncle dengan Aunty tiada anak, jadi kamu berdua buat Uncle rasa seronok,”
“Uncle print semua gambar kamu ya, mana tahu boleh tolong kamu ingat semula. Ada satu video juga yang Uncle record semasa sessi photoshoot. Kamu boleh simpan,” Uncle Cina itu bangun dan mula membuka laptopnya.
Dia mengambil thumdrivenya dan mula mempersiapkan kertas untuk mencetak gambar mereka.
“Uncle tak tahu nak share dengan Arman video ni, tapi Uncle copy kat thumb drive baru, nanti Arman simpan ya, Uncle simpan jugak, kalau copy yang ada dengan Arman hilang, boleh datang minta dengan Uncle,”
Syed Arman mengangguk perlahan, dia sudah tenggelam di dalam emosinya.
Di fikirannnya terbayang semua kejadian dia bersama Nurlisa, bagaimana Nurlisa kelihatan sangat obsess dengan kenangannya, bagaimana Nurlisa memandangnya dengan penuh cinta.
Dia teringat tentang password kondo Nurlisa dan baru dia perasan password itu adalah tarikh lahirnya.
Kenapa dia tidak perasan semua itu?
Kenapa?
Selama ini Nurlisa tahu dia suaminya, patutlah Nurlisa merelakan dirinya di sentuh, Nurlisa membalas kucupannya, Nurlisa tidak segan memeluknya.
Tapi apa yang dia buat kepada Nurlisa?
Dia mendakap lututnya, menangis semahu mahunya.
Dia teringat Nurlisa menefonnya waktu malam, membahasakan dirinya Sofea, menangis di dalam tidurnya. Dia ingat satu persatu tentang kesakitan Nurlisa.
Rupanya dia yang menyebabkan Nurlisa sakit.
Tapi kenapa Nurlisa tidak berterus terang tentang mereka?
Kenapa?
Pasti ada sesuatu ketakutan yang Nurlisa hadapi, pasti ada sebab, dia pasti itu.
Tangan kembali mengambil kota kecil itu, kotak yang bersaiz A4.
Dengan perlahan dia mengeluarkan sesuatu seperti buku, dan ada perkataan yang tertulis di muka hadapan buku itu.
“KISAH KITA BERDUA, Sofea sayang abang”
Syed Arman mengambil buku itu dan menciumnya dengan airmata yang sarat.
“Abang minta maaf Sofea, abang tak ingat Sofea, mesti kita saling menyintai, sebab abang boleh belakangkan umi untuk berkahwin dengan Sofea. Dan abang jatuh cinta sekali lagi dengan Sofea, tapi kali ini abang melukakan Sofea, bodohnya abang,” Syed Arman berkata perlahan, telinganya mendengar jelas ucapannya.
Syed Arman memandang Uncle cina itu sayu, kelihatan Uncle itu bertungkus lumus mencetak gambar itu. Wajahnya kelihatan sangat ikhlas. Terlihat wajahnya yang sangat gembira kerana berjumpa dengan Syed Arman.
“Arman, ini semua gambar kamu berdua, Uncle print semua, nanti akan bantu Arman untuk ingat semula, mesti akan ingat semula, Arman jangan susah hati,”
Syed Arman mengambil gambar itu dan melihat satu persatu. Dia melihat gambar Nurlisa yang memeluknya, dia pula mencium pipi Nurlisa.
Nurlisa tanpa makeup, tetapi sangat cantik.
Nurlisa isterinya… dia masih tidak percaya
Nurlisa isterinya… dia masih berada di awangan.
Apabila melihat gambar itu, teringat tentang posting instagam yang memperlihatkan dua tangan berpegangan, dan itu adalah tangan mereka.
Dia mengeluh lagi.
Kenapa dia tidak pernah terfikir akan Nurlisa adalah orang yang dicarinya, gadis di dalam mimpinya. Dan dia tahu itu adalah Nurlisa, tetapi apa yang dia buat sehingga Nurlisa berdarah?
Janganlah aku menderanya?
Ya, dia teringat tentang bunga Lily, tentang perfurme, semua itu adalah dia.
Nurlisa tidak pernah melupainya, segala yang terjadi pada Nurlisa menjurus kepada cinta Nurlisa kepadanya.
***********************************************
Syed Arman sudah sampai ke hotelnya di kangar, dia ingin membaca diari itu, untuk dia tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Didalam kesedihannya yang tiada bertepi, teleponnnya berdering minta di angkat.
Syed Arman memandang teleponnya tidak berkutip, dia melihat panggilan daripada abangnya dan dia tiada rasa untuk menjawab.
Dia didalam kekusutan, bagaimana harus dia bercakap.
~Angkat call sekejap, abang ada something nak update pasal Nurlisa~
Syed Arman terus mendail number abangnya apabila ada perkataan Nurlisa di dalam message itu.
“Kenapa dengan Lisa abang?,” tanpa memberi salam dia terus bertanya.
“Lisa hantar resignation letter thru portal, sejam yang lepas. Abang dapat call from secretary abang. Babah with abang now, Babah tanya kenapa Lisa resigned?”
“Abang dah called Lisa, masuk voicemail, Ameena pun call jugak, masuk voicemail. What happened, semalam dia ok jer, Babah need your explanation,”
“Ameena tried call Lisa thru Instagram, tak go thru, thru fac also tak boleh, all socmed dia tak active. Instagam masih active thru Ameena’s phone. Abang dah called Eusoff, Eusoff call juga tak dapat. Arman ada apa apa nak share dengan Abang?,”
Suara Syed Adam sedikit keras apabila dia hanya mendiamkan diri, tidak menjawab semua pertanyaannya.
Dia memutuskan teleponnya, dia perlu bertenang.
Bertenang dulu, tarik nafas..
Syed Arman Kembali memegang diari itu.
Di kulit paling belakang diari itu, tertulis dengan tulisan tangan Nurlisa yang dia sangat kenal.
“Abang, suatu masa nanti kalau abang terjumpa diari ini, abang mesti mulakan bacaan dari muka surat paling hadapan. Sofea nak abang tahu cerita kita dari A dahulu, jadi abang akan faham cinta Sofea pada Abang. Abang adalah kejadian cinta pada sempurna untuk Sofea – Isterimu”
Airmatanya mengalir lagi, dia memeluk diari itu kemas.
Dia perlu menghabiskan bacaan diari ini malam ini, dia perlu tahu kenapa dia bertemu Nurlisa di sini.
Pasti rumah agam itu menjadi tempat pertemuan mereka, kerana dia datang ke Arau dan tidak pernah keluar kemana mana.
Sekarang dia tahu kenapa Nurlisa masuk melalui dapur kerana dia sudah biasa di rumah agam itu.
Esok dia perlu mula dari rumah agam itu, mesti dia akan terjumpa hint untuk mencari Nurlisa.
Dia pasti bertemu.
BERSAMBUNG

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-03-14 01:22:49 

nite , dear. plz update

eiylaeriz
2021-03-13 10:31:16 

update please...sedihh sgt...

YAZNI-ERNIE
2021-03-11 01:24:27 

morning, dear


NovelPlus Premium

The best ads free experience