Rate

BAB 2

Drama Series 2042

"Awak nak makan apa?" soal Amira. Dia pening kerana memang setiap hari kantin sekolahnya menyediakan pelbagai makanan yang sangat menyelerakan. "Saya pun tidak tahu lah. Kalau awak nak beli makanan, beli sahajalah. Saya nak ke tandas sekejap tau." jawab Kyra dan terus keluar dari kantin. Untuk ke tandas, dia perlu melalui kelasnya. Semasa dia lalu di hadapan kelas kedua, dia ternampak kelibat Lee! Kyra terkejut. Dia ingin sahaja menegurnya kerana waktu rehat memang tidak dibenarkan untuk masuk ke kelas. Kyra hanya menghendap Lee dari luar kelas. Dia berfikir di dalam hati untuk tegur dia atau tidak. Pergi jelah bukan ada apa apa pun. Kyra hanya menegur Lee dari luar kerana jika dia masuk takut ada pelajar lain nampak mereka berdua duaan pula. "Hello, awak tu pelajar baru kan? Maaf lah saya nak cakap peraturan sekolah, waktu rehat tidak boleh masuk ke kelas." kata Kyra sopan walaupun dia tahu pelajar itu hanya Lee dan sebaya dia je pun. Pelajar itu hanya diam dan terus membaca buku. Kyra malas ingin melayan dan terus pergi ke tandas. 'Kalau kau kena marah dengan pengawas, aku orang pertama akan sokong pengawas tu.' kata Kyra geram. "Lamanya pergi tandas. Kesian saya makan seorang diri je tau." kata Amira merajuk. "Maaflah, saya lambat sebab tadi saya nampak Adam Lee tu dalam kelas dia. Saya tegurlah dia supaya dia keluarlah dari kelas. Tapi dia tidak layan pun. Dia diam je." cerita Kyra sambil menggenggam tanggannya tanda geram. Amira hanya mengangguk.

"Bye, Kyra saya balik dulu. Petang nanti saya datang rumah awak." kata Amira dan terus pergi ke arah keretanya. Kyra tersenyum dan hanya melambai. 'Mana ibu ni?' soal nya pelik. 'Mesti tidak ingat lagi. Hish, kena jalan kaki lagi lah hari ni.' katanya dalam hati. Dia memang selalu balik jalan kaki kerana ibunya selalu sibuk sampai terlupa ingin menjemputnya pulang. Tetapi Kyra selalu faham dengan kerja ibunya. Ayahnya juga selalu sibuk. Kyra selalu tinggal di rumah bersama mak Aini merangkap pembantu rumah Kyra. Dia berjalan seorang diri sambil memikirkan tentang Lee. Dia memang sangat rindu kepada kawan lamanya, Lee. Dia sedih kerana menganggap Lee sudah melupakannya. Kyra juga ada mendengar cerita yang Lee seorang yang sangat pendiam. Jika sesesorang itu terlalu memaksanya, dia akan menjadi marah. 'Baru hari pertama sekolah dah buat perangai ke?' fikirnya. 'Tetapi Lee ni, ramai juga peminatnya.' katanya lagi sambil ketawa kecil. Tiba tiba dia ternampak seperti ada pelajar lain yang sedang berjalan kaki sepertinya. Kyra terus ingin mengejar pelajar itu kerana dia takut juga berjalan seorang diri. Selalunya mesti ada pelajar lain yang berjalan kaki, tetapi hari itu tiada pula. Kyra terus mengejar pelajar itu. Kini Kyra sudah ada betul betul di belakang pelajar itu. Kyra mula memberi salam. Dia dengar pelajar itu menjawab salamnya tetapi pelajar itu tidak menoleh ke arahnya. Kyra hanya mengeluh. "Nama awak Adam Lee, pelajar baru kan?" soalnya. Kyra bertanya takut salah orang pula, tetapi dia memang seperti Lee dari belakang.

"Ha, kau siapa?" soalnya pula. "Pandanglah belakang dulu, saya Kyra Medina. Panggil je Kyra." jawabnya. Kyra terus pergi ke sebelah Lee. "Hai Lee, awak tidak ingat saya?" soal Kyra sambil tersenyum. Lee terus berhenti berjalan dan menoleh ke arah Kyra. Kyra terpaku kerana dari dekat, Lee sangat lain. Mukanya sangat kacak dengan memakai kaca mata membuatkan dia hampir ingin pengsan sahaja. Kyra cuba menahan perasaan itu dan hanya tersenyum manis memandang bawah. Dia tidak sanggup ingin bersemuka dengan Lee. "A..Awak K...Kyra?" soal Lee sedikit gagap. Kyra hanya ketawa kecil melihatnya. "Betullah, nama saya Kyra Medina. Kalau awak tak ingat saya, tidak mengapa." jawab Kyra. 'Sampai hati awak tak ingat saya. Saya faham awak mesti ada girlfriend kat sana lagi cantik kan.' katanya dalam hati. Kecewanya. "Saya ingat awak lah. Rindunya saya dekat awak, Kyra!" kata Lee sedikit menjerit. "Saya pun. Saya ingat awak sudah tidak ingat saya." jawab Kyra. Hatinya sedikit lega. "Semestinya saya ingat kekasih hati yang saya sangat sayang ni!" kata Lee sambil ketawa. Muka Kyra mula merah tanda dia malu yang teramat. "Awak ni tetap lawak sama macam dulu." jawab Kyra. "Saya tak buat lawak lah, saya betul rindu awak." kata Lee cuba menyakinkan Kyra. "Saya pun rindu awak lah, sebagai BFF tersayang saya!" jawab Kyra sambil ketawa. Lee hanya tersenyum dan kembali diam. "Kenapa awak ni, tiba tiba je?" soal Kyra sedikit kecewa. 'Aku ada buat salah ke?' fikirnya dalam hati. "Tiada apa apa lah, bye!" jawab Lee dan terus balik ke rumahnya. Kyra hanya mengeluh dan dia juga ingin balik ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience