Rate

BAB 1

Drama Series 2042

Kyra Medina pergi ke sekolahnya seperti biasa. Tiba di kelas, dia segera mencari kawan baiknya iaitu Amira. 'Mana dia ni?' soalnya, pelik. Dia langsung tidak nampak kelibat kawannya itu malah, kelasnya juga kelihatan tidak ramai orang. Dia melirik ke arah jam tanggannya, 6.45 pagi. Dia pelik biasanya pada pukul sebegini, kelasnya sudah ramai orang datang kerana maklumlah kelasnya memang antara kelas yang cemerlang. Dia terus meletakkan beg sekolahnya. Dia mengeluarkan buku cerita sambil ingin menunggu bunyi loceng menandakan waktu perhimpunan.

"Kyra! Awak di sini?" soal Amira tiba tiba. "Ish, terkejut lah. Kenapa tanya saya soalan macam tu?" jawabnya pelik. Amira hanya tersengih. "Ada apa yang awak nak cakap ke?" soal Kyra. Dia memang sudah masak dengan perangai kawannya itu. Apabila tersengih sengih macam tu, mesti ada makna. "Awak nak tahu tak, sekolah kita ada pelajar baru!" kata Amira sambil terjerit kecil sebelum perlahan lahan menarik kerusi dan duduk di hadapannya. "Dah tu, awak tak pernah nampak orang baru ke?" jawab Kyra. "Masalahnya, pelajar itu kacak sangat. Dia kacukan dari Jepun tau." kata Amira. Tiba tiba entah kenapa dia teringatkan kawan lamanya, Adam Lee. 'Tidak mungkin dia.' fikirnya di dalam hati. "Jom, kita tengok dia nak?" cadang Amira. "Untuk apa, kalau dia tu artis ke tak apalah jugak. Setakat pelajar biasa je kan?" jawab Kyra. Amira hanya mencebik. Dia terus merampas buku Kyra dan menarik tanggannya. "Apa ni?" soal Kyra marah. Amira tidak menjawab dan terus membawanya ke kelas sebelah. 'Ramainya orang kat sini, patutlah kelas kosong!' katanya dalam hati.

"Itulah dia!" kata Amira gembira. "Err... Mira, nama dia siapa?" soal Kyra kerana dia seperti pernah nampak jejaka itu. "Tidak silap saya nama dia, Adam Lee!" jawab Amira. "Apa!" jerit Kyra. Dia sangat terkejut. Dia melihat semula jejaka itu. 'Betul lah, Lee.' katanya dalam hati. Dia mula tersenyum gembira. 'Tetapi, dia mesti dah tidak ingatkan saya. Saya rindukan awak Lee.' fikirnya. "Kau ni, kenapa jerit kuat sangat. Orang tengoklah!" marah Amira. "Maaf." dia terus masuk ke kelasnya dan duduk di tempatnya. Mukanya kelihatan sedih. "Kenapa sedih pulak ni?" soal Amira pelik. "Tiada apa apa." jawab Kyra lemah. Dia teringatkan semasa dia terpaksa berpisah dengan Lee. Masa itu, dia sangat sedih. Dia tiada kawan sehinggalah masuk sekolah menengah, dia bertemu Amira yang sangat peramah dan baik hati. "Kyra! Awak berangan apa lagi tu, cepatlah loceng dah bunyi." kata Amira. Kyra terkejut dan terus keluar untuk ke tapak perhimpunan segera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience