BAB29

Romance Series 12288

"Dhia...makan lah.." pujuk ku "aku nak anak aku....aku nak anak aku az...aku nak sangat jaga anak aku....." aku mengeluh kesian aku tengok dia menangis dah tiga hari dah abby menangis termenung.

"Az..faizan korang balik lah...dah tiga hari korang berjaga asyik aku je tido...balik aek...nanti esok pagi korang datang lah lagi..." kata alfian aku pandang faizan,faizan angguk.

"Yelah kau jaga abby baik baik....aku taknak dia macam ni...sedih aku tengok dia..." kata ku sayu alfian senyum dan angguk aku pergi kearah abby.

"Abby kau jaga diri tau kami balik dulu esok kami datang lagi....." kata ku abby hanya menangis aku mengeluh dan mengikut faizan keluar.

"Faizan kenapa abby jadi sedih macam tu aek?anak dia dah mati kot...." kata ku faizan pandang aku sekilas dan memandu.

"Az....ibu mana tak sedih anak yang dia kandung tu pergi macam tu......cuba az bayang...az Kat tempat Abby..." Aku berfikir

"Mesti lah aku sedih...kesian Abby...." Kata Ku faizan hanya senyum kecil.

"That's my girl...." aku mengusap kepala az  "aku taknak lah ada babg nanti aku jadi macam abby..." sentap aku  "az anak tu anugerah tuhan....aku taknak kau cakap macam tu!" marah faizan aku ketawa kecil dan mengusap pipi faizan.

"Aku gurau lah.....aku pun nak ada anak....jangan lah kau fikir aku taknak anak semua nak ada anak..." kata ku faizan terus senyum.

"kalau macam tu.......malam ni kita buat anak nak?" aku menelan liur dan mengusap tengkuk ku yang berlapit tudung.

"Faizan aku ngantuk ni nanti kejut kan tau kalau dah sampai...." kata ku dan terus pura pura melelap kan mata ku aku dengar faizan ketawa

*********************************
ADRIN P.O.V

"Babah!kenapa ni?!" aku memegang bahu babah bila tengok babah terbatuk batuk tak henti dari tadi "da....da..darah! Adrian! Adriz!babah" jerit ku sambil membantu babah ku yang nak rebah aku jadi gelisah.

"Ya Allah babah!" Adrian dan adriz terus berlari kearah kami   "ad...adrian...adrin.....adriz.....ba.... Babah dah tak lama l....lagi... Ba....babah nak ca...cakap sesuatu...ja...jaga adik ka...uhk uhk!" aku menjadi gelabah "adriz telefon ambulance!" adriz angguk dan mendail.

"Ja...jaga adik kamu...nu...nur adlin azrin.....di....dia satu satunya pe..perempuan a....adik kamu....ba...uhk!babah tahu az dah kahwin....tap.....tapi az masih be...belum c..cukup mat...matang....ka..kamu tah....tahu e..emosi az tidak menentu......az...tak gila cu...cuma dia rasa...stres ma....masa u...umi pergi tinggalkan kita...ja......jangan c..cakap adik kamu gila...... kirim salam dekat az...babah sayang sangat dekat az....babah bangga dengan kamu semua...semua berjaya....jangan sia sia kan waktu kamu...uhuk!" kami hanya menahan tangisan   "babah ikut Adrian mengucap...." kata Adrian babah hanya mengucap aku pandang babah yang senyum dengan kami.

Aku pandang babah yang menutup mata "babah?" panggil adriz tapi tiada sahutan "babah!jangan tinggalkan kami babah...babah" adriz menangis aku dan Adrian menangis.

"Adriz!tak Bagus meratap orang yang dah pergi....." adriz menangis semahunya mula kedengaran siren ambulans kami semua terus pergi hospital.

************************

"Kenapa....hospital......ada apa?......ok kami pergi sekarang!" aku terkejut dengar jeritan faizan "kita pergi hospital ya?" aku masih blur hanya diam.

Faizan membawa dengan laju aku yang senyap kenapa airmata aku mengalir ni...kenapa hati aku lain ni kenapa aku rasa sedih?

"Kenapa datang sini balik ada barang tinggal ke?" faizan memandang aku sayu "jom" aku hanya ikut kemana faizan pergi.

"Abang Adrian?abang adrin?abang adriz?buat apa kat sini alfian?kenapa kumpul dekat sini?" tanya ku.

"Az....tenang ya...babah dah pergi tinggalkan kita...babah tinggalkan kita buat selama lama nya..." kata abang Adrian sambil memegang kedua dua bahu ku.

Aku ketawa aku rasa lawak "abang merepek apa hahahah!abang tipu kan?" aku buat gelak terpaksa "az...terima kenyataan babah dah pergi kita doakan yang baik baik ya az..." pujuk Adrian lagi.

****************************
FAIZAN P.O.V

aku memandang az yang gelak terpaksa aku pun tak sangka babah pergi cepat ni aku memandang sayu pada az.

"Tak abang prank az kan!hahahah az tahu abang tipu!abang nak balas dendam sebab az selalu buat abang marah kan!  Hahah faizan kau subahat ke dengan diorang hahaha aku tak percaya lah....gurau pun Agak Agak lah kan alfian......" kami hanya senyap dan kesian pada az   "kenapa senyap betul kan tipu ni prank..." az masih ketawa.

"Siapa ahli keluarga encik azilman?" tanya salah seorang doktor  "saya doktor..." doktor itu mengeluh "maaf saya tak boleh selamat kan....." doktor tu terus pergi ketawa az mula perlahan berganti muka tak percaya.

"Tak!kau tipu kan!babah masih hidup!" marah az "az....babah dah pergi redha lah..." pujuk adrin az geleng kepala sambil mengeluarkan sesuatu dipoket seluar dan melempar pada adrin.

"Babah ada penyakit kan?" tanya az adrin melihat surat tu,terkejut kami macam mana ada dekat tangan az  "jawab lah!" marah az "az kau tenang kita dekat hospital....tak baik kau bergaduh macam ni sedih babah kau..." pujuk alfian.

"Sampai hati kan!sampai hati tak bagitahu aku langsung!yang babah ada kanser!kenapa aku ni apa!aku ni anak angkat ke!sampai aku tiada hak nak tahu!kau tahu aku jumpa dekat mana!aku jumpa dekat bilik kau Adrian!bilik kau!....isk..aku kecewa...aku cuma tenang sabar tunggu korang bagitahu...tapi sampai se.ka.rang!kau tak bagitahu!" marah az semua nurse dan pesakit memandang kami.

Aku cuba memeluk az tapi ditepis kuat "aku betul betul rasa aku ni macam orang asing!" tambah az.

"Az!hormat babah dah pergi!" marah adriz aku dengan lain senyap  "aku....aku rasa aku macam orang asing.....kenapa mesti rahsia dekat aku hal ni?" tanya az.

"Kenapa?kenapa lepas umi pergi......babah lagi pergi lepas ni siapa? Faizan!korang!" az terus berlari keluar aku jatuh terduduk betul aku rasa tak percaya dengan az

******************
AZ P.O.V

Aku duduk dekat bangku dekat taman yang ada dekat hospital ni tiba tiba seseorang menghulur sapu tangan dan air minirel sejuk aku pandang dia.

"Ha...Harris kau buat apa kat sini?" tanya ku dingin Harris duduk sebelah ku "saya...saya ikut mama saya dan daddy datang sini diorang kata nak lawat kawan tak sangka terserempak dengan awak...awak ok tak ni?"tanya Harris.

Aku masih marah dengan Harris aku hanya diam  "awak cuba cakap dengan saya.....mana tahu saya boleh tolong?" aku masih senyap dan senyap Harris hanya mengeluh.

"Takpe lah saya per...." aku memotong percakapan Harris   "kenapa orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku?lepas umi.....kau......sekarang babah?" terluah juga yang aku tahan tadi Harris senyum dan duduk semula.

Harria hulur kan semula sapu tangan dan air mineral aku sambut dan minum air tu  "saya simpati dengan pemergian babah awak....semoga babah awak ditempat yang beriman...." kata Harris aku pandang Harris.

"Harris.....kenapa aku kena lalui semua ni?" tanya ku Harris terdiam "az...saya pernah dengar tahu ayat ni Allah tidak menguji hambanya lebih dari luar jangkaan nya tau....dan kita tak mampu nak halang takdir yang Allah dah berikan...." aku terdiam dan menangis  "aku pergi dulu...." aku mula nak masuk tapi terhenti.

"Kau taknak ikut?" tanya ku pada Harris,Harris senyum dan geleng "nanti awak call saya bila pengebumian arwah babah awak ok?saya kena pergi....assalamualaikum.." Harris terus pergi aku mula masuk ke dalam dan melihat yang lain ada dekat sini kawan aku pun ada lagi aku terkejut mak long aku mak ngah aku semua ada.

"Az....."aku memandang pak ngah ku aku menangis wajah pak ngah aku sama dengan babah aku jatuh terduduk.

"Pak ngah......isk...." pak ngah terus memeluk aku,aku dulu rapat dengan pak ngah tapi semenjak pak ngah kahwin pak ngah jarang dah nak jumpa aku.

"Kakak..." aku pandang sepupu ku arnia  "kakak jangan lah sedih kakak tak cantik lah kalau sedih...." aku memandang arnia sedih sekarang aku rasa dia dah belajar dekat universiti tapi tak boleh sebab arnia ada penyakit perangai dia sebiji macam budak enam tahun aku sayang dia.

"Arnia kenapa tinggalkan akak dulu....?" tanya ku aku rasa pandangan ku kabur sebab airmata ku yang bertakung  "arnia minta maaf lah sebab tinggalkan akak sorang....arnia janji takkan tinggalkan akak....sebab tiada siapa nak teman akak....abang Adrian cakap babah dah tido buat selama lama nya...jadi arnia teman lah!siapa nak main dengan akak nanti...kakak jangan risau lah...arnia banyak mainan!"kata arnia persisi budak enam tahun.

"Lagipun ayah taknak main dengan kita dia jahat ehm!takmau kawan ayah..." aku tersenyum nipis aku pandang ayah arnia yang hanya menahan tangisan dan senyum hambar.

"Kakak dengar tak arnia cakap ni?" aku tak tahan dan semua pandangan ku mula gelap tapi sempat aku fikir.

Aku tak layak ke nak bahagia tak layak ke aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience