BAB21

Romance Series 12288

"Ok kalau ada maklumat lagi...aku cuba sampaikan dengan korang okey...aku kena pergi" mateen terus berjabat tangan dan keluar.

"Az hari pun dah lewat aku dengan abby balik dulu tau..." kata alfian aku angguk   "aku pergi dulu az jaga diri kau tau...kesian kat baby aku haha" aku mengusap perut abby.

"Ye kami pun nak balik ni esok lepas kelas kami datang lawat kau..." aku angguk.

"Terima kasih ye..." mereka hanya angguk tinggal aku dan faizan je dekat situ abang adrin dah lama balik sebab ada hal.

"Az...kau jangan lah macam ni.." aku pandang faizan  "jangan apa!kau nak keluar dengan minah tu!pergi lah!" marah ku dan terus baring.

"Az.....ak...ak..aku cintakan kau.." aku terus kaku dia kata dia cintakan aku "senang jer kau nak lafaz kan...aku nak ingat kan kau ni...lepas habis kau belajar kita cerai..." terkejut aku,kenapa aku cakap macam tu aku tak bileh terima kenapa mulut aku ni gatal sangat!

"Takpe lah kalau tu boleh bahagia kan kau aku sanggup..." aku menangis,ya aku sedih aku membelakangi faizan jadi dia tak tahu aku sedih.

"Ya allah kenapa aku cakap macam tu aku taknak dia tinggal kan aku ya allah aku sayang kan dia ya allah kalau dia jodoh ku kekal kan lah kami ya allah...irsyah...saya minta maaf saya dah cintakan suami saya...saya harap awak baik baik jer..." aku terus lelap kan mata ku dengan airmata yang masih mengalir

***********************

"Kenapa az...susah sangat kau nak terima aku dalam hidup kau...aku sayang dengan kau az...aku taknak lepaskan kau..tapi kalau cerai boleh buat kau bahagia aku akan lepaskan kau walaupun aku taknak...." aku memandang susuk tubuh belakang az.

"Hmmm..takkan aku nak give up..faizan kau kena berusaha pikat hati az..takkan kau nak dia jatuh dekat tangan orang lain..yes!buat dia sayang dekat kau balik..." aku senyum pada az aku akan cuba.

********************

"Apa lagi yang you nak jelas kan!" marah ku pada alisha aku tak sangka dia curang dengan aku selama ni.

"You ni bukan macam yang you fikir I cuma makan je dengan dia..dia sepupu I lah..." terang alisha aku ketawa.

"Enough sepupu apa sampai cium kat bibir!kau dengan aku putus aku taknak tengok muka kau lagi!" jerit ku dan masuk dalam kereta ku semula aku mengeluh.

Aku fikir alisha betul betul buat assigment dengan kawan dia tapi dia curang dekat belakang aku,dia guna kan aku sebab duit aku dengar apa yang dia kata dekat boyfriend dia.

"You bila nak tinggalkan mamat tu.." tanya boyfriend alisha.

"Alah I guna dia untuk duit je lah you jangan risau ok..." alisha terus mencium bibir darren.

"Argh!serabut!" jerit ku dan memandu pulang semula.

***********************
ABBY&ALFIAN P.OV

"Sayang....." aku memandang alfian yang baring disebelah ku   "apa.." tanya ku.

"Kita nak bagi nama baby kita apa..." tanya alfian aku ketawa kecil  "ntah lah saya pun tak tahu awak nak letak nama apa?" tanya ku alfian senyum dan duduk dia mengusap rambut ku.

"Kalau perempuan abang nak letak...nama tengku nur adlin azrin kalau lelaki abang nak letak...tengku muhd faizan amirsyah.." aku mengerut dahi ku dan memandang alfian.

"Lah boleh pulak macam tu...kenapa letak nama az dan nam faizan?" tanya ku alfian senyum.

"Sebab...abang terhutang budi dekat az dan faizan bantu kita sampai kahwin dan faizan tetap sabar dengan perangai az..abang suka dengan nama tu boleh tak?" tanya Alfian aku senyum dan mengusap pipi nya lelaki ini lah yang aku benci dulu lelaki ini yang selalu aku maki akhirnya jadi suami aku.

"Sayang.....sayang ingat tak masa sayang sekolah menengah dulu ada sorang lelaki ni dia nerd lepas tu sayang suka buli dia pada suatu hari tu sayang ada cakap sayang cintakan dia...lepastu sayang pindah sekolah ingat tak?" terbangun aku baring ku.

"Macam mana awak tahu ni?" tanya ku Alfian senyum dan mengusap pipi ku "sayang...lelaki yang sayang buli tu...abang.." aku tak percaya dia..aku tak percaya sebab lelaki yang aku hulu dulu nerd.

"Awak bohong kan.." aku menahan tangisan ku Alfian mengeluh  "abang tak bohong sayang..." aku terus memeluk Alfian.

"Kalau sayang nak tahu abang dah lama cari sayang...abang pun cintakan sayang...abang harap sayang tak marahkan abang.." aku memandang Alfian.

"Awak...maafkan saya sebab buli awak dulu...saya buli sebab saya..saya..cintakan awak...awak comel lah kalau pakai cermin mata sekarang dah tak comel dah..dah hensem.." Alfian ketawa dan memeluk ku.

"Hei!boleh pulak macam tu...abang tau abang hensem.." aku ketawa.

"Dah Jom tido....anak papa Jom tido..." aku angguk dan baring memeluk nya Alfian mencium dahi ku dan memeluk ku.

"Sayang awak..." kata ku Alfian membalas "sayang awak juga..." begitu lah rutin aku dengan Alfian sebelum tidur.

***************************

"Doh aku tak boleh tido lah..." kata hamizan pada eiqal,hamizan kadang kadang bermalam di rumah keluarga eiqal diorang kan sepupu

"Lah dah kenapa doh.." kata eiqal dan sambung membuat kerja nya   "aku risau lah dekat Dhia.." aku memandang hamizan dan mengeluh.

"Kau jangan risau Mateen dah cakap dekat aku dia dah jumpa jejak Dhia dia kata esok lepas kita habis kelas kita jumpa dia dekat Cafe..." hamizan hanya angguk  "dan ni...gambar jenayah yang pernah Khalil dan dato khazmin laku kan..." hamizan melihat gambar itu di handphone eiqal.

"Harap lah Az dan Dhia tak apa apa" kata hamizan eiqal ketawa sinis   "Bro...kau fikir Mamat tu tak hantar orang ke untuk perhati kita...jadi aku nak kita sentiasa bersama taknak berpecah Khalil ni bukan bileh di jangka" terang eiqal hamizan angguk.

'Betul jugak macam mana kau tahu?" tanya hamizan eiqal senyum kambing "abang Mateen lah...tapi kan Bro dah lama aku tak sentuh pistol doh rindu pulak aku....nasib lah ayah aku ni ada lesen senjata api." hamizan mencekik.

"Banyak lah kau..." terhenti ketawa eiqal dan hamizan bila terdengar sesuatu dari luar balkoni eiqal kami pandang sesak sendiri.

Kami gerak perlahan lahan dan terus membuka pintu sliding "woi!" eiqal terus ambil sesuatu dari laci nya dan turun ke bawah.

"Sial!terlepas!" marah eiqal sambil memegang pistol nya hamizan terkejut bila tengok ada pistol dekat laci bilik eiqal dia fikir dekat ruang tamu,dapur je ada rupanya bilik pun ada.

"Khalil memang main kasar dengan kita..." marah eiqal dan masuk semula "kenapa ni eiqal dengan pistol tu lagi!" tanya ibu eiqal  "tak de lah ibu..ibu naik tido tau..eiqal dan hamizan naik dulu..." mereka terus naik.

"Kita kena susun strategi...esok kita bincang dia main cara kasar kita main cara kasar..kita tengok siapa yang game over..." kata eiqal dengan penuh makna hamizan menelan air liur nya.

"Kau ni takut aku kau cakap macam tu aku tido dulu lah bye.." eiqal memanggil hamizan   "aku nak cakap Kat kau kalau ada orang Khalil pecah masuk bilik kau..kau ambil dekat bawah katil kau rumah ni ayah aku dah sediakan dekat semua tempat.." terang eiqal hamizan angguk.

"Ok Bro kau tido lah kunci pintu tu..Assalamualaikum.." hamizan terus pergi sebelah dam memeriksa bawah katil nya  "mak ain eiqal tak main main lah..." hamizan terus lekat kan semula dekat bawah katil tu pistol dan tido.

"Ya Allah kau jaga lah sahabat ku Dhia ya Allah..amin" hamizan terus meruap muka nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience