Bab 1-Kenangan

Other Series 2035

Di rumah anak yatim
Anisha hanya memandang ke luar tingkapnya. Dia berzikir dan juga dia memikirkan tentang waktu pertama kali dia berjumpa Umairah kawan baik Anisha.

Empat tahun lepas, semasa mula-mula Anisha bersekolah di sekolah menengah. Masa ini umur Anisha tiga belas tahun.Dia baru saja berpindah ke sekolah itu.

Di sekolah menengah

"Assalamualaikum, murid-murid. Kita ada pelajar baru.Sila perkenalkan diri kamu."
Kata Cikgu Tasya kepada pelajarnya dan juga kepada Anisha

"Assalamualaikum, hai. Nama saya Anisha. Saya baru saja berpindah ke sini. Selamat berkenalan."
Kata Anisha dengan perasaan yang gementar

"Kamu boleh duduk."

"Baiklah."

Semasa mereka nak pulang ke rumah masing-masing.Anisha terserempak dengan Qilah dan kawan-kawannya.

"Nah, kau tolong buatkan kerja sekolah kitaorang bertiga.'YATIM'."
Kata Qilah dengan perasaan yang kesat dan mula mengejek Anisha sambil mencampakkan buku dia kepada muka Anisha.

Anisha hanya mendiamkan diri dan tidak berkata.Dia ketakutan.

"Oi.."
Kata seorang budak perempuan yang memhampiri mereka

"Oh, kau rupanya!Apa yang kau nak."
Kata Putri salah satu kawan Qilah

"Korang jangan cuba nak buli dia."
Marah Umairah

"Apasal pula. Dia ni istimewa sangat ke.Budak ni cuma anak yatim je.Tengoklah muka dia mana cantik sangat pun. Lainlah macam Qilah ni. Cantik orangnya. Tak macam anak yatim ni."
Ejek Liya pula

"Walaupun dia anak yatim tapi dia ada keistimewaan."
Mara Umairah lagi

"Sudahlah, korang daripada membuang masa dengan dia orang berdua ni. Jom, pergi dari sini.Istimewalah sangat."
Kata Qilah

Mereka bertiga pun terua pergi dari situ

"Awak tak apa-apa."
Kata Umairah kepada Anisha dengan suara yang lembut

"Saya tak apa-apa. Terima kasih banyak-banyak."
Balas Anisha pula

"Nama saya Umairah."

"Saya Anisha. Siapa dia orang bertiga tadi?"

"Oh, dia orang bertiga tu suka buli orang yang lemah. Ketua dia Qilah.Nampak je macam baik tapi bila belakang orang perangai dia teruk. Ramai budak lelaki sukakan dia disebabkan dia tu cantik dan kaya je.Qilah tu terkenal dekat sekolah ni."

"Terima kasih banyak-banyak ye. Sebab sudi tolong saya."

"Sama-sama, mari jadi kawan saya."
Kata Umairah sambil menghulurkan tangannya kepada Anisha.

"Baiklah."
Balas Anisha

Mereka berdua pun menjadi kawan baik sehinggalah kini.

"Terima kasih, Umai. Kau selalu ada dengan aku."
Bisik Anisha

Selepas itu, azan asar pun berkumandang. Anisha terus solat. Selepas tamat solat dia berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, Engakulah Yang Maha Pengampun, Yang Maha Mengetahui. Ampunilah dosa-dosaku,dosa-dosa anak yatim, sahabatku dan juga ampunilah dosa-dosa ibu bapaku.Ya Allah, tempatkanlah arwah ibu dan ayah berada dalam golongan orang yang beriman dan berada di dalam syurgamu. Ya Allah, hidarilah kami dari azab api nerakamu. Tolonglah hamba-hambamu yang lemah ini Ya Allah.Rahmatilah kami.Berkatilah kami. Aamiin Ya Rabbal Alamin."
Selepas tamat berdoa Anisha memperbanyakkan berzikir dan berselawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience