Bab 4- Menolong

Other Series 2035

Dalam perjalanan Anisha nak pulang ke rumah anak yatim. Anisha ternampak ada seorang budak perempuan yang kelihatan nampak sedih dan murung dengan pakaian yang compang-camping. Anisha terus pergi ke arah budak perempuan itu dan menegurnya.

"Assalamualaikum, hai adik. Siapa nama awak dan berapa umur awak?"
Kata Anisha kepada budak perempuan itu.

"Waalaikumusalam, nama saya Laiha. Umur saya sebelas tahun."
Balas budak perempuan itu

"Kenapa Laiha sedih. Mana ibu dan ayah Laiha?"
Tanya Anisha lagi

"Ayah saya dah tak ada dan ibu pula dah kahwin lain. Ayah tiri saya menghalau saya dari rumah. Ibu dah tak sayangkan saya lagi.Ibu kata saya anak haram. Sekarang, saya dah tak ada makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal lagi. Saya tak tahu nak tinggal dekat mana sebab itu saya rasa sedih sangat."
Balas Laiha dengan perasaan yang sedih

"Ya Allah, kasihanilah budak ini."
Bisik Anisha yang berasa sedih juga

Mendengar kata-kata daripada Laiha. Anisha juga berasa sedih.

"Jom ikut akak."

"Pergi mana?"

"Pergi rumah anak yatim. Dekat sana ada makanan, minuman dan juga pakaian. Laiha boleh tinggal kat sana dan juga rumah anak yatim tu ada ramai kawan tau. Laiha boleh main dengan dia orang."
Kata Anisha gembira

"Boleh ke?"

"Boleh. Jom lah."

Anisha memimpin tangan Laiha. Mereka berdua pergi ke rumah anak yatim itu.

"Assalamualaikum, Kak Shira. Anisha ada jumpa budak perempuan. Dia kata dia tak ada tempat tinggal. Dia juga adalah seorang anak yatim."
Kata Anisha kepada Kak Shira yang menguruskan rumah anak yatim itu

"Waalaikumusalam, baiklah."
Balas Kak Shira

Semasa di luar, mereka semua mula rapat dengan Laiha. Laiha pula mula biasakan dirinya dengan kawan baru dia.

Tiba-tiba saja ada seekor kucing yang bermeow meow meminta pertolongan. Anisha pun pergi ke arah kucing itu. Anisha menolong kucing yang berada di dalam longkang dan menyelamatkan kucing itu.Akhirnya, kucing itu berjaya di selamatkan.

Dalam tak sedar ada orang yang memerhatikan Anisha dari jauh. Orang itu mula tertarik dengan Anisha kerana sikapnya yang suka menolong orang ataupun haiwan yang dalam kesusahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience