[ VILLA AZ PARADISE ]
Tiba saja mereka di perkarangan villa milik lelaki itu, sudah ramai pengawal yang datang mendekati kereta mereka dan membukakan pintu untuk lelaki itu dan gadis yang dibawanya.
Kayla yang baru keluar dari dalam kereta mula sedikit tergamam dengan mulut nya yang separa ternganga melihat tempat dimana dia dibawa sekarang, sangat cantik dan mewah. Dan dipenuhi pengawal yang menjaga tempat itu.
"Kita dekat mana?"
Tanya Kayla pada lelaki itu, sambil matanya melilau melihat persekitaran tempat itu, yang mempunyai taman kecil berserta kolam terbesar disitu sangat cantik bagaikan istana
Arfaaz tidak mengendahkan pertanyaannya sebaliknya lelaki itu terus melangkah dari situ meningalkan nya.
Kayla yang sedikit geram pada lelaki itu yang tidak menjawab pertanyaannya, mula menuju ke arah Darwish dan arxie yang juga berdiri disitu
"Abang wish!..kita kat mana ni?"
Tanyanya pulak pada kedua lelaki itu, sedangkan Darwish dan arxie hanya memandang sesama sendiri, ha sudah siapa nak jawab ni.
"Uh!..kayla masuk lah dulu panas ni..abang wish ada hal kejap dengan dia ni"
Balas Darwish sedikit gemuruh, sebelum menarik tangan arxie untuk pergi dari situ.
Sedangkan kayla hanya terpinga-pinga memandang kepergian kedua lelaki itu, sebelum kayla menoleh ke arah arfaaz yang masih berdiri menunggu nya disitu.
"Kau memang nak berjemur dekat sini ke apa?"
Soal lelaki itu sedikit dingin dengan riak wajahnya yang serius menatap ke arahnya
Kayla yang perasan dirinya dari tadi tidak berganjak dari situ, mula mengorak langkah pergi ke taman yang ada dipersekitaran tempat itu
Sedangkan arfaaz hanya mengikuti saja kepergian gadis itu dari belakang, sebelum kedua mereka mengambil tempat duduk yang terletak tidak jauh dari situ.
selang beberapa minit mereka berdua duduk berdua disitu, Kayla mula menoleh ke arah lelaki itu yang dari tadi hanya bermain handphone dan sesekali memandang ke arahnya buatkan nya sedikit tidak selesa, dahlah dia nak pergi mana lelaki itu selalu mengikuti nya.
"Cantik kan rumah besar ni..mesti pemilik dia orang kaya"
Ujarnya sedikit teruja melihat tempat itu, dahlah besar cantik pulak tu, memang selesa sangat kalau menetap di dalam rumah besar itu.
"Kita nak buat apa dekat sini?..uncle taknak hantar Kayla balik rumah papa ke?"
Soalnya kembali pada lelaki itu yang dari tadi hanya menekan layar telefon pintar miliknya
"Takpelah, Kayla cari abang wish dulu..minta tolong dia hantarkan kayla."
Ucapnya sedikit pasrah sedari lelaki itu hanya mengabaikan nya, sebelum kayla berdiri dari duduknya ingin pergi dari situ.
"duduk! Don't go anywhere"
Baru sahaja kayla mahu melangkah pergi dari situ, satu suara memberhentikannya. Buatkan kayla kembali menoleh ke arah lelaki itu.
"Huh? Ada cakap ke tadi?
Soal kayla semula sedari melihat lelaki itu masih seperti tadi, melihat telefon miliknya, tanpa memandang ke arah nya.
" yes i'm talking to you..kenapa tak dengar ke? "
Balasnya sebelum mendongak memandang ke arah kayla yang masih berdiri disitu dan meletakkan telefon miliknya ke dalam kocek seluar nya.
Sedangkan kayla sedikit terkelu dengan apa yang dikatakan lelaki itu , jantung nya tidak berhenti berdegup kencang bila bertentangan mata dengan nya, mahu saja kayla pengsan disitu tapi cuba ditahannya.
"Ta..tapi ni? -"
Belum sempat kayla kembali bertanya, tetiba saja datang seorang wanita paru baya menghampiri mereka berdua
"Ye tuan? Ada apa?"
Tanya bibik halwa pada lelaki itu, sempat bibik halwa mengerling sekilas ke arah kayla seraya tersenyum nipis.
"Hantar dia kebilik bersebelahan bilik saya"
Arah arfaaz pada pembantu rumah nya itu, sebelum bibik halwa mengangguk dan berpaling menoleh ke arah kayla yang masih berdiri disitu.
"Kamu kayla kan?"
Tanya bibik itu sambil menunjukkan kayla yang masih berdiri disitu, sedangkan kayla sedikit pelik memandang ke arah nya. Sebelum kayla mengangguk mengiyakan tekaan bibik tadi.
"Mari ikut bibik...bibik tunjukkan bilik kayla"
Ujar bibik dan mengarahkan gadis itu mengikutinya, sedangkan kayla hanya mengangguk dan mengikuti saja langkah pembantu rumah itu. Sempat kayla menoleh ke belakang memandang lelaki itu sebelum mereka berdua memasuki villa itu.
Masuk saja kedalam villa itu kayla separa ternganga melihat kedalam rumah itu dengan matanya tidak berkelip dari tadi, sangat besar dan luas dekorasi tempat pun sangat Classic, ni kalau jalan sendirian mahu tak sesat.
"Mari kayla, kita naik lif nak ke atas"
Arah bibik, sebelum mempersilakan gadis itu memasuki lif terlebih dahulu.
Kayla yang mengelamun mula tersentak dan menoleh ke arah bibik seraya mengangguk dan mula memasuki lif diikuti pembantu rumah itu.
"Bik..ni rumah siapa?"
Tanya kayla pada wanita itu seiring berjalan menuju ke bilik yang dimaksudkan lelaki itu.
Bibik halwa hanya diamkan diri saja sebelum kedua mereka berhenti dan tiba di bilik lelaki itu.
"Kayla ini bilik kayla, kayla rehat lah okey..nanti bibik akan sediakan minum petang"
Ujar bibik itu, sebelum meminta diri beredar dari situ, sedangkan kayla hanya mengangguk sebelum pandangan nya tertumpu pada bilik yang bersebelahan dengan biliknya.
"Bibik kejap!...ni bilik siapa?"
Bibik yang baru sahaja melangkah pergi dari situ kembali berpaling ke belakang ke arah gadis itu sebelum memandang ke arah bilik yang ditunjuk nya.
"Oh tu bilik tuan az, kayla jangan masuk ke dalam bilik tu tau..tuan az tak suka, ada orang masuk bilik dia tanpa izin"
Balas bibik halwa, menjelaskan peraturan didalam bilik itu, sebab apa yang dia tahu arfaaz tidak akan membenarkan sesiapa masuk kedalam kecuali orang tu penting.
Sedangkan kayla hanya mengangguk tanda faham seraya tersenyum nipis,
"jadi tuan az tu adalah lelaki tadi lah ye? So maksudnya rumah ni rumah dia lah kan? Wah kaya ye uncle serigala tu"
gumamnya sedikit tidak percaya, sebelum kayla membuka pintu bilik dan memasuki nya.
"wah cantiknya"
Ucap kayla sedikit tergamam sebelum kayla melangkah ke atas katil dan merebahkan tubuhnya yang sedikit keletihan
"Ada apa dalam bilik tu? Kenapa tak boleh sesiapa masuk? Pelik.."
Katanya sendiri, cuba untuk memikirkan apa yang dikatakan bibik halwa tadi. Takkan kat dalam tu banyak harta karun? Perasaan ingin tahunya semakin menebal, rasa nak je dia masuk kedalam tu sekejap untuk melihat ada apa didalam bilik itu. sebelum beberapa minit mengelamun kayla mula tertidur di atas katil itu.
* * *
Arfaaz yang duduk disofa mula memandang ke arah Zulkifli yang baru ingin memasuki tempat itu, sebelum arfaaz mengarahkan Zulkifli untuk datang ke arah nya.
"Ye tuan ada apa?"
Tanya Zulkifli sebaik mendekati lelaki itu, sedangkan arfaaz mula mendongak memandang ke arah lelaki itu.
"Kau hantar elbiena pergi mana?"
Tanya nya pada lelaki itu, sedari tidak melihat kelibat wanita itu.
"Puan el hanya minta saya hantarkan di satu tempat sebelum menyuruh saya pergi. dan saya tak tahu puan el pergi mana"
Balasnya sambil menundukkan kepalanya pada lelaki itu, sebelum arfaaz mengangguk faham dan menyuruh nya beredar dari situ.
Jeda-
Arfaaz yang baru sahaja memasuki biliknya mula terhenti dan memandang ke bilik bersebelahan dengan biliknya, yang dulunya merupakan bilik keduanya tempat nya melapangkan fikiran, dan kini diberikan pada gadis itu untuk tidur disitu.
"Dia tidur ke?"
Gumamnya sedari tidak mendengar suara gadis itu, sebelum arfaaz memasuki biliknya untuk rehatkan diri.
(9:30pm)
Kayla yang baru bangun dari tidur nya mula mengerling ke arah jam dan sedikit terkejut sedari melihat sudah malam, sebelum Kayla bergegas memasuki bilik air untuk membersihkan diri.
Habis saja Kayla membersihkan diri, Kayla mula menuju ke tempat persalinan dan sedikit takut kalau sampai dia tidak mempunyai baju persalinan, sebelum Kayla membuka almari kaca itu dan sedikit terkejut sedari melihat susunan baju yang sudah lengkap disitu, wah macam mana boleh ada?
Jeda-
Habis saja Kayla siap berpakaian, Kayla mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu, dan benda pertama yang menjengah ke dalam pikiran nya adalah bilik sebelah.
Dengan langkah berjaga-jaga kayla mula memegang tombol pintu bilik itu dengan tangannya sedikit mengigil takut akan diketahui, baru sahaja kayla mahu membuka pintu bilik itu, kayla mula jatuh tersungkur di situ sedari pintu bilik itu dibuka dari dalam.
Buatkan arfaaz yang ingin keluar dari situ sedikit terkejut sedari melihat gadis itu terjatuh di depan pintu biliknya
Sedangkan kayla mula ketakutan sedari dia sudah ketahuan oleh lelaki itu buatkan kayla yang terbaring di situ mula duduk dan menundukkan pandangan nya tidak berani melihat nya.
"Kau buat apa depan bilik aku?"
Tanya arfaaz dengan nada yang sedikit mendatar sedari melihat gadis itu berada disitu.
Sedangkan kayla hanya diam terkaku dari situ, tidak tahu harus menjawab apa pada lelaki itu sedari dia sudah pun diketahui.
"Habislah!, macam mana boleh ketahuan"
Bebelnya sendiri didalam hati, sambil cuba menepuk peha sendiri. Sebelum kayla bangun dari duduk nya dengan kepalanya yang masih memandang ke lantai.
"Kau pekak ke? Aku tanya kau buat apa kat depan bilik aku ni? Kau ingat aku nak cakap dengan patung ke? "
Soalnya lagi sedikit tegas sedari gadis itu hanya diamkan diri tidak menjawab pertanyaan nya, buatkan nya sedikit geram.
"Ma..maaf ka..kayla tak tahu..ni bilik uncle"
Balasnya sedikit tergagap-gagap dengan seluruh tubuhnya sudah mengigil ketakutan. Kalau dia tahu akan jadi macam ni dia tak akan nekad untuk membuka bilik lelaki itu
Sedangkan arfaaz hanya mengendahkan saja apa yang dikatakan gadis itu sebelum arfaaz memanjangkan langkah meninggalkan nya, malas dia mahu mendengar alasan yang tak masuk akal darinya.
Hilang saja kelibat lelaki itu dari situ, kayla mula menarik nafas lega, nasib baiklah lelaki itu tidak terlalu memarahinya, kalau tak mesti dia sudah dihalau keluar dari situ kan?
* * *
Sedangkan elbiena yang baru sahaja memasuki villa itu, mula terkejut sedari melihat kelibat suaminya yang duduk dari jauh sambil menonton televisyen. sebelum elbiena menarik nafas dalam dan mengukir kan sedikit senyuman untuk menghilangkan rasa takutnya
"Bila you balik? "
Tegur nya pada suaminya itu sebelum berjalan mendekati nya yang duduk disofa, entah macam mana pula suaminya itu balik awal malam ni, sebab biasanya suaminya itu akan balik lewat malam.
"you balik pukul berapa?"
Tanya lagi sedari lelaki itu hanya diamkan diri tidak menjawab pertanyaan nya.
"Ni rumah aku, ikut aku lah nak balik ke tak"
Jawabnya sedikit mendatar sebelum berdiri dari duduk nya dan berpaling menghadap elbiena yang berdiri di belakang nya.
Sedangkan elbiena hanya terkelu dengan apa yang dikatakan suaminya itu, dan belum sempat dia mahu menjelaskan nya arfaaz terlebih dahulu mencelah.
"My house has a rule, kau jangan buat tempat aku macam hotel, kau boleh pergi ikut suka kau faham!? "
Ujarnya sedikit tegas sebelum mengorak langkah pergi dari situ, sedangkan elbiena hanya diamkan diri memandang kepergian suaminya itu, tak pasal-pasal dia diketahui keluar sampai lewat malam.
Jeda-
elbiena terus mendail nombor Zulkifli, dan menghubungi pemandu nya itu.
"Ye puan ada apa?" jawab Zulkifli dalam talian.
"Eh! Zul kau cakap apa dekat suami aku ha? Kenapa kau tak bagitahu aku yang dia dah balik?"
Amarahnya pada lelaki itu sebaik Zulkifli menjawab panggilan nya. Sedangkan Zulkifli hanya mengerutkan keningnya tidak faham dengan apa yang dikatakan wanita itu.
"Maaf puan, puan cakap apa ye? Saya tak faham"
Balasnya masih cuba memikirkan apa yang dikatakan wanita itu, dahlah dia masih mamai dikejutkan dari tidur.
"eh serabut lah aku cakap dengan orang bodoh ni!"
Bentak elbiena pada pemandu nya itu sebelum elbiena mematikan panggilan dan terus menghempas telefon miliknya ke lantai. Sakit pulak hatinya.
* * *
(1:29am)
Sedangkan kayla yang tadinya tertidur mula terjaga sedari merasa perutnya kosong dan berbunyi dari tadi, buatkan nya tidak selesa untuk meneruskan tidurnya.
Dah lah tadi malam dia tidak sempat bermakan malam, ditambah dengan kantoi mahu masuk ke bilik sebelah, buatkan nya semakin malu untuk keluar dari bilik.
"Laparnya..hmm"
Gumamnya sambil meramas-ramas perutnya yang terasa lapar itu. kalau nak keluar pergi dapur pun dia mana lah tahu selok-belok tempat ni.
"Nak minta tolong siapa? bibik mesti dah tidur"
Bebelnya sendiri sebelum menuruni katilnya dan ke hulu ke hilir memikirkan cara untuk mendapatkan makanan.
sebelum kayla yang mendapatkan idea dan terus menuju memasuki bilik air, dan cuba untuk meminum air paip untuk memberikan ketahanan pada perut nya yang lapar sementara menunggu hari esok.
Jeda-
(3:40am)
Dengan tidur yang tak berapa nak nyenyak, kayla sekali lagi terbangun dari tidurnya, sebelum kayla mengerling ke arah jam yang masih menunjukkan pukul tiga.
"Kenapa lah lama sangat nak pagi ni!"
Rungut nya dan mula bangun dari perbaringan nya, sebelum kayla menarik nafas panjang dan melepaskan keluhan.
Sekarang ini perut nya betul-betul terasa lapar, sampaikan nak tidur saja dia sudah tidak boleh. Dan sudah tidak ada cara lain, selain meminta pertolongan dari uncle serigala tu.
Sebelum kayla menuruni katil dan menuju ke luar bilik untuk pergi ke bilik lagi sebelah,dengan nafas yang digali dalam,kayla cuba beranikan diri untuk mengetuk pintu bilik lelaki itu.
"Uncle!..uncle dah tidur ke?"
Panggil kayla dengan tangannya dari tadi tidak berhenti mengetuk pintu bilik lelaki itu, untuk mengejutkan tidurnya.
Beberapa minit menunggu pintu dibuka, buatkan kayla hanya pasrah sedari lelaki itu tidak mendengar panggilan nya, sebelum kayla kembali menuju memasuki biliknya. Tetiba saja kedengaran bunyi pintu dikuak dari dalam buatkan kayla kembali menoleh ke arah pintu bilik lelaki itu.
"Kau nak apa? Kau memang suka ganggu orang nak tidur ke ha?"
Ujarnya sedikit tegas dengan wajahnya yang seperti menahan ngantuk. Mesti dia sudah menganggu tidur lelaki itu.
"Uncle...kayla lapar.."
Balasnya sedikit lemah dengan tubuhnya yang sudah tidak bertenaga.
"Kayla minta maaf sebab dah ganggu uncle.."
Katanya lagi serba salah pada lelaki itu kerna sudah menganggu tidur nya, sebelum Kayla meminta diri memasuki biliknya.
"Kau nak pergi mana?"
Tanya nya pada gadis itu, sedari melihat nya seperti ingin memasuki bilik semula.
"Kayla nak sambung tidur...Kayla minta maaf uncle dah kejutkan uncle tidur"
Balasnya sambil menunjukkan pintu bilik sebelum membuka nya, sedangkan arfaaz hanya diamkan diri memandang ke arah nya.
"Dah kau tunggu situ. "
Arahnya menyuruh gadis itu menunggu didalam biliknya sebelum arfaaz mengorak langkah pergi dari situ untuk menyiapkan nya sedikit makanan.
Sedangkan Kayla hanya mengangguk perlahan sebelum memandang kepergian lelaki itu, dan terus memasuki biliknya menunggu lelaki itu.
Jeda-
Beberapa minit menunggu lelaki itu datang,Kayla hanya bersandar dibirai katil sambil memeluk kakinya,sebelum tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar,dan lelaki itu terus masuk dengan dulang besar di tangan nya.
arfaaz terus datang mendekati nya dan meletakkan makanan yang dimasak nya di samping gadis itu, sedangkan Kayla hanya diamkan diri sambil memandang ke arah makanan yang dibawa lelaki itu. Buatkan nya merasa terliur dan mahu saja memakannya.
"Kau nak tengok apa lagi? Makan lah! Takkan kau nak suruh aku suap kat mulut kau pulak! "
Sergahnya pada gadis itu, sedari dari tadi Kayla hanya memandang ke arah makanan sambil menelan air liur berulang kali.
Sedangkan Kayla yang sedikit tersentak mula tersenyum nipis sebelum mengambil sudu dan mendekatkan makanan padanya, dan tanpa tunggu lama Kayla terus memasukkan makanan kedalam mulutnya buatkan arfaaz yang memerhatikan tingkah laku gadis itu sedikit tergamam seketika, budak ni memang tak makan setahun ke apa?
Jeda-
Beberapa minit menunggu gadis itu menghabiskan makan, arfaaz terus memberikan nya air minum pada gadis itu, sedari melihat nya dari tadi hanya makan tanpa minum air. Nasib tak tersedak je.
"Dah kenyang?"
Tanya nya pada gadis itu, yang habis saja meminum air sebelum diletakkan kembali ke atas meja. Sedangkan Kayla hanya mengangguk dengan pertanyaan lelaki itu.
"Terima kasih uncle"
Ucapnya sambil tersenyum nipis, sedangkan arfaaz hanya berdehem sebelum arfaaz mengambil dulang itu dan terus beredar dari situ, sempat arfaaz berhenti dari permukaan pintu sambil tersenyum nipis seraya menutupi pintu biliknya.
Jeda-
(7:45am)
Keesokan paginya Kayla terus bangun dari tidur nya, sebelum Kayla menuju ke bilik air membersihkan dirinya, walaupun masih rasa ngantuk sebab kurang tidur malam tadi.
Habis saja Kayla membersihkan diri, Kayla mula bersiap siap sebelum keluar dari bilik dan hanya berdiri di depan pintu bilik lelaki itu,menunggu nya keluar
"Dia masih tidur ke? Mesti sebab semalam Kayla kejutkan dia..hm"
Katanya sendiri sedari sudah lama menunggu lelaki itu keluar dari biliknya, tapi masih belum keluar. sebelum Kayla beredar dari situ dan berjalan dengan sendirinya. Harap tak sesat lah.
"Ha, tu lif yang semalan kan?"
Tekanya sambil menunjukkan lif yang terletak tidak jauh dari situ, sebelum Kayla cuba mengingatkan macam mana bibik halwa membawanya naik semalam.
Baru sahaja Kayla melangkah ke arah lif, satu suara menegur nya dari jauh buatkan langkah nya terhenti dan menoleh ke arah seorang wanita yang terus datang mendekati nya.
"Kau siapa? Macam mana kau boleh ada dalam rumah ni..kau nak curi apa dekat sini?
Tanyanya sedikit tegas dan menatap wajah gadis itu, yang sangat asing baginya, mesti gadis ini curi masuk kedalam villa ini.
Sedangkan kayla hanya menggeleng kepala menidakkan sangkaan wanita itu, macam mana lah dia boleh kena tuduh nak mencuri pulak.
" habis tu kau siapa? Macam mana kau boleh masuk tempat ni?"
Soalnya lagi tidak percaya pada gadis itu, macam mana lah dia boleh masuk kedalam villa ni?
"Sa..saya kayla..sa..saya bukan pencuri"
Jelasnya pada wanita itu, sedangkan elbiena yang tidak mempercayai nya terus menghubungi pengawal disitu.
"Kau ingat aku peduli siapa kau? Dah! Sekarang ni kau tak boleh lari pergi mana mana kejap lagi pengawal akan datang"
Ujarnya mendatar sambil tersenyum sinis, sebelum menghubungi salah seorang pengawal disitu, sedangkan kayla mula panik sedari wanita itu tidak mempercayai nya dan menuduhnya sebagai pencuri disitu.
"aunty jangan salah faham...kayla bukan pencuri kayla-"
Jelasnya,dan belum sempat Kayla meneruskan katanya elbiena terlebih dahulu memotong percakapan nya sedari mendengar gadis itu mengelarkan nya sebagai aunty.
"Kau panggil aku apa tadi?eh budak! Kau tengok muka aku ni dah tua ke ha! Berani kau panggil aku aunty eh!"
Amarahnya tidak puas hati pada gadis itu, sedangkan kayla hanya terdiam tidak tahu harus berkata apa pada wanita itu, salah ke dia panggil aunty? Dah memang sebaya arwah ibunya.
"Maafkan kayla kak.."
Ucapnya sedikit takut sebelum tiba-tiba pengawal tiba dari situ dan datang menghampiri mereka.
"Ye puan..ada apa?"
Tanya pengawal itu sedari mendekati elbiena berserta kayla yang masih berdiri disitu.
"Ada apa kau tanya? Kau tak nampak ke? Ada orang pecah masuk villa ni?"
Bentaknya pada pengawal itu, sebelum menunjukkan seorang gadis asing padanya.
"Ta..tapi puan dia-"
Belum sempat pengawal itu meneruskan katanya elbiena terlebih dahulu mencelah.
"Dah! Tak payah banyak tanya! Cepat bawa dia pergi dari sini!"
Arahnya pada pengawal itu, sedangkan pengawal tadi hanya menurut saja sebelum memegang lengan gadis itu dan dibawa nya pergi dari situ.
"Pak! Saya bukan pencuri..tolong lepaskan saya! "
Rayu kayla sambil meronta-ronta meminta dilepaskan dari pengawal itu, sebelum kayla dibawa menuju ke dalam lif.
"Lepaskan dia!"
Baru sahaja pengawal itu menekan butang lif, satu suara menahannya dari jauh, buatkan pengawal tadi menoleh ke empunya suara sebelum menundukkan kepala dan melepaskan pegangan gadis itu.
Elbiena yang juga terkejut dengan kedatangan lelaki itu, mula menoleh ke belakang dan memandang ke arah suaminya yang baru tiba disitu.
"You kenal ke siapa budak ni? You tahu tak dia dah pecah masuk kedalam villa ni dan dia patut dapat hukuman"
Jelas elbiena pada suaminya yang juga berjalan mendekati mereka, sebelum arfaaz terus menuju mendekati kayla yang masih berdiri diamkan diri disitu.
Sedangkan pengawal tadi yang masih berdiri disitu, terus diarahkan pergi dari situ oleh arfaaz, sebelum pengawal itu meminta diri.
"You ke yang bawa dia datang sini?"
Tanya nya lagi sedari lelaki itu hanya mengabaikan nya disitu, sebelum arfaaz memasuki lif dan terus menekan butang terus turun dari situ.
Sedangkan elbiena mula memerah menahan amarahnya, sedari arfaaz tidak menjawab pertanyaan nya, siapa gadis itu? Apa hubungan nya dengan arfaaz? Dan kenapa arfaaz membawanya untuk berada di villa?
Dengan keadaan sedikit geram elbiena terus menuju ke arah biliknya semula untuk menghubungi ibunya dan mahu mencari tahu siapa gadis itu, dan apa hubungan nya dengan arfaaz.
Share this novel