BAB 7

Family Completed 6028

“Awak ni, nak bercakap ya? Nanti dah sihat, kita pergi dating erk? Boleh berbual panjang dengan saya. Awak tu tengah sakit. Tak elok bercakap banyak-banyak. Kalau dulu, keadaan awak, teruk. Kritikal. Saya ingat… awak dah tak dapat diselamatkan. Keadaan ibu awak lagi teruk dua tiga kali ganda dari awak walaupun dia tak cedera,” dia menjawab soalanku setelah puas membebel.

Cis! Sempat lagi ajak dating. Kaki ayat! Keadaan ibu lagi teruk? Kasihannya ibu. Tentu ibu risaukan aku setengah mati.

“Saya serius ni, lepas awak sihat. Jangan lupakan saya. Kalau free, kita keluar sama-sama…” dia tersenyum dan menunduk. Mukanya memerah. Aku ikut blushing sama.

“In.. shaa… Allah..” aku tersenyum. Kuat bergurau rupanya dia…

“Well… um.. get well soon,” ucapnya dan berdiri. Dia baru hendak pergi. Tiba-tiba dia berpusing. Menghadapku semula.

“Kira… saya… um.. saya…” kata-katanya tidak dapat dihabiskan apabila ibuku muncul.

“Anak ibu! Alhamdulillah Kira dah sedar dari koma. Lama sangat sayang tidur. Risau hati ibu ni. Rindunya ibu kat Kira. Rindu sangat-sangat. Ibu minta maaf. Ibu salah. Ibu dah buat Kira jadi macam ni. Ibu tak sengaja sayang. Ibu betul-betul minta maaf…” ibuku menerjah. Air matanya menjujuh ke pipi.

Aku mendepangkan tanganku sedikit. Minta dia memelukku. Dia memelukku dan tersedu sedan di bahuku. Dr. Irfan tersenyum sebelum berlalu. Membiarkan aku dan ibuku berdua-duaan. Dia nak cakap apa tadi? Macam ada hal mustahak.

“Kira minta maaf. Kira yang salah,” aku menangis juga.

“Ibu pun salah juga. Ya Allah! Rindu sangat ibu kat Kira. Lepas ni, Kira buat apa yang Kira nak buat. Ibu sokong! Ibu takkan bantah lagi!” ibuku berikrar. Aku mengucup pipinya sebagai tanda terima kasih.

TIGA BULAN KEMUDIAN…

“ASSALAMUALAIKUM…” suara garau di hujung talian menyapa. Aku terkedu. Sudah lama aku tidak mendengar suara ini… rindu? Ya! Rindu. Kerana dulu, setiap hari, setiap jam aku mendengar suaranya. Suaranya berbual dengan ibuku. Suaranya berbual denganku. Suaranya berbual dengan jururawat-jururawat. Suaranya yang serius… yang sedang bergelak tawa…

“Waa.. waalaikumsalam,” tergagap-gagap aku menjawab salamnya. Dari mana dia mendapat nomborku? Rasa nak loncat-loncat akibat terlalu gembira. Tapi, wajarkah aku meloncat sekarang?

“Awak dah sihat?” soalnya. Dia tanya kesihatan aku? Wow! Gembiranya wahai cik hati. Aku menarik nafas. Cuba bertenang. Aku dah sihat? Aku meraba-raba bahagian dada dan rusukku. Ada tinggal parut sahajalah. Sakitnya? Sudah kurang… walaupun terkadang aku diserang rasa sesak nafas. Tetapi selain daripada itu, aku dah sihat.

“Er.. dah…” jawabku kekok. Senyuman terukir di bibir, cubaku tahan. Kenapa dengan aku ni? Kenapa?! Tiba-tiba sahaja excited lebih?

“Kenal tak siapa ni?” soalnya dengan suara husky seksinya. Oh my!

“Err, Doktor Irfan, kan?” soalku. Dia tergelak kecil.

“Leganya saya awak masih ingat saya. Dah hampir tiga bulan awak menyepi. Saya ingatkan awak dah lupa siapa saya…” ujarnya sambil tergelak kecil. Bahagia benar bunyinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience