TEASER 2-DENDAM BEKAS KEKASIH

Romance Series 2748

“YA Allah ma. Apa ni ma? Kenapa mama sanggup buat ni semua? Mama tak kat ingat Izi ke?”

Lutut yang longlai buatkan Izyan terduduk di sofa. Sehelai kertas yang dipegang sedari tadi jatuh ke lantai. Tangan mula menggigil meraup muka.

Dugaan demi dugaan menimpa keluarganya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Dan sekarang merupakan pengakirannya.

Pengakhiran yang buat dia terduduk. Dunia terus gelap gelita menerima berita ini.

Datuk Katty merebahkan lutut atas karpet. Dengan wajah bersalah, kedua tangan anak tunggalnya dipegang erat.

“I terpaksa sayang. Dah tak ada jalan lain. Keadaan kita tak sama macam dulu.”

“Kenapa mama tak cerita kat Izi? Kenapa bila dah jadi macam ni baru mama beritahu? Izi dah tak boleh buat apa-apa dah.”

“You sibuk dengan kerja. I tak nak kacau.”

“No ma. Semua ni takkan jadi kalau mama fikir awal-awal. Selama ni tak de Izi pun mama boleh je handle semua. Ni mesti dia yang hasut…”

“You boleh nak salahkan I. Tapi you kena ingat, apa yang I buat untuk you jugak.”

Senyuman sinis terbentuk. Dalam keadaan genting ini dia sudah tidak boleh bersabar. Kerana terlalu bersabarlah, ini terjadi. Dia yang bagi muka. Semuanya kerana rasa hormat. Sekarang tidak lagi.

“Untuk Izi? Bukan untuk jantan tak guna tu?”

Datuk Katty bangkit. “Watch your mouth!”
“Sayang…”

Melihat Khair mendekat sambil mengusap bahu mamanya buat Izyan menjulingkan mata hitam ke atas. Keadaan yang sangat menyakitkan mata untuk terus dipandang.

“Selama ni Khair yang banyak bantu keluarga kita.”

“Sebab dia nak harta kita!” Potong Izyan. Tegas.

“Mama lupa ke mana mama kutip dia?”

“I warning you Izyan Mahira. Jangan cakap macam tu depan Khair. Hormat dia. It’s you father.” Jelingan tajam dihadiahkan.

“He not my father! Dan dia tak layak jadi ayah Izi.”

Dipandang Khair kemudian mata melirik ke wajah mama. Itulah mamanya. Sentiasa mengutamakan suami muda daripada dia yang merupakan anak kandung.

Dulu dia segalanya bagi mama, sekarang semuanya berubah. Dua tahun perkahwinan mama dengan Khair, dia banyak makan hati. Tapi kerana mama seorang ibu, dia seorang anak, segala rasa itu terpaksa disimpan dalam hati. Dia tiada kekuatan untuk melawan.

“Lepas dia dapat apa yang dia nak dia akan tinggalkan mama. Sama dengan perempuan-perempuan yang pernah dia tinggalkan. Please, sedar ma. Dan banyak kali Izi beritahu dulu. Dia tak pernah cintakan mama yang berpuluh tahun lagi tua dari dia. Dia cuma perbodohkan mama!”

Dan bila keluarganya diuji sebegini, kekuatan itu tiba-tiba muncul. Apa yang ada dalam kepala, dia mahu menyelamatkan mama daripada Khair.

“I yang sekatil sebantal dengan dia. I lebih kenal dia dari you kenal dia.”

“Itu bukan diri dia yang sebenar. Dia tipu mama.”

“Mana buktinya? I dah cakap kat you, kalau you nak burukkan Khair bagi I bukti baru I percaya.”

“Mama sedar tak selama ni mama cuma tanggung biawak hidup?”

Panggg.

“Baby…” Terkejut Khair melihat isteri kesayangannya menampar Izyan sehingga anak tirinya itu terduduk di sofa.

“You tak patut tampar Izi. Izi…”

Ditepis tangan yang cuba membantunya bangun. Dipandang tajam ayah tiri yang sebayanya, berusia 29 tahun.

“Biarkan! Patut dari dulu tangan I naik ke muka dia. Makin lama, makin biadap. Langsung tak hormat you. Sama macam bapak dia yang dah mampus tu.”

“Mama!”

Dipandang Izyan dengan pandangan bengis.
“Why? You nak marah? You kena ingat. Apa yang you ada sekarang semua hasil titik peluh I. Nak harap bapak you tu, pandai hisap dadah je!”

Air mata bertakung.

“Selama ni I yang bagi you dengan bapak you tu makan. Tak de I, you berdua dah merempat tepi jalan. Jadi, please respect me as your mother and khair as your father. You tak de hak nak hina suami I. Kalau you tak suka, you berambus.”

Izyan bangun, bersama hati yang terluka.

“Satu hari nanti mama akan menyesal sebab tak dengar cakap Izi.”

“Kalau I nak menyesal I akan menyesal sebab dah besarkan anak tak kenang budi macam you.”

Mata memandang mama. Mahu meluahkan kekecewaan hati. Mama banyak berubah sehingga dia sendiri tidak kenal dengan mama.

Selama ini dia sabar, kerana amanat arwah papa. Mempertahankan segala yang dimiliki. Berkerja keras supaya hidup mereka terus senang dan bahagia. Tapi sekarang, hatinya sudah tawar.

Pengorbanannya langsung tidak dihargai. Malah dia dipinggirkan. Mama lebih percaya lelaki yang telah menaburkan kata-kata cinta.
Biarlah.

Dia sudah mengalah. Jika pemergiaannya buat mama gembira, dia akan berundur.

“Letak kunci kereta, kad ATM sebelum you pergi.”

Baru saja buka langkah, kata-kata itu buat Izyan terhenti.

“Kalau you nak keluar, you keluar sehelai sepinggang. Jangan bawa satu pun harta yang I pernah bagi pada you.”

Ya Allah, tergamaknya mama memperlakukan dia sebegini.

“Baby!” Khair tidak setuju.

“Macam mana Izi nak hidup kat luar sana? Dia tak biasa hidup susah.”

“Stop sayang. Biar dia rasa macam mana hidup kat luar tanpa duit. I berani jamin, hari ni dia keluar esok dia akan balik! Dia akan melutut kat I. Dia akan cium kaki you nanti.”

Tercabar dengan kata-kata itu, Izyan menarik kad pengenalannya keluar daripada purse lalu purse dan beg tangan diletakkan atas meja. Dipandang mama buat kali terakhir.

‘Maafkan Izi papa. Izi tak mampu nak hormat mama lagi…’ Suara hati merintih.

Dan apabila pandangannya bersatu dengan Khair, jelingan tajam dihadiahkan.
Kerana lelaki itu, hidupnya hancur!

“Izi akan buktikan Izi boleh hidup tanpa mama, but I’m sure mama yang tak boleh hidup tanpa Izi.”

Tidak mendengar balasan, Izyan mengatur langkah meninggalkan banglo mewah tempat dia membesar.

Hidupnya belum berakhir, tetapi baru bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience