Lebih kurang dalam 15 minit lepas aku muntah barulah terjumpa RNR yang terdekat. Bila abang Haziq berhenti je kereta tanpa berlengahkan masa aku terus membuka pintu. Dan aku keluar dari dalam kereta berjalan menuju ke arah tandas. Aku membasuh muka dan mulutku di singki supaya tidak ada bau muntah lagi. Selepas melakukan apa yang patut di dalam tandas aku pun keluar ingin membeli buah limau supaya boleh mengurangkan sedikit rasa pening dan mualku.
Keluar dari tandas aku lihat suamiku sudah menungguku di luar tandas. Ia memadang ke arahku lalu memberikan senyuman padaku. Aku pun menghampiri suamiku sambil membalas senyumannya.
"Macam mana dah okay dah?" soal Haziq padaku bila aku sudah berada di sisinya.
"Dah okay dah sikit,cuma rasa pening sikit je",jawabku.
"Jom kita pergi beli limau. Abang tengok tadi dekat sana tu ada jual buah limau",kata Haziq padaku.
" Yalah"kataku sambil berjalan mengikuti suamiku itu.
Sampai di tempat menjual buah Haziq membelikan aku buah lima sekilo. Banyak juga la buah limaunya. Harap-harap boleh la mengurangkan rasa pening dan mualku nanti.
"Abang hairan la kenapa ubat yang abang beli dekat farmasi tu tak berkesan untuk Zara. Sepatutnya ubat tu boleh mengurangkan rasa mabuk kenderaan",kata Haziq sambil matanya memadang pada diriku yang ada di sebelahnya.
"Agaknya ubat tu tak sesuai dengan Zara kut," kataku pada Haziq sambil tersengih.
"Harap dia tak tahu yang aku tak makan ubat tu. Kalau dia tahu aku tak makan ubat tu,takut-takut dia paksa aku makan ubat tu pula. Malu la kalau dia sampai tahu yang aku ni tak pandai nak telan ubat.Janganlah sampai dia tahu", bisik hatiku.
Sambil kaki berjalan kepalaku asik memikirkan sesuatu menyebabkan aku tidak perasan kereta Haziq sudah berada dekat denganku. Sehingga Haziq memanggil namaku.
" Zara! Zara nak kemana tu?,kereta abang dekat sini lah"tegur Haziq padaku.
Aku agak terkejut juga kerana Haziq yang sudah bergelar suamiku menyebut namaku agak kuat.
"Zara tak perasan la" kataku sambil menanan malu.
Aku pun segera berpatah balik menuju ke arah kereta Haziq. Bila melihat Haziq sudah membuka pintu aku pun segera membuka pintu sebelah penumpang. Dan melangkah masuk ke dalam kereta.
"Zara kalau rasa pening lagi kepala tu, tidur je la.nanti dah dekat sampai abang akan kejutkan," kata Haziq ketika ia mula memandu keretanya keluar dari kawasan RNR.
"Yalah," kataku sambil tanganku mula mengupas kulit limau. Supaya dapat mengurangkan rasa pening dengan mencium bau limau.
Kerana rasa pening di kepala akibat mabuk kenderaan akhirnya aku tertidur. Aku tak tahu berapa lama aku tertidur di dalam kereta. Tapi tak lama kemudian aku terbangun dan kepala aku semakin pening. Tekak aku pun mula buat hal balik rasa nak muntah.
"Abang,Zara rasa nak muntah lagi" kataku sambil menahan mulutku dengan tangan.
"Muntah je dekat dalam plastik yang ada dekat tepi tu. Sebab kita dah nak sampai dekat rumah orang tua abang dah ni", kata Haziq sambil matanya fokus memandang pada bahagian depan.
Aku pun segera mengambil plastik yang di kata oleh suamiku. Lalu aku terus memuntahkan isi perutku di dalam plastik tersebut. Sampai terkeluar hingus aku muntah kali ni. Melihat keadaan aku yang muntah tak lama kemudian Haziq memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Berhenti sahaja kereta aku segera membuka pintu kereta dan keluar dari dalam kereta. Plastik yang aku guna untuk muntah tadi aku buang. Haziq juga keluar dari dalam kereta dan menghampiriku. Tiba-tiba tangan Haziq menyua botol air kepadaku. Aku pun mengambil botol air itu dari tangan Haziq. Lalu aku mula membasuh mulut dan minum sedikit air yang ada di dalam botol tersebut.
" Dah okay dah?"tanya Haziq bila ia melihat aku menyua kembali botol air ke arahnya.
"Dah okay dah sikit" kataku sambil ingin berjalan masuk kembali ke dalam kereta. Aku baru perasan yang Haziq memberhentikan keretanya di jalanraya biasa bukan di lebuhraya. Di tepi jalanraya kelihatan ada beberapa buah rumah kampung.
"Baguslah,tak lama lagi kita pun akan sampai dekat rumah orang tua abang." kata Haziq.
Aku dan Haziq pun masuk kembali ke dalam kereta. Masuk ke dalam kereta mulutku ingin bertanya kerana melihat Haziq memandu ke jalan yang banyak rumah kampung. Kerana aku bayangkan tempat tinggal keluarga Haziq mesti la kawasan bandar macam Kuala Lumpur tu.
"Rumah keluarga abang ni dalam kawasan kampung ya. Zara ingat kawasan bandar macam KL tu," kataku.Sambil mataku memadang ke arah tepi jalanraya.
"Hahaha,Zara ingat negeri Selangor ni hanya ada bandar besar je ke? Negeri selangor ni besar la juga. Tapi kalau nak pergi KL dari sini tak jauh dah pun" kata Haziq sambil ketawa kecil.
lebih kurang dalam 15 minit kemudian Haziq memandu keretanya ke arah sebuah rumah. Rumah tersebut agak besar juga. Halaman rumah bahagian depan ada kazebo,aku lihat rumah tersebut bukan seperti rumah kampung biasa. Bentuk rumah agak lain dari rumah kampung yang biasa. Rumah ni 2 tingkat tapi semua di buat dari batu bata dan semen. Bukan macam rumah keluarga aku dan rumah Wan. Kerana rumah keluarga aku dan Wan bahagian tingkat atas adalah kayu dan papan. Aku lihat bumbung rumah ni pun bukan bumbung zink macam rumah keluarga aku.
Selepas pintu pagar terbuka Haziq memandu keretanya masuk ke dalam perkarangan rumah. Tak lama kemudian Haziq memarkir keretanya di dalam garaj. Aku lihat di garaj ini ada 2 buah motorsikal dan ada lagi sebuah kereta yang terparking.
Melihat keadaan rumah dan kenderaan yang ada dirumah ni. Aku boleh agak keluarga Haziq ni bukan macam keluarga aku. Kelihatan seperti orang yang agak berada sedikit. Hati aku sudah mula rasa tak tenang dah ni.
Aku mula risau penerimaan kedua orang tua Haziq terhadap aku. Kepala aku sudah mula berfikir yang bukan-bukan. Jantung aku dah mula buat hal pula berdebar-debar macam nak tercabut je.
Haziq keluar dari dalam kereta tapi aku masih tetap tak berganjak keluar dari dalam kereta. Kerana aku sudah mula rasa seram semacam nak bertemu dengan mentua sebentar lagi.
Haziq yang melihat aku masih belum keluar dari dalam kereta tiba-tiba membuka pintu kereta untukku.
"Keluarlah kita dah sampai rumah orang tua abang dah ni. Jom la pergi jumpa abah dan mak abang" kata Haziq padaku.
"Zara nak ambil beg pakaian Zara dulu," kataku lalu melangkah kaki keluar dari dalam kereta dan ingin berjalan ke arah bonet kereta.
"Tak payah,abang dah ambil pun beg Zara dalam bonet tu... Ni tengok dekat tangan abang ni beg siapa", kata Haziq.
Lalu aku pun memandang ke arah tangan suamiku itu. Iya memang betul tangannya sudah memengang beg pakaian kepunyaan ku.
Akibat gementar nak jumpa mentua punya pasal sampai hilang mabuk kenderaan aku tadi.
"Zara nervous ya nak jumpa abah dengan mak abang" kata Haziq sambil tersenyum memadang padaku.
"Zara rasa nervous sikit." jawabku mengiakan kata Haziq.
"Jangan risau la,abah dan mak abang bukan makan orang pun.Lagi pun diorang sendiri setuju abang nikah dengan Zara," kata Haziq sambil tangan kirinya memengang tanganku lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Sementara tangan kanannya membawa beg pakaianku.
Aku dengan rasa gementarnya mengikut Haziq melangkah masuk ke dalam rumah. Di depan pintu aku lihat ada seorang wanita, aku agak umur dia lebih kurang dalam 40 an datang menyambut kami berdua.
"Bik,mak dan abah mana?" tanya Haziq pada wanita tersebut.
"Mak dan abah Encik Haziq ada dekat dalam bilik. Siapa perempuan ni... Ini isteri Haziq ke?" tanya wanita tersebut pada Haziq sambil matanya menatap padaku.
"Iya,perempuan ni isteri saya bik nama dia Izara.Bibik tolong jangan bagitahu sapa-sapa tentang perkara ni. Biar hanya orang dalam rumah ni je yang tahu kami berdua ni pasangan suami isteri," kata Haziq pada wanita yang ia panggil bibik.
"Iya Encik Haziq, Puan dan Encik Rahim pun dah bagitahu pada bibik tentang ni. Encik Haziq jangan risau bibik tak akan beritahu pada siapa pun", kata wanita tersebut.
" Zara kenalkan ni orang gaji dekat rumah ni. Keluarga abang panggil bibik dekat dia ni,"kata Haziq mengenalkan aku pada orang gajinya.
Aku pun menyalami orang gaji tersebut. Di hati aku mula la berbisik,"Rumah punya besar tapi orang gaji satu je"
"Zara fikir apa tu?" tanya Haziq.
"Zara cuma fikir,rumah besar tapi orang gaji seorang je. Kesian la dekat bibik tu", kataku tanpa fikir panjang.
"Bibik tu kerja dia cuma masak je dekat rumah ni. Kemas dan bersihkan dalam rumah dan halaman rumah ni akan ada pekerja pembersihan yang datang 3 hari sekali" kata Haziq padaku.
Kepalaku hanya menganguk tanda faham dengan apa yng di katakan oleh Haziq.
"Orang ada duit semua upah orang buat. Nampaknya keluarga aku dan Haziq ni memang jauh berbeza. Tapi tengok Wan dengan Mak Su tu biasa je", bisik hatiku.
Tak lama kemudian Haziq berhenti di depan pintu sebuah bilik lalu mengetuknya,tok,tok. Beg pakaian yang ada di tangan kanannya ia letak di lantai tepi pintu.
" Masuklah pintu tak kunci pun"kedengaran suara di dalam bilik tersebut.
"Jom masuk jumpa mak dan abah abang dekat dalam", kata Haziq sambil tangannya memengang tanganku.
Hati dan jantungku jangan nak kata dah du,dap,du,dap je tak menentu. Tangan suamiku membuka tombol pintu bilik tersebut. Aku rasa macam nak pitam je. Rasanya mabuk kenderaan aku dah hilang terus. Sekarang ni yang ada hanya perasaan berdebar-debar dan nervous nak bertentang mata dengan mentuaku buat pertama kalinya.
Bersambung...
Share this novel