Bab 35

Romance Completed 1266201

Nurlisa menyapu airmatanya laju, memastikan tiada satu titik pun yang tertinggal. Dia masih mendengar suara Haiqal membacakan ayat Qursi, terang dan jelas.
“Abang, Lisa kena pergi, terimakasih abang. Lepas ni Lisa call abang balik,”
“Abang jangan risau, Lisa ok”
“Lisa sayang abang jugak, dunia dan akhirat,” Dia menamatkan panggilan telepon itu.
Dia menarik nafas dalam, lepaskan perlahan, sambil kakinya melangkah ke pintu. Dia masih mendengar suara Syed Arman memanggilnya.
“Sorry boss, I kat toilet tadi. Jom kita discuss pasal proposal tu,” suara yang keluar daripada bibir mulus tidak bergetar langsung. Nurlisa tidak juga memandang Syed Arman, dia beredar ke mejanya untuk mengambil laptopnya dan buku nota kecilnya.
Suara itu sangat santai
Suara yang tidak ada getaran langsung
Nurlisa tersenyum, dia bangga dengan dirinya sendiri.
Syed Arman melangkah masuk ke bilik Nurlisa. Suaranya tidak kedengaran, tapi dia melabuhkan punggungnya di meja diskusi itu.
“Kita meeting sini jer, tutup pintu…,” arahan itu tegas, tiada lagi kata cinta, panggilan sayang untuk dirinya.
Tiada lagi, dingin bak ais…
Beku, tidak lagi kecairan pada suaranya, matanya juga tiada sinar. Semuanya kelam.
“Sekejap boss, I panggilkan Danish, sebab Danish yang compile all the details. Later tak perlu repeat again,” tanpa menunggu jawapan Syed Arman, Nurlisa memanggil Danish dan meminta Danish ikut serta meeting mereka.
Syed Arman cuma berdiam diri, tidak juga menjawab atau menoleh ke arah Nurlisa. Seolah olah Syed Arman tidak punya perasaan.
Dia masih lagi sibuk memandang telepon. Tiada sedikit pun riak cinta di matanya.
Nurlisa tersenyum hambar kepada dirinya, dia memegang dadanya perlahan.
Nurlisa menutup pintu selepas Danish masuk ke pejabatnya.
Nurlisa sedikit santai, kerana dia sudah mendidik hatinya dalam dua minggu yang lepas, sudah tahu mengumpul dana kekuatan untuk hatinya.
Selepas mereka memulakan mesyuarat, pintu pejabat Nurlisa di ketuk dan terjenggul Ameena di muka pintu.
“Sorry boss, kacau you guys meeting,”
“Cik Lisa, ada kiriman bunga untuk you, here also coklat dengan coffee Starbucks. Maaf i ambil tadi, and tolong signed on behalf you,” tangan Ameena menghulurkan bunga dan hadiah itu kepada Nurlisa.
Dengan mata yang membulat, Nurlisa mengambilnya dan meletakkannya di atas meja pejabatnya.
Bunga ros pink yang sangat cantik, dan dia mula menyukai ros pink itu
Dia mengambil kad kecil itu dan membacanya sekilas
“Thanks Ameena, so sweet of you, thanks again,” Ameena mengenyitkan matanya pada Nurlisa. Dia membalas kenyitan itu sambil tersenyum.
~Princess, maaf I tak boleh lupa senyuman you. This is for you, for your sweetness smile– Eusoff~
Nurlisa tersenyum membaca kad itu, dia dapat menbayangkan mata Eusoff apabila memandangnya.
Nampak ketara keterujaan Nurlisa apabila menerima kiriman bunga dan coklat itu.
“Can we start meeting now?,” suara garau itu berbunyi lagi. Tegang..
Nurlisa tidak menyedari Syed Arman dan Danish memandangnya tidak berkelip. Danish tersenyum melihat telatah Nurlisa, tapi Syed Arman mempamerkan muka yang tiada jiwa.
Nurlisa tersenyum kepada Danish, hanya pada Danish.
“Sorry, let’s start. Danish…take note all the important items, and we will edit the proposal paper and we need to review by tomorrow morning,” mata Nurlisa memandang santai kepada Danish, pembantunya yang sangat berkaliber dalam menjalankan tugasnya.
Perbincangan mereka bermula dengan suasana yang tegang, tiada gurauan dan suara santai daripada Syed Arman. Daripada reaksinya, dia kelihatan sangat tertekan dan stress.
Beberapa kali dia mengulangi ayat yang sama dan bertanya juga soalan yang sama.
Dia tidak focus, tangannya memandang teleponnya tidak pernah lepas.
Nurlisa tidak mempedulikan perilaku Syed Arman, dia begitu concentrate dengan perbincangan dengan Danish. Dia sudah mulai tidak berminat dengan perlakuan Syed Arman. Dia ingin cepat cepat menghabiskan mesyuarat ini dan pulang dengan tiada kerisauan.
“Danish, ambik picture whiteboard ya, I check notes kat laptop sekejap, semalam I ada save beberapa info from website,” Nurlisa membuka laptopnya dan mulai mencari information yang dia telah simpan semalam.
Dalam ralit mencari info, teleponnya berbunyi nyaring. Dia memandang phonenya dan mendapat penggilan daripada number tidak di kenalinya.
Nurlisa pantas mencapai phone dan bercakap dengan nada yang paling perlahan.
“Hello”
“Ouh….haii..dah dah ..i dah dapat. Thanks for that,”
“ouh ye ke? Boleh jugak, I call you after this,”
“faham faham, ok bye…”
Nurlisa auto senyum apabila mendengar suara garau Eosoff di hujung talian. Pandai betul mamat tu memikat dia.
Dalam senyuman itu, mata Nurlisa memandang Syed Arman dan terkejut apabila Syed Arman memandangnya tepat, dengan pandangan yang suram dan tajam.
Nurlisa tidak membalas pandangan Syed Arman, dia menyambung memandang laptopnya. Tanpa Syed Arman sedari, dada Nurlisa berdegup kencang. Ingin sekali dia memeluk Syed Arman dan menenangkan dia seperti yang dia lakukan 5 tahun dulu.
Tapi cerita mereka berbeza hari ini, sangat berbeza.
Tidak mungkin dia akan menanyakan kenapa dengan Syed Arman, dia tidak mahu dan tidak akan menggangu kehidupan Syed Arman, tidak sekali kali.
“Danish, kita stop sini, I nak discuss personel dengan Nurlisa sekejap. Please leave us,” kata kata Syed Arman singgah ke telinga Nurlisa. Kelihatan Danish mengemaskan barangnya dan mula bangun untuk meninggalkan pejabat Nurlisa.

“Cik Lisa, jangan lupa minum coffee tu, kalau sejuk tak sedap,” suara mengusik Danish singgah ke telinga Nurlisa. Dia memandang Danish sambil menunjukkan tanda love dari tangan kanannya.
Kelihatan Syed Arman gelisah, tidak keruan.
Nurlisa turut bangun dan menghantar Danish ke pintu. Tapi Nurlisa tidak menutup pintu, tapi terus membuka pintu itu seluasnya. Dia tidak berniat untuk berdua dua dengan Syed Arman di biliknya.
Syed Arman cuma ketuanya, tiada personal diantara pekerja dengan majikannya.
“Boss nak discuss apa tu ya? Semua important information tadi kita dah discuss. No pending items dah,” Nurlisa memulakan bicara, terus menjurus kepada soal perkerjaan.
“Close the door,” suara itu keras dan tegas
“No need boss, as at now, semua staff tahu our project. I dah brief them last week,” suara Nurlisa juga tegas, tapi tangannya sudah berpeluh menunggu kata kata daripada Syed Arman.
Syed Arman bangun dan menutup pintu. Dia masih berdiri di balik daun pintu, matanya memandang Nurlisa tepat, dan mata mereka berlaga.
Dalam keadaan yang begitu, Nurlisa memilih untuk memandang ke arah laptopnya. Dia tidak berniat untuk bermain mata dengan Syed Arman
Tidak lagi..
“Nurlisa, I minta maaf dengan you, for whatever reason, I minta maaf. I nak minta you give me time, for 3 months, i akan settekan semuanya, and lepas tu I akan focus kat you,” kali ini suara Syed Arman kedengaran bergetar di telinganya.
Kelihatan mata Syed Arman berkaca, meminta simpati dengannya.
“I rasa boss dah salah faham ni, you tak pernah ada salah dengan i. Our relationship only related to work, boss and staff, for sure not more than that,” Nurlisa memulakan kata setelah dia berjaya menghembuskan nafasnya perlahan lahan.
Syed Arman masih memandang Nurlisa tidak berkelip, tajam dan tepat.
“I ada urusan petang ni, I tak boleh balik lambat. Saya kena start berkemas untuk balik, Tomorrow morning, I have meeting with Danish dan lepas tu with butik yang nak sponsor uniform untuk tahfiz nanti,” sedaya upaya Nurlisa tidak mahu menghiraukan kesakitan hatinya.
Untuk kali ini dia perlu tegas.
“Sofea… I tak tahu nak cakap apa, tapi……………….”
Belum habis kata kata keluar daripada mulutnya, pintu pejabat Nurlisa di tolak, terjengul wajah wanita tadi dimuka pintu itu, kali ini pakaiannya sangat seksi, tidak lulus untuk Nurlisa melihatnya, walaupun dia perempuan.
“Sayang…jom..umi discharge today, kita kena pergi hospital ambil umi,” wanita itu tanpa segan silu masuk ke pejabat Nurlisa dan memeluk Syed Arman kemas. Dengan selamba juga dia mencium bibir Syed Arman, rakus dan kejap.
“I love you,” suara wanita itu seperti ingin memberitahu Nurlisa yang Syed Arman miliknya. Syed Arman membalas pelukan wanita itu, sambil mencium dahinya. Kelihatan mereka sangat mesra, sangat mesra.
Nurlisa menundukan wajahnya, dia tidak mahu memandang Syed Arman dan wanita itu.
Semua itu terjadi begitu pantas, Nurlisa tidak sempat merasa dada dan nadinya. Dalam beberapa minit, kedengaran pintu pejabatnya di tutup. Mereka sudah pergi
Mereka sudah beredar
Tinggal dia sendiri di bilik ini...
Syed Arman sudah pergi, dia kalah dan wanita itu menang.
Nurlisa bangun perlahan dan mengunci pintu pejabatnya. Dia menapak perlahan ke mejanya. Bunga Lily di mejanya diambil dan dibuang ke tong sampah.
Dia menapak ke ruang buku kecil di sudut biliknya. Dia mengambil buku buku itu dan menyimpan ke dalam laci cabinet itu.
Tiada airmata yang mengiringi perlakuannya saat ini.
Dia mengambil perfume YSL itu. Dia harus memberi kepada Danish, yang penting bau biliknya tidak lagi berbau Syed Arman.
Kali ini dia NEKAD
Kali ini NEKAD dia sudah BULAT
Untuk kali ini tiada airmata, tiada lagi tangisan. Dia sudah berjaya mengawal hatinya. Satu perubahan yang sangat besar selama 5 tahun ini.
‘Terimakasih Abah dan Mak, adik tahu Abah dengan Mak pasti bangga dengan adik, maafkan adik sebab selama ni adik hanyut dengan perasaan adik,’
‘Adik akan cari bahagia adik, adik pasti akan bahagia, pasti mak, pasti abah’
Suara Nurlisa pecah dengan tangisan, tangisan itu pecah berderai.
Dia mengambil duduk di kerusi pajabat itu. Longlai, tiada daya untuk dia bangun. Tiada juga daya untuk dia berkata kata.
Dia kalah, bukan hari ini, tetapi sudah lama dia kalah.
Tapi hari ini dia sedar, dia akan menang kalau dia terus KUAT.
‘Abang, suatu masa nanti, di takdirkan ingatan abang pulih, Sofea ingin katanya Sofea sudah lama maafkan abang. Sudah lama. Allah punya sebab yang kuat untuk menguji Sofea. Sofea akan simpan cinta abang di dalam hati Sofea, tidak mungkin Sofea lupakan abang. Tetapi abang tidak perlu menyimpan cinta Sofea, abang boleh buang , sebab ianya akan membebankan abang. Kalau abang ingat dan tidak mengaku kisah lama kita, Sofea juga tidak akan salahkan abang. Abang adalah hadiah yang terbaik untuk Sofea. Abang jangan pernah rasa bersalah, Sofea juga tidak pernah salahkan abang. Suatu hari nanti, kalau abang jumpa Sofea selepas abang ingat kembali, berpuralah tidak mengenali Sofea. Hari ini, Sofea menerima talak abang, Sofea bebaskan abang, bergembiralah abang’
Nurlisa menulis kata kata itu di buku notanya. Dia mengoyak helaian itu dan melipatnya kecil. Dia menyimpan di dalam dompetnya, berdekatan dengan surat nikah dan nota ceraikan.
‘Selamat tinggal abang, Sofea doakan abang, semoga abang bahagia’
Suara tangisan itu mengiringi perlakuannya memasukkan helaian kertas itu. Esakan itu sayu, sungguh hiba..
Nurlisa bangun, saat ini dia mendapat kekuatan yang luar biasa, sangat luar biasa.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nurlisa berjalan sendirian di mall berdekatan pejabatnya. Hari ini dia membawa kereta kerana kerana dia ingin membeli barang basah, dan beberapa barang untuk rumahnya.
Selepas mengambil troli, dia memulakan langkah dengan penuh tenaga.
Hari ini dia akan menukar kondonya menjadi kondo yang bersuasana baru. Dia perlu balik sebelum maghrib kerana dia ada temujanji dengan Haiqal untuk mengaji bersama.
Haiqal sudah ingatkan dia beberapa kali dengan text message. Dia tidak boleh mengelat lagi.

Nurlisa mencari notes di iphonenya, mencari listing yang sudah dia sediakan untuk hari ini
Senarai sudah tersedia;
1. Cadar pink
2. Perfume Elizabeth Arden
3. Bunga rose plastic
4. Kotak untuk menyimpan barang
5. Dress labuh
6. Skirt labuh
7. Blouse lengan panjang
8. Shawl warna lain selain cream and putih
9. Wallpaper
10. Barang basah
11. Barang kering
Disaat dia sendiri mencari normal baru dalam hidupnya, dan trolinya juga sudah hampir penuh, teleponnya menjerit nyaring. Dia pantas menjawab menjawab panggilan itu dengan suara yang penuh tenaga.
“Saya Nurlisa, ada apa En Engineer?”
“I kat mall, ada nak cari barang sebelum balik,”
“Aah, mall kat sebelah office I, malas nak drive, jalan jem,”
“Boleh, tapi I kena balik awal, sebab ada appointment dengan kawan I kat rumah, sebelum maghrib kena sampai rumah,”
“Boleh, I nak habis dah ni, you tunggu kejap lah, I bayar kejap. Aah, I ok je minum kat mane pun,”
“You dengan mak you ke? Laaaaa…segan lah,”
“Hurmmmmm, kenapa ek?”
“Okey, see you then,”
Dan panggilan itu tamat.
Nurlisa tersenyum, hatinya pahit tapi tidak salah untuk dia mencari kawan baru selepas 5 tahun dia tidak pernah beria ria untuk punyai sesiapa.
‘Malam ini aku akan aktifkan semua social media aku, intagram, FP dan twitter. Lets keluar from gua, Nurlisa Sofea’
Nurlisa tersenyum sekali lagi, senyuman yang masih pahit, tapi sekurang kurangnya dia berusaha untuk megurangkan kepahitan itu.
Selepas hampir 30 minit, Nurlisa menapak dengan barang yang penuh di tangannya. Dia termengah mengah menghampiri jejaka dan ibunya itu.
Dari jauh Nurlisa sudah menghadiahkan senyuman, rasa bersalah menyapa diri.
“Maafkan saya Aunty sebab tunggu lama, saya beli barang tadi. Q kat kaunter panjang pulak,” Nurlisa menghulurkan tangan kepada wanita separuh usia itu.
‘Cantik’ detik Sofea di dalam hatinya.
“Mommy, Ini staff Uncle Awal, jaga Yayasan Endah. We work together under Project Tahfiz tu,” kata kata Eusoff itu memberi isyarat mereka ada hubungan yang baik dengan keluarga Syed Arman.
“Hi Aunty, saya Nurlisa, Aunty apa khabar?” Nurlisa sekali lagi menundukkan wajahnya, sambil tersenyum mesra.
Wanita separuh abad itu tersenyum mesra kepada Nurlisa, mengemaskan salaman tangan Nurlisa sambil memeluknya mesra. Dia memandang Nurlisa tidak berkelip, seolah olah mencari sesuatu dengan wajah Nurlisa.
“Cik Lisa, kenalkan my mom,” Eusoff memandang Nurlisa mesra, terbit rasa sebak apabila melihat Mummynya memeluk Nurlisa mesra.
“Apa khabar Nurlisa, maaf Aunty terpegun tengok kamu, cantik yang luar biasa. Tapi Aunty seperti pernah nmelihat kamu, atau Aunty pernah jumpa kamu, tapi Aunty lupa,” suara Mummy Eusoff itu mesra, tangannya masih lagi memegang erat tangan Nurlisa.
“Ouhhh…wait…. Kamu gadis yang kerja as sukarelawan kat Rumah Pengasih Takzim kan? Aunty ingat kamu sebab kamu yang uruskan baby yang down sindrom itu, kamu juga yang jaga ibunya yang depression tu kan?,”
“Ya Allah, Aunty ingat kamu, Allah makbulkan doa Aunty, Aunty nak sangat jumpa kamu,”
‘Aunty minta contact number kamu, tapi Pengetua Rumah Pengasih tu tak kasi, katanya kamu tidak benarkan sesiapa kenal kamu,” wanita separuh abad itu memeluk Nurlisa kemas, erat sambil mengucapkan syukur kerana tertemu juga dengan Nurlisa.
“Aunty Sharifah Norlia, Ibu kepada Megat Eusoff Andika, boleh Aunty peluk kamu lagi sekali,” tangan Sharifah Norlia memeluk Nurlisa, pelukan yang kedua, tapi kali ini lebih mesra.
Nurlisa yang terpinga pinga itu membalas pelukan Sharifah Norlia. Dia masih ingat dengan ibu yang depression itu, melahirkan anak tanpa suami kerana maut di dalam perjalanan ke tempat kerja. Keluarga kepada ibu itu tidak mahu menjaganya, kerana anak down sindrom itu adalah anak tidak sah taraf.
Nurlisa masih ingat itu. Dr Malik yang mencadangkan Nurlisa berkerja di situ supaya Nurlisa dapat melihat nasib orang yang jauh lebih malang daripada dirinya.
“Andy ingat tak mommy cerita pasal Rumah Pengasih yang Mommy buat donation tu, kan mommy ada cakap yang mommy jumpa gadis yang cantik, yang sanggup cuci najis seorang ibu yang depression. Ini lah dia gadis yang mommy cerita tu,” Sharifah Norlia berkata dengan mata yang bersinar sinar, terlihat dia tersangat teruja dengan Nurlisa.
“Lisa ingat dengan ibu itu, tapi Lisa macam tak pernah nampak Aunty kat Pengasih tu, atau Lisa focus sangat. Maafkan Lisa Aunty, patutnya Lisa yang perasan Aunty, ini Aunty pulak yang kenal Lisa, malu pulak Lisa,” suara Nurlisa perlahan, melahirkan rasa bersalah tentang keadaan itu.
Nurlisa memandang Eusoff yang ralit memandangnya, sambil tersenyum megah.
“Mommy, Andy ada sini, jumpa Cik Lisa, Mommy terus tak peduli dengan Andy, dahlah lapar ni,” Eusoff cuba menceriakan keadaan apabila melihat mommynya terlihat emosi.
“Ya Allah Andy, mommy ni terlebih teruja pulak, seronok sangat Mommy jumpa Nurlisa,” ujar Sharifah Norlia yang tidak berganjak matanya memandang Nurlisa.
Sesuatu yang terlintas di benak Sharifah Norlia, dia menyambung senyumannya
‘Ya Allah, jodohkanlah anakku dengan Nurlisa, aku mohon padaMu Ya Allah’ doa itu bergema di dalam hatinya.
BERSAMBUNG
Gadis itu menyarung semua baju kurung yang di beli suaminya.
Semasa process menukar baju, dia cuma memakai bra dan seluar dalam renda yang seksi yang juga di beli oleh suaminya.
Satu persatu dan dia mengayakan di hadapan suaminya
“Aku suka kau pakai baju kurung. Mulai sekarang, kat rumah pun kau pakai baju kurung. Ini arahan,” gadis itu menganguk tanda faham.
Jejaka yang bergelar suami itu menghampiri gadis itu, memegang leher gadis itu kasar dan memagut bibir gadis itu juga dengan kasar. Tangannya bergerak ke bawah, membawa gadis itu terbang hanyut ke dalam nikmat hubungan mereka yang halal.
Gadis itu berserah, sentuhan itu sememangnya di nantikan, setiap saat, setiap detik. Kasar perlakuan suaminya adalah momen romantik bagi dirinya.
Gadis itu bahagia, tersangat bahagia.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-09 06:44:32 

morning....dear.....bila nk update lg

YAZNI-ERNIE
2020-10-07 02:37:30 

hi hi hi dear. tqvm upsate. lama i'm waiting


NovelPlus Premium

The best ads free experience