Bab 50

Romance Completed 1302115

Di Hendon Resort
Ketika Puan Embun membangunkan Nurlisa untuk solat subuh, keadaan Nurlisa sudah sedikit pulih daripada kejutan kerana melihat Syed Arman pergi.
“Nurlisa, ibu dah panggil cleaner kemaskan muntah semalam. Nurlisa bangun untuk solat subuh ya, nanti ikut ibu jalan jalan kat taman. Nurlisa kena ambil udara segar, sementara mereka siapkan breakfast,” Puan Embun memeluk Nurlisa kemas, memberi sedikit rasa keibuan di dalam pelukan itu. Kerana dia tahu Nurlisa sangat perlukan semangatnya.
Mata Nurlisa sedikit bengkak kerana menangis semalaman, tapi dia berupaya membuka matanya, melihat Puan Hendon begitu ikhlas menjaga dirinya.
“Thanks Ibu sebab ada dengan Lisa. Ibu Lisa dah lama pergi, ayah Lisa pun, Lisa anak yatim piatu. Tiada orang tua yang ada untuk Lisa menumpang kasih. Thanks again Ibu,” Nurlisa mengemaskan pelukannya. Airmatanya mengalir laju, dari semalam dia memang mendambakan pelukan dari seorang ibu.
“Ibu ada kat sini kalau Lisa perlukan apa apa. Lisa bersiap dulu, ibu balik ke rumah ibu untuk solat dan bersiap. Nanti ibu datang jemput Lisa untuk ke taman,” Puan Hendon menepuk bahu Nurlisa mesra. Ada sesuatu lingkaran yang di rasakan ketika bersama gadis cantik itu.
“Ibu, terimakasih sebab ibu ada dengan Lisa,” Nurlisa bangun menghantar Puan Hendon ke pintu, sambil tangan mereka masih berpegangan tangan.
“Ibu ada banyak soalan nak tanya Lisa. Masa breakfast nanti kita borak ya,” Puan Hendon melangkah keluar dari bilik mewah itu. Dia membina resort ini dengan semangat yang sangat kuat. Dia juga punya kisah silam yang menyakitkan, sampai sekarang dia masih mengharap Allah memberi sinar untuk dia bahagia.
Tepat jam 8 pagi, mereka berjalan di taman di tingkat dua resort itu. Sambil menghirup udara pagi, Nurlisa merasa sangat segar walaupun hatinya tidak sedikit pun melupakan Syed Arman.
Selepas solat subuh, dia cuba untuk memeriksa telepon Syed Arman, tetapi iphone 11 itu sudah kehabisan bateri. Dia menyimpan telepon itu di dalam tas tangannya, kerana dia harus memulangkan telepon itu kepada Ameena.
“Lisa, lelaki semalam yang bersama Lisa itu Ibu agak itu suami Lisa kan?,” lembut suara itu bertanya setelah lama dia menyepi. Sedari tadi Puan Hendon memberi masa kepada Nurlisa untuk menjamah embun didaun hijau di taman itu.
Nurlisa memandang Puan Hendon sambil menganguk kepalanya. Airmatanya mengalir laju.
“Ibu meneka yang hubungan Lisa complicated kan?,” mendengar pertanyaan itu, suara tangisan Nurlisa semakin kuat. Dia sudah tidak dapat menahan sebak di dada. Airmata laju mengalir tanpa belas kasihan.
Nurlisa mengambil tempat duduk dikerusi di taman itu. Dia sudah tidak boleh berjalan lagi. Dia harus memberi ruang kepada lututnya untuk mengambil nafas.
“Buat masa sekarang, Lisa kena betul betul rilex, jangan tekan perasaan Lisa. Ibu tahu semua ni tidak mudah, tapi Lisa kena mudahkan, supaya jiwa Lisa tidak tertekan,” Nurlisa bangun dariapda duduk dan memeluk Puan Hendon kemas. Ini pertama kali dia mendengar nasihat dariapda seorang ibu. Dia rindukan ibunya.
“Ibu tahu semua ini sangat berat, kerana ibu juga pernah merasai apa yang Lisa rasai sekarang. Ibu mengambil masa bertahun untuk pulih. Sampai satu ketika, ibu bertanya pada diri ibu, apa yang ibu dapat kalau ibu berterusan meratap nasib diri. Apabila melihat Ammar, ibu bangkit,” Puan Hendon melongarkan pelukan mereka dah mendudukkan Nurlisa kembali di kerusi itu.
Dia juga mengambil tempat duduk di sebelah Nurlisa.
“Ketika ibu bangkit, Ibu tidak lagi menoleh ke belakang. Ibu kentalkan jiwa ibu sampaikan jiwa ibu tiada lagi belas kasihan. Sekarang dah 24 tahun berlalu, Ammar dah 25 this year. Alhamdulilah Allah membuka rezeki ibu untuk membesarkan Ammar,” Suara wanita separuh umur itu terlihat sangat terkesan dengan ceritanya.
“Ibu, breakfast dah ready, jom la ibu, ajak tetamu sekali,” muncul Dr Ammar dari celah pokok Ketapang itu. Kelihatan Dr Ammar sangat kacak dengan pakaian joggingnya.
“Ok anak ibu. Jom Lisa,” Puan Hendon menghulurkan tangan untuk membantu Nurlisa bangun dari duduknya.
“Lisa sejuk sangat ni, Ammar boleh ambiknya sweater ibu, ambik yang tebal sikit,” Puan Hendon mengosok tangan Lisa mesra, memberi tenaga kepada gadis itu.
Ketika mereka berjalan beriringan ke ruang legar tingkat dua itu, teleponnya berbunyi, tertera nama Ameena di talian.
“Cik Lisa, saya mendapat arahan daripada Tuan Syed Adam untuk update pasal Tuan Syed Arman,” suara Ameena seperti tercungap cungap.
Dadanya berdebar apabila mendengar nama Syed Arman, nampaknya Syed Adam menunaikan janjinya.
Dia cuba bertenang supaya tidak terlalu kedengaran gelisah di telinga Ameena.
“Ya Ameena, alhamdulilah, macam mana boss?,” Nurlisa bersyukur kerana Syed Adam sangat memahami dirinya.
“Based on latest update by Tuan Syed Adam, 5 mins ago, Boss masih tidak sedarkan diri. Subuh tadi dia meracau, lepas tu Doctor kasi ubat tidur. Now masih sama, apa apa perkembangan saya akan update Cik Lisa. Tuan Syed Adam pesan pada Cik Lisa, jangan skip makan. Dia cakap lagi yang Cik Lisa kena rehat, apa apa perkembangan lagi saya akan update, Tuan juga pesan Cik Lisa tak perlu ke hospital. Sorry ada call masuk, will call you back later,” tanpa mendengar balasan dari Nurlisa, Ameena sudah memutuskan talian.
Nurlisa memandang teleponnya lama, dia berhenti dan tidak berganjak. Sesungguhnya dia tidak punya upaya untuk berjalan. Dadanya berdebar, dalam fikirannya hanya penuh dengan Syed Arman.
“Lisa ok tak? Kita duduk kat kerusi dulu, Ibu nampak Lisa lemah sangat,” Puan Hendon mencapai lengan Nurlisa dan mendudukkan Nurlisa di kerusi di ruangan breakfast itu.
“Lisa ok Ibu, cuma hati Lisa tak sedap, Lisa rasakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi,” Nurlisa tidak membantah apabila Puan Hendon mendudukkan dia di situ. Dia juga tahu dia perlu duduk supaya lututnya dapat berehat.
“Lisa minta maaf sebab susahkan ibu, Lisa juga minta maaf sebab ibu perlu jaga tetamu ibu. Lisa bersyukur sebab ibu ada dengan Lisa,” airmatanya sudah merembes keluar, bibirnya juga sudah turut sama menangis.
“Dia suami Lisa ibu, kami berpisah 5 tahun, sekarang Lisa jumpa dia balik, tapi dia tak ingat Lisa langsung. Tapi sekali dia jatuh cinta dengan Lisa. Lisa takut nak declare dia suami Lisa, ada banyak sebab ibu, tapi semalam Lisa bertekad untuk ceritakan semua, tapi cerita hari ni dah lain,” esakan itu kedengaran jelas di telinga Dr Ammar yang sudah lama berdiri di sudut pintu menghala ke ruangan breakfast itu.
“Lisa depression ibu, kekadang Lisa tidak boleh control jiwa Lisa lari ke kisah silam. Selama 5 tahun Lisa hidup di dalam kenangan yang hampir meragut nyawa Lisa. Lisa bukan tidak kuat, Lisa bukan tak nak kuat, tapi jiwa Lisa tidak mahu menganjak ibu. Lisa pun menderita,” kata kata itu sangat sayu, sangat menyentuh jiwa yang mendengarnya.
Dr Ammar perlahan lahan bergerak ke arah Puan Hendon dan Nurlisa. Dia tahu kedukaan itu kerana suatu ketika itu ibunya pernah mengalami situasi begitu. Seperti yang diceritakan oleh ibunya, hidupnya hanya kerana dirinya dan perjalanan ke negeri abadi.
“Ibu, Ammar bawak sweater ni, ok ke?,” Dr Ammar menghulurkan sweater kepada ibunya. Ibunya menyambut dan menyarungkan ke badan Nurlisa.
“Ibu faham apa yang Lisa rasa sekarang. Ibu faham sangat, tapi sekarang ni Lisa kena makan dulu, kita bercerita sambil makan ya, duduk Ammar, breakfast sekali dengan kami,” Puan Hendon menuang coffee ke cawan Nurlisa dan mengambil roti telur dan meletakkan di pinggan di hadapan Nurlisa.
Nurlisa hanya mengangguk, tanpa memandang Puan Hendon dan Dr Ammar.
“Ammar boleh join ke ibu? Ammar risau tetamu ibu tak selesa,” Dr Ammar masih berdiri, menunggu jawapan daripada ibunya.
“Boleh Dr Ammar, maaf sebab buat Dr tak selesa,” Nurlisa pantas menjawab pertanyaan itu. Dia masih memandang ke bawah, dia tidak mahu mereka melihat mata deritanya.
Dr Ammar menarik kerusi dan mula menikmati sarapan pagi, jelas kelihatan dia sangat selesa dengan Nurlisa.
“Terimakasih Puan, saya join sekali ya, jarang kami makan ada dengan tetamu. Biasanya ibu akan makan dia beranda rumah atas, sambil main dengan kucing dia. Today ibu excited nak makan dengan Puan, alhamdulilah, ibu ada kawan dah,” jejaka berwajah iras Pan Asian itu bersuara.
Suaranya dan wajahnya sama sama kacak.
“Puan ok ke kalau saya berbual, sebab sayang memang suka bercakap, masa sekolah dulu selalu masuk pidato, kadang kadang tu ibu marah sebab suka sangat bercakap,” Dr Ammar tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik dan tersusun.
“Saya mendengar Puan Lisa bercerita dengan ibu tadi. Bukan curi dengar, kebetulan saya dah ada kat tepi pintu depan tu, saya faham apa yang Puan rasakan, sebab kisah ibu pun sama dengan Puan, itu yang ibu ceritakan pada saya apabila saya balik dari study,” Dia mula bercerita.
“Dulu saya selalu melihat ibu menangis, tengah basuh pingan pun ibu boleh menangis. Apabila saya tanya, ibu cuma memeluk saya, sambil berkata yang suatu masa nanti, saya akan faham,” wajahnya yang kacak itu lebih terserlah dengan matanya coklatnya yang cantik terletak, dengan keningnya yang tebal.
Puan Hendon hanya mendiamkan dirinya semasa anaknya mula berbicara. Dia memberi ruang kepada anaknya untuk memancing suasana agar Nurlisa selesa.
“Puan Lisa, saya bukan Dr psychology, tapi masa study dulu, semua student kena ambik course itu. Ada satu ketika kami kena interview pesakit yang mengalami depression. Seorang gadis yang kehilangan kekasihnya semasa dia mengandung. Kekasihnya meninggal di dalam accident semasa memancing. Dia berada di dalam dunia dia selama 15 tahun, anak dia dah besar, dia tak sedar masa berlalu,” Suara Dr Ammar sangat kemas, tutur bicaranya satu persatu
“Masa kami interview dia, dia masih bercerita kisah cinta dia dengan kekasihnya, kekasihnya sangat baik, bertanggungjawab dan sayangkan dia,” Nurlisa mula berhenti makan, cerita itu menyentuh jiwanya, sekaligus membuatkan dadanya sesak.
“Tetapi masa saya tahun akhirnya, lecturer saya cerita yang pesakit tu dah sedar dari khayalan dia. Puan tahu bagaimana dia sedar? Anaknya yang di jaga oleh keluarga kekasihnya datang melawatnya selepas 15 tahun, anak itu menyerupai kekasihnya. Anak itu membantu memulihkan khayalannya. Selepas dia sedar, dia menangis tanpa henti, kesal dengan cara dia menangani jiwanya. Dia kesal kerana dia tak sempat nak jaga ibunya, sehingga ibunya meninggal,” Dr Ammar mengambil tisu dan menghulurkan kepada Nurlisa.
Dia nampak dengan jelas airmata Nurlisa mengalir laju di balik tudung sutera itu. Dia tidak menafikan wajah cantik Nurlisa membuat jiwanya ingin bercakap banyak, kelembutan itu membuatkan peribadi wanita itu terlihat sempurna.
“Puan akan pulih, Insyallah saya pasti satu masa nanti Puan akan dapat memeluk takdir Allah dengan tenang. Puan jangan pernah marah dengan apa yang berlaku, tetapi Puan kena berdamai dengan takdir Allah. Allah itu Maha Memberi. Itu yang ibu selalu cakap pada saya, kan ibu?,” Dr Ammar memandang ibunya , selepas melihat ibunya begitu tekun mendengar percakapannya.

“Ya Ammar, Allah itu Maha Memberi,” kata Puan Endon mengiakan percakapan anak lelakinya.
“Lisa boleh datang sini bila bila masa seandainya Lisa perlukan ibu. Kalau Lisa nak ibu pergi rumah Lisa pun Ibu sanggup. Yang penting Lisa kena jaga diri. Kalau ibu minta Lisa bersabar, ibu pasti Lisa dah banyak bersabar. Cuma ibu nak minta Lisa bertabah, percaya dengan aturan Allah, Ibu akan tolong Lisa pulih, Insyallah,” Puan Hendon mencapai tangan Nurlisa dan meramas perlahan. Jiwanya mulai sebak apabila melihat airmata Nurlisa mengalir tanpa henti.
Nurlisa menahan sebak jiwanya, dia tidak tahu kenapa dia terlalu sensitive dengan cerita Dr Ammar. Cerita itu begitu dekat dengan jiwanya.
“Terimakasih Dr, setiap hari saya push diri untuk melupakan semua. Setiap hari juga saya berdoa supaya Allah tidak murka kepada saya kerana begitu menyintai manusia, kerana saya patut menyintai Allah dan Rasul. Setiap hari saya bertaubat dengan perbuatan jiwa saya,” Kali ini Nurlisa berani mengangkat mukanya memandang Dr Ammar.
Dia perlu kuat, dia perlu bangkit, lagi dan lagi.
“Lisa balik esok ya, nanti ibu hantar dengan Ammar. Ibu tak berani biarkan Lisa drive sorang, jauh pulak tu,” Puan Hendon mengambil meehon goreng meletakkan kedalam pinggan Nurlisa.
“Lisa makan mee sikit ya, roti tu tak kenyang nanti. Lepas makan bolehlah baring, Lisa tak cukup tidur malam tadi. Nanti Zuhur Ibu minta pekerja kejutkan. Nanti ibu minta mereka hantarkan lunch kat bilik ya, sekejap lagi ibu nak ke surau. Hari ni ada gotong royong masak untuk hantar ke sekolah tahfiz kat sini. Selepas Asar baru ibu balik,” Puan Hendon merasa sangat bertanggungjawab dengan tetamunya, yang sudah jatuh kasih sayangnya.
“Ammar tak payah ikut ibulah, tunggu kat resort, kot Lisa tak sihat nanti. Nanti ibu minta pekerja hantarkan ibu ke surau,” suara tegas keibuan untuk membuatkan Nurlisa kembali sebak.
Kalaulah ibunya ada, pasti ibunya juga berbuat begitu.
“Ibu, boleh Lisa tanya sesuatu,” Nurlisa mulai merasa selesa dengan kemesraan Puan Hendon, dia juga mulai kasih dengan sikap ambil tahu wanita itu.
“Ibu umur berapa? Kenapa ibu cantik sangat?,” soalan yang terbit daripada bibir mulus Nurlisa itu mengundang ketawa Dr Ammar.
Mendengar ketawa Dr Ammar, Nurlisa cuma tersengih polos.

“Jangan ketawa Ammar, baiklah…ibu jawab ya….Umur Ibu 46 tahun, ibu biasa biasa sahaja, mungkin sebab ibu datang dari darah campuran, jadi muka ibu more to Pan Asian. Tapi Bahasa melayu ibu hebat kan? Sebab ibu orang melayu,” Puan Hendon tidak kekok untuk menjawab persoalan Nurlisa kerana dia sudah biasa di tanya soalan begitu.
“Ada apa apa lagi anak ibu nak tanya? Ouh, by the way, Ibu nak Lisa panggil Ammar dengan panggilan Ammar, tak perlu panggil Dr. Then Ammar pun boleh panggil Lisa, no need Puan Lisa. Ibu nak kasi tahu yang Ammar tunggu panggilan houseman, jadi Ammar tolong ibu kat Resort and jadi Dr peribadi ibu,” tanpa di tanya, Puan Hendon menerangkan kepada Nurlisa.
Dia mulai jatuh cinta dengan tetamunya, dan dia tahu perhubungan itu akan kekal lama, kerana dia punya sebab untuk kekalkan hubungan itu.
Didalam mereka berbual, telepon Nurlisa berdering dan dan tertera Dr Malik di screen telepon itu.
“Sekejap ya Ibu, Lisa jawab call,” Nurlisa bangun daripada duduknya untuk menjawab panggilan Dr Malik.
“Assalamualaikum Uncle,”
“Alhamdulilah, Lisa ok, sihat,”
“Lisa takde kat KL, Lisa outstation, kenapa Uncle tanya?,”
“Alaaaaa, kenapa tak cakap awal? Lisa nak pun jumpa Uncle, sebab dah rindu,”

“Alhamdulilah, Uncle doakan ya, everyday Lisa usaha Uncle”,
“Sampaikan salam Lisa kat Aunty dengan Kak Dee, Insyallah Lisa akan ke rumah Uncle bila Lisa free nanti,”
“Lisa faham, Lisa akan berusaha, Lisa pun sayang Uncle, terimakasih Uncle,”
Panggilan itu habis disitu and Nurlisa merasa sedikit lega apabila Dr Malik memberi aura semangat kepada dirinya.

BERSAMBUNG

Share this novel

cikpuanelena
2021-07-09 18:39:10 

endah, embun Hendon byk Nama resort ni hehe

YAZNI-ERNIE
2020-12-10 03:15:55 

morning, dear. tqvm. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience