Rate

BAB 1

Drama Completed 585

Dinding papan lapis dan kedudukan rumah yang terlalu dekat tidak terdaya menyerap bunyi suara jiran sebelah kiri, kanan, depan dan belakang. Sekali-sekala terdengar pergaduhan suami-isteri tentang bajet keluarga yang selalu melebihi pendapatan. Sekali-sekala terdengar pertengkaran adik-kakak dek kerana tertukar seluar dalam. Sekali-sekala terdengar teriakan adik-abang berebut jamban.
Dinding papan lapis dan kedudukan rumah yang terlalu dekat tidak terdaya menyerap bunyi suara jiran sebelah kiri, kanan, depan dan belakang. Sekali-sekala terdengar pergaduhan suami-isteri tentang bajet keluarga yang selalu melebihi pendapatan. Sekali-sekala terdengar pertengkaran adik-kakak dek kerana tertukar seluar dalam. Sekali-sekala terdengar teriakan adik-abang berebut jamban.
Lorong antara rumah, kotor dan sempit. Tikus-tikus sebesar kucing berkongsi habitat manusia. Mereka tidak mengendahkan kucing-kucing, apalagi manusia. Kadang-kala tikus-tikus itu terlebih manja dari kucing. Parit dan longkang tersumbat menghasilkan aroma stink-garden yang saban hari semakin memualkan. Akan tetapi buat masa ini, semuanya harus diadaptasi dengan penuh toleransi.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5?}
“Bang, tak selesalah duduk sini. Dahlah rumah sempit, cakap pun kena bisik-bisik. Anak-anak pula dah makin besar, tak sesuailah bang,” rungut Marjina .
“Kan abang dah cakap banyak kali, kenapa nak ulang lagi? Balas Hasbul dengan suara agak tinggi.
“Janganlah cakap kuat-kuat bang. Nanti jiran sebelah dengar, ” kata Marjina seusai merapatkan jari telunjuk, tegak ke bibirnya.
“Lain kali jangan mengungkit,” balas Hasbul dengan perlahan. Matanya terjegil sebesar sebiji lokan; tak dapat ditahan-tahan.
Hasbul keluar bukan untuk mengambil udara segar. Sebenarnya tiada udara segar di luar melainkan macam-macam bau yang mendera hidung. Walaupun telah mangli dan mampu beradaptasi, kadangkala tengiknya makin menjadi-jadi. Dia hanya ingin lari dari isterinya yang asyik menanya soalan sama. Dia mendongak ke langit dari celah bumbung setinggan yang hampir bersentuhan antara binaan. Bintang-bintang bagai emping padi tertumpah di lantai langit, berserakan tanpa sebarang pola yang ketara. Akibat terlebih menghisap rokok seludup, dia terbatuk-batuk garing dan nyaring.
“Hai Hasbul , teruk dah batuk tu, tak makan ubatkah? Tanya Pak Jalal , jiran sebelah depan.
“Sikit saja Pak Jalal , nanti sembuhlah. Sekarang ni musim kering, dah kemarau ni.” Kata Hasbul cuba beramah mesra sambil mencuba menukar topik.
“Berhenti sajalah rokok tu. Zaman ni, hanya orang kaya yang mampu hisap rokok,” lanjut Pak Jalal .
“Saya hisap rokok murah saja Pak Jalal ,” Hasbul cuba mempertahankan diri.
“Sebab rokok murahlah, batuk lagi teruk,” Pak Jalal beragumentasi.
“Sama saja Pak Jalal , rokok murah atau mahal, kesannya tetap sama,” balas Hasbul sambil tersenyum meraikan kemenangannya.
Hasbul bersandar di kerusi plastik warna krim yang telah luntur dan berdaki. Dia masih merenung ke langit dengan pandangan yang begitu jauh bagaikan mencari Pluto yang merajuk kerana tidak diiktiraf sebagai planet.
“Kerja ok kah?” Tanya Pak Jalal mengupil peti sunyi yang dikunci rapat oleh Hasbul .
“Teruk sikit sekarang ni Pak Jalal . Pihak pengurusan buat silap, penjualan menurun, tapi kami yang menanggung derita. Overtime dah lama tak ada, sekarang ni dengar pula cakap-cakap yang kilang akan shut-down; kena tolak cuti tahunan. Lama-lama mesti kena paksa ambil cuti tanpa gaji macam tempat lama saya kerja dulu, ” terang Hasbul .
“Kilang elektronik memang macam tu, selalu naik-turun tak menentu. Saya pun pernah terkena di zaman kemelesetan ekonomi tahun 1980-an dulu, lepas kena paksa ambil cuti tanpa gaji, majikan buat pengumuman akan buang orang-orang baru. Apa nama…, errr… LIFO. Last in First Out, ya, yang tu lah katanya. Last-last semua sekali bungkus…,” balas Pak Jalal .
Marjina membawa dulang berisi teko, dua biji cawan dan sepiring biskut empat segi. Dia meletakkan di atas kabinet kasut usang bersebelahan dengan tempat suaminya duduk, tersenyum dan masuk kembali ke rumah. Di wajah Hasbul terlukis riak kehairanan. Kopi datang sendiri tanpa dia perlu meminta. Ditambah pula biskut empat segi, mungkin begitulah caranya Marjina memujuk suami. Kemarahan tadi yang semakin reda telah terhapus oleh aroma kopi O cap Gantang yang terhidang. Hasbul tersenyum kambing kepada Marjina tanda ingin berdamai.
“Jemput minum Pak Jalal ,” Hasbul mempersilakan jiran depan rumahnya minum bersama.
“La, ada kopi, elok sangat tu, di rumah saya, masa-masa macam ni, semua sibuk tengok drama apa nama…, Buaya Tembaga Itu Suamiku. Tak ada siapa nak buatkan kopi, ” rungut Pak Jalal sambil mencapai kerusi bulat di tepi pintu dapur lalu dibawa ke depan pintu rumah Hasbul .
“Pak Jalal tak tengok sekalikah?” Tanya Hasbul sambil menghirup kopi penuh nikmat.
“Naik meloya saya tengok. Balik-balik cerita sama juga, ubah tajuk saja. Bosanlah Hasbul ,” balas Pak Jalal .
Hasbul merasakan hidup Pak Jalal jauh lebih beruntung darinya. Pak Jalal sudah tidak bekerja. Hidupnya suami isteri ditanggung anak-anak. Mereka tidak berkira wang ringgit walaupun tidak bergaji besar. Mereka semua tinggal di sekeling rumah Pak Jalal . Mereka sentiasa ada untuk menjenguk kedua-dua orang tua itu.
Hasbul merasakan, walaupun hanya tinggal di setinggan seumur hidupnya, Pak Jalal termasuk kategori yang paling bahagia. Berlainan pula dengan dirinya, Hasbul terlalu ingin keluar dari kepompong kemiskinan dan lari jauh-jauh dari perkampungan setinggan ini.
“Hasbul jangan pindah dari sini. Saya dengar kerajaan negeri tengah bincang dengan pemaju nak buat pangsapuri mewah di sini.” Pak Jalal bersemangat umpama bateri telefon pintar yang baru dicas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience