Bab 75

Romance Completed 1445138

Syed Arman berjalan perlahan ke pintu utama rumah agam itu, jiwanya longlai, kakinya sudah tidak berdaya untuk berjalan, tetapi dia gagahi juga, dia anak lelaki, dia harus kuat.
Kini dia faham apa erti sebuah rindu yang membuatkan Nurlisa rebah, yang membuatkan isterinya lemah, dia dapat merasai cinta sejati isterinya ketika kali pertama dia bertemu, dia masih ingat tentang tea panas hasil tangan isterinya, masih ingat roti telur yang disediakan oleh isterinya, masih ingat bau perfume YSL itu apabila pertama kali melangkah ke rumah Nurlisa.
Sedari semalam dia teringat tentang kotak kecil di dapur kondo Nurlisa, yang dihalangi oleh Nurlisa untuk dia membuka, pasti ada sesuatu yang berharga tentang mereka di dalam kotak itu.
Selepas selesai urusan di Arau, dia akan pulang ke Kuala Lumpur, dia akan mencari Nurlisa di sana pula, dia sudah merancang tentang pencariannya, kali ini dia akan pastikan dia akan menjumpai jejak Nurlisa.
Semasa berpisah dengan Pak Leman, dia mendapat info tentang kewujudan Haiqal, seorang lelaki yang sangat di sayangi Nurlisa, teman sekampungnya yang dia menghabiskan waktu bersama, yang merawat kesedihan Nurlisa semasa kehilangan orang tuanya.
Pak Leman sudah berjanji akan mencari jejak Haiqal, melalui orang tua Haiqal dan menurut Pak Leman, Haiqal berada di Kuala Lumpur dan mereka sering berjumpa.
Syed Arman juga teringat tentang pertemuan pertama Nurlisa dengan Sharifah Sakinah, ketika itu Nurlisa bersama seorang lelaki, dia pasti itu Haiqal.
Jadi dia perlu berjumpa dengan lelaki itu untuk menjejaki isterinya, dia perlu berbuat apa sahaja demi isterinya.
Terlalu banyak perkara yang dia perlu lakukan, dia menyusun satu persatu. Dia perlu berbuat begitu kerana dia tidak mahu isterinya jatuh ke tangan orang lain.
Dia tidak mampu bayangkan Nurlisa berada didalam pelukan orang lain. Dia akan membawa isterinya pulang dan bertemu ibunya, pasti ibunya menyukai pilihannya.
Wajah ibunya silih berganti dengan Babahnya, rasa berdosa dengan ibunya sudah sarat, sambil berjalan, dia meraup wajahnya perlahan. Dia tahu apa yang berlaku adalah teguran Allah kerana berburuk sangka kepada ibunya.
Berbagai bagai perkara dia akan lakukan, untuk mengembalikan jati hatinya, untuk mengembalikan rasa yang sepatutnya, dia merasakan dia pergi terlalu jauh dengan dendamnya, tanpa dia sedar, dia sudah berbalah dengan takdirnya.
Dia merangka apa yang perlu dia buat dahulu, apa yang perlu dia lakukan hari ni, seterusnya hari esok, dia dapat merasakan isterinya ada dekat dengannya.
Dia pasti itu.
Agenda hari ni, dia akan teruskan mesyuarat, berbuat biasa dengan semua orang, selepas mesyuarat, dia akan cuba mencari ingatannya yang hilang di rumah itu, dia harus mencari bau Nurlisa, dia harus mencari apa sahaja yang Nurlisa tinggalkan, dia harus berusaha, kini dia tekad, dia akan menyelesaikan semua kekusutan ini.
****************************

Apa yang tercatat di dalam diari itu
~Aku bahagia, walaupun dia tidak membenarkan aku tidur di biliknya, aku bahagia walaupun dia tidak membenarkan aku mendahului setiap sentuhan, aku bahagia walaupun dia mendatangiku cara yang kasar, aku bahagia walaupun dia tidak memangil nama aku dengan lembut, aku bahagia walaupun dia memaksa aku memakan pil perancang itu. AKU BAHAGIA~
~Hari ni kami ke pantai, di negara seberang ini, aku bahagia. Dia banyak mengajar aku erti cinta yang sejati, pengorbanan yang tersurat apabila kita jatuh cinta. Penat? Tidak, aku tidak pernah penat, kerana semua Lelah aku terubat apabila dia memelukku, apabila aku dapat mendengar dengupan jantungnya semasa kami bersama. Aku tahu dia jatuh cinta denganku. Aku tahu, jangan tanya aku bagaimana aku tahu, tetapi aku tahu~
~hari yang Indah, dia mendatangi aku di pantai privasi itu, kami mengalunkan cinta dengan nafsu yang mengila di pantai yang tiada sesiapa yang boleh melihat kami, aku akan kenang saat ini, apabila dia memulai dengan kata kata yang sangat romantic, sekali lagi dia memuji kecantikan badanku, kecantikan leherku, mulutnya memuji setiap kali gerakan nafsu itu beralun. Aku hampir lupa siapa aku di dalam hidupnya, aku hampir lupa taraf aku dengannya, yang aku ingat, aku perlu membahagiakannya, supaya apabila dia pergi, akan ada cebisan nama aku di dalam hatinya, bergerak ke dalam mimpinya, supaya dia tidak akan dapat menyintai orang lain selain dariku~
~Ya…aku perasan, tapi aku akan pastikan dia jatuh cinta denganku~
~Baju mandi itu sangat seksi, aku malu pada mulanya, tetapi aku teruja apabila dia memuji kecantikan, aku mandi bersama di bilik air resort itu, dan dia menolong aku menanggalkan baju mandi itu, memandikan aku seperti seorang suami yang sebenarnya, aku bahagia~
~Hari ini aku menangis, hari yang berbekas di badan dan hatiku. Dia meletak tangan di badanku apabila ku terpegang belakangnya, reactionnya sangat kasar, seperti biasa di meninggalkan aku sendirian menahan kesakitan tanganku selepas dia menarik tanganku dengan kasar. Kalau di fikirkan, aku hanya gundiknya, tidak mungkin dia akan melayani aku seperti isterinya. Aku yang terlebih menaruh jasa hati kepadanya. Aku yang salah, dia bertindak seperti dirinya~
~Dia masuk ke bilikku, dia mengejutkan aku dengan kakinya, sangat kasar. Aku tertidur di lantai selepas kepenatan kerana mengemas dapur, kerana agency menghantar pinggan dan gelas baru. Aku membasuh dan menyusun di cabinet dapur. Kakinya menyentuh kakiku dengan kasar, tetapi sentuhan itu memberi erti yang lain di dalam cintaku. Aku dapat merasakan kasih sayang mengalir, aliran yang sangat laju. Aku terus bangun dan pantas mengucup bibirnya. Dan dengan kejadian itu, ianya adalah pemulaan kepada cinta yang bertepuk kedua tangan, dan bunyinya sangat nyaman. AKU BAHAGIA~
~Dia tidak membalas kucupanku, kerana malu aku terus ke bilik air, membersih diri untuk solat zohor, semasa aku keluar, dia sudah bersedia dengan kain pelikat, mengajak aku solat bersama, Ya Allah, aku bahagia apabila dia membenarkan ku mencium tangannya, persis isteri yang sebenar~
~Pertama kali aku dilayan seperti isteri selepas hari itu, dia membenarkan aku memanggilnya abang, tukaran panggilan “TUAN”. Apa rasa hatiku? Bahagialah, apa lah soalan itu~
*********************************************

Syed Arman melangkah masuk ke rumah agam itu, dia melihat Tuan Syed Awaludin dan Syed Adam berdiri di ruang tamu hadapan, sedang menatap potret gambarnya yang tergantung megah di ruangan tamu.
Apabila dia melihat Babahnya, dia pantas menyalami lelaki yang selalu menjaganya, memeluk lelaki itu dengan kemas. Lama dan kejap, dia seperti melepaskan kesemua lelahnya semenjak semalam. Dia ingin meletak kusam laranya di bahu itu.
Dia mendengar dengan jelas suara Syed Awaludin singgah ke telinganya.
“Anak teruna Babah seorang yang kuat. Babah akan bersama mencari Lisa. Babah janji, apabila jumpa nanti, Babah yang akan kahwinkan Arman dengan Lisa. No umi, no Sakinah, only us. Babah janji” airmata jantanya keluar laju, dadanya sebak, dia dapat merasakan tenang apabila mendengar perkataan itu.
Dia tidak tahu kenapa, walaupun tiada kepastikan didalam janji itu, tetapi dia tahu Babahnya mengundi Nurlisa di dalam memilih bahagia.
Syed Arman hanya mendiamkan diri tidak berkutik, dia tidak punya kekuatan untuk berterus terang, lagipun suaranya mendengar salam daripda Ameena dan Danish. Dia juga mendengar suara daripaa staff yang lain, menandakan dia harus terlihat professional di matanya mereka.
Dia tidak mahu staffnya tahu kelemahannya, jiwa laranya, jiwa lemahnya, sakit rindukan isterinya yang separuh mati.
“Assalamualaikum Tuan Syed, kita meeting kat ruang tengah, sekejap lagi ada coffee time,” Ameena terus menjalankan tugasnya, tetapi suara sangat perlahan, dia seperti tiada semangat, matanya sedikit bengkak.
Dalam beberapa minit, semuanya bersedia untuk bermesyuarat dan Danish sibuk dengan projector dan laptopnya.
“Assalamualaikum, thanks for attending meeting today. This is our first time meeting here and I believe kita akan selalu ada kat sini after this, selepas project Sekolah Tahfiz start, over to Danish to upate on the project timeline and status,” Syed Arman memulakan meeting kerana dia yang mengarahkan meeting diadakan di Arau.
Mereka meneruskan meeting, dengan semangat yang biasa, terlihat Danish begitu bersemangat dengan presentationnya, dan selepas session soal selesai, mereka semua berpuas hati dengan penghasilan project.
Selepas makan tengahari, Danish dan staff yang lain meminta diri untuk bergerak ke tapak project. Mereka juga ingin melihat Bandar kecil Arau dan ingin mencari makanan yang enak di Arau, mungkin lepak di kedai mamak, menghirup secawan kopi panas
Ameena mengampiri Syed Arman dan dia membisikkan sesuatu semasa Syed Arman ke dapur untuk membasuh tangannya.
“Ada text from Cik Lisa, she sent in attachment, dia nak I send kat you after meeting finished. Text ni saya terima subuh tadi, dari mobile Cik Lisa. After I call back, no tu takde dalam coverage dah,”
Syed Arman membuka whattapp dan menekan attachment file itu. Dia melihat attachment itu di dalam Microsoft word, tangannya sangat gementar.
Kakinya melangkah ke pintu dapur, dia membuka pintu itu dan duduk di parkir di luar dapur.
“Boss, sorry if I pergi without permission. I minta maaf if ada apa apa yang masih tidak selesai antara kita. I doakan you bahagia dan you berhak bahagia. I dah handover semua to Danish. If one day, your memory dah back to normal, i berdoa kesemuanya akan kembali normal untuk you dan family you. Ada beberapa perkara di dalam dunia ini yang tidak dapat kembali kepada asal. Jadi kita semua perlu berdamai dengan takdir kita – 091225 - Lisa”
Syed Arman memegang dadanya kuat, dia terkesan dengan kata kata Nurlisa. Kenapa perlu Nurlisa mengatakan ‘tidak akan kembali kepada asal’
Kenapa?
‘Jangan pergi sayang, abang cintakan Sofea, jangan pergi sayang’ hatinya menjerit kuat.
Nurlisa seperti patah hati dengannya, kenapa dia tidak berterus terang dengan sahaja yang dia adalah isteri aku, jerit Syed Arman di dalam hatinya.
Dia memegang lututnya, dia cuba mencari kekuatan dengan berbaik sangka dengan semua kesakitan ini. Baru semalam dia tahu Nurlisa adalah isterinya, dia berhadapan dengan situasi yang isterinya akan bersama lelaki lain, hari ni pula isterinya hampir berputus asa dengan dirinya.
Dia memandang ke pintu apabila mendengar namanya di panggil oleh babahnya, dia melihat babahnya berdiri di muka pintu itu dengan seribu persoalan, nampak jelas kedutan di dahinya.
Tanpa dia sedar, dia menerkam Babahnya sehinggakan badan Babahnya terganjak ke belakang.
“Babah, Arman minta maaf sebab selama ni Arman berdendam dengan Babah, berdendam dengan abang, Arman berdendam dengan ibu. Semua yang terjadi pada Arman adalah balasan Allah pada Arman. Arman banyak dosa,” badannya melurut ke bawah.
Dia menangis sayu, tanganya mengapai kaki Babahnya dan menicum sambil mulut tidak putus putus meminta maaf.
“Arman, kamu tidak bersalah nak, Babah yang bersalah kerana tidak tahu menjaga kamu, menjaga ibu, menjaga umi, Babah yang gagal dan kesannya terkena anak anak Babah,” Syed Awaludin menarik tubuh Syed Arman berdiri dan memeluknya.
“Babah minta maaf sebab mengambil masa yang lama untuk Babah selesaikan perkara ini. Babah minta maaf,” dia kembali memeluk anaknya, kedengaran suaranya tuanya bergetar.
Ini kali pertama dia melihat sisi Syed Arman yang lain, seperti Syed Arman sangat terkesan dengan pemergian Nurlisa.
“Sabar nak, Babah akan cari Lisa, Lisa anak yang baik, Babah sendiri akan pinangkan Nurlisa untuk Arman. Babah dah minta Uncle PI carikan, insyallah kita akan dapat jejaki dia. Kamu kena bersabar sedikit sahaja lagi,”
Dia melepaskan pelukannya dan meletakkan anaknya di kerusi meja makan di dapur itu. Dia dapat melihat kesedihan anaknya, selepas 6 tahun bangun dari koma.
“Rumah agam ini adalah tempat yang terakhir Arman datang sebelum kemalangan. Duduk sini sehari dua dan cuba bersatu dengan rumah ini. Insyallah kamu akan dapat mencari apa yang kamu hilang. Babah doakan, babah akan serius cari ibu, Babah akan ke semua tempat, Babah sendiri akan pastikan Arman akan berjumpa ibu Arman. Babah minta maaf nak,” suara itu sangat yakin dan Syed Arman dapat mendengar dengan jelas.
Di dalam kesedihan yang tiada bertepi itu, dia mendengar suara abangnya daripada tingkat paling atas.
“Arman, kenapa bilik kamu tak boleh bukak? Ada password pulak, apa sahaja lah kamu ni, berapa lama bilik tu tak buka, ntah apa la kamu simpan dalam bilik tu, call agency minta dorang bukak, minta maid bersihkan,” laungan suara abangnya meningatkan dia kepada kata kunci yang dia melihat di dalam attachment text daripada Nurlisa.
Dia bergegas ke atas, cuba membuka pintu itu dengan password itu, dan dengan tidak disangka pintu itu terbuka.

Dia terus masuk kedalam bilik yang pasti mempunyai seribu kenangan bersama Nurlisa.
Dia mengunci pintu bilik itu kemas, dia tidak mahu sesiapa yang mengacaunya.
Matanya tertancap kepada gambar besar di dinding biliknya, gambar dia bersama isterinya, sama seperti gambar di studio Uncle Chinese itu. Ada 3 gambar didinding besar itu, satu terlekat gambar potret Nurlisa yang sangat neruntum jiwanya. Wajah yang manis itu seperti tersenyum kepadanya.
Bilik itu sangat besar, terdapat sofa 3-seater dan ruangan almari yang luas. Terdapat juga meja study dan meja makan yang kecil. Dia pasti banyak kenangan yang tercipta di bilik ini. Pasti banyak memory yang dia cipta bersama.
Alangkah baiknya sekiranya Nurlisa ada bersamanya, dia sudah tidak peduli dengan ingatannya, yang dia mahukan adalah isterinya.
Dia menapak perlahan ke almari yang panjang dan besar itu. Apabila membuka pintu itu dia melihat pakaian tidur isterinya dalam perbagai fesyen yang kesemua sangat seksi. Dia menyentuh dan membawa ke bibirnya, dia mencium rakus, ingin sangat dia mendapat bau isterinya, tetapi yang dia dapat menghidu cuma bau yang lama di tinggalkan.
Tidak banyak pakaian di dalam almari itu, cuma beberapa helai pakaiannya dan baju tidurnya. Kakinya melangkah ke sofa di tepi katil itu, dia cuba untuk duduk, Cuma untuk mengambil aura 6 tahun dulu, sekurang kurangnya badannya memberi message kepada otaknya untuk menterjemahkan ingatanya.
Dia terkejut apabila punggung terduduk di atas sesuatu yang keras. Dia bingkas bangun dan memeriksa apa yang tertinggal di atas sofa mewah itu.
Dia terkejut, darahnya menyirap ke kepala. Dia lantas mengambil alatan itu yang tertinggal 6 tahun yang lalu. Kesan dan bacaannya masih berbekas.
Alat ujian kehamilan itu di tatap lagi, Nurlisa mengandung anaknya?
Isterinya mengandung?
Dia punya anak dengan Nurlisa?
Bulu romanya meremang, dia terduduk di sofa itu dan airmatanya kembali mencari tempat. Badannya masih mengigil. Matanya masih tidak melepaskan pandangan kepada alatan kehamilan di tanganya.
Dia teringat tentang tulisan terakhir di diari itu.
~Aku mencari pil planning itu, tapi tidak ku temui, biasanya abang letak di dalam laci. Apabila ku tanya, dia hanya meminta aku mencari lagi, sedangkan sudah 2 hari aku tidak memakan pil itu. Nanti kalau apa apa yang terjadi kepada rahimku, pasti abang akan menuduh aku tidak mengikut perjanjian perkahwinan kami. Tak apalah, esok aku cari lagi, mungkin aku perlu memindah almari ini ke depan, mungkin ubat itu terjatuh ke belakang~
~Aku meminta abang mencari ubat itu, tapi dia membalas dengan mengodaku, sudahlah aku tidak makan pil, dia pula menghabiskan sisanya ke dalam rahimku. Aku takut, tapi dia tidak endahkan aku~
~Ini page yang terakhir, nanti aku beli buku baru, aku sayang mu suamiku, aku ingin sangat untuk melahirkan zuriatmu, suatu masa nanti aku pasti melahirkan zuriatmu apabila status gundikku bertukar kepada istermu, di terima oleh keluargamu. Abang adalah suami Sofea, di dunia dan akhirat~
BERSAMBUNG

Share this novel

NORITA
2021-04-06 17:49:16 

Bl nk update dear...

Syakira Ieyra
2021-04-05 01:19:02 

update plss

nizz
2021-03-31 06:43:10 

tq dear author.. sedihnya... lmbat lg ker abis citer ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience