Rate

Prolog

Short Story Completed 11653

Aku sudah lama memerhatikan si dia. Aku terpikat semenjak melihat kesungguhan dia lincah bermain ragbi di atas padang. Seperti scene cliche daripada drama asing yang banyak kali ulang tayang di kaca tv. Jika aku dapat melihatnya walaupun sekilas sudah cukup untuk membikin aku jadi tak keruan.

Aku cuba usir dia, aku cuba pujuk hati ini katakan perasaan ini hanya sementara. Mungkin aku cepat terpikat. Namun aku sendiri tumpas dengan perasaanku sendiri. Kubiarkan perasaan ini mekar dalam hati, mengisi segenap ruang kosong dalam hatiku. Setiap langkahku, aku rasa bayang dia seperti mengikutiku. Parah sungguh angauku.

Aku banyak kali menampar diri sendiri. Cuma sekadar untuk beringat. Mana mungkin dia memandang perempuan sepertiku. Kedua-kedua belah pipi ada cela parut tidak hilang-hilang. Bab pelajaran pula aku lingkup.

Mungkin sudah tiba masa untuk aku memajukan diri. Orang lain sudah lama ke hadapan, aku masih ketinggalan merangkak di belakang. Sebab itulah aku dipandang sebelah mata.

"Live like there is no tomorrow."

Aku mahu hidup aku penuh warna. Mulai saat ini, aku mahu buktikan kepada diri sendiri dan mereka yang memandang rendah kepadaku, aku juga boleh berjaya.


11 Januari 2009

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience