Bab 52

Romance Completed 1263900

Bab 52
Nurlisa melangkah lemah ke biliknya, tangannya di pegang erat oleh Ameena. Dadanya berdebar kencang, tiada lagi perasaan malu, tapi dia sangat takut sekiranya jiwanya akan pergi jauh meninggalkannya.
Airmatanya menitik perlahan, betapi tinggi dugaan kerana bersuamikan Syed Arman.
“Cik Lisa, you duduk dulu, I buatkan tea panas sekejap ya,” dia hanya mengganguk, dia tidak sanggup memandang wajah Ameena. Gadis itu adalah mata mata keluarga Syed Arman, dia pasti Ameena akan ceritakan semuanya kepada mereka.
Pintunya di buka daripada luar, dia tidak berdaya untuk memandang pintu itu kerana tangan dan badannya masih gementar. Dia harus memberi rehat kepada jiwanya, supaya dia dapat berfikir dengan tenang.
“Lisa, kenapa you lembik sangat, next time tahan dengan tangan, jangan sampai ada yang tampar muka you. Muka you satu dalam sejuta, kejap lagi rosak, mana I nak tengok bidadari cantik lagi. Kesianlah kat I ni,” suara Eusoff dekat dengan telinganya.
Dia tidak juga memandang, dia tersangat malu dengan apa yang terjadi.
“Sorry I gurau jer, you jangan risau, takde staff yang percaya dengan minah sewel itu. Semua orang tak suka dia kot. You beruntung Lisa, Sakinah masuk lift jer ada yang text PA CEO, minta tengokkan you, sebab masa tu muka Sakinah macam ular sawa yang sebulan tak makan,” Eusoff mengambil tempat duduk di sisi Nurlisa.
Nurlis masih lagi membisu. Dia memberi ruang kepada Eusoff untuk bercakap.
“I dah called CEO and cerita semua tadi. I tak tahu apa relationship you dengan mereka, tapi mereka nak I protect you. Tapi I nak cakap satu rahsia, you simpan rahsia ni sampai bila bila,” Eusoff bersuara dengan sangat perlahan.
“You tahu kan Daddy I ada private investigator company. Adam dengan adik adik call Daddy I Uncle PI. Kereta Arman tu staff Daddy letak gps, kereta you pun tadi dorang pasangkan gps jugak. Phone pun sama. Masa you pergi toilet tadi, dorang buat something kat phone you. Jadi you pergi beli new sim card and letak kat this phone. This sim card nanti, you kena pergi telco and change new sim. Esok I ask dispatch hantar new phone for you. Dorang dah start nak investigate you,”
Nurlisa terkejut dan memandang Eusoff, meminta penjelasan.
“Don’t panic. Phone ni you kena off selalu. Jangan guna selepas office hours. I akan beli phone sama macam ni, jadi bila Ameena nampak, dia akan cakap you guna phone sama. And jangan salahkan Ameena, dia cuma menjalankan tugas dia. Dia tidak bersalah,”
“I inform you sebab I tahu how terrible family Uncle Awal. Arman tidak bersalah, kerana dia mangsa keadaan. Tidak mustahil apabila dia sedar nanti, dia akan ikut cakap umi dia, kerana dia ada depression dan banyak benda yang dia tak ingat, which is dia akan ikut cakap umi dia apabila umi dia umpan dengan kasih sayang,”
Eusoff berhenti sejenak menarik nafas. Dan dia menyambung lagi.
“You kena sabar kalau you sayangkan Arman. I tak boleh masuk campur urusan Arman dengan you, itu Daddy I dah warning. Jadi kalau Allah tetapkan jodoh you dengan Arman, Allah akan membuka jalan. Tapi I akan jaga you, kerana mommy I minta I jagakan you. Semalam Daddy cerita semua kat Mummy sebab Mummy terdengar arahan Daddy kat staff dia. Mummy menangis sepanjang malam sebab dia kesian kat you, and nak I kahwin dengan you,” Nurlisa mengangkat mukanya memandang Eusoff, dan Eusoff mengangguk perlahan.
“Mommy I berkenan lama dah dengan you, tapi kalau tak jadi menantu pun, you boleh jadi anak Mommy I kan? Sebab Mommy ada banyak event nak plan dengan you. Mummy I takde anak perempuan, jadi dia excited bila jumpa you,” Nada suara Eusoff mendatar, penuh dengan aura seseorang yang sangat melindungi.
“Kita sambung pasal family Arman,”
“Family mereka memang begitu. Uncle Awal juga tidak bersalah”
“Tapi I nak sambung cerita rahsia lagi satu. Umi Arman tidak sakit. Dia berjalan satu rumah apabila semua orang tidur. Umi Arman ada pendamping. Apa tu pendamping, nanti I cerita”
“Jadi Daddy ada pasang cctv kat rumah mereka, and pasal cctv tu takde orang tahu kecuali Uncle Awal. Daripada cctv tu macam macam cerita yang uncle Awal tahu pasal umi Arman,”
Dan kali ni Eusoff berhenti lagi.
“Tujuan mereka pasang gps kat phone you sebenarnya nak protect you. Itu Daddy I cakap. Tapi I tak rasa gitu, sebab Uncle Awal pun penuh dengan rahsia. I tak boleh baca apa dalam kepala Uncle Awal setakat ni.. tapi mummy dah warning Daddy, apa apa terjadi you, mummy tak akan maafkan Daddy sampai bila bila. Mummy minta you bacakan surah AlFalaq setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Ayat tu boleh jadi pendinding dari sihir,”
Kali ini Eusoff berhenti seketika. Dia kembali menarik nafas dan menyedut perlahan.
Nurlisa memandangnya penuh sayu, sekali lagi dia beruntung kerana disayangi oleh orang disekelilingnya.
“Lisa, I tak nak tipu perasaan i. Yes, I suka you, more than that. Pertama kali jumpa you, hati I dah terikat dengan you. I tak pernah serius sukakan seseorang, but dengan you lain. The feeling is different,”
“But from day one jugak, I nampak Arman pandang you lain. I cuba nak nafikan, but day by day Arman memang tunjuk taring dia. So I diamkan jer, but this time, if anything happen to you, I tak akan main tarik tali dengan Arman. I akan buat apa yang patut. Remember that Lisa,” Eusoff menepuk bahu Lisa perlahan.
“Banyak sangat yang I cerita kat you hari ni, pasti you susah nak hadam kan? I tinggalkan you alone dulu and you need to be alone. You akan dirahmati Allah Lisa, I doakan tu,” Eusoff bangun dan menuju ke pintu, sesungguhnya dia tidak mahu mendengar suara daripada Nurlisa, dia tidak sanggup mendengar alasan dan penolakan.
Nurlisa bangun dan mencapai teleponnya, dia membelek belek teleponnya dan mencari sesuatu yang pelik tetapi tiada.
Dia kembali mencari jati dirinya, kembali menghadam bait bait cerita daripada Eusoff. Dia ingin menelefon Mommy Eusoff, Puan Sharifah Norlia, tapi mungkin ada seseorang yang akan mendengar panggilan nanti. Dia juga ingin menelefon Sharifah Teha untuk bertanya tentang Syed Arman, tapi mungkin ada yang mendengar nanti.
Pergerakannya terbatas. Dia perlu mencari telepon baru untuk urusan harinya.
Pintu biliknya di ketuk dan terjengul Ameena di muka pintu.
“Maaf lama ambik air, sebab Encik Eusoff tak kasi I masuk. I minta maaf sebab tak dapat protect you tadi, sebab minah sewel tu cepat sangat, tak sempat nak tarik you,” Ameena meletakkan botol mineral di depan Nurlisa.
Dia memandang wajah Nurlisa sayu. Sesungguhnya dia sangat kesiankan Nurlisa dengan apa yang terjadi.
“You ada nak update I apa apa ke?,” Nurlisa menyentuh tangan Ameena perlahan, lembut dan sayu. Dia tidak sesekali menyalahkan Ameena, kerana Syed Awaludin yang membayar gaji Ameena.
“I minta maaf Cik Lisa, phone you kena hack, and all call and message will be shared by 3rd party. Based on Teha updated, only call and message. If you use data text, like WhatsApp, activities will not be trace. I minta maaf sebab buat gini, tapi I terpaksa, and I rasa Encik Eusoff dah cerita kat you tadi. Malam tadi Eusoff call me to inform this,” Ameena menarik Nurlisa bangun dan memeluknya. Dia ingin memberitahu Nurlisa yang dia selalu ada untuk bossnya.
“Thanks Ameena sebab jujur dengan i. I beruntung kerana orang sekeliling I sayangkan I, termasuk you. I nak tahu khabar boss, today ada cerita tak? Sebab tadi Eusoff kata from bilik CEO, maknanya CEO masuk kerja today, kan?,” tidak pernah sesaat dia melupakan Syed Arman.
Nurlisa memandang Ameena dengan mata yang sayu, dia berharap Ameena boleh faham gelodak jiwanya.
“I dah called Teha sebelum masuk office. Tuan Syed Arman belum sedar tadi, tapi dia tidak berada dalam keadaan kritikal. Insyallah dia akan bangun, semuanya atas Tuan Syed Arman. Kita sama sama berdoa untuk dia,” dia membuka air mineral dan menghukurkan kepada Nurlisa.
“Ameena, I tahu apa yang I minta ni mungkin sangat sukar untuk you. Tapi boleh tak arrange I nak jumpa boss. Kalau bukan face to face, mungkin boleh video call. I need to see him, please Ameena,” Nurlisa sudah buang perasaan malunya jejauh.
Dia sudah ketandusan akal untuk berfikir bagaimana jalan untuk berjumpa dengan Syed Arman, cuma Ameena satu satunya cara untuk dia bergantung harap.
“I tak boleh janji, but I akan cuba. Apa apa nanti I confirm later. Tapi Cik Lisa must stay positive. Semua pesan kat I minta I jagakan Cik Lisa, ramai yang sayangkan Cik Lisa. Termasuk CEO dan Eusoff. Danish juga minta I jangan buat Cik Lisa stress. Kalau ada task yang dia boleh buat, Danish minta I pass kat dia,” Ameena memandang gadis jelita di hadapannya. Berpakaian sopan dan bercakap dengan lemah lembut membuatkan orang tidak pernah tertinggal untuk cuba mendekatinya.
“Insyallah, ujian yang lepas lebih teruk daripada sekarang. Saya akan terus positive, and always positive,” Kata kata untuk bukan hanya untuk sampai ke telinga Ameena, tetapi untuk jiwanya. Dia perlu berbaik dengan jiwanya, agar dia boleh terus berjuang untuk hidupnya.
“Ameena, back to work. File yang I minta CEO approval for scholarship tu dah ok ke? If ok, I nak minta Danish arrangekan interview with 10 selected student tu,” Nurlisa bangun dan berganjak ke mejanya.
“Sementara you check tu, help me to call Yayasan staff, I nak brief them next year program and budget. Ask Danish to bring the paper yang dia dah siap last week,” Nurlisa kelihatan sangat serius. Dia perlu berbuat begitu kerana dia harus tegas dengan jiwanya.
Dia tidak boleh lemah.
“Baik Cik Lisa, I just received text from PA CEO, to inform this. “CEO already blocked Sharifah Sakinah to enter the building. Security Dept to ensure the same incidents will not happen again”, text itu dibaca oleh Ameena dan Nurlisa mendengar satu persatu.
“Say thanks to CEO ya, actually I boleh handle Sharifah Sakinah. I faham apa dia rasa, kenapa dia bertindak begitu. Dia bertindak atas tiket tunang Boss, I just staff Endah Holding, not more than that,” suara itu sayu, tapi kebenaran tetap disitu.
“Aku isterinya, tapi aku cuma gundik halalnya, tiada sesiapa yang tahu, kecuali Allah SWT. Jadi gundik tidak berhak ke atasnya,” suara itu Cuma bergeman di dalam hatinya, tidak mungkin akan di dengar oleh sesiapapun.
*************************************************************
Di bilik VIP di Prince Court Medical Centre
Syed Arman masih tidak sedarkan diri, masih tidak membuka matanya. Menurut Doktor yang bertugas, sepatutnya Syed Arman sudah membuka mata, tetapi keadaan tidak begitu.
“Arman, apa khabar hari ni, Abang baru balik dari office. Banyak betul document yang abang kena sign. Nurlisa tu rajin sangat. Budget dan plan for next year pun dah siap, with all details for approval,”
Syed Adam melawat Syed Arman setelah selesai tugasan yang penting di pejabat. Dia berkira untuk meminta Eusoff pindah ke Endah Holdings mengantikan Syed Arman buat sementara. Dia tidak mahu semua project tergendala kerana ketiadaan Syed Arman.
Memandangkan Mega Holding adalah syarikat kepunyaan penuh Syed Awaludin, dia boleh bila bila masa memindahkan Eusoff ke Endah Holding. Seingat Syed Adam, Mega Holding terlalu banyak sentimental value kepada Syed Awaludin. Itulah nyawa Syed Awaludin semasa permulaan menapak untuk menjadi jurutera yang berjaya.
Selepas penstrukturan syarikat 4 tahun lepas, Mega Holdings hanya concentratre tentang pembinaan plan untuk syarikat lain. Kerana itu Syed Awaludin melantik Eusoff sebagai Managing Director Mega Holdings. Itu juga kerana membalas jasa keluarga Eusoff yang terlalu banyak membantu penyembuhan Syed Arman.
“Adam, abang ingat nak bawak Nurlisa ke sini, tapi for sure Babah tak akan agree. Jadi kamu kena sihat cepat. Abang cuma nak ingatkan kamu, Nurlisa tu bukan sahaja cantik, tapi jelitanya sampai tahap terhiris tangan pun tak sedarlah. Jadi dari mata kasar abang, Eusoff tu ada harapan untuk naik pelamin dengan Nurlisa kalau kamu tidur lama sangat,” Syed Arman perlu mengapikan Syed Arman untuk dia bangun dengan segera.
Kerana menurut doctor, tiada yang menghalang process untuk Syed Arman kembali sedar. Cuma Syed Arman sendiri tidak mahu atau dia punya sebab untuk tidak bangun.
“Abang dah keluarkan memo to all dept, Sharifah Sakinah tidak boleh enter the building. Ada ke patut, dia datang office and tampar Nurlisa kat depan semua staff. Kecoh kat level 30 tadi, Nasib baik ada Eusoff tolong leraikan, kalau tak habislah kekasih hati kamu tu,”
“Tapi ingat, Eusoff tolong ada makna tu, sebelum dia masuk jarum, baik kami bangun cepat,” Syed Adam mengambil tempat duduk di kerusi di sebelah katil adiknya.
Sedari kecil lagi dia tertanya tanya, kenapa rupa paras Syed Arman tidak sama dengan dia dan Sharifah Teha. Syed Arman kelihatan sangat cukup kejadiannya, matanya coklat, dan bentuk mukanya menjadikan kejadian Allah itu sangat sempurna.
BERSAMBUNG
oo

Share this novel

Yazni Ernie
2020-12-27 09:51:34 

dear...update

Yazni Ernie
2020-12-26 18:56:31 

uodate dear

Yazni Ernie
2020-12-25 23:52:57 

update dear


NovelPlus Premium

The best ads free experience