Rate

Janji?

Fanfiction - KPOP Series 219

"Janji tau? korang mungkir janji aku cekik sekor-sekor"

ancam su jeong membuatkan jae ki serta jun hee ketawa namun pada masa yg sama kecut perut, mereka cukup kenal dengan perangai su jeong, seorang yg jenis berpegang pada kata, jika itulah yg dikatanya, maka itulah yg ia akan lakukan

jari kelingkir dihulur sambil menanti jawapan dari kedua kawannya

"janji" jari su jeong dipaut bersama jari kelingkir jun hee, mematerai janji yg dilafas, kini yg tinggal hanyalah jae ki

"malas lah ak-"

belum sempat jae ki menghabiskan kata-katanya bahu serta pahanya telah ditampar oleh jun hee serta su jeong secara serentak, sakitnya bukan main kepalang

"adoi.. aku gurau je la" bahu serta paha yg terasa perih diusap berulang kali sementara mulutnya dimuncungkan sedepa sebagai tanda tidak puas hati

"padan muka, suka sangat main-main"

"okay-okay, aku serius"

"aku, han jae ki berjanji pada ryu su jeong dan juga choi jun hee" ucap jae ki dengan gaya seolah sedang berikrar, kini jari kelingkir jae ki turut sama bertaut membuatkan jun hee serta su jeong tersenyum lebar

"puas?"

"puas sangat" senyuman masih tidak lekang dari bibir su jeong, tangannya didepakan ke udara sebelum tubuhnya direbah ketanah

jae ki serta jun hee saling menatap satu sama lain, pelik dengan perangai kawannya seorang ini

"kau demam ke?"

dahi su jeong disentuh jae ki sementara sebelah lagi tangannya diletakkan
pada dahinya sendiri, cuba untuk membezakan suhu badan diantara mereka berdua

jun hee turut sama melabuhkan tubuhnya ketanah, berbaring disamping su jeong, matanya sibuk mengamati selimut biru yg terbentang luas dilangit, sungguh indah, mengagumi ciptaan tuhan

suara gemersik dedaunan yg ditiup oleh angin bayu kedengaran, memberikan ketenangan buat mereka bertiga, dari duduk bersila bertukar kepada berbaring, kini jae ki turut sama menhenyakkan tubuhnya diatas tanah lembut yg beralaskan rerumput hijau

"janji yg kita tetap akan jadi kawan, tak kira apa pun? kita tetap.. kawan" ucap su jeong memecahkan keheningan yg menyelimuti mereka bertiga sebentar tadi

wajah jun hee serta jae ki ditatap bersilih ganti disertai dengan senyuman dibibir

perlahan-lahan matanya dibuka kembali, membawa gadis tersebut kembali kealam nyata

jae ki bingkas bangkit dari perbaringan, anak rambut yg menutupi mata diselit kebelakang telinga, wajahnya diraup kasar, seperti kebiasaan, mimpi tersebut datang mengunjungi dunia lenanya sekali lagi, 13 tahun telah berlalu namun peristiwa tersebut masih lagi menghantui diri, masih lagi tidak berhenti dari menuntut pembalasan dari dosa yg telah dilakukan

"penipu"

cairan bening mulai mengalir perlahan dari tubir mata, membasahi pipi lesunya, airmata yg cuba ditahan tidak mampu lagi dibendung, beserta dengan itu suara isakan kian kedengaran, mencurahkan rasa sakit yg dirasakannya selama ini

******************

bunyi jeritan kuat kedengaran, malah mampu memekakkan telinga, namun ianya bukanlah jeritan cemas mahupun jeritan meminta pertolongan, akan tetapi ianya suara sorakan daripada para peminat yg hadir ke konsert, memberi sorakan buat si idola yg tercinta, masing-masing sibuk menjerit memanggil nama tujuh orang pemuda yg sedang rancak mempersembahkan lagu² mereka diatas pentas

suara nyanyian bergema disegenap ruangan, sementara tubuh bergerak lincah mengikuti alunan muzik yg dimainkan, sorotan lampu serta reaksi wajah mereka ketika mendendangkan lagu-lagu tersebut menambahkan lagi pesona yg ada pada mereka

segurat senyuman terlukis dibibir taehyung tatkala melihat banner yg dijulang kelangit bertuliskan namanya

sesekali ia mengernyit mata membuatkan para peminat yg hadir menjadi semakin tidak keruan

*********************

hening, sunyi dan sepi, sememangnya cukup jauh berbeza jika mahu dibandingkan daripada keadaan empat jam yg lepas, suara sorakan yg cukup membingit telinga tidak lagi kedengaran, yg ada hanyalah bunyi dari enjin pesawat, kini tamatlah sudah misi jelajah dunia yg dilakukan mereka, setelah berbulan merentasi negara serta benua, akhirnya tiba masa untuk pulang ketanah air

jam ditangan sudah menunjukkan pukul sebelas malam, namun taehyung masih lagi berjaga, hanyut didalam fikiran sendiri, sementara ahli bts yg lain serta pengurus mereka telahpun singgah kealam mimpi

sekeping gambar yg tersimpan kemas didalam dompetnya ditatap lama, jari-jemarinya mengusap lembut gambar tersebut, mencurahkan rasa rindu yg menggunung terhadap tuan empunya wajah

'saya betul-betul rindukan awak'

TBC~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience