Rate

Prologue

Fanfiction - KPOP Series 219

"Dengan ini mahkamah telah bersetuju bahawa han jae ki didapati bersalah atas tuduhan membunuh ryu soo jeong dan juga mendatangkan kecederaan kepada cho jun hee pada 23 april 2007 bertempat disekolah menengah perempuan yeonsu, han jae ki akan dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak selama 3 tahun dan setelah beliau berusia 19 tahun hukuman penjara selama 2 tahun akan dilanjutkan beserta dengan 7 sebatan, mengikut seksyen 6 kanun keseksaan atas tuduhan membunuh dan seksyen 573 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan"

Aku diam seribu bahasa, terkedu tatkala hakim menjelaskan tuduhan dan juga hukuman yg dijatuhkan padaku, sungguh aku tidak menyangka semua ini terjadi, aku toleh kearah jun hee yg duduk dibangku saksi, cuba merayu agar dia menjelaskan apa yg sebenarnya telah berlaku

kosong tanpa sebarang reaksi, wajahku langsung tidak ditatapnya, jun hee tetap menatap lurus kehadapan

sebegitu bencikah dia pada aku?

"Tak guna kau! sanggup kau buat macam tu, kenapa kau bunuh soo jeong kenapa?!! kawan jenis apa kau ni haa?!! matilah kau kat dalam sana!!" herdik hye ri yg ada dibangku belakang, bermacam kata makian dihambur

"Cik sila bertenang, ini mahkamah jadi sila jaga sikap anda" tutur hakim memberi amaran

"Jadi ada sebarang rayuan yg hendak dibuat?" soal lelaki berusia tersebut padaku setelah keadaan kembali tenang

Hening, aku tidak mampu mengucapkan kata walau sebaris ayat, aku takut dan pada masa yg sama aku benar-benar kecewa

Wajah jun hee sekali lagi kupandang, masih seperti tadi sedikitpun dia tidak mahu menoleh kearahku

"Tak" balasku setelah lama berdiam diri, wajah hakim aku pandang

Dapatku dengar tangisan ibu, mengatakan bahawa aku tidak bersalah

Sungguh sakit, hatiku dipagut pilu melihat keluargaku, jelas raut wajah kecewa mereka

'Maafkan jae ki, ibu ayah jinhong, maaf jae ki terlalu bodoh'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience